Anda di halaman 1dari 4

DIRGAHAYU BAHASAKU-Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju, Antologi Dirgahayu Bahasaku

MAKSUD Rangkap 1 Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa yang berkedudukan tinggi. Martabatnya dijunjung tinggi dan sebati di jiwa bangsa Melayu yang terkenal dengan budi bahasa, kesetiaan dan sikap amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai imej/ identiti/ harga diri/ simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan kedudukannya agar terus teguh dan mantap dan menjadi wahana yang berkesan dalam proses mengkaji ilmu selain berperanan penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh perpaduan. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang dengan semangat yang kental untuk mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada di dunia ini. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah yang gemilang sebagai pelayar yang hebat. Mereka begitu berani menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dalam menjalin perhubungan diplomatik dan menjalin persaudaraan dengan masyarakat luar. Bermula dengan usaha itulah, bahasa Melayu mula tersebar dan menunjukkan kemampuannya sebagai bahasa yang berwibawa.

Rangkap 5 Bahasa Melayu sentiasa disanjung tinggi. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bahasa Melayu sangat indah dan menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu dimanfaatkan dengan mudah untuk menjalin silaturahim dan sangat bertatasusila. Bahasa Melayu dicetuskan oleh bangsa Melayu yang menempa kejayaan demi kejayaan dari semasa ke semasa. TEMA Kedaulatan bahasa Melayu yang tinngi martabatnya wajar dipertahankan PERSOALAN i.Kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan sebagai bahasa pertuturan utama di negara ini. ii. Perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. iii. Sejarah kegemilangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. iv. Fungsi atau peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting. GAYA BAHASA a)Hiperbola i. Bahasa itu maruah bangsa

ii.

bahasamu bahasa minda

b)Perlambangan i. Tempatmu di singgahsana

c)Metafora i. ii. lautan bijaksana mutiara silam

d)Sinkope i. ii. merentas dunia tak bertepi Dirgahayu bahasaku

e)Inversi i. gagah pelautku membelah lautan

f)Anafora i. hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu

g)perulangan/ulangan i. ii. ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

UNSUR BUNYI a)Asonansi i. ii. Vokal a- setia dan amanah, Dirgahayu bahasaku Vokal e- Cekal dan waja semangat pejuangku, Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Vokal i- yang mesti dipelihara martabatnya, di bumi bertuah ini Vokal u- dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam, menusuk kalbu lagu bahasamu

iii. iv.

b)Aliterasi i. Konsonan b- Bahasa itu maruah bangsa, daripada bangsa , yang bernama Melayu Konsonan r- warga yang berbudi, ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan Konsonan s- ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam, di arena antarabangsa suaramu tumbuh Konsonan t- salam ikatan mesra dan teguh, merentas dunia tak bertepi

-Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatu padu. vi. Hormat-menghormati -Masyarakat antarabangsa menghormati status bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu vii. Keberanian -Bangsa Melayu terkenal sebagai pelayar yang hebat ke seluruh pelusuk dunia. PENGAJARAN i.Kita hendaklah menunjukkan rasa sayang dan bangga sebagai penutur bahasa Melayu. ii. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu . iii. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. iv. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan dihormati serta diiktiraf oleh masyarakat dunia SOALAN LATIHAN 1 (i) Berikan maksud (2 markah) hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini (ii) Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan? (4 markah) (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah] LATIHAN 2 (i) Berikan maksud rangkap kedua sajak tersebut.[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk menguasai Bahasa Melayu.[3 markah] (iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut[4 markah]

ii.

iii.

iv. NADA

Sajak Dirgahayu Bahasaku bernada patriotik.Sajak ini sesuai untuk menggambarkan perasaan penyajak yang cinta akan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya dan kedudukannya. NILAI i.Bersopan santun. -Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi. ii. Kesetiaan. -Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan. Bangsa Melayu tetap setia menggunakan bahasanya sendiri. iii. Amanah. -Warisan bangsa perlu dipertahankan. Bangsa Melayu bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan martabat bahasa Melayu. iv. Kasih sayang. -Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai dan mempertahankan bahasanya sendiri. v. Bersatu padu

LATIHAN 3 (i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Melayu yang enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu. [4 markah] (iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.[3 markah]

JAWAPAN JAWAPAN 1 (i) Maksud: - bangsa Melayu berhak memartabatkan bahasa Melayu di negara ini (ii) Sebab: - bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan / bahasa rasmi - bahasa Melayu lambang perpaduan rakyat berbilang-bilang kaum - bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara - bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah (iii) Pengajaran: - kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara Malaysia - kita hendaklah mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing - kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pelbagai bidang - kita haruslah bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun masih diamalkan hingga kini JAWAPAN 2 (i) Maksud rangkap kedua: - bahasa Melayu sebagai maruah bangsa - mesti dipelihara martabatnya

- bahasa Melayu hendaklah digunakan sebaik mungkin - mengeratkan ikatan mesra / hubungan silaturahim (ii) Usaha: - mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam - bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap - mendengar forum, seminar, kolokium berkaitan dengan bahasa Melayu - membaca bahan-bahan ilmiah untuk mengayakan perbendaharaan bahasa Melayu (iii) Persoalan: - persoalan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - persoalan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan penyatuan masyarakat - persoalan penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu JAWAPAN 3 (i) Maksud: - semoga bahasa Melayu terus berkembang (ii) Sebab segelintir masyarakat Melayu enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu: - tanggapan masyarakat bahawa bertutur bahasa Melayu melambangkan status yang rendah - mengagung-agungkan bahasa Inggeris - bahasa Melayu bukan bahasa antarabangsa - bahasa Melayu tiada nilai komersial (iii) Nilai murni: - nilai cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini - nilai tanggungjawab iaitu memastikan bahasa Melayu tidak pupus dan dicemari - nilai hemah tinggi iaitu menyanjungi kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - nilai kesyukuran iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas

Anda mungkin juga menyukai