Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Taman Permainan

Namaku ialah Taman Permainan Mesra. Aku terletak di tengah-tengah bandar. Aku
sering menjadi tempat tumpuan ibu bapa dan kanak-kanak. Mereka sering mengunjungiku
pada waktu petang, lebih-lebih lagi pada hujung minggu.
Aku dihiasi pokok-pokok bunga yang rendang dan cantik. Kadang-kadang, rama-rama
kumbang, dan pepatungsuka bermain-main di sini. Mereka ingin mencari makanan di sini.
Aku mempunyai ramai anak buah yang berwarna ceria dan sedia berkhidmat dan
menghiburkan kanak-kanak yang dating berkunjung. Mereka adalah seperti jongkang-
jongket, buaian, dan gelongsor.
Pada suatu hari, seorang kanak-kanak telah datang bermain gelongsor. Tiba-tiba,
kdengaran suara seorang budak berteriak.
Arif, marilah bermain di sin! Lagi seronok.
Budak yang bernama Arif itu pun bergegas menuju kea rah budak yang menjerit itu.
Mereka terus berbisik-bisik. Tiba-tiba, mereka mengeluarkan sekotak mancis. Mereka
menuangkan cecair yang berbau busuk ke atas jongkang-jongket dan terus menyalakan
mancis itu.
Dalam sekelip mata, badan anak buah aku itu pun terbakar. Hal ini kerana cuaca pada
hari itu sangat panas. Aku turut terasa bahangnya. Aku menjerit meminta tolong, namun
tiada suara yang keluar daripada tekakku.
Pilu hatiku melihat jongkang-jongket meronta-ronta kesakitan. Aku melihat api sudah
merebak ke badan anak-anak buahku yang lain. Nasib kami agak baik kerana ada seorang
lelaki yang lalu di situ pada waktu itu. Lelaki itu lantas menelefon pihak bomba. Sementara
kedatangan bomba, lelaki itu bertungkus-lumus memadamkan api.
Selepas beberapa minit, bomba pun tiba. Mereka memancutkan air kea rah aku dan
anak-anak buahku yang sedang dijilat api. Dalam masa lima belas minit, api pun Berjaya
dipadamkan. Aku amat terhutang budi kepada lelaki itu dan juga pihak bomba. Namun
begitu, sebahagian daripadaku dan anak-anak buah aku telah hangus dan meninggalkan
parut yang hitam legam.
Budak-budak yang bermain api sehingga merosakkan aku dan anak-anak buahku itu
telah dimarahi serta diberi nasihat oleh pihak bomba. Aku berasa begitu sedih
mengenangkan nasib malang yang menimpaku. Aku berharap pihak majlis perbandaran
akan dating membaiki aku dengan secepat mungkin agar aku dapat berkhidmat semula.

Anda mungkin juga menyukai