Anda di halaman 1dari 4

Pengguna Bijak Ekonomi Terjamin

Pada masa kini, isu-isu kenaikan harga barang keperluan sering menjadi bualan masyarakat.
Kenaikan harga barang keperluan, seperti gula, beras, minyak masak dan tepung serta harga
gas dan petroleum menyebabkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna semakin
meningkat. Hal ini menyebabkan nilai ringgit yang diterima daripada pendapatan bulanan
semakin mengecil sedangkan kos yang terpaksa ditanggung semakin banyak dan terus
meningkat.Justeru, sebagai pengguna kita haruslah menjadi pengguna yang bijak agar dapat
menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Pelbagai cara boleh kita gunakan untuk menjadi pengguna yang bijak. Antaranya
ialah membeli barangan mengikut keperluan dan elakkan sikap boros. Rancang pembelian
dengan menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum membeli belah bagi
mengelakkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan. Pengguna perlu bijak
membezakan barangan keperluan dengan kemahuan. Kita perlu mendisiplinkan diri dengan
mematuhi setiap perancangan yang telah ditetapkan.

Selain itu, sebagai pengguna kita perlu membandingkan harga sesuatu barang
sebelum membelinya. Misalnya, aplikasi 'Trivago' merupakan contoh yang relevan kerana
aplikasi tersebut sudah pun membandingkan harga hotel untuk pengguna aplikasi tersebut
dan disertakan juga ulasan-ulasan daripada pengguna lain tentang sesebuah hotel. Maka,
pengguna boleh mendapatkan hotel yang bagus dengan harga yang terendah.

Selain daripada pembelian barang secara atas talian, pengguna juga dinasihatkan
supaya kembali ke cara lama iaitu membeli barang secara terus di kedai. Dengan cara ini,
pengguna bukan sahaja dapat membandingkan harga malah kualiti sesuatu barang juga dapat
dijamin. Berbaloi rasanya untuk membeli sesuatu barangan yang mahal tetapi dapat
digunakan dalam tempoh masa lama sekali gus menjimatkan kos serta masa berulang-alik
membeli barangan baharu. Bak kata pepatah,alah membeli, menang memakai.

Seterusnya, untuk menjadi pengguna yang bijak kita perlu mengamalkan amalan
menabung. Ibu bapa seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari
kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung
wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin
membeli barangan keperluan sendiri. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga
boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan
Nasional , Bank Rakyat dan sebagainya. Hasil daripada tabungan ini boleh digunakan untuk
keperluan masa depan, waktu kecemasan serta pembiayaan pendidikan anak-anak yang lebih
gemilang.

Justeru,kita perlulah menjadi pengguna yang bijak agar dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menguruskan kewangan secara berhemah. Pengurusan kewangan yang baik
akan dapat menstabilkan lagi ekonomi negara kita serta menguntungkan semua pihak.
Benarlah kata-kata duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Oleh itu,
perubahan haruslah bermula daripada diri kita sendiri.
Pengguna Bijak

Pada masa kini, isu-isu kenaikan harga barang keperluan sering menjadi bualan masyarakat.
Kenaikan harga barang keperluan, seperti gula, beras, minyak masak dan tepung
menyebabkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna semakin meningkat. Sebagai
pengguna, kita seharusnya berbelanja secara berhemat atau berjimat cermat agar tidak akan
menghadapi masalah kewangan ketika memerlukan sesuatu yang penting. Terdapat banyak
cara untuk kita menjadi pengguna yang bijak.

Kita seharusnya tidak menghabiskan wang belanja harian. Sebagai contoh, sekiranya
ayah memberikan wang belanja harian kita sebanyak lima ringgit sehari, kita sepatutnya tidak
menghabiskan wang tersebut. Kita haruslah mempunyai sedikit baki untuk disimpan di dalam
tabung. Sikit-skit lama-lama jadi bukit. Simpanan ini dapat kita gunakan untuk membeli
barang keperluan kita.

Selain itu, kita juga boleh menyediakan sebuah buku catatan untuk mencatat
perbelanjaan kita. Setiap hari,catatkan jumlah wang yang diterima dan jumlah wang yang
dibelanjakan. Dengan cara ini kita akan dapat tahu jumlah perbelanjaan harian kita serta
jumlah wang tabungan.

Kita juga seharusnya membelanjakan wang untuk barangan keperluan sahaja seperti
membeli makanan, minuman dan barang-barang keperluan persekolahan. Elakkan diri
daripada membeli barangan yang kurang diperlukan. Dengan cara ini tidak akan berlaku
pembaziran atau bersikap boros.

Di samping itu, kita juga perlulah sentiasa menetapkan masa yang sesuai untuk
berbelanja agar tidak terburu-buru.ketika berbelanja. Buat perbandingan harga seperti contoh
jika sesuatu barangan yang kita perlukan itu mahal di pasar raya, kita boleh membelinya di
tempat lain yang lebih murah seperti di pasar malam. Kita juga boleh berbelanja ketika
musim perayaan kerana pada masa tersebut terdapat tawaran harga istimewa. Dengan cara ini
kita boleh menjimatkan wang kita.

Sebagai pengguna, kita haruslah bijak membuat pilihan yang tepat dalam
menguruskan kewangan kita. Berdisiplin ketika berbelanja dapat menghindari kita daripada
sikap boros. Alah bisa tegal biasa. Perubahan haruslah bermula daripada diri kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai