Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : AMALAN BERBUDI BAHASA

CARA-CARA MEMUPUK AMALAN BERBUDI BAHASA

1. IBU BAPA PERLU MENDIDIK ANAK-ANAK SEJAK KECIL.Dengan adanya didikan


ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri
mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-
anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak
mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa
mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya
menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.

2. PIHAK SEKOLAH JUGA MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENINGKATKAN


AMALAN BUDI BAHASA DI NEGARA KITA.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan
kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Cara
ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi
didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang
terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai
kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang
modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan .

3. PIHAK KERAJAAN BOLEH MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN ATAU


CERAMAH untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat
menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan
budi bahasa.Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai
dengan kempen-kempen yang diadakan.Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk
meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi
Bahasa.

4. MEDIA MASSA.Pada zaman kini,,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia


ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi
memberi kita peluang untuk mengetahui hal-hal yang berlaku pada masa
sekarang.Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti televisyen
berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.Oleh hal demikian,sudah tentulah
usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa

KESIMPULANNYA, amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf
negara maju. Pepatah peribahasa ‘yang merah itu saga,yang kurik itu kendi,yang indah
itu bahasa,yang elok itu budi’,bermaksud kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan
masyarakat kita

Anda mungkin juga menyukai