Anda di halaman 1dari 9

Cara-cara Menarik Kemasukan Pelancong Asing ke negara Kita Seperti yang diketahui umum bidang

pelancongan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Selain itu kedatangan pelancong
juga boleh menjadikan negara kita terkenal di dunia.  Terdapat banyak cara untuk menarik
pelancong supaya datang ke negara kita. Antaranya, pihak-pihak berkenaan dan agensi yang terbabit
dengan pelancongan perlu giat mempromosikan negara kita ke luar negara.Mereka perlu
menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini.
Contonya terdapat iklan Tahun Melawat Malaysia yang disebarkan secara meluas pada kapal
terbang yang berulang alik ke luar negara. Selain itu, kita juga boleh mewujudkan kawasan
pelancongan yang bersumberkan keindahan alam sekitar. Sebagai contoh memelihara dan
memulihara kawasan-kawasan semula jadi seperti Hutan Lipur Blum dan Tasik Kenyir. Kawasan
hutan semula jadi negara kita kaya dengan tumbuhan yang boleh menarik minat pelancong seperti
bunga Refelisia dan Tongkat Ali. Kemudahan awam dan frasarana juga harus dimajukan dan
dipertingkatkan.Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke negara kita inginkan keselesaan dan
mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan dan pihak tertentu wajar memperlengkap kemudahan
pengangkutan, penginapan seperti hotel-hotel bertaraf lima bintang dan juga memajukan bidang
komunikasi.  Kebersihan dan ketenagan juga boleh menjadi satu sebab pelancong ingin datang ke
negara kita. Ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau
dan pantai. Sebagai masyarakat yang bercita-cita mahu menjadikan negaranya maju dan menjadi
perhatian dunia, aspek kebersihan harus diberi fokus utama.Masyarakat harus dididik agar tidak
membuang sampah sesuka hati. Lihatlah negara Jepun yang sudah terkenal dengan masyarakatnya
yang pembersih dan rajin bekerja. Layanan istimewa dan mesra juga harus menjadi budaya
masyarakat kita. Sebagai langkah permulaan, kita perlu mempelajari serba sedikit bahasa asing bagi
menyapa pelancong yang berkunjung. Setidak-tidaknya layanilah pelancong dengan memberi sedikit
senyuman. Langkah ini akan mengingatkan pelancong kepada masyarakat kita yang mudah mesra.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah juga menjadikan negara kita
terkenal. Masyarakat luar pastinya mahu melihat tinggalan sejarah seperti kubu A Famosa dan Kota
Ngah Ibrahim di Matang yang ada kaitan dengan sejarah penjajahan di negara kita.  Sebenarnya
masih banyak lagi ruang yang boleh diberi perhatian untuk membangunkan industri pelancongan
negara dan menggalakan pelancong luar datang ke negara kita. Sebagai warganegara yang peduli,
kita boleh bersama-sama membantu kerajaan memajukan beberapa bidang lain seperti kebudayaan
setempat dan masakan tradisional. Kita juga boleh memperkenalkan cara kehidupan masyarakat
setempat kepada pelancong luar dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan “Inap Desa”. 

SPM/STPM : Karangan Aktiviti Dan Langkah Menarik


Aktiviti Perlancongan Negara
SPM/STPM : Karangan Aktiviti Dan Langkah Menarik Aktiviti Perlancongan Negara
- Aktiviti Perlancongan Negara

             Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan iklan berkenaan produk-produk
pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia . Secara umumnya, isu
berkenaan produk-produk pelancongan  dapat dijelaskan sebagai keindahan dan kecantikan pelancongan di
Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang datang
berkunjung. Sebelum ini, isu berkenaan tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika
ada ia hanya perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau
bagaimanapun, statistik telah menunjukkan peningkatan jumlah kes berkenaan produk-produk
pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing seperti yang telah dikeluarkan oleh kementerian
pelancongan. Perkara ini turut ditegaskan  oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen  dalam majlis yang dihadiri
beliau baru-baru ini. Pelbagai produk pelancongan ditawarkan di Malaysia dan pelbagai langkah-langkah
perlu di ambil untuk mengembangkan industri pelancongan Negara kita.

             Salah satu produk yang dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah dengan
penghasilan produk kraf tangan yang menarik.  Produk kraf tangan yang menarik dapat dijelaskan sebagai
produk yang mampu menarik pelancong asing untuk melihat dan membelinya. Terdapat pelbagai pilihan
produk kraf tangan yang berasakan buluh, rotan dan mengkuang seperti kerusi, tudung saji dan tikar.
Kebanyakan kraf tangan dapat menarik pelancon asing kerana kraf tangan memerlukan ketelitian yang
tinggi untuk menghasilkannya serta cara penghasilannya yang unik. Oleh itu, produk kraf tangan masih
dikekalkan bertujuan untuk memartabatkannya di Malaysia. Produk kraf tangan sering mendapat
kunjungan daripada pelancong asing yang ingin menjadikannya sebagai perhiasan rumah atau sebagai
kenang-kenangan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Hal ini jelas menunjukkan bahawa produk
kraf tangan mampu menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

             Salah satu produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia
ialah produk seni budaya. Produk seni budaya dapat dijelaskan sebagai sesuatu produk yang mampu
memikat hati masyarakat seluruh dunia. Apabila produk-produk pelancongan di Malaysia dapat memikat
hati hati masyarakat seluruh dunia,hal ini mungkin akan menaikkan nama negara Malaysia di mata dunia.
Oleh itu, Menteri Pelancongan perlulah bergiat aktif dan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan agar berkembang maju. Contohnya,mengadakan festival mengenai kesenian.
Produk seni budaya yang berpunca daripada matlamat kerajaan yang mengamalkan kepelbagaian strategi
dalam memenuhi cita rasa pelancong yang gemarkan sesuatu yang unik telah berlaku di Negara ini seperti
yang telah dilaporkan oleh akhbar berita Harian Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah produk seni
budaya.
             Salah satu langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri pelancongan ialah menambah
kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita.
Kemudahan pengangkutan dan perhubungan dapat dijelaskan sebagai kemudahan yang disediakan kepada
orang awam dan pelancong untuk bergerak ke satu tempat ke tempat lain. Apabila pelancong
menggunakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang disediakan, pelancong dapat
menggunakan peluang yang lebih banyak untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Oleh itu, pelancong
dapat melawat lebih banyak tempat-tempat menarik di seluruh negara dan berasa selesa apabila berkunjung
ke Malaysia. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron
Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga
perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin
melawat ke Malaysia.  Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan pengakutan dan perhubungan sedia
ada perlu ditambah bagi menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke Malaysia.

             Selain itu, langkah lain untuk menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan
pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Pameran dapat dijelaskan sebagai suatu kegiatan untuk
mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai
dalam proses pembinaannya dan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengunjunginya. Apabila
pameran kejohanan besar dilakukan, negara dapat menarik pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia
disamping dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita.
Oleh itu, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim
tertentu sahaja . Contoh pameran bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia, negara akan menarik
lebih banyak pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia.

             Di samping itu, langkah lain juga ialah memajukan industri pelancongan ialah mengadakan
kempen-kempen dan promosi pelancongan. Mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan dapat
dijelaskan sebagai salah satu daya tarikkan para pengunjung untuk datang melancong dinegara ini. Apabila
Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri,pusat-pusat
penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus
ditambah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui
keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan berehat di sini.
Kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah langkah untuk memajukan industri pelancongan pada
masa kini isu ini berlaku di negara ini sendiri seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-
baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah satu langkah
yang baik untuk meningkatkan lagi  industri pelancongan di negara ini.

             Kesimpulannya, produk pelancongan yang menarik dan langkah yang berkesan boleh menarik
perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Antara produk pelancongan yang ditawarkan di
Malaysia untuk menarik perhatian pelancong asing ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang
menarik dan melalui produk seni budaya. Langkah menarik perhatian pelancong pula ialah menambah
kemudahan pengangkutan dan perhubungan, dan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia.
Oleh sebab pelbagai langkah bagi menarik pelancong luar mengunjungi Malaysia telah dilakukan, pelbagai
kesan positif telah diterima negara antaranya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara melalui
pengaliran masuk wang asing ke negara kita dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar.
Perkara ini pernah ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen dalam ucapan beliau sempena  cuti-cuti
Malaysia. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, masyarakat umum, pihak swasta dan kerajaan
sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelancong asing supaya
datang ke Malaysia. Kerjasama ini amat bersesuaian pula dengan Pelaksanaan konsep  1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai