Anda di halaman 1dari 2

MANFAAT BERBELANJA SECARA BERHEMAH...!

PENDAHULUAN:-
Dewasa ini isu-isu kenaikan harga barangan keperluan semakin diperkatakan.
Kenaikan harga barangan keperluan ini mempunyai perkaitan dengan kadar
permintaan yang tinggi berbanding dengan penawaran sesetengah barangan
keperluan yang terhad.
Hal ini demikian juga ada kaitan dengan peningkatan kos pengangkutan, cukai yang
semakin naik dan musim perayaan.
Lebih membimbangkan lagi, sesetengah peniaga sengaja memanipulasi harga sesuka
hati tanpa memikirkan kebajikan pengguna.
Justeru, para pengguna sewajarnya bijak berbelanja dengan membeli barangan
mengikut keperluan dan elakkan daripada sikap boros dan membazir.
Kita perlulah berbelanja dengan cara lebih berhemah.
Banyak manfaat apabila kita berbelanja secara berhemah.
IDEA-IDEA PENTING:-
Dapat menjimatkan wang perbelanjaan kita. - Dalam konteks ini, kita hendaklah
membuat perancangan teliti terlebih dahulu sebelum berbelanja. Kita perlulah
berbelanja mengikut kemampuan dan membeli barangan yang perlu sahaja. Wang
yang dapat dijimatkan boleh disimpan untuk perbelanjaan lain atau disimpan untuk
keperluan masa depan. Sediakan payung sebelum hujan.
Berbelanja secara berhemah dapat mengelakkan pembaziran. - Membazir amalan
syaitan. Perbuatan membazir merupakan perbuatan yang merugikan diri kita. Dalam
hal ini, jika kita membeli makanan untuk makan tengah hari, kita hendaklah membeli
mengikut keperluan, bukannya membeli mengikut nafsu dan keinginan semata-
mata. Makanan yang dibeli secara berlebihan pasti akan dibuang, dan dengan ini
berlakulah pembaziran.
Berhemah ketika berbelanja juga dapat mengelakkan kita daripada dibelenggu oleh
masalah hutang. - Belakangan ini ramai dalam kalangan kita yang terperangkap oleh
belenggu hutang kerana sikap buruk ketika berbelanja. Lebih parah lagi apabila kita
menggunakan kad kredit tanpa had ketika berbelanja. 40 peratus eksekutif muda
hari ini diisytiharkan bangkrap kerana gagal membayar hutang kad kredit. Kita
hendaklah berbelanja mengikut kemampuan diri bukannya mengikut perasaan. Ukur
baju di badan sendiri.
Meningkatkan kecemerlangan dalam hidup juga merupakan manfaat berbelanja
secara berhemah. - Wang yang dapat dijimatkan ketika berbelanja dapat dijadikan
modal perniagaan, membayar yuran pengajian dan lain-lain. Hal ini demikian
semestinya akan membantu kita menjadi manusia yang lebih berjaya dalam hidup.
Ada padi semua jadi, ada beras semua deras.
PENUTUP:-
Kesimpulannya, amalan berbelanja secara berhemah banyak mendatangkan manfaat
kepada kita. Amalan baik ini wajar menjadi budaya hidup masyarakat kita. Ibu bapa
merupakan orang yang terawal menjadi teladan kepada anak-anak agar generasi
masa depan lebih peka dan prihatin ketika berbelanja. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai