Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN PENUH

Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh oleh Malaysia hasil daripada majunya industri
pelancongan negara.

Terbang rendah, terbang tinggi,


Burung punai hinggap di jendela;
Nikmati indah alam semulajadi,
Bukit gunung hijau Malaysia

Terbang sekawan cari rezeki,


Burung merpati jelajahi buana;
Tiada bezanya luar negeri,
Malaysia jadi pilihan utama

Dua rangkap pantun berdasarkan di atas, 1negara kita mempunyai pelbagai daya

tarikan yang mengagumkan dan menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Oleh

hal yang demikian, sektor pelancongan telah menjadi antara sektor terpenting di dalam

negara yang perlu diberi perhatian khusus. Banyak manfaat dari sektor pelancongan terhadap

negara.2

Manfaat pertama yang disumbangkan oleh industri pelancongan kepada negara yang

pertama ialah3 kemajuan dari segi ekonomi masyarakat setempat. Melalui industri

pelancongan, masyarakat negara ini dapat mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam

perniagaan sekaligus memajukan ekonomi negara dalam skala yang besar. Contoh paling

mudah adalah perusahaan makanan-makanan tempatan. Pelancong asing amat menggemari

makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Beliau 4diberi

pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan pada 5hotel bertaraf lima bintang,

medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di

1
Kesalahan struktur ayat
2
Kesalahan struktur ayat
3
Kesalahan penggunaan perkataan
4
Kesalahan penggunaan perkataan
5
Kesalahan penggunaan perkataan
tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati secara terapung di atas air hidangan makanan laut di

restoran yang didirikan6. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama

yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap

makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Selain

daripada itu, pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan

di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan bagi7

menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej yang

membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup

masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga

memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke

lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van,

bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu,sektor

pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.

Manfaat seterusnya adalah sumbangan industri perlancongan8 terhadap politik negara.

Sektor pelancongan sesebuah negara dianggap berjaya dan maju sekiranya dapat

mempromosi negara ke mata dunia. Sehubungan dengan itu, sektor pelancongan telah

memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan

perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat

mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat

dibuktikan9 bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang

lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Melalui penganjuran Kejohanan F1,

Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung

kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran

6
Kesalahan struktur ayat
7
Kesalahan penggunaan perkataan
8
Kesalahan penggunaan imbuhan
9
Kesalahan penggunaan imbuhan
sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita

bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang

minima. Pendek kata, keutuhan politik negara melalui hubungan dua hala bersama negara

lain turut dibina oleh industri pelancongan.

Selanjutnya, industri pelancongan menjadi faktor kepada kemajuan kenderaan di

Malaysia.10 Sebagaimana yang kita ketahui, penunjuk sesebuah negara maju dapat dilihat

dengan kemajuan pengangkutan dan perhubungan awam. Justeru, Kerajaan Malaysia giat

membina kemudahan-kemudahan pengangkutan awam seperti menaik taraf bas awam,

mewujudkan landasan kereta api dari pelbagai laluan, membina LRT dan macam-macam

lagi. Tambahan pula, Malaysia sudah mempunyai beberapa syarikat penerbangan murah yang

turut membantu mempromosikan pelancongan negara seperti syarikat penerbangan Firefly;


11
Air Asia; MAS dan, Rayani Air yang menawarkan perkhidmatan tambang murah. Hal ini

dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakan rakyat Malaysia sendiri

untuk pergi melancong ke destinasi pilihan domestik disamping dapat mengurangkan

pengaliran keluar matawang negara. Maka jelaslah bahawa, industri pelancongan telah

memberi impak positif terhadap pertumbuhan negara.

Berikutnya, sejarah dan budaya negara dapat dipromosikan melalui industry


12
pelancongan. Melalui pelancongan, kita dapat memaparkan ketamadunan dan sejarah

sesebuah negara yang begitu bernilai. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting

yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti
13
A-Famosa, bangunan stesen keretapi Kuala Lumpur, dan Stadiyum Merdeka. Pengekalan

bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong dari dalam atau luar

10
Kesalahan isi
11
Kesalahan penggunaan tanda baca
12
Kesalahan ejaan
13
Kesalahan ejaan
negara untuk melihat sendiri tentang keunikan seni bina ciptaan masyarakat terdahulu untuk

dijadikan sumber inspirasi arkitek pada masa kini. Pelancong generasi muda juga dapat

merasai semangat juang pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang

tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan

semua. Justeru, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana

mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan

negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara membolehkan pelancong mempelajari dan

mengenali sejarah asal-usul sesebuah negara dan penduduknya serta melahirkan generasi

yang berjiwa patriotik, cinta akan tanah air.

Akhir sekali, industry14 pelancongan turut memberi manfaat kepada hubungan

diplomatik. Hal ini demikian kerana, sektor pelancongan telah menjadi agen perpaduan

antarabangsa. Penganjuran pelancongan antarabangsa dapat menjalin dan mengukuhkan

kerjasama dengan negara-negara yang terlibat. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan

bertambah erat. Sebagai contohnya, Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan

beberapa buah negara di Asia Tengah, China dan Eropah bagi memajukan pelancongan di

Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila para pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri

upacara perasmian dan penutupan sesuatu program pelancongan yang diadakan. Dengan cara

itu, sudah pasti para pemimpin tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan

hubungan diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya hubungan

diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, tentunya negara kita akan

mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek.

Kesimpulannya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada

pembangunan negara. Semua pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara

untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak

14
Kesalahan ejaan berulang
kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipat gandakan usaha mempromosikan Malaysia

secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Oleh itu, agar matlamat negara untuk

terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa kita berharap akan berterusan15.

15
Kesalahan struktur ayat

Anda mungkin juga menyukai