Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS DRAMA

CERPEN : ARAH KE MANA


KARYA : JOHAN JAAFFAR

SINOPSIS Haji Pakir marah apabila isterinya, Hajah Derisah, kerana


tidak mahu mengambil berat tentang anaknya, Rohani. Rohani
merupakan anak Tunggal kepada Haji Pakir dan Hajah Derisah.
Haji Pakir telah memarahi sikap isterinya yang terlalu memanjakan
anak mereka. Haji Pakir juga begitu. Dia juga terlalu memanjakan
anaknya kerana itulah satu-satunya anak mereka.
Namun, Haji Pakir mula sedar bahawa dia dan hajah Derisah
telah membuat kesilapan yang besar dalam mendidik anak
mereka. Kerana terlalu manjakan Rohani, mereka telah menerima
padahnya. Rohani menjadi anak yang liar dan tidak mendengar
kata.
Rohani tidak lagi menghormati ibu bapanya. Dia menjadi
semakin liar dan menjadikan rumah hanya sebagai tempat
persinggahannya. Dia mula bercampur dengan kawan-kawannya
yang menghisap ganja dan dadah. Kegiatannya mula disedari oleh
penduduk kampung. Berita itu telah sampai kepada Haji Pakir.
Haji Pakir mula insaf dan mahu bertindak tegas terhadap
Rohani. Namun, semuanya sudah terlambat. Rohani sudah tidak
mahu mendengar kata ayahnya lagi. Malah dia sudah mula
membenci untuk tinggal di rumahnya. Haji Pakir yang sudah tidak
dapat mengawal kemarahannya telah menghalau Rohani keluar
dari rumahnya.
Akhirnya, Rohani telah meninggal dunia akibat najis
dadahyang telah memakan dirinya sendiri. Haji Pakir dan Hajah
Derisah berasa sangat sedih dan kecewa dengan kematian
Rohani.

PLOT PERMULAAN
Haji Pakir memarahi Hajah Derisah kerana tidak mengambil berat
tentang anaknya, Rohani.

PERKEMBANGAN
Haji Pakir menyesal kerana dia dan isterinya terlalu memanjakan
anaknya hingga anaknya besar kepala dan hilang rasa hormat
kepada mereka lagi.

PERUMITAN
Rohani pulang ke rumah dan berlaku kurang ajar dengan ibu serta
ayahnya. Haji Pakir cuba menasihati anak dan mahu anak kembali
menjadi manusia yang sempurna.
PUNCAK/KLIMAKS
Haji Apkir berasa sangat marah kerana Rohani terlalu kurang ajar
dan tidak lagi hormat ayahnya. Haji Pakir telah menghalau Rohani
keluar dari rumahnya.

PELERAIAN
Haji Pakir dan Hajah Derisah menyesali perbuatan mereka yang
terlalu manjakan anaknya hingga menyebabkan Rohani mati akibat
penyalahgunaan dadah.

PEMIKIRAN Kesilapan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga anak
hilang hormat kepada ibu bapa.

PERSOALAN  Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.


 Keruntuhan moral dan akhlak akibat pengaruh negatif
 Betapa bahayanya penyalahgunaan dadah kepada manusia.
 Pentingnya didikan agama kepada setiap manusia

WATAK DAN Haji Pakir


PERWATAKAN
Haji Pakir merupakan suami kepada Hajah Derisah dan
bapa kepada Rohani. Dia mempunyai seorang anak tunggal iaitu
Rohani. Haji Pakir terlalu memanjakan Rohani hingga Rohani tidak
lagi mahu mendengar katanya. Dia begitu sayang kepada Rohani.
Ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut:

Kerana aku sayangkan kau, aku buat


begini, Ani! Kalau aku tak sayangkan kau,
peduli apa kalau kau mampus ditengah
jalan!

Dia juga merupakan seorang bapa yang tegas. Dia tidak


mahu melihat Rohani bercampur gaul dengan kawan-kawan yang
tidak berguna. Selain itu, dia merupakan seorang bapa yang
prihatin dan bertanggungjawab. Dia memarahi Rohani agar Rohani
mengubah sikapnya dan tidak menghisap dadah. Haji Pakir juga
dilihat sebagai seorang yang bertindak melulu. Dia telah
menghalau Rohani dari rumahnya kerana terlalu marah dengan
sikap Rohani yang kurang ajar kepada orang tuanya.

Hajah Derisah
Hajah Derisah merupaka isteri kepada Haji Pakir. Dia juga
merupakan ibu kepada Rohani. Hajah Derisah merupakan seorang
ibu yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengambil
berat akan Rohani. Ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah :

Tak kuasa saya. Si Rohani tu bukan


budak-budak kecil lagi. Bukan baru
setahun dua umurnya! Dah besar panjang!
Tahulah dia menjaga diri!

Selain itu, Hajah Derisah begitu sayang kepada Rohani.


Oleh sebab itu, dia sanggup memanjakan Rohani sejak dari kecil
lagi kerana Rohani merupakan anak tunggalnya. dia seorang ibu
yang baik dan lemah lembut. Ini dapat dilihat bagaimana dia
melayan Rohani dengan penuh kelembutan walaupun Rohani
bercakap kasar dengannya.

Rohani

Rohani merupakan seorang gadis. Dia ialah anak tunggal


kepada Haji Pakir dan Hajah Derisah. Dia merupakan seorang
anak yang tidak menghormati ibu bapanya. Ini dapat dilihat melalui
percakapannya kepada ibunya seperti dalam petikan berikut:

Mak ni agaknya tak bolehkah cepat-cepat


buka pintu? Penat Ani ketuk baru mak
buka. Pekak telinga mak agaknya.

Selain itu, Rohani merupakan anak yang kurang ajar. Dia


berani melawan kata-kata ayahnya. Dia seorang penagih dadah.
Dia berkawan dengan rakan-rakan yang menghisap ganja dan
dadah. Rohani mahu hidup bebas tanpa kawalan daripada ibu
bapanya. Rohani telah meninggal dunia akibat menjadi mangsa
kepada kedurjanaan dadah.

LATAR LATAR MASA


 Pada waktu pagi
 Pada waktu malam
 Pada pagi Hari Raya.

LATAR TEMPAT
 Di tanah perkuburan Islam
 Di bilik tamu rumah Haji Pakir
LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang terlalu memanjakan anak.
 Masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa.
 Masyarakat terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
 Masyarakat yang tidak mempunyai ajaran agama yang kuat.

GAYA BAHASA DIKSI


Bahasa asing :
Astaghfirullahalazim – bahasa Arab

AYAT SERU
Entah!

AYAT PENDEK
Pergilah!
Berambus!

REPETISI
Kalau awak guna otak awak tu, dan mata awak tu, awak tak akan
sebodoh ini!

ANAFORA
Kenapa kau tak tanya diri kau, apa yang telah kau buat?
Kenapa kau tak tanya diri kau, betapa selama ini aku menahan
rasa melihat perbuatan kau, pergaulan kau?

INVERSI
Kalau aku tidak tulis nama, macam mana aku hendak kenal dia.

PERIBAHASA
Melentur buluh kata orang biar dari rebungnya.

Selama ini saya sangkakan menjaga anak seorang bagaikan


menatang minyak yang penuh.

NILAI Bertanggungjawab
Haji Pakir telah sedar akan kesalahannya dan dia telah
bertanggungjawab menasihati Rohani agar mengubah tingkah
lakunya dan tidak bercampur gaul dengan kawan-kawannya yang
menghidap dadah.

Kasih Sayang
Haji Pakir begitu sayang kepada anaknya, Rohani. Dia memarahi
Rohani kerana mahu melihat anaknya hidup sengsara akibat
terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.

Ketabahan
Haji Pakir dan Hajah Derisah tabah menghadapi dugaan apabila
anak tunggalnya telah meninggal dunia akibat menjadi mangsa
kepada dadah.

Keprihatinan
Haji Pakir prihatin terhadap anaknya Rohani. Dia sanggup
memarahi isterinya kerana langsung tidak mengambil berat
tentang anaknya.

PENGAJARAN 1. Kita mestilah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita.


2. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.
3. Kita haruslah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak agar
tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
4. Kita mestilah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

LATIHAN

SOALAN OBJEKTIF
1. Siapakah isteri Haji Pakir?
A. Hajah Darisah
B. Hajah Daerisah
C. Hajah Derisah
D. Hajah Dairisah

2. Mengapakah Haji Pakir memarahi isterinya?


A. Isterinya tidak mendengar kata Haji Pakir
B. Isterinya tidak mengambil berat terhadap anaknya
C. Isterinya tidak faham apa yang dikatakan oleh Haji Pakir
D. Isterinya bersikap sambil lewa

3. Mengapakah Haji Pakir menghalau Rohani keluar dari rumahnya?


A. Rohani telah menghisap dadah
B. Rohani sering tiada di rumah
C. Rohani bersikap kurang ajar dengan kedua-dua orang tuanya
D. Rohani sudah bosan tinggal di rumah

1. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2. Jelaskan dua perwatakan Rohani yang terdapat dalam cerpen.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

JAWAPAN
1. C

2. B

3. C

4. Dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini ialah ketabahan dan keprihatinan. Haji Pakir
dan Hajah Derisah tabah menghadapi dugaan apabila anak tunggalnya telah
meninggal dunia akibat menjadi mangsa kepada dadah. Selain itu, Haji Pakir prihatin
terhadap anaknya Rohani. Dia sanggup memarahi isterinya kerana langsung tidak
mengambil berat tentang anaknya

5. Rohani merupakan anak yang kurang ajar. Dia berani melawan kata-kata ayahnya.
Dia seorang penagih dadah. Dia berkawan dengan rakan-rakan yang menghisap
ganja dan dadah.

Anda mungkin juga menyukai