Anda di halaman 1dari 2

Peranan Ibu bapa Bagi Menggalakkan Anak-anak Menabung.

Budaya menabung sinonim dengan budaya berjimat cermat yang membawa seribu satu
kemaslahatan kepada kita. Isu menabung sering dipolemikkan dalam dada akhbar dan menjadi bual
mulut masyarakat dari warung kopi hingga ke persidangan parlimen. Peribahasa cicir dipungut
hilang dicari merupakan tunjuk ajar daripada para cendekiawan, amalan mahmudah inilah patut
diwarisi agar budaya ini tidak hanyut dibawa arus modenisasi. Dalam konteks ini, pihak kerajaan
telah melancarkan pelbagai modus operandi untuk menjadikan budaya ini bersebati dalam
kehidupan kita. Lumrahnya, air cucuran jatuh ke pelimbahan juga. Segala budaya mestilah berakar
umbi daripada pendidikan ibu bapa. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa bagi menggalakkan
budaya menabung dalam kalangan anak-anak?

            Afdalnya, ibu bapa merupakan murabbi yang paling dekat dengan anak muda. Ibu bapa
perlulah memberikan pendedahan dan pengalaman tentang amalan menabung kepada anak mereka
sejak azali lagi, bak peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ilmu kewangan yang
didedahkan kepada anak akan menjadikan mereka insan yang pandai membuat persediaan, persis
peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, anak mempunyai daya fikir yang tinggi
semasa membuat perbelanjaan. Ibu bapa perlulah memberitahu anak mereka bahawa wang tabungan
penting untuk menjamin masa depan dan menghadapi waktu kecemasan seperti masa kita ditimpa
kemalangan, bencana alam atau jatuh sakit. Pendek kata, pendidikan ibu bapa penting untuk
membentuk keperibadian anak yang bersikap berjimat cermat atau berboros.

            Selain itu juga, ibu bapa merupakan teman sejati kepada anak mereka. Ibu bapa perlulah
selalu meluangkan masa untuk menemani anak mereka menghadiri sebarang ceramah yang
bertemakan urusan kewangan. Misalnya, sesi jerayawara yang dianjurkan oleh pihak bank untuk
menerangkan cara membuat tabungan. Dalam pada itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke
institusi kewangan dan koperasi untuk membuat pelaburan dalam bentuk akaun simpanan dan
mencarum dalam insurans pendidikan.  Di rumah, ibu bapa boleh mewujudkan persaingan sihat
antara adik-beradik  untuk bertanding sesiapa yang berjaya menyimpan tabungan. Selepas mendapat
penerangan tentang kelebihan menyimpan wang di bank, anak muda akan menjadikan amalan ini
sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian, bak peribahasa alah bisa tegal biasa.

            Ibu bapa juga merupakan ikon atau suri teladan kepada anak muda. Hal ini bererti,  ibu bapa
mempamerkan amalan positif seperti tidak melakukan pembaziran wang semasa berbelanja.
Sokongan dan dorongan ibu bapa merupakan sumber inspirasi dan motivasi kepada anak. Maka, ibu
bapa selalu memuji anak dan menggalakkan anak mereka menyimpan sebahagian daripada duit saku
ke dalam tabung simpanan mereka, persis peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Memanglah, rangsangan dan restu ibu bapa akan membentuk anak yang selalu bertindak positif. Ibu
bapa patut  memberikan ganjaran kepada anak-anak yang rajin menabung  seperti membawa mereka
melancong . Sudah terang lagi bersuluh, anak akan mewaris pembawaan ibu bapa yang suka
berboros atau sikap berhemat.
   
            Tuntasnya, peranan ibu bapa sangat signifikan bagi memastikan budaya menabung dapat
diterapkan dalam sanubari mereka. Sikap anak-anak perlulah dibentuk agar menjadi insan yang
berguna dan tahu menghargai kepentingan menabung dalam hidup mereka. Janganlah kita
membesarkan kerak nasi atau bersikap besar pasak lebih daripada tiang kerana sikap ini hanya
memudaratkan ekonomi keluarga. Saya berharap agar setiap keluarga boleh memahami bahawa
mengukur baju di badan sendiri dan selalu bersederhana semasa berbelanja. Hanyalah tabungan
menjadi kita insan yang selalu tenang dan tidak panik semasa musibah menjelang, kerana saya
memahami bahawa laut mana tidak berombak, bumi mana tidak ditimpa hujan,atau  panas tidak
sampai ke petang.

Anda mungkin juga menyukai