Anda di halaman 1dari 4

SYAIR BIDASARI

JAMILAH HJ AHMAD
Rangkap 1
Raja kembayat dan permaisurinya telah sampai ke sebuah
hutan kerana melarikan diri, tubuh baginda dipenuhi luka
akibat terkena duri rotan.Permaisurinya pula sedang sarat
mengandung.
Rangkap 2
Baginda terasa begitu sakit apabila melihat permaisuri yang
tidak mampu berjalan lagi.Baginda terpaksa memimpin
permaisuri agar dapat terus berjalan.
Rangakap 3
Baginda akan menuruti kehendak permaisuri kerana baginda
terlalu sayang ditambah dengan keadaan permaisuri yang
sedang mengandung.
Rangkap 4
Setelah dua bulan dua hari lamanya perjalanan. Baginda sudah
tidak berupaya untuk berjalan lagi kerana terlalu lemah dan
lesu. Baginda berhenti di sebuah desa.
Rangkap 5
Baginda meneruskan perjalan yang sukar dan tiba di sebuah
kampung kepunyaan seorang saudagar. Baginda hanya
berhenti di luar kampung untuk menghilangkan rasa letihnya.
Rangkap 6
Baginda berkata baginda tidak berani untuk masuk ke
kampung kerana tidak tahu siapa pemiliknya lebih baik
baginda tinggal di situ sahaja.
Rangkap 7
Permaisuri menangis lalu mengatakan bahawa sakit perutnya
tanda hampir untuk bersalin.

Rangkap 8

Baginda terlalu susah hati kerana permaisuri hendak bersalin


sehingga tiada lagi kata-kata yang dapat baginda ucapkan.

Rangkap 9
Baginda memujuk permaisuri agar terus berjalan mencari
perhentian yang berhampiran dengan sungai.
Rangkap 10
Baginda memimpin permaisuri berjalan beberapa langkah
sahaja mereka berhenti.Mereka mencari perhentian yang
berhampiran sungai.

Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang
sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah
tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat
mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka mencari
tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan
sungai.
Persoalan
1. Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
2. Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang
yang tersayang.
3. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.

Bentuk
1. Terdiri daripada 10 rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5
patah kata.
o Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)

o Teruslah ke kampung seorang saudagar (5


perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
o Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
o Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
1. Asonansi -Pengulangan huruf vokal - masyhul baginda
tiada terkira-kira vokal (a)
2. Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan
(m)
3. Kata ganda - berkerat-keratan,perlahan-lahan ,terkirakira

1. Bahasa klasik- durah,lesuh,masyghul


2. Peribahasa- hilanglah budi

Nilai
1. Nilai kesabaran.
Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan
kehidupan.
1. Nilai pengorbanan
Dalam usaha mencapai kebahagian seseorang perlu berkorban
untuk orang yang dikasihi.
1. Nilai keperihatian.
Seseorang perlu perihatain dengan kesusahan yang ditanggung
oleh orang lain.
Pengajaran

1. Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau


kehidupan agar hidup lebih bermakna.
2. Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi
agar mereka beroleh bahagia .
3.

Kita hendaklah perihatin dengan kesusahan yang


tanggung oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai