Anda di halaman 1dari 3

Contoh:

AYAT CONTOH PENGGUNAAN

DI ANTARA:

1. Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira.

2. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

3. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ANTARA:

4. Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat


itu.
5. Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.

6. Kamil adalah antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara renang.

7. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

8. Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.


DALAM, DI DALAM, KE DALAM (PEDOMAN BAHASA BILANGAN 02)

Contoh kesalahan pengunaan dalam dan di dalam

1. Kenangan manis itu sentiasa terbayang di dalam fikirannya. (X)

2. Pekerja dari Bangladesh itu fasih bertutur di dalam bahasa Melayu. (X)

Huraian:
Dalam boleh berfungsi sebagai kata adjektif, kata arah, dan kata sendi nama.
Sebagai kata adjektif, dalam menunjukkan tahap atau peringkat. Lazimnya kata penguat seperti
'amat, sangat, paling' dan sebagainya boleh diletakkan sebelum atau sesudah kata dalam, sebagai
contoh:

a. Pengetahuannya tentang spesies katak sangat dalam.


b. Lubang yang baru digalinya dalam sangat.

Sebagai kata arah pula, dalam digunakan sesudah kata sendi nama di atau ke yang menunjukkan
kedudukan, lokasi, arah, atau hala, sebagai contoh:

a. Aiman menyimpan permainannya di dalam sebuah kotak.


b. Penjahat itu masuk ke dalam sebuah rumah yang terbiar.

Sebagai kata sendi nama pula dalam digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud
'lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang' seperti perkara, peristiwa, keadaan, hal, dan
sebagainya, sebagai contoh:

a. Kes itu masih dalam penyiasatan pihak polis.


b. Kertas cadangan itu hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat perbezaan dan cara penggunaan antara
dalam, di dalam, dan ke dalam. Oleh itu, dua ayat yang salah penggunaan dalam perlu dibetulkan
menjadi:

1. Kenangan manis itu sentiasa terbayang dalam fikirannya.


2. Pekerja dari Bangladesh itu fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Soalan 16-17
Pilih ayat yang betul.
16. A Kejadian tanah runtuh di taman perumahan itu sering berlaku di musim hujan.
B Kad hari lahir itu diterima daripada sahabatnya di Perlis.
C Nenek suka makan lempok dari durian.
D Saya makan angin di cuti sekolah yang lalu.

17. I Semua penunggang-penunggang motosikal mesti mematuhi peraturan lalu-lintas.


II Oleh sebab ibu tidak memasak, kami makan di luar sahaja.
III Dia begitu gembira kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
IV Cawan-cawan yang dibelinya itu diperbuat daripada kaca bermutu tinggi.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

16 Pilih ayat yang betul.


I Kedai itu menjual berbagai jenis buku rujukan.
II Pantai Timur dilanda banjir pada musim tengkujuh.
III Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik.
IV Emak telah membeli enam keping pinggan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D Idan IV

Anda mungkin juga menyukai