Anda di halaman 1dari 3

Di Sebalik Dinara

Permulaan Novel

Bab 1

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang
berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi
beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya.
Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk
duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu
berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan begitu
aneh. Lelaki itu perasan  Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam
tangan itu sebenarnya pusat kawalan elektroniknya.
Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintarnya
namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah agak
berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman serumahnya,
Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang Farisha ,
Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom rumahnya
dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh kecil.

Bab 2

Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya
kereta Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat
simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut
tetamu membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah bersedia
mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman.
Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia
perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk
menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda
Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya berdenyut-
denyut.

Bab 3

Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas    selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan
masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali
kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.

Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan.
Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha diberikan
projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat minggu. Farisha
dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab.  Farisha berasa agak
musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran
tersebut.
Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl
terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan
dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun
menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek
penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh Farisha.

Latihan

1. Senaraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat pada bahagian dalam


novel ini dan nyatakan alasan peristiwa tersebut menarik.
Bil PERISTIWA ALASAN
1 peristiwa Aqram berpura-pura tidur kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas
semasa di dalam kapal terbang. Dia dan kecanggihan kajian sains yang
mengambil cawan kecil dan menguji mendalam dalam mengesan DNA
kesan air liur yang melekat pada cawan. seseorang.
Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati
Farisha dikatakan individu mampu
menyelamatkan Dinara.
2 Farisha mencatat alamat yang diberikan
oleh Aqram dengan menggunakan
sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya
telah dilengkapi dengan alat penetrator
untuk menerobos ruang minda farisha.
3

2. Peristiwa-peristiwayang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik


minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat pada bahagian
permulaan dalam novel tersebut dan alasannya.

        Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor. Novel ini
telah memaparkan beberapa peristiwa menarik. Salah satunya ialah
______________________________________________. Peristiwa ini dikatakan
menarik kerana ________________________________.
Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal
terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada
cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu
menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan
Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam
mengesan DNA seseorang.

           Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan
menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat
penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha
sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan
teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya
dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi
mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.

Anda mungkin juga menyukai