Anda di halaman 1dari 8

DI SEBALIK DINARA

BAB 12
DIREKA OLEH:
1.NURUL FARAH SYUHADA BINTI ZAIDI
2.NURUL AIN BINTI MOHAMAD

SINOPSIS
Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu FarishaBAB 12

• Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan
ibunya Marilyn. Dalam tidur terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan
memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan
agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida
akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan
laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa
ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan
pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju
ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka
mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya
itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki
dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di
Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta
Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas
suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah
memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa
dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah
ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
PERMULAAN
Farisha diculik oleh orang pengupah ibunya dan dibawa ke Seremban untuk berjumpa
dengan ibunya, MARILYN.Dalam ketiduran Farisha ia dihubungkan dengan ibunya tetapi
perbualannya terhenti dengan sendiri apabila brek kereta tersebut ditekan dengan
mengejut dan mengakitbatkan dia terjaga.
PERKEMBANGAN
Situasi di SOFT LAB, ALIA berkomunikasi dengan SHIDA dan mengatakan bahawa
wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh KARL kerana ia enggan meninggalkan
agamanya dan nama asal dirinya ialah RUSMINA .Perbualan mereka dapat disaksikan
oleh DR MAXI , AQRAM DAN KHAIRUL ANWAR. Mereka bertiga berasa sedih
memikirkan akibat yang ditanggung oleh shida akibat pemindahan maklumat pahit dan
ngeri SELAMA 20 TAHUN yang lalu.
KEMUNCAK
Situasi semakin konflik apabila penculik FARISHA dalam perjalanan membawanya ke
SOFT LAB. FARISHA tersedar dan menjerit jerit dalam kenderaan tersebut. Mereka
mengherdik FARISHA bahawa dia akan bertemu dengan ibunya yang sekian lama tidak
berjumpa. Farisha berasa amat marah dan ketakutan untuk berjumpa dengan ibunya
apabila teringat perbuataan ibunya.
KLIMAKS
Di soft Lab pula, shida sudah menjadi kurang waras dengan menyanyikan lagu lagu
kegemaran karl dengan nada yang perlahan . ALIA mendengar lagu tersebut lalu dia
berkomunikasi semula dengan SHIDA. Dari situ ALIA mengetahui bahawa karl gagal
mendapatkan cinta MEDINA.Manakala AQRAM dan DR MAXI merasakann bahawa alia
tetap berasa cemburu terhadap karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program
dalam mindanya diubah. Apabila melihat keadaan SHIDA , mereka merasakan maklumat
yang terdapat dalam 20 tahun yang lepas sudah dipindahkan di dalam otak SHIDA.
PELERAIAN
Dalam pada yang sama, di stesen minyak pula MARILYN segera menaiki kenderaan
yang dipandu pembantunya iaitu AMIN lalu berjumpa dengan FARISHA.MARILYN
mendekati FARISHA dan mengatakan amat merindukan anaknya itu kerana sekian lama
tidak berjumpa.FARISHA menempelak MARILYN yang emaknya itu dulu pernah ingin
mencuba membunuh anaknya sendiri.Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak
FARISHA segera dihidupkan,
SEKIAN TERIMA KASIH. MOGA ANDA SEMUA DAPAT
MEMAHAMI ISI YANG TERKANDUNG YANG DISEDIAKAN
DALAM NOVEL DI SEBALIK DINARA BAB 12
IKHLAS DARI[ADA KAMI:
FARAH & AIN

Anda mungkin juga menyukai