Anda di halaman 1dari 6

Peranan Remaja Dalam Merealisasikan Gagasan Satu Malaysia

Haiya , ini halga ampat ringgit mana cukup ? Dei thambi , kasik tosei satu , taruk kuah dhal sekali untuk worang tuh ah. Inilah perbualan yang sering kita dengar di sesuatu tempat yang dipenuhi masyarakat berbagai kaum yang berinteraksi dengan satu sama lain dengan cara mereka tersendiri.Walaupun pelat bercakap dengan bahasa Melayu , kita tetap beramah mesra.Berbanding dengan negara asing , hanya rakyat Malaysia yang menggunakan istilah bang , pak cik , uncle , adik dan sebagainya untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat tidak kira agama , bangsa , budaya , warna kulit , mahupun bahsa kerana setiap anak watan Malaysia merupakan satu bangsa , iaitu bangsa Malaysia. Konsep inilah yang kini disemai di sanubari setiap warganegara Malaysia yang menganggap semua rakyat tergolong dalam sebuah keluarga besar. Putera kepada tokoh terbilang, Lahir di Lipis , membesar di Pekan, Satu Malaysia konsep dicanang, Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan. Sudah terang lagi bersuluh, wajah tampan yang terselindung disebalik pantun tersebut adalah perdana menteri keenam kita , Yang Amat Berbahagia Dato Seri Najib Tun Razak yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis , Pahang yang membesar di Pekan , Pahang.Pengalaman menyaksikan pemerintahan ayahanda tercinta , Allayarham Tun Haji Abdul Razak , menjadikan beliau berinspirasi untuk menabur bakti kepada masyarakat dan Negara. Pemimpin kita yang proaktif ini telah melontarkan idea dalam mengetengahkan gagasan Satu Malaysia dalam usaha memastikan rakyat Malaysia memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalin perpaduan yang lebih erat.Persoalannya , adakah konsep Satu Malaysia ini dipraktikkan oleh remaja di millineum baru ini yang penuh dengan cabaran yang bakal menghambat negara kita ?Jika remaja yang dianggap tulang belakang Negara tidak memainkan peranan dalam merealisasikan gagasan Satu Malaysia ini, apakah kesudahannya ? Sebagai remaja yang bakal memimpin negara ini , adalah penting bagi mengenali gagsan Satu Malaysia yang diuar- uarkan oleh Perdana Menteri kita ini. Apakah itu gagasan Satu Malaysia ? Pernahkah anda fikir tentang mutiara makna ataupun definisi tentang apa yang diertikan dengan konsep Satu Malaysia yang sebenarnya ? Menurut penjelasan Yang Amat Berbahagia Dato Seri Najib Tun Razak , konsep Satu Malaysia merujuk kepada cara kita berdiri , berfikir dan beraksi sebagai bangsa Malaysia

atau One People . Tindakan tindakan yang kita ambil perlulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita. Meskipun, dasar afirmatif yakni dasar menolong kaum Bumiputera taklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan saksama.Pertimbangan yang diberi kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang menjadi penghalang kemajuan Negara kita ini. Konsep Satu Malaysia bukanlah satu wawasan pemikiran baru .Sebaliknya , konsep ini lebih kepada konsep dalam pentadbiran yang menyarankan pemimpin jalankan tugas dengan cekap , amanah dan bertanggungjawab demi rakyat . Konsep ini berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan , konsep ini menekankan soal integrasi bengsa Malaysia. Satu Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira reality dan sejarah Negara Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian Malaysia . Konsep Malaysian Malaysia adalah dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama.Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.Tetapi , konsep satu Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.Melalui konsep ini , tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kepada mana- mana kaum kerana semua rakyat adalah satu keluarga besar dalam satu negara Malaysia yang mempunyai satu hala tuju , iaitu bersama-sama memajukan negara. Maka perpaduan negara sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum.Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asa pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju.Pepatah melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.Lantaran itu , peranan golongan remaja amat penting kerana golongan inilah yang bakal menerajui negara Malaysia pada masa akan datang. Remaja haruslah mengorak langkah yang konkrit,efektif , dan pragmatik untuk merealisasikan gagasan ini.Mereka harus memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Peranan pertama yang perlu dimainkan oleh remaja ialah mereka sendiri harus menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.Sehubungan ini, setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama.Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakanrakan.Di samping itu , remaja perlulah mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama lain.Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah.Bak kata pepatah , seperti menarik rambut dalam tepung,rambut tidak putus tepung tidak berselerak.Oleh yang demikian, remaja perlulah menjadi sudi teladan untuk merealisasikan gagasan ini. Di arus globalisasi ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Pada masa yang sama , kita tidak mempunyai masa untuk mengenang jasa nenek moyang kita yang berjuang bermati-

matian untuk kemerdekaan negara kita yang pernah disebut oleh setiap umat di segenap empat penjuru di dunia ini. Oleh itu, remaja hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.Tamsilnya, tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Sesiapa yang melupakan sejarah , pasti akan mengulanginya adalah kata-kata hikmat daripada ahli falsafah yang terkemuka di negara ini, iaitu George Santayana.Sehubungan itu , remaja hari ini harus diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara serius.Dengan mempelajari,memahami,menghayati,dan mengambil iktibar daripada sejarah,maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional,dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.Jadi , remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia. Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.Contohnya, kaum Melayu , Cina dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini.Selain itu, rakyat negara Malaysia juga terdiri daripada etnik peribumi seperti iban,Kadazan,Dusun,Orang asli,Penan, dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis,Siam, dan seumpanya.Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan.Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri.Untuk merasaia kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kembing mengembek,masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah , asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.

Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etniosentrisme.Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lain di negara ini.Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas kea rah pembentukan sebuah negara yang progresif.remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.Misalnya,remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitive seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak , di situlah langit dijunjung.Jika semangat ini dapat diamalkan

oleh setiap remaja,nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetka akibat perpaduan yang rapuh. Pernahkah anda ingat peristiwa tanah air kita dijajah oleh penjajah British ? Penjajahan mereka sehingga kini telah meninggalkan kesan yang mendalam melalui aspek ekonomi dasar pecah dan perintah meskipun sudah 56 tahun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan.Menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan ekonomi masyarakat.Jika dahulu , kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet , kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka bangunkan.Maka , peranan remaja dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia amat dititikberatkan.Untuk merealisasikan gagsan ini, ramaja harus menghayati Rukun Negara. Hal ini kerana , menghayati rukun negara adalah pendekatan terbaik untuk remaja supaya dapat memacu Malaysia sebagai negara maju bagi merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Dr.Mahathir bin Mohamad.Prinsip-prinsip yang digubal dalam rukun negara adalah untuk menyelesaikan isu sentiment perkauman yang pernah melanda negara kita suatu ketika dahulu.Lantaran itu, remaja harus memainkan peranan penting dengan menghayati Rukun Negara sebagai mana mereka menghayati kitab suci mereka supaya peristiwa hitam sebegitu tidak akan berulang lagi kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali serta negara kita tidak dipandang hina oleh negara lain kerana isu sebegitu akan mencalarkan imej dan prestij negara yang merupakan kayu pengukur kemajuan Malaysia. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia dalam kalangan remaja.Di dalam program ini selain dapat meningkatkan keyakinan remaja,program ini juga bermotif untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan remaja.Namun , terdapat segelintir remaja yang bersikap apati yang sering mencari alsan untuk tidak melibatkan sebarang aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kerajaan terutamanya Program Latihan Khidmat Negara.Untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia ini, peranan remaja adalah sangat penting.Remaja haruslah berkongkalingkung dengan memberi komitmen sepenuhnya seperti peribahasa bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat. Menjaga hubungan baik antara kaum juga merupakan satu lagi minhaj yang dilaksanakan oleh remaja untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia.Remaja harus cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain.Untuk menjaga hubungan yang harmoni antara kaum,para pelajar bukan sahaja perlu membantu bangsa lain yang berada dalam kesusahan , bahkan berusaha mengenali kaum lain. Remaja yang bersikap pesimis terhadap kaum lain dan bersikap perkauman tidak mampu merealisasikan gagasan ini.tegasnya, remaja haruslah menjaga hubungan yang baik antara kaum lain kerana relasi yang kukuh antara kaum dapat membantu

semua rakyat bergerak seiring unutk mencapai status negara maju dalam dunia ketiga ini. Bak kata pujangga , ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Di samping itu, remaja haruslah memantapkan sahsiah diri agar menjadi ornag yang berguna untuk keluarga,masyarakat dan negara.Kita haruslah mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan seharian dengan melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral.Natijahnya,remaja dapat menjauhkan diri terjatuh ke lembah gejala sosial yang memudaratkan kehidupan mereka. Remaja Malaysia harus menjadi ikon yang membawa imej baik dan terpuji di peringkat global dan serantau.Persis kata peribahasa, kalau sudah benih yang baik,jatuh ke laut menjadi pulau.Maka remaja perlu ada jati diri bagi menepis dan menangkis segala perkara buruk yang cuba diserapkan dalam jiwa mereka. Remaja yang merupakan aset negara harus memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea,buah fikiran dan juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat negara ini.Hal ini kerana,70 peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja.Golongan ini haruslah berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekalipun kecuali bidang yang boleh memudaratkan diri,keluarga ,negara dan juga agama.Terdapat pepatah yang menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Akhir sekali , cara yang terbaik untuk membina negara bangsa 1 Malaysia ialah para remaja menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1 Malaysia menjadi reality kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan .Dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang sama dengan kaum lain , iaitu bahasa Malaysia dapat dijadikan wadah untuk memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain meningkatkan semangat cinta akan tanah air.Jika remaja enggan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar , perpaduan tidak dapat dipupuk ,maka gagasan 1 Malaysia juga tidak dapat direalisasikan. Secara total , remaja harus mengorak langkah yang drastic dan efektif untuk membaja kembali fenomena kini yang jelas memperlihatkan pudarnya semangat Satu Malaysia dalam kalangan rakyat kita.Remaja harus menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada Sultan.Bagi merealisasikan gagasan ini , komitmen , kematan minda , toleransi dan pengorbanan remaja adalah penting , maka remaja haruslah bersinergi umpama aur dengan tebing .Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan , ayuhlah kita bersatu padu demi perpaduan , demi Satu Malaysia , demi kesejahteraan . Toleransi asas membina perpaduan, Perpaduan teras kepada kemajuan, Gagasan Satu Malaysia dijadikan panduan, Agar matlamat wawasan jadi kenyataan. Salam muhibah dan Salam Satu Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai