Anda di halaman 1dari 2

Alam sekitar termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara

dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
melakukan pencemaran. Alam sekitar seharusnya dijaga .Oleh iu,
langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan


media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon
bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa boleh
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah
lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam
sekitar. Dengan ini, setiap manusia atau individu mengetahui tentang
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui


kempen alam sekitar.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara
menjaga alam sekitar supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bungar boleh
dijalankan.

Seterusnya, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting


dengan mengadakan pertandingan berkaitan dengan alam
sekitar.Pertandingan boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Mereka juga mungkin akan
mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Selain pertandingan
yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin


meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap
setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya
menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat
dipulihkan semula.

Anda mungkin juga menyukai