Anda di halaman 1dari 11

Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

Bab 1
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal
terbang ke Kuala lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan
santun dan kacak. Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan
pemuda itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan jam tangan pemuda yang juga
merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah berbual ringkas. Mereka tertidur dalam
penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan
serumahnya Shida dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat
kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu
apartmennya. Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah
menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy segera balik untuk
membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar kepada retinal scanner. Farisha
terkejut tentang perubahan rumah mereka. Menurut Shida, abang Farishalah yang
memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan
bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes
pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta Farisha supaya
mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan rumahnya dengan bantuan
Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram ,
pemuda yang duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa
Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha
daripada cawan di pesawat itu memang orang yang dicari oleh mereka. Aqram
mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda Farisha kerana otak Farisha
memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan Penetrator
kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan
dapat membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan
sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia
ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan
disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Rosman menelefonnya bahawa keretanya telah rosak. Farisha segera mengejutkan
Shida yang sedang tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen
monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu.
Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau yang
muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya
Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem
komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru
1

mendapat projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak


dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk
berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang
memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut
kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan
Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram
menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu projek mini di Soft
Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual
dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan
Wall minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan
matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram
berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu
sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara dalam
syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas
desakan Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini itu.
Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima tawaran
mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di luar dewan simposium. Rosman hendak
membawa mereka ke Puchong untuk perbincangan mereka. Menurut Aqram,
mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang penyelidik SoftLab yang banyak
berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah
memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi
anugerah tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa
mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha mendapati
bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang menghidap penyakit
barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki
tua. Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian
penyelidikan. Dr. Maxi ingin membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured
Shell tentang projek mini itu dengan nilai RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut
tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr. Maxi
menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga kelompok komputer
SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam masa
empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu.
Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah
berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana
Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu
tentang tawaran tersebut.

Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di
hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas
katil hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap penyakit
barah usus selama tiga tahun. Farisha teringat akan arwah ibu bapanya juga
menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam diri. Menurut Dr Maxi, Karl
masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem Dinara yang
dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan ingin
meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada
petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia masih
berada di Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti.
Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha enggan menaiki kenderaan awam
kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan oleh Farisha. Shida
tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang pelanggan.
Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida
menerima tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000. Setibanya
di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh
Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha
dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat kerjanya. Farisha berasa selesa di
tempat kerjanya. Seterusnya Farisha juga dibawa ke pusat data yang merupakan
perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di situlah semua data untuk perisian
Desktop Maya yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan
dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam.
Shida mengatakan bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu
buku biografi dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula
bekerja pada keesokan hari di Soft Lab manakala Rosman tidak dapat datang
kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram
bahawa mereka perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha.
Shida juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada Farisha.
Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan tubuh badan hampir sama.
Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi mereka turut bimbang akan
emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah cyborg yang canggih.
Bab 5
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat.
Setelah itu, Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja

mereka kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia yang lancar
sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka
berasa agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga
tidak dapat bulu kening. Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani
pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal
dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu.
Farisha turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha
mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang banyak.
Aqram mengakui kelemahan itu dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya
keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara sudah
dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom jangka yang akan
memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai
kerja Farisha di Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas
untuk Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang tenang
tugas yang akan dilakukan pada keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak
diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi
arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok. Setelah Alia beredar dari situ, Dr.
Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana Alia kecenderungan
untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan rapat antara
Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk
meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi
kerana Karl akan menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi
tentang serang binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia
duduk di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan
daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua jarum
keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha.
Farisha telah berinteraksi dengan Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar
sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati
kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang menjalankan
tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya yang
dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak
dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk
berhu1bungan dengannya. Alia hilang kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha

dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa mematikan suis di belakang tengkuk
Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha
tidak teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin
kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka berdua menyambung
penerangan semalam. Farisha berpendapat bahawa dia seolah-olah pernah
menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin
Soft Lab. Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula
menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui arkib
syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl
dengan seorang wanita yang bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri
setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari
maklumat yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.
Bab 7
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang
undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa mereka
bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha mengerang kerana kepalanya
berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang memancar seperti yang
dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan itu.
Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu
menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang pemuda lari
keluar dari arah pejabat mereka dengan membawa beberapa beg besi, piring TV
satelit dan sebagainya. Mereka berasa curiga atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh
dua orang anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang
akan dua orang anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara yang
di luar sangkaannya. Perkara pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa
dia telah menghidap penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai tidak
lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu kehilangan abang
yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai menyerahkan satu fail daripada
arwah ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya bahawa Farisha ialah
anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara
itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan
amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis
sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut mengetahui
perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak membuka fail plastik itu dan
terus mencampakkan fail itu ke dalam almari bajunya kerana belum bersedia untuk
menerima perkara itu.
5

Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi
selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan.
Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl
untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh
pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke
hospital. Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka
menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam
tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa
Farisha telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya
kepada Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa
Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari rumah abangnya. Farisha
menerima pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya
kerana tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada
benjol di belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah mengandung.
Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman lelaki.
Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang keadaan Farisha.
Bab 9
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi
dilakukan untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak
mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan
Shida. Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok walaupun amanah
Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk
dibawa ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida
membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut
kerana Farisha ialah anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan
Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan
kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin
mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya
telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama
kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak
berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan
Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca
minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah,
6

mereka dapat merakamkan ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram
melawat Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak
dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu
dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih terletak
di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi
Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia
berbuat demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal
di dalam tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi
Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan
laporan. Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr.
Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi
Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum Shida
bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua belah tapak tangan
ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip
telah dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram,
Shida telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha.
Shida diminta duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan
dengan seorang lelaki dan mengikut arahan yang dipinta. Shida mengangguk. Alia
mengurut bahu Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke
tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan
Shida. Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang
supaya menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun
keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi
tidak mahu memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh
Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan
yang mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan
wanita tua yang separuh gila itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira
begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya menghubungi anaknya, Farisha.
Wanita itu bukan sahaja hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk
membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam
dia memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta
untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan
oleh Karl terhadap Shida.

Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tentang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu
siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana mendapat adik seperti
Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa semalam ibu kandungnya datang
dan bercakap dengannya. Azraai terkejut segera meminta Farisha mengemas
barang dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan
hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi
rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak
mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha bahawa ibunya
hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana
taksub dengan sains dan hendak mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak
dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang dapat
mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi
tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua
minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang
lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia merontaronta dan berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta
mengurut bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan
Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl. Mereka terkejut. Karl hendak
mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl tidak paus hati kerana mereka
menggantikan Farisha dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa
berbuat demikian kerana keadaan Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus
menengking Dr. Maxi bahawa dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan
projek itu kerana Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia
memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam
Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan
bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia. Dr.
Maxi segera memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab
segera. Sebaliknya Aqram menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan
Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh
kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar matanya.
Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk Farisha, dua
orang lelaki berkaca mata hitam sedang berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol,
dua orang lelaki telah membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak
membuat laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis
dan mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya.
Shida terus mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam
8

dewan pembedahan. Selain itu, dia juga memukul seorang wanita sampai cacat dan
hampir mati lalu memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar meluru
kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida mengatakan bahawa
Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang merupakan pengemis.
Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat
marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar
yang tidak tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik
orang. Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha.
Rosman dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai
segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap
Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn
melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu,
Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama
Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada
Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan
serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan
Aqram telah mendapati bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit
selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji
sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah dijalankan
terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan
kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai
menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap
oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan
Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina.
Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada
Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal cinta akan Medina dan Medina
mengaburi matanya dengan kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar
kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan ingatan Karl
terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu kerana ingin
mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit
untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
9

Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira


berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya
tentang sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan
keterangan kepada Farisha untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr.
Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia
meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua batang
jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat
daripada otak Karl sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara
Shida. Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia. Dr.
Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida untuk
menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan cuba
menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan Farisha di situ sebelum
masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida mua menghidupkan komputer
tablet di meja. Karl mengatakan bahawa Farisha telah memberikannya ilham untuk
mencari punca virus itu dan cara untuk menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga
mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan
mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup
dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap Farisha. Sebalik
Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl
dan telah menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan
sesuka hati. Karl mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri.
Medina mengatakan bahawa ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga
cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha
daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri.
Medina menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila dan
sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta memberikan
berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak genius. Dia rela
Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang
membawa Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa
ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan
untuk menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara
dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa
Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang
paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila dan
sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa sesi itu mesti dihentikan
segera kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program
10

seperti yang dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr.
Maxi memberitahu Medina bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka
terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram
turut menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinara.
Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Medina berusaha
membantu Karl dalam penyelidikan tetapi Karl telah mensabotaj Medina dengan
memindahkan ingatan seorang bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga
Medina menjadi separuh gila. Oleh itu, Medina hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan
merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya
malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia
merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi kurang sempurna, iaitu tidak
mengubah emosinya yang kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul
Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir
daripada benih kasih sayang Karl dengan Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik
rawatan Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu
dan perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah
yang baru dikenalinya. Setitik air jernih mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu.
Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port
Dickson untuk upacara itu. Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang
upacara. Medina turut menyesal kerana lari daripadanya. Farisha memuji ibunya dan
bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan
kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan
baharu. Farisha bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu
bimbang akan Shida dan mereka berdua masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia
ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari mencari Medina.

11

Anda mungkin juga menyukai