Anda di halaman 1dari 6

Tajuk: Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti
“Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara
ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend
dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet
ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang
terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak
langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup
para remaja.

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan


yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula.
Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan
mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan
sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka
dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara
satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan
dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti
mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan
rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga
dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa
penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman
sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka
yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi
melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman
sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang
ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui
pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan
memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat
menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu
barangan.
Seterusnya, kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di
waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-
masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan
dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens
tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah
dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
Di samping itu, kebaikan media sosial ialah perkongsan maklumat dan ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan
yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi
berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan
laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi
dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan
negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau
pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam
kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman
sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial
tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem
pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya,
remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun
demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan
ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan
sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial
mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa
seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan
laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan
menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji
pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan
sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan.
Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran
penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu
membazir masa.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada
golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak
bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang
buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Anda mungkin juga menyukai