Anda di halaman 1dari 2

langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya

isi
-ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan dngan menjadi pengguna jalan
raya yang berhemah
-anak-anak akan mencontohi tingkah laku ibu bapa seperti peribahasa
Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya
-Contohnya, ibu bapa tidak boleh melanggar lampu isyarat, tidak
memandu melebihi had laju dan tidak memotong
kenderaan lain dengan sesuka hati
-Ibu bapa hendaklah menunjukkan suri teladan di hadapan anak-anak
dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya

isi
-pihak sekolah haruslah memberi didikan tentang kesan kemalangan
jalan raya
-pelajar lebih patuh pada ajaran yang diberikan oleh guru
-Buktinya, guru-guru boleh menerapkan kepentingan mematuhi
peraturan jalan raya dan menayangkan video kemalangan jalan raya
pada mata pelajaran Pendidikan Moral dan Kewarganegaraan
-pelajar akan mengingati kesan kemalangan jalan raya dan menjadi
pengguna jalan raya yang berhemah kerana telah dididik sejak bangku
sekolah, bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

isi
-pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen kesedaran tentang kesan
kemalangan jalan raya
-kempen kesedaran dapat menyalurkan informasi kepada semua pihak
tentang isu yang hangat dibincangkan ini
-Pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen Pandu Cermat, Jiwa
Selamat kepada masyarakat dua kali setahun
-Kempen kesedaran yang dapat menyedarkan semua pengguna
terhadap isu kemalangan jalan raya ini hendaklah diadakan secara
berkala, janganlah pihak kerajaan bersikap hangat-hangat tahi ayam
dalam hal tersebut.

isi
-pihak media massa haruslah sentiasa memaparkan berita kemalangan
jalan raya untuk mengingati para pengguna berhati-hati ketika berada di
jalan raya
-berita yang mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri
akan menakutkan para pengguna jalan raya
-Tamsilnya, media massa haruslah menjadikan kemalagan jalan raya
yang meragut nyawa pengguna jalan raya sebagai paparan utama dalam
surat khabar
-para pengguna akan lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan
raya kerana mereka ingat malang tidak berbau

Anda mungkin juga menyukai