Anda di halaman 1dari 4

LATAR

Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka
pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom
minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.

Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan
malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang
menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya
hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.

Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di
pejabatnya Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini
yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam
kerana Farisha sakit kepala.

Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam
projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis
teresak-esak.

2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk
mengambilnya. Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel
Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan
bermula pada jam 9.00 pagi.

Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman
bertemu Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab
untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.

Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu
pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan
mendapat penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua
bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.

3. Petang

Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha
yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja.

Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk
mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida
terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat
bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.

Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat
Farisha mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha
seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha
masih lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan
berjanji akan datang pada hari esok.

Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin
menyusup masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha
dengan memasang peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap
isyarat yang diterima.

Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini
Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram
tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh
juga digunakan sebagai touch screen.

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis
yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang
dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia
dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

Lapangan Terbang Senai


Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia
menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan
kuat sehingga mengganggu orang lain.

Monorel Stesen kereta api ke Puchong


Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat
menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna

ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas


dengan wanita itu.

Rumah agam Karl di Puchong


Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang
agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang
membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia
dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.

Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan
menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia
mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak
angkat.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat
dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon
adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha
dengan rumah Azraai.

2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat.
Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha
berasa jengkel.

3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri


Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masingmasing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan
yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga
dia menjadi gila.

4. Masyarakat yang celik ICT

Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang


sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan
mampu juga menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT
dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.

5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji


Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari
Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana
menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.

6. Masyarakat yang bijak


Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan
kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah
nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia
diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.

Anda mungkin juga menyukai