Anda di halaman 1dari 7

Pelancongan di Malaysia Malaysia kini menjadi destinasi pelancongan yang popular di Asia.

Setelah pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, jumlah pelancong asing terus meningkat. Pada tahun 1992, kerajaan telah memperoleh lima ribu juta ringgit daripada industri pelancongan yang berkembang ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pilihan utama untuk dilawati. Keindahan alam semula jadi Malaysia menjadi tarikan utama para pelancong. Banyak tempat yang menarik dan cantik di negara ini yang boleh dinikmati dan dilawati, umpamanya di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Taman Negara, Gua Niah, dan sebagainya. Tempat-tempat ini menjadi kegemaran pelancong asing terutamanya dari Barat kerana keasliannya. Tambahan pula pelbagai kehidupan flora dan fauna menyerlahkan lagi keindahan tempat ini. Usaha mengekalkan khazanah alam semula jadi ini menjadikan industri pelancongan semakin berkembang. Kerajaan telah melakukan pelbagai promosi pelancongan bagi memajukan industri pelancongan negara. Malah, kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan industri terus berkembang. Kemudahan ini dapat menarik bilangan pelancong untuk mengunjungi negara ini. Banyak hotel, chalet, dan rumah tumpangan telah dibina di kawasan berpotensi pelancongan seperti di Pulau Tioman, Gunung Ledang, Genting Highlands, Cameron Highlands, Gua Sarang Burung dan sebagainya. Melalui kemudahan yang disediakan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan lebih selesa. Kemasukan para pelancong ke negara ini memberikan pulangan yang besar kepada pendapatan negara. Perkembangan ini membantu perkembangan industri kraf tangan, pengangkutan, dan makanan di Malaysia . Industri-industri yang berkaitan dengan pelancongan ini juga semakin berkembang. Pendapatan rakyat hasil industri pelancongan juga terus meningkat. Mereka boleh mendapatkan pelbagai hasil kraf tangan masyarakat tempatan dengan harga yang berpatutan. Hasil-hasil kraf tangan ini boleh didapati di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di seluruh negara. Di samping itu, ada juga hasil kraftangan ini dijual di tempat-tempat penginapan mereka, di kedai-kedai atau kaki lima bandar-bandar utama dan sebagainya. Pendapatan hasil daripada industri pelancongan antara punca pendapatan utama negara. Usaha kerajaan menjadikan industri pelancongan secara komersial telah mendatangkan kesan yang baik. Rakyat tempatan juga menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, taraf hidup rakyat tempatan juga semakin meningkat. Melalui hasil pendapatan ini, kerajaan dapat membina pelbagai kemudahan awam yang lebih sempurna seperti jalan raya, hospital, dan sekolah. Para pelancong asing juga dapat mengenali pelbagai kebudayaan rakyat Malaysia . Kebudayaan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum juga menarik minat para pelancong

asing. Mereka dapat mengenali budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mereka dapat mengenali pelbagai bahasa, permainan, kesenian, kraf tangan, dan adat resam masyarakat tempatan. Mereka berpeluang juga melihat perbezaan cara hidup masyarakat Malaysia seperti cara hidup orang Melayu, Cina , India , Iban, Bidayuh, Kadazan, Bajau dan sebagainya yang hidup dalam keadaan aman sejahtera. Kesimpulannya, pelancongan merupakan industri yang menguntungkan negara kita. Malaysia mampu menjadi salah satu destinasi utama kerana keindahan alam semula jadi dan keunikan penduduknya. Oleh itu, sektor pelancongan merupakan cara yang terbaik untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan slogan Kenali Malaysia , Cintai Malaysia .

Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong. Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di

kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita. Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara. Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju. Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat

diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

Langkah-langkah memajukan industri pelancongan negara Sepanjang panjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Oleh itu, langkahlangkah perlu diambil untuk memajukan lagi industri ini. Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong adalah dengan mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah. Penyediaan hotel, chalet, tandas, pengangkutan, bekalan air dan elektrik adalah penting untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau terlewat sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan, misalnya untuk ke Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku juga masalah tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan. Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri. Pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah. Ini bertujuan mendedahkan keindahan alam semula jadi dan keunikan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini kepada masyarakat luar. Manakala pelancong dalam negara pula boleh ditarik dengan mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun risalah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan berehat di sini. Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu

pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara. Langkah menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Im termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musimmusim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita. Kesimpulannya, memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Namun, dalam keghairahan menarik pelancong, kita janganlah lupakan kesan buruk yang boleh menimpa masyarakat kita seperti gejala `black metal, seks bebas dan minum arak.

Kesan pelancongan terhadap budaya tempatan Yang dimaksudkan dengan pelancongan ialah pergerakan sementara manusia ke destinasi-destinasi selain daripada tempat kerja dan tempat tinggal mereka yang biasa. Pelancongan merupakan suatu bentuk kemewahan yang hanya dapat dikecap oleh segelintir manusia. Hal ini demikian kerana hanya golongan yang mempunyai masa dan wang sahaja yang berupaya melancong. Kini, pelancongan menjadi suatu aktiviti yang menarik dan banyak negara yang mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pelancongan sebagai suatu industri. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini dan telah beberapa kali mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia. Sebagaimana industri lain, industri pelancongan ada kesan positif dan negatifnya kepada negara ini, khususnya kepada budaya tempatan. Antara kesan pltsitifnya termasuklah industri ini dapat memperkaya budaya kita. Hal ini demikian kerana kemasukan pelancong asing mendedahkan kita kepada budaya yang diamalkan mereka. Oleh hal yang demikian, kita berpeluang menerapkan dan mencontoh budaya positif yang diamalkan mereka, khususnya budaya yang unik sifatnya. Sebagai contohnya, orang Barat dan Jepun terkenal sebagai manusia yang tidak suka membuang masa. Mereka juga memiliki minat membaca yang tinggi dan biasanya akan membaca tidak kira di mana mereka berada. Selain itu, mereka sangat menitikberatkan penjagaan diet dan kesihatan tubuh badan. Mereka bersarapan atau makan tengah hari secara ala kadar sahaja. Pelancong asing juga mengutamakan kebersihan alam sekitar. Mereka tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Kesemua amalan yang menjadi budaya pelancong asing tersebut sesuai dicontoh dan diterapkan oleh rakyat negara ini dan menjadi budaya kita.

Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang kepada kita untuk mengetengahkan budaya tradisional yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelancong asing terdiri daripada manusia yang bersifat ingin tahu. Kecintaan mereka terhadap sesuatu bentuk budaya amat tinggi. Keadaan tersebut memberi kita peluang untuk mengkomersialkan kebudayaan tradisional seperti tarian, nyanyian, permainan, dan sebagainya. Hal ini telah pun berlaku sekarang kerana kebanyakan hotel di negara ini ada mempersembahkan budaya tradisional untuk menghiburkan pelancong asing. Artis-artis yang terlibat dalam pefsembahan tersebut diberi ganjaran yang lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan lebih banyak generasi muda melibatkan diri dalam budaya tradisional dan seterusnya mencintai budaya sendiri supaya tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, kemasukan pelancong asing turut membantu memajukan industri kraf tangan tempatan. Hal ini demikian kerana sebagai pelancong mereka akan membeli pelbagai barangan seperti ukiran kayu, batik, dan lain-lain untuk dijadikan cenderahati atau kenang-kenangan apabila pulang ke negara masing-masing. Kesan yang seterusnya ialah pelancongan membantu memupuk persefahaman sejagat. Kemasukan pelancong asing membolehkan kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Melalui interaksi dan komunikasi dengan mereka, kita dapat bertukartukar fikiran dan pendapat tentang pelbagai perkara. Kita dapat mengetahui keadaan politik dan ekonomi mereka Berta adat resam yang diamalkan mereka dengan lebih mendalam dan rinci. Mereka pula akan mengetahui keadaan negara kita yang sebenarnya melalui interaksi dan komunikasi dengan kita. Sebagai contoh, kita dapat memberitahukan amalan rumah terbuka yang sudah menjadi budaya nasional kerana diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di negara ini. Penerangan kita ini secara tidak langsung dapat menangkis fitnah asing yang mengatakan negara kita berada dalam keadaan huru-hara dan dipenuhi sentimen perkauman. Walau bagaimanapun, pelancongan turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Hal ini demikian kerana kehadiran pelancong asing sedikit sebanyak berupaya menghakis nilai-nilai murni yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan, khususnya kepada golongan yang tipis rasa kecintaan mereka terhadap nilai-nilai ketimuran. Kini, telah ada segelintir rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa asing, khususnya bahasa lnggeris. Seterusnya, telah ada juga generasi muda yang terikut-ikut akan budaya asing, khususnya budaya Barat yang liar. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi muda hari ini. Semakin banyak generasi muda kita yang memakai pakaian yang mencolok mata. Ada yang bercumbu-cumbuan dengan pasangan masingmasing di hadapan khalayak tanpa rasa segan. Kehadiran pelancong asing juga menggalakkan pergaulan bebas dalam kalangan generasi muda hari ini.

Kesan negatif daripada industri ini yang seterusnya ialah meningkatnya kes-kes jenayah dan maksiat di negara ini. Hal ini demikian kerana semakin banyak pusat hiburan seperti kelab malam, karaoke, dan pub dibuka oleh pengusaha tempatan bagi memenutii keperluan pelancong-pelancong asing. Pusat-pusat hiburan ini turut menjual arak serta

menyediakan pegawai perhubungan pelanggan wanita untuk melayan nafsu pelancong asing di tempat-tempat sedemikian. Keadaan tersebut mendorong berlakunya pelbagai kegiatan maksiat khususnya pelacuran. Terdapat juga pelacur yang memasuki negara kita dengan menyamar sebagai pelancong sehingga menyebabkan kegiatan pelacuran semakin sukar dikawal. Penyalahgunaan dadah seperti pit khayal, ecstasy, dan lain-lain juga berleluasa sebagai akibat kemasukan pelancong asing. Di samping itu, industri pelancongan turut menggalakkan tumbuhnya sikap materialistik dalam kalangan rakyat di negara ini melalui kemewahan yang dimiliki pelancong asing. Hubungan mesra sesama penduduk kampung semakin renggang kerana mereka sibuk dalam industri yang ada kaitan dengan pelancongan seperti menjadi penjaja, pemandu pelancong, dan sebagainya. Mereka lebih sibuk dengan urusan sendiri sehingga kurang bertegur sapa. Yang paling ketara, kecenderungan pelancong asing untuk memberikan upah dan tip bagi tiap bantuan yang diterima mereka telah menggalakkan bercambahnya sikap mata duitan dalam kalangan rakyat negara ini. Semangat tolongmenolong dan sukarela semakin terhakis. lndustri pelancongan memang dapat meningkatkan tarafhidup penduduk setempat serta mendedahkan kebudayaan tradisional kepada negara luar. Walau bagaimanapun, industri ini turut mengacau-bilaukan sistem sosial rakyat negara ini, khususnya kepada kalangan remaja yang tipis iman dan akhlak mereka. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat negara ini perlu merasionalkan pemikiran mereka dalam menapis dan memilih nilai budaya yang positif daripada pelancong asing untuk dijadikan ikutan dan contoh teladan.

Anda mungkin juga menyukai