Anda di halaman 1dari 21

NOVEL DI SEBALIK DINARA

SIPNOSIS
Bab 1
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan
Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang berbicara dengan seseorang melalui
telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak
menimbulkan kejengkelannya.

Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk duduk di
sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu berat. Lelaki itu
kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan
Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan
elektroniknya.

Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintarnya namun
gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah agak berlainan. Dia
berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman serumahnya, Shida. Rupa-rupanya,
sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang
‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh
kecil.

Bab 2
Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta Rosman
rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat simposium itu, Farisha disambut
oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut tetamu membawa Farisha ke tempat duduk.
Ratusan peserta simposium sudah bersedia mendengar ucaptama.

Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak terkejut
apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman. Farisha berjanji akan
memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia perlu bertanya abangnya, Azraai
dahulu.

Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk menulis alamat e-
mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda Farisha. Selepas Farisha
memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang
ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan masa dan tarikh untuk
pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali kerana tidak percaya akan
bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.

Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan. Farisha
berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha diberikan projek bernilai RM1.5
juta dan perlu disiapkan dalam masa empat minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab. Farisha berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa
untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl terbaring di
katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan dengan peralatan seperti
sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus.
Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu
sistem yang akan digodam oleh Farisha.

Bab 4
Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab. Abangnya
memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya Farisha ke Soft lab bersama
teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat yang sama.

Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft Lab. Farisha
berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar jangkaannya. Aqram meneruskan
perbualan dengan sesi penerangan tentang projek yang akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas
dengan tanggungjawabnya untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum
tengah hari, Shida berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan
biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.

Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di bilik perbincangan
Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi
terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha dan
mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.
Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke pejabat dan
menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar pembentangan Alia
yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha berasa kagum dan hairan kerana dia tidak
nampak Alia mengerdipkan mata sejak tadi.

Sewaktu makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang pengalaman hari
pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik
terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha
menegur mulut celupar Shida.

Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan Aqram. Sepatutnya Aqram
menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang sempat diterangkan. Farisha
menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan kelemahan Dinara.

Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia menyambut di muka
pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak, burung hering dan harimau bintang. Bulu
romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa pening. Alia menawarkan diri untuk mengurut kepalanya.
Farisha bersandar di kerusi dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai
Farisha dan akhirnya dia terlelap.

Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan
tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar yang memancarkan imej Farisha dan Alia.
Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus
dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya. Akhirnya
Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri tegak dan kaku.
Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka bertiga
membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida sangat
diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana
Farisha sakit kepala.

Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam. Farisha menegur
abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan malam, Azraai memberitahu ada dua berita
penting yang ingin disampaikan kepada adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila
mengetahui abangnya merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung.

Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia hanyalah anak angkat.
Abang Azraai memberikan satu fail plastik mengandungi dokumen penting tentang latar belakang
Farisha. Sepanjang malam Farisha menangis dan tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8
Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh menyebabkan
Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha ke hospital. Aqram dan
Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha sakit. Shida terkejut dan menyatakan
Farisha tiada sebarang sakit.

Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital beberapa
hari. Aqram menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan
berpandangan sesama sendiri sambil menanti kepulangan Dr Maxi.

Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa tentang penyakit
Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha mengandung. Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin
dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan
orang lain.
Bab 9
Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha keletihan
selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula memikirkan Plan B. Shida akan
menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak
sebagus Farisha.

Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah utama ialah cara
mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan Shida. Karl telah menulis amanah, jika
berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang
tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita
itu. Karl menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan
Farisha.

Di rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-ubatan yang dimakan
oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika
Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya
kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha
tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu
sangat mengejutkan Shida.

Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia semakin leka
membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk mengkaji tentang nama ini kerana
dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap
kali Medina menjadi pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl.
Shida mengeluh.

Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia memberitahu Shida yang Dr
Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi tidak bertanya soalan lagi. Apabila sampai
di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia
menekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.

Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2 petang.
Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul 2.30 petang di pejabat
Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya tadi ataupun dia bermimpi.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah menunggunya. Dr
Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat Farisha. Shida terkejut kerana
dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr Maxi menenangkan Shida dan memintanya
hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Situasi yang mereka saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia
mengalami mimpi ngeri. Suis dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan
tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

Bab 11
Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu kandungnya bernama
Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia
diserahkan dan membesar dalam keluarga Islam.

Perbualan dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam tidurnya.
Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Farisha ingin
bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa
adiknya jauh dari Kuala Lumpur. Mungkin ke Kulai.

Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha bertemu dengan
ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub dengan sains dan sanggup
mengorbankan anak sendiri demi sains.

Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan berguling-guling di lantai.
Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl telah menguasai jasad Shida.
Perdebatan berlaku antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida
menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke Soft Lab.

Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara ubat di
dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua lelaki berkaca mata hitam. Azraai
terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua
lelaki itu membawa lari Farisha.
Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk membantunya. Azraai
tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman yang kebingungan. Mereka terus
memecut kereta menuju ke Seremban.

Dua lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang suruhan
Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan
anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta
dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya.

Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya terganggu dan
bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya selama 2o tahun ke dalam
otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia
menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya
sehingga cacat. Walau bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan
nyawa baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.

Bab 13
Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram meminta
beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara Shida dan Karl. Alia
menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh Shida ) minta agar ikatan tangannya
dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari
Shida pantas menari-nari menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum selesai
tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka pintu. Medina?! Dr Maxi dan
Alia terkejut.

Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan Medina. Farisha yang
tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang berubah. Farisha turut tertanya-tanya
kenapa orang di pejabat itu memanggil ibunya ‘ Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun
lalu. Karl ialah bapa kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali
di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya.
Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang mengatakan Karl sedang
nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan Karl. Medina membentak agar diberikan
peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu Karl sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting, Farisha minta
penjelasan daripada Aqram.

Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah kandungnya dalam
keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya semakin menurun. Setiap orang
diberikan peluang untuk bertemu secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl
menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-esak. Farisha hanya terkedu.

Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Selepas Subuh hari
Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta
Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih sayang
akan Karl.

Dalam perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha. Tetapi Aqram
dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu
yang tidak kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida
dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.
Tema
Persaingan dalam dunia sains.

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula
merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga
akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

Persoalan
1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan

· Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab,
Cyberjaya.

· Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan
interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan.

· Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan
aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan
kajian.

· Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk
menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga

· Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya
dalam keadaan yang terbaik.

· Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai
telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan
memastikan keselamatannya.
4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

· Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya,
Rusmina untuk meninggalkan agama.

· Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup
sebagai ateis.

5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

· Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji
kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan
kepada keluarga angkat.

Watak dan perwatakan


Farisha

watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara

· berusia dalam lingkungan umur 26 tahun

· seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT

· Seorang adik yang penyayang

· Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl

· Berhati-hati dalam membuat keputusan

· Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori


dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan
yang diciptanya sendiri.

Shida

· Kawan serumah dengan Farisha

· Rajin membaca

· Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis

· Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara

· Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai

· Abang angkat Farisha

· Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha

· Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan

· Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha

· Menghidapi penyakit jantung

Rosman

· Rakan kongsi Farisha

· Bersikap materialistik dan mementingkan wang

· Mengambil berat masalah Farisha

Aqram

· Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.

· Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.

· Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl
bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.

Alia

· Seorang pekerja senior di Soft Lab

· Perawakan wajah yang cantik

· Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina.
Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl

· Sangat menyayangi Karl.

· Kurang sabar dan cemburu.


Karl

· Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi

· Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina

· Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains

· Bapa kandung Farisha

· Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di
Puchong.

Medina@Marilyn

· Wanita keturunan Portugal

· Cantik, putih dan berambut keriting

· Bijak dan hebat dalam bidang sains

· Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl

· Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sainsNilai

Nilai
1. Kesyukuran

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat
membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl

2. Kasih sayang

Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat
mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan
interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan

Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem
komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya
sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya
oleh bapanya, Karl.

4. Kegigihan

Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila.
Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu,
dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

5. Kepatuhan kepada ketua

Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap
dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan
Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Bekerjasama

Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured
Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan
masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu.
Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan
keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak
perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.

Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat
sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya
genius tanpa diberikan ubat bius.

Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan
cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya
iaitu Rusmina dan Akeem.

3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi.
Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita

Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon
dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.

5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.

Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga
berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.

LATAR

Latar Masa

1. Malam

Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan mengimbas
kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk
membuka pintu.

Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu itu
jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan
kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured Shell
untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan
tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.

Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara ada di
rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.

2. Pagi / Siang

Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka berjanji
untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi.
Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.

Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di Hotel
Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat
e-mel Aqram.

Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida bertemu
dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada
waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.

3. Petang

Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba pengsan di
tempat kerja.

Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada ubat
yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul
farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.

Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha mendapat
rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di
Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk
pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup masuk ke
dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti di pelipis kiri
Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.

Latar tempat

Bilik kerja Farisha di Soft Lab

Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga
Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi
dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl.
Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi.
Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

Lapangan Terbang Senai

Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang
mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.

Monorel – Stesen kereta api ke Puchong

Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik
dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit
kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.

Rumah agam Karl di Puchong

Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini
Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut
dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab.
Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor
dan jururawat.
Rumah Azraai

Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang
sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan
bahawa dia hanya anak angkat.

1. Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat
puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai.

2. Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit
sebelum masa berlepas.

3. Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat
Sort Lab di Cyberjaya.

4. Rumah Karl - “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….

5. Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.

6. Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…

7. Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…

8. Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di
Port Dickson untuk upacara itu.

9. Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-
lahan…

10. Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-
kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan
sedikit kereta
Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.

2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak pedulikan orang
yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri

Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia
penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl
telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.

4. Masyarakat yang celik ICT

Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam
dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai
juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.

5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji

Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga
berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian
kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.

6. Masyarakat yang bijak

Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas
tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum
memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya
itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot

1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat di
Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke
Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di
kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance.
Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.

2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani oleh
Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji
projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab,
Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa
kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.

3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat.
Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat
Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi
mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan
dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting
diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk
menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam
terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat
Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal
kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina
menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl
disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot

1. Imbas kembali

Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak
angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan
Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah
Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

2. Dialog

Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.

Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul Anwar.

3. Saspens

Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak
balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha
dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan
berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan
Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat
berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan
berlaku kepada Shida.

4. Pemerian

Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan. Seorang budak
comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi
makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul
Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope

Contohnya apabila kau dah sihat nanti.

Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?

Kata pinjaman -Bahasa Inggeris

Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.

Istilah teknologi maklumat

Contohnya teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan, peranti.

Kata ganda

Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua

Bersama-sama menggaru-garu

Metafora

Contohnya :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak

Hiperbola

Contohnya : angkat-angkat kening.

Simile :

Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.

Contohnya : Bagaikan memberi amaran

Personifikasi

Contohnya ; Dia menganggap ini rezeki yang datang bergolek.

Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

Anda mungkin juga menyukai