Anda di halaman 1dari 21

KOMSAS TINGKATAN 2

DRAMA:DI SINI BAKTI BERSEMADI

Nama: Aqilah Bt Mat Azam Kelas :2 Asim Sekolah: SM Imtiaz Kuala Terengganu

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam. Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal. Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayamayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu. Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing.

TEMA

Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.

Watak & perwatakan

Tini (watak utama)

Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma. Berkawan baik dengan Amin. Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan. Meminati bidang perniagaan. Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan. Tunangan orang tunang kepada Kamal. Seorang yang suka berdikari tidak mahu mengharapkan bantuan orang.

Amin

Kawan baik Tini. Mengusahakan penternakan ayam. Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung. Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam. Berpandangan jauh / berwawasan. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan.

Ayah

Dikenali juga sebagai Pak Hamid. Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya. Yakin / percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan kraftangannya. Dia insaf akan kesilapannya.Dia akur akan semangat juang untuk berdikari yang ditunjukkan oleh Tini.

Kamal
Kamal tunang kepada Tini.
Kamal mudah cemburu buta.Dia cemburu apabila Tini tiada masa untuknya kerana sering berada di kilang kraf tangannya. Ingin mempercepatkan hari perkahwinannya. Mementingkan diri sendiri mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan perusahaan Tini.

PLOT

Permulaan: Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini

berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri. Perkembangan:Cerita mula berkembang apabila Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri kepada ayahnya.Ayahnya tidak bersetuju kerana tindakannya untuk bekerja sendiri itu memalukan keluarga.Lagipun ayahnya tidak yakin terhadap kemampuan Tini untuk melaksanakan pekerjaan sendiri itu kerana Tini seorang perempuan.Namun,Tini tetap bertegas dengan keputusannya untuk berdikari dengan bekerja sendiri.

Perumitan: Kamal memarahi Tini yang tidak memberitahunya dan

berbincang terlebih dahulu dengannya tentang keputusan Tini yang hendak bekerja sendiri itu.Kamal tidak bersetuju Tini bekerja sendiri.Namun,Tini menyatakan dengan tegas bahawa dia ingin berdikari kerana hal itu sesuai dengan jiwanya.Kamal berbincang dengan ayah Tini untuk mempercepat hari perkahwinan.Ayah Tini bersetuju tetapi Tini tidak bersetuju.Dia mahu membangunkan perusahaannya dahulu sehingga berjaya.Amin membawa Malek ke balai polis atas tuduhan mencuri ayam-ayamnya.Malek kemudiannya dibebaskan oleh Kamal.Amin telah dipukul pada suatu malam semasa dia pergi memeriksa ayam-ayamnya.Kilang perusahaan kraf tangan Tini juga telah dirosakkan.

Klimaks: Ayah Tini menyiasat orang yang telah memukul Amin dan
mensabotaj kilang kraf tangan Tini.Daripada hasil siasatan,ayah Tini mendapati bahawa orang yang melakukannya ialah Malek.Malek dibawa ke muka pengadilan.

Peleraian: Orang yang merancang kejadian memukul Amin

dan mensabotaj kilang perusahaan kraf tangan Tini ialah Kamal sendiri.Tini kesal akan perbuatan Kamal.Tini mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Kamal.

KESIMPULAN:Plot

drama ini lancar dan peristiwa berlaku dengan pantas hingga pembaca mudah mengikuti perjalanan ceritanya.

LATAR TEMPAT

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASA

Di tempat ternakan ayam milik Amin.

LATAR TEMPAT

Di rumah Tini. Di kilang kraf tangan Tini. Di jalan semasa ayah Tini bertemu dengan Amin. Di luar balai polis. Di rumah amin. Di tempat kerja Kamal.

Pada waktu siang. Pada waktu malam.

LATAR MASA

Masyarakat kampung. Masyarakat kampung yang masih bersikap konservatif dalam hal pekerjaan. Masyarakat yang dengki dan iri hati melihat kejayaan orang lain. Masyarakat yang memperoleh pendapatan dengan cara yang salah.

LATAR MASYARAKAT

GAYA BAHASA
Penggunaan dialog yang pendek dan berkesan.Contohnya: AMIN:Wah,kerja keras nampak!

TINI:Engkau Amin? AMIN:Bagaimana sekarang? TINI:Agak memuaskan juga.Dulu kerja tak teratur tapi sekarang tak kelam kabut lagi.
Penggunaan sinkope yang sesuai dengan bahasa lisan.Contohnya,tu,ni,tak, dah,nak. Peribahasa.Contohnya,diberi betis hendak paha,telunjuk lurus kelingking berkait, nasi sudah menjadi bubur,di mana aku berpijak,di situlah langit aku junjung. Bahasa perbualan harian:Contohnya,Didengar orang kan tak manis! Metafora.Contohnya,tanah gersang.

Kerajinan:Contohnya,Amin dan Tini rajin berusaha dengan

bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam perusahaan masing-masing. Keyakinan:Contohnya,Tini yakin akan kebolehan dirinya untuk membangunkan perusahaan kraf tangan di kampungnya. Bersemangat tinggi:Contohnya,Tini mempunyai semangat tinggi untuk maju dalam perusahaan kraf tangannya.Segala tentangan yang diterima daripada tunangnya,iaitu Kamal dan ayahnya sendiri dihadapinya dengan tabah. Berdikari:Contohnya,walaupun mempunyai kelulusan di peringkat diploma, Tini tidak mahu bekerja makan gaji.Dia ingin bekerja sendiri. Semangat kemasyarakatan:Contohnya,Amin seorang pemuda

kampung yang mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi.Dengan ilmu dan kemahiran yang dimilikinya,dia ingin membantu anak-anak muda di kampungnya supaya mengikut caranya dengan menjalankan kerja sendiri dan seterusnya menjadi seorang usahawan.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri. 2. Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya. 3. Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. 4. Kita perlu bijak merancang masa depan. 5. Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. 6. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.

Anda mungkin juga menyukai