Anda di halaman 1dari 3

Usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan drpd gajet

Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari


bahawa perkembangan teknologi semakin pesat dalam kehidupan
seharian kita. Masyarakat yang tidak berdamping dengan teknologi
beranggap ketinggalan zaman dalam arus globalisasi ini. Setiap
manusia bersandar pada teknologi untuk kemajuan. Kalau ada asap,
tentu ada api bukan? Teknologi dapat memudahkan urusan kehidupan
seharian kita. Kini, ibu bapa tidak lagi seperti generasi ibu bapa
beberapa dekad lalu. Walau bagaimanapun, hubungan kekeluargaan
semakin renggang disebabkan oleh perkembangan teknologi dan ahli-
ahli keluarga semakin asyik dengan gajet. Kesannya, masyarakat
bersikap mementingkan diri dan tidak mahu bergaul dengan ahli
keluarga. Lebih teruk lagi, hal ini akan menyebabkan masalah kronik
seperti kemurungan. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat
dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di sebalik
kemodenan ini?
Antara usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah
ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan moral yang
merupakan suntikan paling mujarab untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan yang renggang. Hal ini disebabkan agama ialah tunjang
atau asas keperibadian anak-anak. Pakar motivasi keluarga Islam yang
tersohor tanah tumpah darah kita, Dr. Tengku Asmadi, pernah
berkongsi cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menurut
beliau, seisi keluarga hendaklah bersolat bersama-sama, mengaji al-
Quran bersama-sama, mengerjakan amal ibadat bersama-sama dan
sebagainya. Interaksi yang sihat ini dapat menghindarkan anak
daripada tercebur dalam aktiviti yang kurang berfaedah seperti
berjinak-jinak dengan permainan komputer, selebriti televisyen,
malahan aksi-aksi berunsur lucah dan ganas. Umpama memasang
pelita tengah hari, alat berteknologi dapat dijual beli tetapi keluarga
tidak dapat ditukar ganti. Ibu bapa perlulah mengutamakan didikan
agama dan moral sebagai uswah hasanah dalam didikan agama
kepada anak agar hubungan kekeluargaan dieratkan.

Di samping itu, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu


bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak setelah banyak
menghabiskan masa bekerja mencari rezeki. Hal ini dikatakan
demikian kerana anak-anak pada hari ini banyak meluangkan masa
mereka untuk bermain permainan komputer di bilik dan melayan
telefon mereka seperti ahli keluarga mereka. Mereka jarang menyertai
aktiviti kekeluargaan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menganjurkan majlis makan malam secara berkala supaya anak-anak
dapat membantu ibu bapa menyediakan makanan. Selain itu, ibu bapa
juga boleh membantu ibu bapa dengan mengemas rumah, membasuh
kereta, menanam pokok dan sebagainya. Sebagai kesannya, mereka
dapat menyedari kepentingan waktu bersama keluarga, memusatkan
jiwa dan minda kepada hubungan kekeluargaan apatah lagi menjadi
modal insan yang berminda kelas pertama. Mereka dapat menjadikan
nasihat orang tua-tua bahawa kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa
sepanjang masa sebagai pedoman. Intihanya, ibu bapa haruslah
memperbanyak aktiviti kekeluargaan untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan daripada mendampingi teknologi.

Selain itu, jika soalan ini diteliti dengan lebih mendalam, saya
berpendapat bahawa ibu bapa hendaklah merancang kegiatan
melancong bersama-sama keluarga untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan. Hal ini tercetus apabila ahli keluarga pada kehidupan
seharian kurang bercakap dan asyik bersembang dalam aplikasi
WhatsApp walaupun tinggal sebumbung. Biar kita melihat tamsilnya,
ibu bapa membawa anak-anak pergi bersiar-siar, melancong di
kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet, berekreasi dan
mandi-manda untuk membebaskan diri daripada kongkongan
teknologi. Sikap menatang minyak yang penuh haruslah diamalkan
oleh ibu bapa untuk membentuk generasi muda yang efektif. Anak-
anak juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan keluarga dengan
keadaan yang aman. Mereka juga dapat belajar untuk menyayangi
keluarga daripada teknologi. Jauh perjalanan luas pemandangan,
keluarga bukan sahaja dapat menggenggam ilmu-ilmu yang terdapat
di sekeliling mereka, malahan merapatkan hubungan silaturahim dan
menjalin kasih antara satu sama lain. Oleh itu, tak tumbuh tak melata,
tak sungguh orang tak kata bahawa melancong bersama keluarga
dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kembali.
Seterusnya, jika dilihat daripada lensa perbincangan ini, ibu
bapa juga harus meraikan hari-hari yang penting untuk merapatkan
hubungan kekeluargaan dan menjernihkan kekeruhan hubungan
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak jarang-jarang
berjumpa dengan wajah ibu bapa sehingga sanggup melupakan
mereka kerana leka berhubung dalam alam maya berkomunikasi
dengan rakan sebaya. Bukti yang boleh diketengahkan ialah ibu bapa
boleh meraikan hari jadi ahli keluarga, Hari Ibu dan Hari Bapa. Ibu
bapa boleh menyediakan makanan kegemaran mereka dan ini dapat
menarik perhatian anak-anak remaja daripada skrin peranti elektronik.
Remaja akan menyayangi keluarga kerana mereka bersusah payah
menyediakan makanan tanpa mengenal penat lelah. Selain itu, mereka
juga dapat menjadi golongan anak yang mengenang jasa ibu bapa dan
tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Izharlah, sebagai
menggulung huraian yang diperkatakan di atas, hari-hari utama harus
diingati oleh ibu bapa dan anak-anak. Mereka sewajarnya untuk
meraikan hari-hari utama bersama dengan keluarga supaya
silaturahim terjalin.

Sebagai penghias bicara akhir bagi segala yang dihuraikan, saya


ingin menjelaskan bahawa hubungan kekeluargaan yang keruh
mampu dijernihkan kerana semuanya bergantung pada ahli keluarga
itu sendiri kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ahli
keluarga haruslah mengikut semua idea yang telah saya sampaikan di
atas supaya ahli keluarga sentiasa diutamakan. Ahli keluarga harus
mengetahui cara menggunakan gajet apabila perlu dan tidak
dipengaruhi oleh teknologi dan perkembangannya semata-mata.
Disebabkan dunia tanpa sempadan, kemanusiaan dan kekeluargaan
juga mampu disempadankan oleh teknologi. Ahli keluarga hendaklah
berganding bahu menghargai masa bersama-sama dengan ahli
keluarga yang tercinta sebelum nasi menjadi bubur. Masyarakat juga
haruslah menggembleng tenaga dan memerah keringat memanfaatkan
teknologi dengan bijak supaya tidak melupakan asal usul
perhubungan sesama ahli keluarga. Tegasnya, banyak usaha boleh
dilakukan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang renggang.

Anda mungkin juga menyukai