Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Menabung

Menabung untuk Kebahagian Masa Depan

Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya,
kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat
meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu
meningkatkan ekonomi negara.

Faedah Menabung

Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan


menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa
depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita
berdikari dari segi kewangan.

Meningkatkan Pendapatan

Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung


berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

Meningkatkan Kualiti Hidup

Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati


hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat
manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang.
Antaranya:

Membiayai Pendidikan

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang


sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi
bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan
ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-
cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

Membeli Rumah

Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau


kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah
yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita
boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian
yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.
Tanggungjawab Berumahtangga

Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan


penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul
tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah
digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah
biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan
berhutang.

Membeli Barang Keperluan

Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah


yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman
moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup.
bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar
kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga
cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi.
Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang
lebih murah.

Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin


dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau
bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas
bersara, kita perlu menabung.

Menyediakan Payung

Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak


diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau
kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung
sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan
menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang
berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

Berdikari dari Segi Kewangan

Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh


berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain.
Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan


dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan
pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.

Berjimat Cermat

Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber


yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan
perbelanjaan.

Merancang Perbelanjaan

Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita


dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan
mendapat lebihan yang boleh ditabung.

Amalan Bersederhana

Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan


berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan
kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalkan cara
hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=29&pg=286&ac=220&print=1

Anda mungkin juga menyukai