Anda di halaman 1dari 5

(a)Perpaduan

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan
masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia
kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya
jurang perpisahan . Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar
ecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi
masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat
dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di
ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China
diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di
samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu,
Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti. Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya
jurang pemisahan antara kaum. Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan
mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri
yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini
telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina ,
Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini
menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat
dilakukan dengan sempurna.

(b)Kepentingan perpaduan kaum


Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang
telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat
negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang
sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika
kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat
nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk
melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam
kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada
ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan
melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar
seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara
satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota
masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat
memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum. Peristiwa 13 Mei telah menjadi
catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan
bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan

1
mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa
perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan
terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik
mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di
negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba
diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan
sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun
1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN
yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969
bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah
untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk
mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula
melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan
MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan
hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India
dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses
ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya
perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan
penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum.


Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan
kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha
parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama
rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil
tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai
kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British.
Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah
dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara

2
ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan
ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan
yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada
dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan
ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini.
Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-
kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan
kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan
sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi
hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran
kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan
berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang
tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap
sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah
kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari
segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi
kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan
sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik
dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran
vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak
memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan
kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan
ekonomi.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu yang
dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam
usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran
beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba
mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara
ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara

3
ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian
daripada anggota masyarakat.

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia.


Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun
iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari
pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga
Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan
Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN),
program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua
program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat
dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat
antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.
Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan
peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses
perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.
Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus
motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17
tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan,
para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan
diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya

4
masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh
jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap
pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.
Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi
bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat
Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.
Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,
Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

(f) Rumusan
Pengetahuan Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah
negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui
situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh
sebarang faktor lain. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan
kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
negara yang kita cintai ini. Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati
peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap
sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku.

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat
bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan

Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak
terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai