Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: Telur Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih pengerusi acara

Barisan hakim yang bijaksana tidak dilupa

Tersentuh hati mengalir air mata…..

Kisah ini mungkin biasa buat kita,

Telur rebus tajuk cerita,

Kisah kecil besar maknanya,,…

Cerita bermula tentang sebuah keluarga kecil yang miskin di sebuah di

sebuah desa terpencil. Tinggal sepasang suami isteri Pak Jalal dan Mak Lela.

Mereka mempunyai dua orang anak lelaki berumur tujuh dan lima tahun. Amin dan

Zaki.

Pada suatu hari Puan Zainab orang terkaya di kampung itu mengadakan

kenduri kahwin anak sulung mereka. Keluarga Pak Jalal dan Mak Lela turut

diundang. Kepada suami diajurkan pendapat supaya dapat kata sepakat. Pak Jalal

menyusuh isterinya pergi tetapi Zaki yang kecil perlu dibawa kerana Zaki memang

manja dan tidak boleh berenggang dengan ibunya.

Usai solat zohor , Mak Lela dan anak bongsunya Zaki menuju ke rumah Puan

Zainab .

Pak-pak pong-pong, pak-pak pong-pong.

Kenduri kahwin meriah sekampung,

1
Puan Zainab sibuk mengagih-agihkan bunga telur kepada tetamu yang hadir. Zaki

yang berada di sebelah ibunya menarik-narik kain ibunya. Jari telunjuk dan mulutnya

cepat dimuncungkan kearah bunga telur yang masih di tangan Puan Zainab.

Mak Lela sedar akan kemahuan anaknya itu, mendiamkan diri, sambil tangan

kirinya laju mencubit paha anaknya. Matanya tajam menjeling kearah anaknya.

Puan Zainab, yang menyedari tindakan Mak Lela dan kemahuan Zaki terhadap sisa

bunga telur yang ada ditangannya itu, langsung memberikan bunga telur itu kepada

anak jiran Mak Lela. Sengaja Puan Zainab berbuat demikian kerana baginya Mak

Lela tiday layak untuk mendapatkan bunga telur tersebut. “Datang makan saja,

hadiah tak dibawa . Ada hati nak bunga telur?” Ucap Puan Zainab di dalam hati.

“Mak nak telur rebus. Mak nak telur rebus itu.”

“Zaki budak baik. Kita makan dulu ya.”

Zaki tidak memperdulikan pujukan ibunya.

Walaupun sudah selesai makan, Zaki tidak mahu bergerak dari situ. Mak Lela

menuju kearah Puan Zainab dan bersalam untuk pulang.

“Zaki jom balik, sayang.”

“Tak mahu, Zaki nak telur rebus yang ada bunga tu.” Sambil menjerit dan meronta-

ronta.

Lama juga Zaki dalam keadaan sedemikian. Jirannya yang prihatin telah mengambil

telur rebus di tangan anaknya lalu diberikan separuh daripada telur rebus itu kepada

Zaki. Zaki gembira dengan pemberian itu. Mak Lela berterima kasih kepada jirannya.

2
Zaki asyik memegang telur rebus itu dalam genggaman tangannya. Dia berhajat

untuk makan di rumah. Apabila sampai saja di rumah, Zaki melompat-lompat riang

dan mengambil tempat di tangga rumah. Mak Lela menuju ke dapur untuk merebus

telur. Takut-takut nanti Zaki tidak cukup makan separuh telur itu.

SHH….Tiba-tiba abangnya Amin datang dari arah belakang lalu merampas telur

rebus itu dari genggaman tangan Zaki.

“Werkkk, aku dapat.” Telur di tangan Zaki telah bertukar tangan dengan abangnya

Amin. Apalagi kawan-kawan…..menangislah Zaki sekuat-kuatnya.

Pak Jalal sudah tidak tahan melihat telatah dan teriakan Zaki, lalu bangun

dari kerusi menuju kearah Zaki. Pak Jalal tanpa bersuara mengangkat Zaki dan

dibawa menuju ke sebatang pokok kelapa lalu mengikat Zaki di situ.

Mesti kawan-kawan tertanya mana abangnya Amin kan?

Amin berada di rumah neneknya. Takut dimarahi….

Teresak Zaki menahan sendu,

Tak disedari ada makhluk penunggu di situ,

Kerengga merah meratah tubuhnya yang satu,

Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Mak Lela di dapur sudah resah dengan tindakan suaminya.

Nak ditolong apakan daya.

Takut nanti bertambah keruh suasana..

3
Apabila suaminya pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib, Mak Lela

bergegas kearah Zaki. Alangkah terkejutnya Mak Lela melihat Zaki sudah terkulai

layu.

“Zaki, Zaki! Mak Lela menggoncang tubuh Zaki. Air mata makin laju mengalir di pipi

mulus Mak Lela apabila melihat tubuh Zaki penuh dengan kesan lebam kerana

digigit kerengga yang ada di pokok kelapa itu.

Segera diangkat Zaki masuk ke dalam rumah.

“Zaki bangun ya nak, ni mak bawakan bubur nasi dan telur rebus.” Jerit Mak Lela

sambil menggoncang tubuh Zaki. Tubuhnya gementar, apabila Zaki tidak

memberikan sebarang reaksi. Walaupun sudah digoncang berkali-kali.

Baru sahaja Mak Lela ingin mendukung Zaki untuk meminta pertolongan jiran,

Pak Jalal sudah pulang dari masjid.

Pak Jalal sangat terkejut dengan apa yang menimpa anaknya. Tubuh Zaki yang

terkulai layu segera dibawa ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital dia

relakan dirinya dimarahi isterinya. Tangisan isterinya meruntun hatinya. Rasa

bersalah seperti menikam seluruh inci tubuhnya.

Sesampainya di hospital, Zaki terus dibawa ke Unit Kecemasan. Mereka suami

isteri menanggung rasa kesal. Hanya doa mampu dipanjatkan.

Suasan malam sungguh dingin. Sejurusnya juga pintu kecemasan telah

terbuka. Pak Jalal dan isterinya menuju kearah doktor dan menanyakan keadaan

Zaki.

4
“Maafkan saya. Bisanya sudah merebak ke seluruh badan. Zaki tidak dapat

diselamatkan.”

Apabila mendengar sahaja perkataan itu, Mak Lela terus pengsan. Pak Jalal

terduduk di penjuru dinding. Hanya satu perkataan terpancul di mulut Pak Jalal.

“Zaki maafkan ayah. Maafkan ayah. Ayah langsung tidak berniat membuat

kezaliman terhadap Zaki. Maafkan ayah, Zaki”

Ya kawan-kawan. Setiap cerita ada pengajarannya… kisah telur rebus

banyak yang cuba dikongsi bersama. Sebagai seorang anak, perasaan ibu perlulah

dijaga. Lihatlah dengan mata hati bagaimana Mak Lela menangani dan melayan

karenah anaknya Zaki dengan penuh kesabaran.

Walaupun tindakan dan hukuman yang diberi oleh Si Ayah bukan kerana membenci

tetapi perlu dibaiki. Nasi sudah menjadi bubur, pepatah lama yang perlu dijadikan

panduan diri sebelum membuat sebarang tindakan.

Sekian terima kasih dari saya kerana sudi meminjamkan telinga dan hati bersama.

Anda mungkin juga menyukai