Anda di halaman 1dari 1

Tajuk sukan menyihatkan badan:

sukan menyihatkan badan . Begitulah puitisnya tajuk syarahan saya


pada hari ini.
Warga Dewan Sekalian
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4, sukan bermaksud aktiviti riadah
yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita.
Hadirin hadirat sekalian
Jika kita bersukan seperti bermain badminton, bermain bola sepak, bola
jaring dan sebagainya dapat menyihatkan tubuh badan kita. Badan
kita akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam
tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Hadirin sekalian,
Dengan bersukan pengaliran darah dalam badan kita akan berjalan
dengan lebih lancar. Ini dapat meningkatkan bekalan oksigen ke jantung.
Perkara ini mengurangkan kadar kolestrol dalam darah-darah kita.
Di samping itu, Aktiviti sukan juga dapat mengeluarkan peluh dan
membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita. Dengan ini toksik
melalui peluh akan keluar. Kita dapat menghindari penyakit kronik seperti
sakit jantung, barah dan kencing manis.
Aktiviti sukan juga membantu kita mengurangkan berat badan dan
mengurangkan risiko obesity.
Hadirin yang dihormati,
Dengan bersukan juga, kita dapat melapangkan fikiran dan
mengurangkan tekanan jiwa. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak
dapat menghilangkan tekanan belajar dan tempat kerja melalui aktiviti ini.

Sebagai mengakhiri syarahan saya pada petang ini, jelaslah bahawa


terdapat banyak faedah dengan bersukan. Marilah kita bersama-sama
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat
yang cerdas dan cergas.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai