Anda di halaman 1dari 11

Tema

Persaingan dalam dunia sains.


Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula
merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga
akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya
dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu
Dinara.
Persoalan

1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan


Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft

Lab, Cyberjaya.
Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti retinal scannerdan
interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi


sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan

aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai
bahan kajian.
Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk
menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga


Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan

adiknya dalam keadaan yang terbaik.


Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya
Azraai telah memasang retinal scanner dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk
memantau dan memastikan keselamatannya.

4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.


Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak

isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.


Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan
hidup sebagai ateis.

5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat
uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan
diberikan kepada keluarga angkat.
Watak dan perwatakan
Farisha

watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara

berusia dalam lingkungan umur 26 tahun

seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT

Seorang adik yang penyayang

Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl

Berhati-hati dalam membuat keputusan

Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut

kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan
pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

Shida

Kawan serumah dengan Farisha

Rajin membaca

Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis

Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara

Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar

Azraai

Abang angkat Farisha

Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha

Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan

Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha

Menghidapi penyakit jantung

Rosman

Rakan kongsi Farisha

Bersikap materialistik dan mementingkan wang

Mengambil berat masalah Farisha

Aqram

Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya
dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.

Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl

Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.

bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.

Alia

Seorang pekerja senior di Soft Lab

Perawakan wajah yang cantik

Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama

Rusmina. Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl

Sangat menyayangi Karl.

Kurang sabar dan cemburu.

Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi

Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina

Karl

Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains

Bapa kandung Farisha

Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di

Puchong.

Medina@Marilyn

Wanita keturunan Portugal

Cantik, putih dan berambut keriting

Bijak dan hebat dalam bidang sains

Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl

Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains

Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia
tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang retinal
scanner dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam
sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke
dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya
wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah

dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada
keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari
Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh
Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan
adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga
memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat
rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan
zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk
menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang
manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai
tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu
Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di
telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha
sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu
itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit
abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured
Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara
ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan
angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.

Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di
Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha
menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida
bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada
Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada
wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba
pengsan di tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada
ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi
dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi
Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh
banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti
di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di
situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik
tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai touch screen.

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat
bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram,
Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang
lain.
Monorel Stesen kereta api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang
makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka
sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.
Rumah agam Karl di Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan
projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini
tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft
Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang
dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit
abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam
dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat
daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat
dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam
computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan
apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl.
Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan
ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun
belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana
kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat
di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala
Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan
seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium
di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan
ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl.
Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan

Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan
projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik
bernama Medina.
3. Konflik Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak
angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga
berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital
menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha
untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi
komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia
meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl
masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di
pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara
Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di
bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan
menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara
perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda
dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar
dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai
anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin
berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak
kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.

Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl.
Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik
pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang
kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan
terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya
kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang
sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl
membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan
ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya apabila kau dah sihat nanti.
Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah teknologi maklumat
Contohnya teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan, peranti.

Anda mungkin juga menyukai