Anda di halaman 1dari 3

NOVEL DI SEBALIK DINARA

SOALAN PERISTIWA MENARIK


Berdasarkan novel Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara
yang anda kaji, karya Dayang noor yang mengisahkan tentang
huraikan peristiwa- persaingan dunia sains antara Karl dan Medina
peristiwa yang boleh sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan.
dijadikan teladan yang Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-
terdapat dalam novel peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada
tersebut. pembaca.

Antaranya ialah peristiwa di mana Azraai


memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di
rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya.
Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat
mengambil berat perihal keselamatan
adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya
sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik
beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama
kita ketika susah dan senang.

Selain itu, peristiwa di mana Farisha berjaya


mengodam sistem komputer . Farisha seorang
gadis yang sangat bijak dalam teknologi bahkan
dia telah menggunakan kebolehnya. Kebijaksaan
dia berpunca daripada implan yang telah dipasang
di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat
untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke
dalam badaannya oleh bapanya, Karl. Peristiwa ini
telah mengajar saya untuk berusaha sedaya
mungkin untuk mempergunakan ilmu yang sedia
ada dan memberi manfaat kepada orang
disekeliling.

Akhir sekali, peristiwa di mana Farisha


menerima tawaran daripada Aqram mengenai
projek di Soft Lab. Pada permulaan, Farisha dan
rakan kerjanya, Rosman sangat terkejut apabila
telah diberikan tawaran bekerja di Soft Lab
sebanyak RM 1.5 Juta. Farisha tidak terburu-buru
dan dia berbincang dengan abangnya dahulu
sebelum mengambil tindakkan. Hal ini kerana
Farisha ingin memperoleh nasihat dan
dorongan. Peristiwa ini mengajar saya bahawa,
kita hendaklah berfikir dan mendapatkan nasihat
sebelum bertindak supaya tidk terburu-buru
membuat keputusan.
Berdasarkan novel Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara
yang anda kaji, karya Dayang noor yang mengisahkan tentang
huraikan peristiwa- persaingan dunia sains antara Karl dan medina
peristiwa menarik sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan.
yang terdapat dalam Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa
novel tersebut. menarik.

Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura


tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia
mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur
yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr
Maxi mendapati Farisha dikatakan individu
mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini
dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram
menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains
yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

Selain itu, Farisha mencatat alamat yang


diberikan oleh Aqram dengan menggunakan
sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah
dilengkapi dengan alat penetrator untuk
menerobos ruang minda farisha. Hal ini
menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini
dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains
dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan
oleh pengarang menggambarkan hanya dengan
alat sekecil pen kita mampu menembusi
pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil
maklumat yang terkandung dalam pemikiran
manusia.

Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha


sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai
jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau
menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah
kandung Farisha dan merupakan saintis gila.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan
kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi
dalam kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai