Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan artikel yang diberikan, "Taksonomi Bloom: Perubahan yang diperlukan?

"

1. Bincangkan kekuatan dan kelemahan taksonomi Bloom versi baru ini

Jika kita perhatikan kekuatan dan kelemahan Taksonomi Bloom Versi Baru, ia mempunyai
beberapa kekuatan dan bertujuan memperbaiki beberapa kelemahan dalam Taksonomi Bloom
versi lama. Antaranya ialah:

Taksonomi Bloom versi baru membezakan antara "tahu tentang sesuatu (knowing what), isi dari
pemikirannya itu sendiri, dan "tahu tentang bagaimana melakukannya" (knowing how),
sebagaimana prosedur yang digunakan dalam menyelesaikan masalah.

Menurut taksonomi tersebut dimensi pengetahuan adalah "tahu tentang sesuatu", yang memiliki
empat kategori, iaitu: faktual, konseptual, prosedural dan metakognitif.

Pengetahuan yang bersifat faktual melibatkan bahagian-bahagian terkecil yang terpisah-pisah


dari informasi, sebagaimana definisi kosakata dan pengetahuan tentang hal-hal khusus yang
terperinci.

Selain itu pengetahuan yang bersifat konseptual pula terdiri dari berbagai sistem informasi,
seperti bermacam-macam klasifikasi dan kategori. Pengetahuan yang bersifat prosedural pula
termasuk algoritma, heuristics atau aturan baku, teknik dan metode, sebagaimana pengetahuan
tentang bagaimana kita harus menggunakan berbagai prosedur tersebut. Pengetahuan yang
bersifat metakognitif pula menggerakkan kepada pengetahuan atas proses-proses berfikir dan
informasi tentang bagaimana memanipulasi proses-proses tersebut secara efektif.

Dalam Taksonom Bloom versi baru, Dimensi Proses Kognitif yang telah diperbaiki daripada
Taksonomi Bloom versi lama mempunyai enam proses iaitu dari yang paling sederhana hingga

yang paling rumit iaitu Mengingat, Memahami, Menerapkan, Menganalisis, Mengevaluasi dan
Menciptakan. Proses mengingat (remembering) adalah mengingati kembali (recall) informasi
yang sesuai dari ingatan jangka panjang. Proses memahami (understanding) pula adalah
kemampuan untuk memahami secara mendalam dari bahan pendidikan, seperti bahan bacaan dan
penjelasan guru. Kecekapan turunan (subskill) dari proses ini melibatkan kemahiran memahami,
mencontohkan, membuat klasfikasi, meringkas, menyimpulkan, membandingkan, dan
menjelaskan. Proses ketiga iaitu menerapkan (applying), melibatkan kepada penggunaan sebuah
prosedur yang telah dipelajari baik dalam situasi yang telah dikenal mahupun pada situasi yang
baru. Proses berikutnya adalah menganalisis (analyzing), terdiri dari memecah pengetahuan
menjadi bahagian-bahagian kecil dan memikirkan bagaimana bahagian-bahagian tersebut
berhubungan dengan struktur keseluruhan. Menciptakan ialah proses yang tidak terdapat dalam
Taksonomi Bloom versi lama.
Proses ini adalah komponen tertinggi dalam Taksonomi Bloom versi baru ini. Kecekapan ini
melibatkan usaha untuk meletakkan berbagai perkara secara bersama untuk menghasilkan suatu
pengetahuan baru. Sesuai dengan taksonomi ini, setiap tingkat dari pengetahuan dapat
berhubungan dengan setiap tingkat dari proses kognitif sehingga seorang pelajar dapat
mengingat pengetahuan yang bersifat faktual atau prosedural, memahami pengetahuan yang
bersifat konseptual atau metakognitif, atau menganalisis pengetahuan metakognitif atau faktual.
Kesimpulannya, jelas di sini bahawa Taksonomi Bloom versi baru wujud kerana keinginan untuk
memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Tiada
kelemahan yang dapat dilihat dalam Taksonomi Bloom versi baru ini untuk dikritik berbanding
dengan Taksonomi Bloom versi lama kerana kewujudannya juga adalah kerana ingin
memperbaiki kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama. Taksonomi Bloom versi baru
tersebut wujud sejajar dengan transformasi yang berlaku dalam pendidikan

2. Bandingkan Taksonomi Bloom ini dengan Taksonomi SOLO berdasarkan kesesuaian


penggunaannya semasa membina item. [Anda boleh merujuk nota "Penyoalan Berkualiti
Menggunakan Taksonomi SOLO" dalam ruangan Bahan-bahan Bacaan Tambahan untuk
mengetahui lebih lanjut tentang Taksonomi SOLO].

Anda mungkin juga menyukai