Anda di halaman 1dari 23

FRASA MENARIK

CUBA APLIKASI DALAM KARANGAN

1, Sedasawarsa, dalam meniti arus globalisasi dunia yang serba mencabar akal
dan fikiran.
2. Seing kali juga terpampang di rubrik-rubrik akhbar
3. Bukalah minda, lapangkanlah dada serta tenangkan fikiran
4. Membuka lembaran isi yang pertama berteraskan frasa
5. Mari kita capahkan lensa perbincangan seteterusnya kepada skop yang lebih
khusus berpaksikan kata kunci

6. Sudah terang lagi bersuluh………………...

7. Fokus ketiga yang dapat menghiasai wacana di atas ialah

8. Dalam konteks yang lebih luas lagi,prakarsa pragmatik seterusnya yang


dapat diambil ialah

9. Melabuh tirai perbincangan

10. Pada era globalisasi ini…..

11. Isu ini hangat diperkatakan di media massa

12. Isu ini meniti dari bibir ke bibir

13. Setiap penyakit pasti ada penawarnya yang mujarab

14. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita bahawa

15. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh..

16. Formula penyelesaian perlu dicari segera

17. Enak lauk dikunyah-kunya, enak kata diulang-ulang

18. Kita tidak boleh mendabik dada melihat akan permasalahan ini

19. Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka…….

20. Memetik wasitah nirmala seterusnya

21. Confucious ada menyatakan bahawa seribu perjalanan bermula dengan


langkah pertama
Latihan 1

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini
Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada
pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari
ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan
permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu,
permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana
kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya
bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum
nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi
meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata
peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk
mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-
sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta
mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak
mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-
anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada
anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh
membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang
tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga
boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang
diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif
ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk
mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-
layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan
mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim
sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah
menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.
Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan
yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan
tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara
bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah
mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk
melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap
generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan
pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara
langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tradisional
di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja.
Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah
amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif
mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan
menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional


merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara
kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti
akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-
lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan
kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat
dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan
karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut,
permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang
dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin
popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh
dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut
dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang
bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka
kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka
mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur
di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih
mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara
yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa
yang mana mereka akan diajar cara-cara bermain tradisional seperti gasing, galah panjang
dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus
berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas
bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan
inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat
di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian
akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian
kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan ’berlaga’
untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan
kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah
penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan
negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada,
pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-
layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran
pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus
mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka
termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah
khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah
serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan
peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh
memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar
meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka
ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan
menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara
tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.

Tempat yang ada anak panah.....cuba ubah suai dan masukkan frasa
menarik untuk memulakan perenggan seperti contoh di atas
Latihan 2

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PANTUN

Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini
Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada
pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari
ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan
pantun yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, pantun turut
dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai
individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja
dek peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua
pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik lagi efektif bagi mempopularkan genre
pantun bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan pantun ini patut diusahakan secara
bersungguh-sungguh bagi mengangkat status pantun di bumi tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan
dan mempopularkan pantun kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal
ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang
sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan pantun kepada anak-anak mereka sejak kecil
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk
minat mempelajari pantun. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka buku-buku
berkaitan pantun sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana
cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan
melafaz pantun melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian
atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli
keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba melafazkan pantun atau mencipta pantun.
Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan genre
puisi tradisional ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak
kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, usaha pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang
memasukkan pantun dalam Komsas Bahasa Melayu di sekolah perlu dipuji. Rentetan
daripada itu, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi
penekanan kepada puisi tradisional ini.. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan Budaya
Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara mencipta pantun, dan melafazkan pantun. Setelah
mengetahui secara mendalam tentang pantun itu, pelajar akan rasa berminat untuk
mempelajari pantun. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka
merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai
masyarakat masa hadapan. Penglibatan pelajar secara langsung dalam penciptaan pantun
nescaya dapat mempopularkan pantun di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita
terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak
cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang
di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan puisi tradisional di samping mengurangkan
sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional


merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan pantun di negara kita. Kempen
ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan
berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan
televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan pantun di negara kita. Selain memperkenalkan sejarah dan cara melafazkan
pantun, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan
pantun kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen
tersebut, seperti peraduan mencipta pantun dan melafazkan pantun,. Melalui proses tersebut,
pantun boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa
seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa
mengenal rasa jemu sudah pasti pantun semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh
dilakukan bagi mempopularkan pantun. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar
dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang berpantun dan mencipta pantun.
Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli
keluarga berpantun. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan
masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana rakyat
Malaysia masih memiliki budaya berpantun yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.
Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di
desa dan mereka akan diperdengarkan pelbagai jenis puisi tradisional terutamanya pantun.
Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat
dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa,
pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan pantun kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan


inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan pantun kepada masyarakat di Malaysia.
Melalui pertandingan tersebut, semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu.
Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan
pertandingan melafazkan puisi tradisional di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah Pesta
Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama
Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih Pulang ke Gagang dapat
mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam mencipta dan melafazkan pantun.Terbukti di
sini, penganjuran pertandingan sebegini berjaya memperkenalkan puisi tradisional dalam
kalangan masyarakat sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong
dalam dan luar negara.

Kesimpulannya, semua bangsa tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya


mereka termasuk puisi tradisional terutamanya pantun terus lenyap ditelan zaman kerana
warisan tersebut adalah khazanah dunia yang begitu tinggi nilainya. Walaupun Malaysia
sedang mengorak langkah ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan
peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap pelbagai pihak tetap teguh
memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar
meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Oleh itu,
setiap anak watan di bumi tercinta ini perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat
habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian tersebut.
Latihan 3

KARANGAN 1: KEPENTINGAN DAN LANGKAH PEMUPUKAN AMALAN BUDI


BAHASA
PENDAHULUAN
(T) - Teknik Takrifan

(T) Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-
Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin,
tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut
mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya
berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa
dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering
terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya
masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum
keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan
dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

Kepentingan (K)
(K1): Salah satu kepentingan amalan ini ialah amalan ini dapat mewujudkan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. (M) Masyarakat yang berbudi bahasa
akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.
Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan
agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara
atau perlakuan. Kata orang, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk
padahnya”. (B) Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah
yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman
politik yang berbeza. Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang
perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. (K) Apabila wujud sikap saling
menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
‘Perpaduan Teras
Kejayaan’ jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri
daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan bahawa bersatu teguh bercerai roboh
justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir
luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. (P) Tegasnya, konsep
perpaduan dapat dicapai dengan mudah sekiranya amalan budi bahasa dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kita.

(K2): Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. (M) Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut
dapat membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia,
tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus walaupun pada masa itu teknologi
masih belum berkembang dengan sepenuhnya. (B) Untuk membina tamadun yang unggul,
kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat
sehingga memilukan hati pihak lain bagai ditusuk sembilu. Perlakuan seumpama ini
menggambarkan masyarakat tersebut masih berada dalam Zaman Jahiliah di mana akhlak dan
nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. (K) Sekiranya masyarakat
kita lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks
ini, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk
mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat. Secara tidak
langsung, industri pelancongan juga turut meningkat. (P) Secara ringkasnya, masyarakat
yang bertamadun dapat dilahirkan melalui amalan budi bahasa.

(K3): Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang
positif seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap
pelancong asing. (M) Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang
negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan
dihargai oleh masyarakat tempatan. (B) Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan
Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan
bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun
sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememang kaya dengan budi bahasa.
Contohnya, ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti
akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan
berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. (K) Sekiranya
amalan ini diikuti, sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia akan sentiasa
meniti dari bibir ke bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi
pelancongan utama mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara
melalui industri pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat. (P) Jadi, budaya
yang murni ini amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat
menikmati percutian di negara kita.

(K4): Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin
yang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu
daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa menitikberatkan kepentingan orang
lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk menjaga
perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung
tidak berselerak. (B) Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat
bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk
kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua, bertutur dengan
sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam
kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan
berkarisma dapat dilahirkan. (K) Pemimpin yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej
negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara
kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat
dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek kata, negara kita akan terkenal di persada dunia
kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi bahasa yang
dipamerkan.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-
langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam
setiap sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana
perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu
langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita
terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan
merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita
diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari
aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan
insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri
Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata
pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan
nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan
Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah
menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara
mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di
samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa
dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat
melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang
membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga
demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi
bahasa, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.
(Langkah)
(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti
kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti
kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa
seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar.
Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan
pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang
baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang
secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan
beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat
berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan
khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan.
Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di
sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan
bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah,
‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Justeru melalui program-program yang dijalankan, para
pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih
bersikap ‘membina’ daripada ’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan
lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai.
Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar
tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-
kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika
menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati
golongan yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah meningkat. (P)
Pendek kata, amalan budi bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum
yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil
yang berbudi bahasa tinggi. (M) ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah
peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan
menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa
merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini
membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling
ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu
dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar
apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-
menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak
mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang
mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-
beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap
seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa
menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini
diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat
ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-
anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah keluarga
tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng
arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan
contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan budi bahasa dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah
melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen
yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan
dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan
dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11
Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan
kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais
Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar
fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap budi bahasa kita. Suatu ketika
dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya
di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat
membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan
secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. (K) Dengan
ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai
semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta
meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara
implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi
kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga
penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat
mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi
yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa,
yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi
bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang
mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan
amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian
terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-
masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak
seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam
setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia
yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai
budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang
tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia
terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

Latihan 4

Model karangan contoh terbaik – cara-cara menghargai jasa guru

Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

            Demikianlah indahnya bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk Usman Awang
mantan Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru. Ternyata puisi
tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus
mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari
segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial seterusnya menjadi insan yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang.  Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa
kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik
dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya.  Justeru, memang  tidak dapat disangkal
lagi golongan guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha
menyediakan rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk
kepimpinan negara ke arah kemajuan. Seterusnya generasi inilah yang bakal memacu
pembangunan negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju.  Begitulah besarnya
peranan, jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru.  Oleh itu, apakah cara dan wadah
yang paling bermakna dapat dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghargai jasa dan
pengorbanan gurunya?
     Memang tidak dapat dinafikan, golongan  pelajar merupakan individu yang paling hampir
dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan
liku kehidupan.  Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu
pengetahuan ditimba tidak putus-putus bagai air sungai yang mengalir.  Bahkan ketika di
sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi
pelajar sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan.  Juseru
pelajar mesti bergaul dengan guru persis seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah.
Sebagai pelajar, mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana
mereka berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi
pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan memberi
salam, mengucapkan salam sejahtera, serta ucapan terima kasih perlulah sentiasa bermain di
bibir seorang pelajar.  Bahasa yang sopan dengan nada suara yang lemah lembut semasa
berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar kerana adalah tidak wajar seseorang
pelajar meninggikan suara di hadapan gurunya. Hormatilah guru sebagaimana kita
menghormati ibu bapa.  Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali
membuat bising sehingga mengganggu guru yang menjalankan tugasnya. Segala arahan dan
suruhan guru dipatuhi.  Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan
terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita
           Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang sama
ada kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang guru.  Guru
mana yang tidak gembira apabila anak didiknya mengukir kejayaan dalam peperiksaan.  Hati
guru yang mana yang tidak berbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam
peperiksaan justeru, belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan
diri tetapi dalam masa yang sama mampu menggembirakan hati seorang guru serta turut
dapat mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat
menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu
bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua
peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah
Malaysia(STPM).  Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah berharga serta
memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat mencurahkan air
ke daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar seharusnya
sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang tercipta
tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih.

         Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya
tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh
merosakkan nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh
para pelajar kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah
atau di luar kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para
pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah,
sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng
sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk
menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas
dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan
yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa
persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan
kepada guru yang telah banyak berjasa.

        Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan
mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan merasakan
bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita
boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei
setiap tahun. Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan tidak
sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semasa sambutan Hari Guru, para pelajar
boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada
guru-guru yang mengajar mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang
diibaratkan lebah yang menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak
semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati
yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah
cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua
balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu dicurahkan kepada bakal
pemimpin negara pada masa depan ini.
           Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita
menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia tentunya para guru
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya guru mungkin ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu
menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan
perasaan simpati ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika menziarahi
mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap
mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma
bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu
dikenang, budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru
sentiasa dikenang oleh para pelajar. Dengan berbuat demikian kita dapat mengurangkan
beban dan masalah yang dihadapi guru. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan ganjaran
atas kebaikan yang kita berikan.

         Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru
yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa
hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang
jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan
daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat
menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan sempurna. Bagi mereka
yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan
agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus
dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk kebahagiaan
dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak berjasa kepada kita.
Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi
kejayaan seseorang anak didikmu'.

            Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau
dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah
yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang
berkaliber dan tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar untuk
pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya bagi mencapai wawasan negara maju pada
tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita
peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Untuk itu marilah kita renung
bait-bait puisi di bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
Latihan 5

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Karangan Bahagian B. SPM

. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan negara kita. Isu


perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-
sama oleh semua pihak. Sejak 31 Ogos 1957 lagi , penduduk Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini
hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata
negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di
Malaysia Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar
perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan
peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-
royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan
untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat
memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.
Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja
membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya.Aktiviti bergotong – royong seperti ini ternyata sangat relevan agar kebersihan
persekitaran terpelihara sekali gus mengelakkan pelbagai wabak penyakit seperti demam
denggi, HINI dan terkini pandemik Covid19. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat
meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah
sama dituruni. Tegasnya melalui aktiviti gotong-royong bukan sehaja dapat mewujudkan
persekitaran yang bersih sekali gus menyatukan ikatan antara masyarakat yang melaksanakan
aktiviti tersebut.Jadi tepatlah kata peribahasa muafakat membawa berkat.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan


sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran
serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang
boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui
kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-
menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat
mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia malah
mdelahirkan bibit-bibit kemesraan serta memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang
budaya sesuatu masyarakat. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat
Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau
masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan


perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu
perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan
yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak
takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara
misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh
kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan
contoh dan teladan kerana pemain-pemainnya atau atlet sukan tersebut diwakili oleh pelbagai
kaum.. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya
mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat
cinta akan negara. Hal ini kerana kemenangan yang hendak diraih akan melibatkan kerjasama
dan semangat sepasukan. Masing-masing akan saling membantu dan sokong-menyokong
demi sesuatu kemenangan dan kejayaan Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara
sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa dalam arena sukan.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu
lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum
akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan,
misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus
mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan
yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada
duanya. Bayangkan tanpa adanya semangat perpaduan untuk menjaga kedaulatan negara,
Malaysia mungkin dijajajah buat kali kedua. Tambahan pula pada ketika ini kita sedang
berhadapan dengan kebanjiran pendatang-pendatang tanpa izin yang boleh mendatangkan
ancaman terhadap keharmonian negara. Lantaran itu, peribahasa hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap
warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha
negara mencapai Wawasan 2020. Biarpun di mana kita berada Malaysia tetap di hati .
Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat
jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-
taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat
Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh
organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan
penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat
menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum
akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham
antara kaum. Interaksi sosial yang berkesan antara rakyat berbilang kaum dan juga antara
rakyat dan pemimpin akan dapat membina silaturahim yang kukuh. Hal ini penting kerana
sebagai sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum kehidupan yang harmoni dan
mengelakkan sebarang bentuk persengketaan perlu diberikan perhatian. Semangat kerjasama
dan perpaduan kaum amat diperlukan demi mencapai kemakmuran dan kemajuan negara agar
Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju
yang lain.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-
lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan
adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan
kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Mengingat fakta/isi karangan
Gunakan untuk mencatat fakta/isi

Anda mungkin juga menyukai