Anda di halaman 1dari 13

Sinopsis

a) Bab 1 - semasa Farisha berlepas dari Lapangan Terbang Senai menuju ke


Kuala Lumpur. Semasa beratur Farisha terpandang seorang lelaki yang kacak
dan sopan. Mereka kebetulan duduk bersebelahan ketika di dalam pesawat,
Farisha agak kagum dengan lelaki yang sempurna dari segi tutur bicara,
pemakaian, gerak laku, dan peralatan elektroniknya yang canggih belaka.
Sesampainya Farisha dirumahnya dia mengalami sedikit kesuitan kerana alat
keselamatan yang telah dipasang oleh abangnya, Azraai. Semasa di dalam
pesawat Aqram, lelaki yang berada di sebelah Farisha telah mengambil bekas
cawan plastik kepunyaan Farisha bagi menguji air liur yang melekat pada cawan
tersebut, kerana Farisha adalah individu yang selama ini telah dicari oleh Doktor
Maxi. Aqram telah diberi tanggungjawab bagi memujuk Farisha agar berkerja di
Soft Lab. Doktor Maxi telah memberikan Aqram silinder logam yang mana
merupakan sejenis penetrator yang akan memudahkan Aqram membaca fikiran
Farisha yang telah dilindungi dengan pendinding yang dipanggil WALL

b) Bab 2 - Farisha dan Rosman ingin mnyertai simposium Persatuan Penggodam


Antarabangsa yang ucapan pembukaannya akan disampaikan oleh Philips
Young d Hotel Renaissance. Tetapi disebabkan oleh kereta Rosman yang rosak
menyebabkan Farisha menaiki monorel pergi ke majis tersebut namun Farisha
hampa apabila Philips Young hanya memberikan ucapan melalui hologrem
kerana dia masih berada di Florida. Farisha dan Rosman adalah rakan kongsi
sebuah syarikat perundig keselamatan yang diberi nama Secured Shell Sdn.
Bhd. Tanpa disengajakan Fariisha telah bertemu dengan Aqram. Pemuda itu
telah menawarkan satu projek yang lumayan kepadanya. Ketika Farisha
menggunakan sebatang pen yang telah dilengkapi dengan penetrator, tidak
semena-mena Farisha teleh berasa sakit kepala. Aqram telah gagal menceroboh
masuk ke dalam memori lampau Farisha, kerana WALL yang digunakan oleh
Farisha lebih canggih daripadanya. Aqram berusaha membawa Farisha masuk
ke Soft Lab kerana kepakaran yang dimiliki oleh Farisha mampu menyelamatkan
Dinara. Sebenarnya Aqram telah lama cuba menjejaki Farisha tetapi gadis itu
telah lama memadam maklumat dirinya di internet. Akhirnya, Aqram berjaya
mengesan Farisha melalui tempahan tiket penerbangan dari Johor BHaru ke
KLIA.

C) Bab 3 - Syarikat Rosman dan Farisha telah menerima satu projek lumayan
daripada Soft Lab. Aqram telah menjemput Farisha dan Rosman ke Puchong
bagi berjumpa dengan seorang penyelidik dan pencipta yang tekemuka di Soft
Lab. Kedatangan Farisha telah disambut baik oleh Doktor Maxi yang merupakan
orang penting dalam Soft Lab. Doktor Maxi telah menerangkan projek yang
bernilai RM1.5 juta yang telah ditawarkan kepada Secured Shell. Tugasan
tersebut menuntut Farisha menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab yang
merupakan infrastruktur kepada sistem kemudahan awam. Doktor Maxi yakin
Farisha dan Rosman mampu menyudahkan projek yang diberi mengikut tempoh
masa yang diberi berdasarkan kebolehan Farisha yang mempunyai pengalaman
dalam menggodam dan melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba. Doktor
Maxi meyakinkan lagi Farisha dengan menyatakan kumoulan yang dipilih bagi
menggantikannya gagal menembusi sistem Bank Sapurba. Setelah itu, Farisha
telah dibawa berjumpa dengan Karl. Karl telah mrenghidapi kanser usus, namun
beliau masih bergiat aktif dalam bidang penyilidikan. Projek terbaru beliau adalah
Dinara. Tetapi projek tersebut terpaksa diberhentikan kerana sel kanser Karl
telah merebak ke bahagian paru-parunya. Farisha diminta menggodam Dinara,
Farisha berasa ragu-rag, kerana dia menyedari ada suatu tugasan berat
disebalik projek tersebut.

d) Bab 4 - Azraai mencadangkan Farish a agar menerima tawaran tersebut. Dia


telah menyiapkan dokumen kontrak dan ingin mengadakan pertemuan antara
Farisha dengan Soft Lab di Cyberjaya. Kebetulan Shida yang merupakan rakan
serumah Farisha ingin ke Soft Lab bagi berjumpa dengan pelanggannya. Shida
telah ditawarkan RM40 ribu bagi menulis sebuah rencana dan biografi, Shida
mempunyai bakat dalam bidang penuisan. Agenda tersembunyi telah membawa
Farisha dan Shida ke soft Lab,sebenarya Shida akan dijadikan pengganti
Farisha sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap Farisha, walaupun Shida
tidak sehebat Farisha. Terbit rasa simpati Aqram ke atas Shida. Karl dan Medina
telah mencipta sebuah prototaip, iaitu Alia, dia mempunyai perasaan dan
ingatan. Karl memerlukan bantuan Farisha bagi menyelamatkan Dinara daripada
anasir yang akan melumpuhkannya.

e) Bab 5 - Alia telah ditugaskan bagi membantu Farisha bagi mengkaji seni bina
Dinara. Kehebatan Alia membuat pembentangan tanpa cacat cela memelikkan
Farisha, Shida juga berasa hairan apabila Alia tidak pernah berkelip dan raut
wajahnya seperti tidak asli. Farisha memberitahu bahawa Akram juga
mempunyai kesempurnaan pada anggota badannya. Karl telah membangunkan
sebuah teknologi hypervisor. Aqram meberitahu Farisha yang Soft Lab amat
memerlukan bantuan Farisha bagi meningkatkan sistem keselamatan Dinara.
Aqram telah berterus-terang dengan menyatakan sistem Dinara telah diceroboh
dengan satu virus bom jangka yang mana akan menghancurkan sistem Dinara
dan sekali gus menjangkiti semua alat-alat yang dinguakan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi ini. Perkara ini disebabkan oleh perasaan dengki. Alia seperti
ciptaan yang tidak pernah siap. Sentiasa perlu dipertigkatkan dari masa ke
masa, perasaan cemburu akan muncul setiap kali ada perempuan yang
mendekati Karl. Contohnya, Alia berasa cemburu ketika Medina mulai rapat
dengan Karl.

f) Bab 6 - Farisha telah lewat datang ke Soft Lab kerana dia berasa pening. Alia
telah menawarkan bantuan bagi memicit kepalanya, tidak lama kemudian
Farisha yelah tertidur. Alia mengambil kesempatan ini dengan memasukkan dua
batang jarum mudah lentur pada kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha berada
di bawah separa sedar tetapi dia masih mampu berkomunikasi dengan Karl.
Perkara ini menyebabkan Alia berasa tidak puas hati kerana dia tidak dibenarkan
berhubung bersama Karl. Karl memberitahu Farisha yang gadis itu mampu
menyelamatkan Dinara kerana Karl telah menyediakan Farisha bagi
berkomunikasi dengannya. Setelah Farisha sedar Akram berbincang mengenai
sistem Dinara bersamanya. Ternyata Farisha seorang gadis yang bijak kerana
dia mampu berdebat mengenai sistem Dinara waluapun dia baru sahaja belajar
mengenai Dinara. Tetapi dia berasa keliru mengapa dia dipilih bagi menggodam
Dinara. Perbualan Shida dan Farisha berkisar mengenai Dinara. Karl merupakan
seorang saintis yang hebat Dinara relah dicipta hasil kerjasama antara Medina
dan Karl, namun yang menjadi misteri adalah kehilangan Medina sebelum
Dinara berjaya disiapkan dan kemunculan pihak yang cuba memadamkan nama
Medina daripada syarikat tersebut.

g) Bab 7 - Shida yang memiliki latar belakang ndang-undang menyemak kontrak


antara pihak Soft Lab dan Farisha. Tiba-tiba sahaja kepala Farisha berdenyut
seolah-olah dia melihat satu pancaran kilat. Perkara itu menyebabkan mereka
membatalkan sesi pembacaan kontrak. Ketika menuruni tangga, Uncle Seng,
iaitu penjaga kedai telah menegur Rosman dan memberitahu rakan syarikat
Farisha itu dia terlihat dua orng pemuda membawa beg bimbit dan piring satelit.
Uncle Seng mengkhuatiri mereka itu pencuri. Farish diberitahu perkara yang
mengejutkan ketika dia melawat rumah abangnya, Azraai. Perkara pertama
adalah Azraai telah dsahkan menghidap sakit jantung dan yang keduanya adalah
Farisha merupakan anak angkat dalam keluarg aitu Fail yang berisi dokumen
permohonan pengambilan anak angkat Azraai serahkan kepada Farisha. Gadis
itu kelihatan bingung dan tidak dapat menerima kanyataan.

h) Bab 8 - Semasa sesi perjumpaan antara Farisha dan Karl, Farisha telah jatuh
pengsan. Farisha telah dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah yang tinggi,
Doktor Maxi telah menemaninya. Aqram dan Khairul pula mempunyai sesi
perbincangan bersama shida. Perkara yang menimpa Farisha mengejutkan
Shida kerana Farisha jarang-jarang sakit kecuali demam atau selesema. Aqram
bertanya seandainya Shida mempunyai masa lapang pada peang itu kerana
mereka perlu berbincang mengenai sesuatu bersama Doktor Maxi. Doktor Maxi
telah menghantar mesej untuk memberitahu Aqram yang Farisha telah sedar.
Farisha juga telah meghantar mesej bagi memaklumkan Shida yang dia terpaksa
ditahan selama tiga hari. Shida telah berjumpa dengan Doktor Maxi,
perbincangan mereka lebih berkisar mengenai kesihatan Farisha. Doktor Maxi
cuba mengumpulakan sebanyak mungkin maklumat mengenai Farisha,
sedangkan Shida pula berasa bimbang seandainya kontrak Farisha ditarik atas
alasan masalah kesihatan rakanya itu.
I) Bab 9 - Menurut Doktor Maxi, Farisha pengsan kerana tidak dapat menahan
sesuatu di dalam badannya. Perkara ini pasti mengganggu peracangan yang
telah dirancang. Khairul Anwar mencadangkan agar mereka mengikuti plan B
Iaitu menggantikan Shida ditempat Farisha. Doktor Maxi sukar membuat
keputusan kerana terdapat banyak perbezaan antara Farisha dan Shida. Selain
itu, mereka bimbang seandainya Karl mengesan wanta itu bukan
Farisha,.Kerana Karl telah memberikan amanah, sekiranya berlaku sesuatu ke
atas dirinya, hanya Farisha yang mampu menyiapkan tugas yang belum selesai
itu. Karl telah meyediakan Farisha dengan mereka satu mikrocip yang khas
pada tubuh Farisha. Perkara ini membenarkan Karl menyalurkan pemikirannya
kepada Farisha. Kajian ini memakan masa selama 20 tahun. Ciptaan Karl ini
mendorong pihak lain untuk memilikinya. Lantas mereka telah melakukan
pencerobohan di dalam sistem Dinara. Shida telah menyelongkar bagi mencari
persoalan mengenai perihal diri sebenar Farisha. Akhirnya, Shida telah menemui
fail yang menjelaskan bahawa Farisha merupakan seorang anak angkat. Pada
masa yang sama dua orang lelaki, Amin dan Farid tlah berjaya menceroboh
pemikiran Farisha yang ketika itu dalam keadaan yang lemah. Azraai telah
membohongi doktor bahawa mikrocip yang tertanam pada tubuh Farisha adalah
bertujuan sebagai uji kaji. Azraai terpaksa berbohong kerana ingin menunaikan
amanah yang telah diberi oleh arwah ayah dan ibunya. Farisha mesti berkerja di
dalam Soft Lab jika diperlukan.

j) Bab 10 - Shida berusaha menacari identiti sebenar Medina kerana Medina


mempunyai pengaruh besar dalam syarikat itu. Medina banyak membantu Karl
dalam penyelidikan bagaimanapun namanya telah dipadam daripada syarikat
tersebut. Di Makmal B, Alia telah menekup wajah Shida hinggamengakibatkan
gadis itu tidak sedarkan diri. Apabila sedar, Doktor Maxi meminta Shida
menggantikan tempat Farisha. Pada mulanya, Shida menolak kerana dia tidak
semahir komputer seperti Farisha. Setelah diyakinkan oleh Doktor Maxi, Shida
telah bersetuju. Kemudiannya dua batang jarum mudah lentur dimasukkan pada
tengkuk Shida. Gadis itu telah dijadikan sebagai uji kaji, keadaan berikutnya
yang berlaku kepada Shida mencemaskan Aqram. Lelaki tersebut berasa
kasihan terhadap Shida kerana diperalatkan oleh kakitangan Soft Lab bagi
bereksperimen. Aqram mencadangkan agar perbuatan itu diberhentikan. Namun,
Doktor Maxi membantah cadangan tersebut. Medina berasa gembira kerana
telah berjaya menghubungi anaknya, Farisha. Buktinya, Farisha menjawab
panggilan Medina ketika Farisha berada di bawah separa sedar. Medina ingin
menguasai Farisha bagi menunjukkan yang dia lebih hebat berbanding Karl.
Shida pula dilanda kemurungan kerana mikrocip yang telah ditanam pada
tengkuknya.

k) Bab 11 - Azraai memberitahu Farisha nama sebenar ibunya adalah Merilyn,


wanita Portugal. Nama ayahnya pula tidak dicatakan di dalam fail.Farisha telah
memaklumkan Azraai mengenai ibunya yang telah berhubung dengannya.
Perkara tersebut amat memeranjarkan Azraai. Pemuda tersebut pantas
mengeluarkan Farisha daripada hospital dan mencari tempat persembunyian
kerana ada pihak yang cuba mengancam keselamatan Farisha. Gadis itu perlu
dibawa keluar daripada Kuala Lumpur. Azraai memberitahu yang ibu
kandungnya sedang memburunya dan ketika kecil ibu kandungnya hampir
membunuh Farisha kerana dijadikan sebagai bahan iji kaji sains. Azraai
menerangkan kira-kira 26 tahun lalu, dua orng lelaki telah datang membawa
Farisha yang masih bayi. Semasa Shida berada dalam keadaan bawah separa
sedar, Karl telah berada di dalam tubuh badan Shida. Karl telah menegur kerana
Shida telah mengambil tempat Farisha. Karl menyatakan hanya tubih Farisha
yang lengkap. Karl mahu tindakan menyelamatkan Dinara dipercepatkan kerana
virus telah disusup masuk. Jikalau terlambat bukan Dinara sahaja yanh musnah
malahan kakitangan Soft Lab juga akan menerima akibatnya. Semasa Azraai
cuba menyembunyikan Farisha, dua orang lelaki telah mengacukan pistol ke
arah Azraai kemudian mereka telah melarikan Farisha. Shida yang mengalami
mimpi buruk telah menceritakan nama sebenar Khairul Anwar adalah
Mohammad Irfan. Karl telah menjalankan uji kaji sains dan ke atas Khairul Anwar
dan telah mengubahnya dengan imej yang baharu.

L) Bab 12 - Azraai memaklumkan kepada Rosman bahawa Farisha telah dicuik


semasa berhenti di Hentian Pagoh. Penculik tersebut telah membawa Farisha
menuju ke Kuala Lumpur. Azraai mengagak Farisha akan dibawa ke Bangunan
Soft Lab di Cyberjaya. Di sana Marilyn akan membalas dendam. Alia telah
memperkenalkan dirinya yang sebenar. Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh
Karl. Nama sebenarnya adalah Rusmina tetapi Karl telah menukarnya menjadi
Alia. Karl menganggap Alia sebagai derhaka kerana enggan meninggalkan
agama. Karl menjadikan Medina sebagai uji kaji dan uji kaji tersebut mengalami
kegagalan. Alia cuba mencungkil maklumat daripada Shida yang berada separa
sedar.. Karl menjelaskan bahawa Medina sangat ego dan mahu membuktikan
dia lagi hebat daripada Karl. Karl gagal mencintai Medina. Aqram beras simpati
terhadap keadaan Shida dan meminta Doktor Maxi membetulkan ingatan Shida
semula. Marilyn masuk ke dalam kereta yang menempatkan Farisha dan
menyatakan kerinduannya.

M) Bab 13 - Keadaan Karl yang semakin kurang stabil menyebabkan Doktor


Harris tidak mahu Karl diganggu. Aqram berjaya menjalankan sesi menyambung
minda antara Karl dan Shida. Doktor Maxi pula teringat peristiwa 30 tahun lalu
ketika Karl berjaya mengubah Rusmina kepada Alia, Ketika sesi itu berlangsung,
Karl menyatakan bahawa dia masih memerlukan Farisha bagi menyelamatkan
Dinara. Medina tiba-tiba sahaja mucul di dalam bilik tersebut. Medina
menyatakan 30 tahun yang lalu Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina.
Karl juga menjdikan Farisha sebagai bahan uji kajinya dnegan memasukkan
pelbagai jenis implan dan mikrocip agar anaknya itu menjadi seorang yag
genius. Tambah Medina, Karl adalah seorang saintis yang gila. Farisha akhirnya
mengerti tawaran RM1.5 juta semata - mata bagi menyelamatkan Dinara. Kerana
Karl tidak mampu melakukannya sendirian. Medina berasa tidak berpuas hati
apabila dia tidak dipilih untuk menyelamatkan Dinara. Sesi perdebatan terhenti
apabila Doktor Maxi megumumkan Karl dalam keadaan yang nazak. Mereka
semua bergegas pergi ke rumah Karl yang teletak di Puchong. Aqram
menjelaskan perasaan dendam Medina terhadap Karl berpunca apabila Karl
telah mensabotaj uji kaji Medina sehingga hampir mengakibatkan wanita itu
hmpir separuh gila.

N) Bab 14 - Karl terbarig lemah di atas katil.Aktiviti otaknya menurun dan dia
tidak mampu bertindak balas. Farisha berasa sedih kerana ini adalah kali terakhir
dan kali pertama dia menatap wajah ayahnya. Beberapa orng diberi kebenaran
bagi menatap wajah Karl. Aqram sebagai orng pertama yang masuk
mengucapkan terima kasih kerana Karl menjadikan kehidupnnya lebh baik.
Selepas itu, giliran Khairul Anwar, dia kelihatan seperti masih menyimpan
dendam terhadap Karl keran Karl telah mengubah diri Khairul Anwar tidak
mengikut cara yang dikehendakinya walaupun kehidupannya kinijauh lebih baik.
Orang yang terakhir masuk melawat Karl adalah Farisha, dia mengucapkan
selamat tinggal kepada Karl. Tepat pada pukul 7.00 malam, Karl telah
menghembuskan nafasnya terakhir. Dalam wasiatnya, Karl meminta agar
mayatnya dibakar da abunya ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu
mayat Karl dilakukan di Port Dickson. Aqram msenyoroti perwatakan Karl yang
mana merupakan seorang sainits yang tegas , pandai berfalsafah dan kerja-
kerjanya pula perlu disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kkejutan
berlaku apabila Shida mengungkapkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh
Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui Karl berkata-kata melalui Shida.

Tema

Tema novel Di Sebalik Diinara adalah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh
para saintis dalam menjalankan penyelidikan dan ciptaan sainsnya. Misalnya
cabaran Karl adalah untuk melindungi perisiannya yang dinamakan Dinara,
Akibat persaan dendam, Dinara telah diceroboh oleh musuh-musuh dan mereka
telah memasukkan virus bagi memusnahkan Dinara, hanya Farisha yang mampu
membantu untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini demikian kerana di dalam tubuh
Farisha telah ditanam pelbagai implan bagi menjadikan Farisha gadis yang
istmewa. Karl cuba menjejaki Farisha dan memintanya agar menyelematkan
Dinara. Karl juga telah mencipta beberapa orang prototaip. Antaranya ialah Alia
yang menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya adalah
Rusmina namun hasil kerja Karl terhadap Alia kurang sempurna. Cabaran juga
wujud antara Medina dan Karl apabila masing-masing mahu membuktikan drir
mereka lebih hebat. Medina berdendam terhadap kerana Karl telah mensabotaj
Medina ketika mereka sedang melakukan uji kaji sehinggakan Medina hampir
gila.

PERSOALAN

1) Persoalan ksungguhan seseorang bagi mempertahankan hasil kajian mereka


daripada mengalami kemusnahan. Misalnya, Karl telah menyiapkan Farisha
sejak kecil untuk membantunya menyelamatkan Dinara daripada dimusnahkan
oleh seseorang yang cuba mengkhianatiya

2) Persoalan kehebatan saintis dan kecanggihan teknologi mampu mengubah


imej seseorang. Contonhya, Karl melalui kebijaksanaannya mamp meberikan
imej baharu kepada individu yang hampir dengannya.

3) Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ayah dan ibunya. Contohnya,
walaupun baru kali pertama Farisha bertemu dengan ayahnya, iaitu Karl, Farisha
tetap menyayangi ayahnya. Farisha berasa sedih kerana pertemuan tersevur
merupakan pertemuan terakhir sebelum Karl menghembuskan nafas yang
terakhir.

4) Persoalan dendam yang tidak berkesudahan terhadap seseorang itu. Seperti


Medina yang berdendam terhadap Karl apabila Karl tidak mengakui
kehebatannya sebagai seorang saintis

Watak utama

Farisha
- Berusia 28 tahun
- Abangnya bernama Azraai dan Ibunya bernama Marilyn yang berketurunan
Portugal
- Seorang yang memiliki keistimewaan. Buktinya pelbagai mikrocip dan implan
telah ditanam dalam tubuh Farisha sejak kecil bagi menjadikannya seorang
gadis yang genius. Selain itu, minda Farisha juga telah dilengkapi dengan perisai
yang dipanggil WALL
- Seorang wanita yang bijak. Buktinya, Farisha berjaya menembusi sistem Bank
Sapurba. Selain itu, Farisha juga mampu berdebat mengaenai sistem Dinara
walaupun dia baru belajar mengenai sistem itu.

Watak sampingan

Shida
- Merupakan rakan serumah Farisha
- Seorang yang mempunyai gaya hidup mudah. Buktinya, ketika bangun pagi
Shida akan terus minum kopi tanpa memberus gigi terlebih dahulu,
- Shida telah ditawarkan RM40 ribu bagi menulis satu artikel mengenai Dinara
- Shida telah menjadi perantaraaan perhubungan Karl ketika di bawah sedar.

Karl
- Merupakan seorang saintis yang berjaya kerana banyak menghasilkan
penyelidikan dan kajian.
- Pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan
- Merupakan ayah kandung kepada Farisha dan suami Medina

Azraai
- Merupakan abang angkat kepada Farisha
- Seorang yang penyayang dan prihatin. Buktinya dia tetap mementingkan
keselamatan Farisha walaupun dia tahu Farisha bukanlah adik kandungnya.
- Seorang yang amanah. Buktinya, Azraai berpegang kepada amanah arwah ibu
dan ayanhnya iaitu semua mikrocip mesti berada di dalam badan Farisha dan
Farisha harus berkhidmat kepada Soft Lab seandainya diperlukan.

Latar tempat

1) Lapangan Terbang Senai. Farisha menggunkan lapagan terbang bagi menuju


ke Kuala Lumpur.

2) Hotel Renaissance. Tempat berlangsungnya simposium Persatuan


Penggodam Antarabangsa yang ucapan pembukaannya akan disampaikan oleh
Philips Young

3) Hentian Pagoh. Farisha telah diculik oleh dua orang lelaki ketika Azraai
memberhentikan kereta sebentar.

4) Port Dickson. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port Dickson

LATAR MASA

1) 7.45 pagi. Rosman berjanji akan menjemput Farisha pada waktu itu,

2) Lima belas saat. Pen yang mengandungi penetrator perlu berada d tangan
Farisha sekurang-kurang lima belas saat,
3) 8.00 malam. Aqram suadah tercegat menunggu Farisha dan Rosman di luar
dewan simposium pada waktu itu.

4)26 tahun. Tempoh Farisha menjadi adik angkat kepada Azraai

LATAR MASYARAKAT

1) Masyarakat saintis yang banyak menjalankan kajian dan penyelidikan.


Contohnya, Karl, Medina, Doktor Maxi dan kakitangan Soft Lab banyak
menjalankan uji kaji dan penyelidikan

2) Masyrakat yang menjadi bahan ui kaji. Contohnya, Alia dan Aqram telah diberi
imej yang baharu oleh Karl sabagai sebahagian daripada uji kajinya.

3)Masyarkat yang bijak mengendalikan komputer. Contohnya, Farisha


merupakan pakar dalam bidang komputer dan menubuhkan satu Syarikat
Secured Shell Sdn. Bhd bersama-sama Rosman.

4) Masyrakat yang memiliki kesempurnaan. Contonhya, Farisha melihat Aqram


sebagai seorang lelaki yang sempurna dari setiap segi.

Teknik plot

1) Teknik Monolog - ( halaman 143 )


Anak angkat? Shida bertanya sendiri seolah-olah menyoal pada helaian
dokumen yang sedang ditatap.

2) Teknik Pemerian ( halaman 74 & 75 )


Alia sudah wujud di Soft Lab lebih 20 tahun. Dia dicipta oleh Karl dan seorang
penyelidik yang bernama Medina. Alia merupakan sebuah cyborg canggih yang
memiliki ingatan dan perasaaan. Malam ini Doktor Mxi perlu memadam
beberapa ingatan dan perasaannya agar dia tidak mengganggu rancangan yabg
sudah mereka atur untuk Farisha dan Shida

3) Teknik Saspens ( halaman 112 )


Buat kerja sikit sahaja, uncle. Uncle belum tidur? sapa Rosman penuh ramah
Belum. Tad saya rehat-rehat dekat dalam. Tapi tiba-tiba terdengar orang bunyi
orang lari turun tangga. Itu pasal saya keluar terang Uncle Seng.

4) Teknik Kejutan ( halaman 117 )


Ya sebenarnya ada dua perkara Azraai merenung tepat ke wajah Farisha
sebelum menyambung. Bulan lepas doktor telah sahkan abang ada masalah
jantung, jadi....
Hah ? Farisha menjerit sebelum sempat Azraai meneruskan ayatnya.. Bulan
lepas? Abang tak beritahu Isha pun? Nada suaranya sedih dan marah
bercampur bimbang

PLOT NOVEL

1) Bahagian Permulaan
Pada bahagian permulaan pembaca diperkenalkan dengan watak utama yang
berumur 28 tahun, iaitu Farisha. Farisha merupakan seorang gadis yang
dikatakan memiliki keistimewaan. Kepakaran yang ada pada Farisha dikatakan
mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar bernama Soft
Lab. Usaha menjejaki Farisha gagal kerana gadis itu telah memadam maklumat
yang berkaitan dengan dirinya di dalam komputernya. Akhirnya Farisha berjaya
dikesan Aqram apabila dia menempah tiket penerbangan untuk berlepas dari
Lapangan Terbang Senai menuju Kuala Lumpu. Namun Aqram gagal menerobos
ingatan Farisha kerana WALL yang dimiliki oleh Farisha mampu melindungi
dirinya.

2) Bahagian Perkembangan Cerita


Peristiwa tertumpu pada usaha kakitangan Soft Lab memujuk Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Syarikat Rosman dan Farisha ditawarkan projek yang
bernilai RM1.5 juta oleh Soft Lab. Tugasan yang diberikan kepada Farisha
adalah untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab. Rakan serumah
Farisha, iaitu Shida telah ditawarkan wang berjumlah RM40 ribu bagi menulis
sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara. Agenda tersembunyi
membawa Shida dan Farisha berkerja di Soft Lab adalah untuk menjadikan
Shida sebagai pengganti sekiranya belaku apa- apa terhadap Farisha.

3) Bahagian Perumitan
Diceritakan Farisha yang berasa pening kepala lalu terlelap. Peluang ini telah
diambil oleh Alia untuk memasukkan dua batang jarum mudah lentur pada kiri
dan kanan tengkuk Farisha. Kesannya, Farisha berada dalam keadaan bawah
sedar. Hal ini membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl, iaitu seorang
saintis terkenal bersama-sama dengan Medina telah mecipta suatu prototaip
bernama Alia. Alia telah diciptakan lebih 20 tahun yang lalu dan memiliki ingatan
dan persaan. Perkara yag menjadi misteri adalag Medina telah menghilangkan
diri sebelum Dinara berjaya disiapkan.Tmabahan pula ada pihak yang cuba
memadamkan nama Medina daripada syarijat tersebut. Aqkram menjeaskan
punca dendam Medina terhadap Karl kerana Karl telah mensabotaj uji Medina.
Sehinggakan Medina hampir menjadi gila. Pernah suatu ketika Median telah
mencekik anaknya; Farisya tapi mujurlah Aqram dam Doktor Maxi dapat
menyelmatkan Farisha. Selain itu, Azraai telah memberitahu suatu yang
mengejutkan kepada adiknya. Pertamanya adalah Azraai yang telah disahkan
menghidapi masalah jantung.
4) Bahagian Klimaks
Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayanhnya. Fail tersebut
mengandungi dokumen peromohonan pengambilan Farisha sebagai anak
angkat. Azraai menyatakan nama sebenar ibu Farisha adakah Mearilyn seorang
wanita Portugal. Nama ayahnya pula tidak dirrekodkan di dalam fail tersebut.
Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat
persembunyian untuk Farisha. Hal ini demikian kerana ada pihak yang cuba
mengancam keselamatan Farisha. Azraai menerangkan Farisha sedang diburu
oleh ibu kandungnya sendiri. Medina menyatakan bahawa 30 tahun yang lalu
Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina. Karl menjadkan Farisha sebagai
bahan uji kajnya. Karl telah menanam pelabagai jenis implan dan mikrocip bagi
menjadikan Farisha sebagai seorang anak yang genius. Aqram pula
membocorkan rahsia dirinya yang telah diberi identiti baharu. Umur sebenarnya
adalah 60 tahun bukannya 30 tahun. Nama asalnya adalah Akeem dan
merupakan adik kandung Karl ynag terencat akal.

5) Bahagia pelaraian
Bermula pada pukul 7.00 malam apabila Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Dalam wasiatnya, Karl meminta agar mayatnya dibakar da abunya
ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port
Dickson. Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida mengungkapkan
kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila
mengetahui Karl berkata-kata melalui Shida.

5 gaya bahasa

1) Simile - ...seperti langit dengan bumi ..( halaman 64 )


- ...bagaikan digeser sembilu ..( halaman 92 )
-....seperti orng hilag akal..( halaman 99 )

2) Persenafikasi - .. angin dingin berhembus kuat.. ( halaman 52 )


-..Tangisnya menggila ( halaman 195)
-Api kemarahan menyala - nyala di matanya ( halaman 212 )

3) Sinkope - Tapi tak salah kalau kita berhati-hati.kan? ( halaman 11 )


- Apa yang kamu berdua cuba buat tapi gagal? ( halaman 196 )

4) Peribahasa - Bagaikan anjing dengan kucing ( halaman 110 )


- darah daging ( halaman 174 )
- seperti langit dengan bumi ( halaman 99 )

5) Penggunaan bahasa Inggeris - coffee house ( halaman 41 )


- business partner ( halaman 31 )
- physical backup( halaman 7 )
4 nilai

1) Nilai kebijaksanaan. Contonhya Farisha berjaya melepasi sistem Bank


Sapurba. Selain itu, dia juga mampu mendebatkan sistem Dinara walaupun dia
baru sahaja belajar mengenai sistem tersebut.

2) Nilai penyayang. Contohnya, Farisha menangis apabila mendapat tahu


abangnya Azraai mengalami masalah jantung. Selain itu, dia tetap mennyayangi
ibunya Medina walaupun baru bertemu dengan ibunya setelah sekian lama
berpisah.

3) Nilai kemaafan. Contohya, Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah
kandungnya yang banyajk merencanakan kehidupannya melalui penyelidikan
sains

4) Nilai kepasrahan. Contohnya, Farisha akur bahawa dirinya anakidak sah taraf
kerana tiada pengenalan ayanhnya tidak tercacat dalam fail.

4 PENGAJARAN

1) Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam satu pasukan.


Contohnya, Aqkram, Doktor Maxi dan kakitangan Soft Lab berkerjasama untuk
menyelamatkan Dinara daripada menghadapi kemusnahan.

2) Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan sungguh - sungguh.


Contonhya, Aqkram bertanggungjawab kepada ketuanya, iaitu Karl yag
mengarahkannya menjejaki Farisha sehigga berjaya dan meminta Farisha
menyelamatkan Dinara.

3) Kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa orng lain.


Contonhya, Aqkram berasa simpati terhadap Shida yang akan dijadikan sebagai
bahan iji kaji bagi menggatikan tempat Farisha.

4) Kita hendaklah setiap pada janji yang telah dibuat. Contonhya Azraai ingin
menunaikan janjinya pada arwah ayah dan ibunya dahulu, iaitu semua implan
dan mikrocip harus kekal di dalam badan Farisha.

Anda mungkin juga menyukai