Anda di halaman 1dari 11

Kebaikan Bersukan

K1

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk


mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan
peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan
kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan
pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik
dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah
banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar
pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-
faedah bersukan kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat


membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman
moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan
pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam
membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan
fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan
semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan
fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan
orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal
seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal
obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit
jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah
menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan
meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat
melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan
dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang
sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan
dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan
masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang.
Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau
masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga
adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu
emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga
.Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi
mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan
remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme
dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah
memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang
jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun
melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan
dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih
bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting


untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal
ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat
kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu
juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran
itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat.
Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini,
nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru ,
kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu
padu serta mengeratkan hubungan.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk


menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang
mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai
kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan
prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar.
Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan
global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing.
Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan
sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak
muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi
menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola
sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong
Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan
bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya
yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa


pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan
masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan
diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat
martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang
lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat
dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua
lapisan masyarakat.
K2

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh
pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi
bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang
menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara
ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang
menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini
membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara
secara tersirat.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka
akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan
ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan
tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati
suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan
tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri
seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan
pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan
membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk
meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan


daripada aspek kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan
pasti akan membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan
akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang
secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun
sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku.
Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang
mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami
penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk


menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini
dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam
sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira
keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu
baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga
tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua
cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa
kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan


oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara
juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan
Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium
serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam.
Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk
membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan
perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan
yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor
ekonomi negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah


apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak
terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka
ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu
boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu,
masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus
dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan
ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.

K3

Di sekolah aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan


kokurikulum. Antara contoh aktiviti sukan ini seperti bola sepak, bola
jaring, badminton, hoki dan renang. Selain itu, aktiviti sukan juga
meliputi olahraga seperti acara padang dan acara balapan.
Kebiasaannya aktiviti sukan ini diadakan pada waktu petang. Terdapat
beberapa kebaikan mengadakan aktiviti sukan di sekolah.
Menyihatkan Badan

Kebaikan aktiviti sukan ialah pelajar dapat menyihatkan badan. Badan


yang sihat amat penting untuk mencerdaskan minda. Minda yang baik
akan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Apabila pelajar terlibat
dalam aktiviti sukan, jantung mereka dapat berfungsi dengan baik. Oleh
itu, aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh pelajar,
pasti mereka dapat mengelakkan daripada penyakit berbahaya.

Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah

Kebaikan aktiviti sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang
pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi
dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar
membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa
lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung
untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen,
tidur atau melepak di luar rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di
sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di
kalangan pelajar.

Mengcungkil Bakat Dalam Sukan

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam
sesuatu acara sukan. Dalam pertandingan yang diadakan di peringkat
sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara. Pihak sekolah
akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di
peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Bakat-bakat baru
ini juga akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan
Malaysia. Kebanyakan atlet dan ahli sukan yang ada di negara kita
bakatnya dicungkil melalui pertandingan sukan di peringkat sekolah.
Memupuk Nilai-Nilai Murni

Selain itu, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni
di kalangan pelajar. Sebenarnya amalan nilai-nilal murni ini penting
kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang.
Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak
langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama,
kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai
murni ini membolehkan mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah
mahupun di rumah.

Memupuk Perpaduan

Kebaikan seterusnya aktiviti sukan di sekolah ialah dapat memupuk


perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang
kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal.
Dengan menyertal aktiviti sukan, nilai toleransi dan nilai berkerjasama
antara kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan wujudnya
perpaduan kaum, pasti negara akan terus aman dan bertambah maju
serta dapat dijadikan contoh oleh negara-negara lain.

K4

Isi 1
Kebaikan Bersukan
Sukan bukan lagi perkara asing dalam kehidupan masyarakat di negara
ini.
Kemajuan negara dalam bidang sukan sangat membanggakan –
komitmen rakyat – penggerak nadi sukan negara
Kerajaan menggalakkan rakyat – bersukan – banyak kebaikan -
diperolehi

Isi 2
Dapat mengisi masa lapang dengan bersukan.
waktu senggang – diisi dengan perkara berfaedah – bersukan –
bersama rakan-rakan
Mengelakkan daripada berjebak dalam gejala sosial – menghisap dadah
– merokok – melepak
Mengeratkan hubungan dengan keluarga – rakan-rakan –
mencergaskan tubuh badan – masa lapang tidak diisi dengan perkara
yang merugikan.

Isi 3
Isi 4
Meningkatkan pengetahuan dalam sukan
Peringkat awal - sekolah - menggunakan pendekatan - subjek –
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – menyediakan maklumat – jenis-
jenis sukan – cara senaman yang betul – menambahkan pengetahuan
pelajar dalam sukan
Dasar 1Murid 1Sukan - mengimbangi penglibatan pelajar dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum
Mampu memupuk minat pelajar dalam bersukan
Isi 5
Memupuk perpaduan antara kaum
Gagasan 1 Malaysia – mengajak rakyat memupuk perpaduan dalam
semua aspek – sukan – media terbaik – menghubungkan rakyat –
heterogen
Sekolah – platform terbaik dalam memupuk perpaduan – sukan tahunan
sekolah – acara sukan – menyokong antara satu sama lain
Penutup
Bersukan mendatangkan banyak faedah.
Bersama-sama berganding bahu – menyebarkan manfaat bersukan -
majukan sukan negara
Memupuk minat masyarakat – bersukan – rakyat sihat sejahtera – aktif –
kehidupan seharian
Sedar – bukan sekadar bermain – namun - saluran menyatupadukan
rakyat majmuk – bersukan

TERIMA KASIH
Sukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.
Dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik – penyakit
jantung - strok
meningkatkan daya tahan kardiovaskular – menguatkan sendi dan otot –
membakar lemak berlebihan - menjana tenaga.
Banyakkan bersukan – bermain bola sepak – bola keranjang – berlari

Dapat mengasah bakat dalam sukan.


Mengasah bakat – sukan dan permainan – menguji kemampuan –
sukan yang sesuai
Memupuk minat dalam sukan – perasaan ingin mencuba – bercambah
menjadi minat – bakat digilap
Lee Chong Wei – dahulunya bermain bola keranjang – beralih minat –
badminton – bakat diasah – pemain badminton

K5

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau


ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara
pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang
atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah
memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan
bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti
olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan
sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan


disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati
masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.
Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin
murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang


sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan
otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid
yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu
murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema
berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan
terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai
untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya
belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah
mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang
murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang


berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif
bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan
tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei
tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam
sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan
murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa
lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian
kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat
bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk
berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan
seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa
dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak


membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu
menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa
pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga
dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara
semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah
di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya
‘hangat-hangat tahi ayam’.

Anda mungkin juga menyukai