Anda di halaman 1dari 1

Usaha-usaha membantu golongan kelainan upaya (OKU)

Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama
melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali gus
menerima nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang
mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila
berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka
dalam masyarakat. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai
masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati
hidup yang sama seperti mereka yang normal.
Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan
kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih
OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini
mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat.
Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada
OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa
mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana
golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat
tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran,
pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja
yang normal sahaja
Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian
menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan
komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara
dalam menjayakan impian berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai