Anda di halaman 1dari 15

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

10 PETUA DALAM TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA


CAKAP PINDAH.

 
1. Semua kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri
kedua harus diubah menjadi kata ganti nama diri ketiga.
 
“Awak tinggal di mana?" Tanya Wee Seong kepada
Azemi.
 
Wee Seong bertanya kepada Azemi tentang tempat
tinggalnya.
2. Semua kata ganti tunjuk dekat harus ditukar kepada kata ganti
tunjuk jauh.
 
"Beg ini milik siapa?" Tanya Mazni.
 
Mazni bertanya tentang identiti pemilik beg itu.
3. Semua kata tanya harus ditukar kepada kata nama am.
 
Siapa - tentang individu
Apa - tentang apa
Berapa - tentang harga / bilangan
Mengapa - tentang sebab / punca / faktor
Bila - tentang masa / tarikh
Di mana - tentang tempat
Bagaimana - tentang cara / keadaan
 
"Bagaimanakah Puan Hasanah sekarang?" tanya ibu kepada
Ali.
Ibu bertanya kepada Ali tentang keadaan Puan Hasanah
pada waktu itu.
4. Semua kata adverba yang menunjukkan maksud dekat harus menjadi
jauh.
 
begini ➡️begitu
 
"Jangan bersikap begini, tak elok dipandang orang," nasihat
bapa Akma kepadanya.
 
Bapa Akma menasihatinya supaya tidak bersikap begitu kerana
tidak elok dipandang orang.
5. Semua singkatan kata perlu diubah menjadi perkataan yang lengkap
kerana cakap ajuk ialah dialog yang banyak mengandungi singkatan
kata.
 
mak➡️emak
tak ➡️tidak
nak➡️hendak
mau➡️mahu
tiada➡️tidak ada
 
"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur esok,"'kata ibu kepada Chin
Wee”.
 
Ibu memberitahu Chin Wee bahasa dia hendak pergi ke Kuala
Lumpur esok.
6. Semua kata kerja yang tidak berimbuhan (biasanya wujud dalam
cakap ajuk) harus ditukar menjadi kata kerja yang berimbuhan
mengikut tatabahasa dan pengimbuhan.
 
"Mak, saya nak rotan adik kerana nakal," kata Jemrol
kepada ibunya.
 
Jemrol berkata kepada ibunya bahawa dia hendak
merotan adiknya kerana nakal.
7. Semua perkataan yang tidak formal harus ditranformasikan kepada
perkataan yang formal mengikut tempat dan keadaan.
 
"Keluar dari rumah aku ini," jerit ibu kepada kakak yang
degil.
 
Ibu menjerit sambil menghalau kakak yang degil keluar
dari rumahnya itu.
8. Semua kata seru perlu ditransformasikan kepada kata nama yang
jelas dan sesuai.
 
Wah ➡️perasaan kagum
Amboi ➡️nada mengejek
Eh ➡️perasaan hairan
Cis ➡️marah
Oh ➡️seolah-olah sudah memahami ....
 
dan lain-lain
 
"Wah, tingginya Menara KLCC ini," kata murid-murid dari
Perlis.
 
Murid-murid dari Perlis mengagumi ketinggian Menara KLCC.
9. Semua kata perintah dalam ayat perintah harus
ditransformasikan kepada ayat penyata yang gramatis.
 
Jangan ➡️melarang
Usah ➡️menasihati (siapa) agar tidak
 
"Jangan buang sampah di tapak perhimpunan," kata guru
disiplin itu kepada murid-murid.
 
Guru disiplin itu melarang murid-murid daripada membuang
sampah di tapak perhimpunan.
10. Semua bahasa pinjaman atau bahasa pasar harus
ditransformasikan menjadi bahasa Melayu yang gramatis.
 
"Lu mau pergi ke mana?" tanya Hasmah kepada Ah Meng.
 
Hasmah bertanya kepada Ah Meng tentang tempat yang ingin
ditujuinya.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’
kata Cikgu Halimah kepada Musa.

``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat


enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit
televisyen dan lima unit komputer yang
diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk,’’
kata Ah Ling.

``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Linggam


kepada murid-murid Tahun Enam Melur.

``Saya hendak ke kedai,’’ kata Mahani sambil


mengayuh basikalnya.
``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah
itu secara serentak semasa perhimpunan pagi.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’ Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang
kata Cikgu Halimah kepada Musa. ke sekolah esok.

``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat Kata Ah Ling, di bilik makmal sekolahnya terdapat
enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan
televisyen dan lima unit komputer yang lima unit komputer yang diletakkan di meja
diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk,’’ bersebelahan dengan pintu masuk.
kata Ah Ling.

``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Linggam Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-murid
kepada murid-murid Tahun Enam Melur. Tahun Enam Melur datang ke kantin segera.

``Saya hendak ke kedai,’’ kata Mahani sambil Sambil mengayuh basikalnya, Mahani
mengayuh basikalnya. memberitahu dia hendak ke kedai.
``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat
itu secara serentak semasa perhimpunan pagi. Hari Guru secara serentak semasa perhimpunan
pagi.
A. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
 
1. Kata Yusri,”saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi”
2. “Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhati-hati,”kata Mak Cik
Zainab kepada anaknya.
3. “Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,”kata hazimah dengan
perasaan marah.
4. “Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?”tanya Kumar kepada John.
5. “Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal?” tanya Cikgu Mokhtar kepada Cikgu
Ramli.
6. “Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,”pinta Yuhaini kepada anaknya.
7. “Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,”beritahu Muhaimin kepada
pelanggan tetapnya.
8. “Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,”ajak Muazzim kepada kawan-kawannya.
9. “Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,”kata Maisarah kepada
Marsilla.
JAWAPAN

1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu.
2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat bahawa
anaknya tidak berhati-hati.
3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya.
4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya.
5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada Cikgu
Ramli.
6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia meminta anaknya
menolongnya mencuci kereta itu.
7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang musim panas
dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.
8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka bermain bola
sepak.
9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat angin kuat
pada malam semalam.

Anda mungkin juga menyukai