Anda di halaman 1dari 1

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Terdapat beberapa
peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam novel tersebut.

Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang 'retinal scanner‘ dan intercom di rumah Farisha
yang bersambung ke rumahnya. Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil tahu perihal
keselamatan adiknya. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan supaya sentiasa memiliki hubungan baik
antara beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.

Selain itu, peristiwa dimana Farisha Berjaya mengodam sistem komputer. Farisha seorang gadis yang
bijak dalam bidang teknologi bahkan dia telah menggunakan kebolehannya. Kebijaksanaan dia
berpunca daripada impalan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk
dijadikan genius telah dimasukkan kedalam badannya oleh bapanya, Karl. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan untuk berusaha sedaya mungkin untuk mempergunakan ilmu yang sedia ada dan
memberi manfaat kepada orang disekeliling.

Akhir sekali, peristiwa dimana Farisha menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft
Lab. Pada permulaan, Farisha dan rakan kerjanya, Rosman sangat terkejut apabila telah diberikan
tawaran bekerja di Soft Lab sebanyak 1.5 Juta. Farisha tidak terburu-buru dan dia berbincang dengan
abangnya dahulu sebelum mengambil tindakan. Hal ini kerana Farisha ingin memperoleh nasihat dan
dorongan. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita hendaklah berfikir dan mendapatkan
nasihat sebelum bertindak supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai