Anda di halaman 1dari 18

Salah satu isu masyarakat yang menghantui kita pada hari ini adalah Lesbian, Gay, Biseksual,

Transgender (LGBT) yang membawa budaya songsang melawan arus sistem agama,
kemanusiaan dan keluarga. Mereka yang memilih serta terjebak di dalam budaya songsang ini
dengan jelasnya melakukan sesuatu yang tidak normal dan tidak menghormati institusi keluarga,
agama dan aspek moral. Jika dilihat daripada perspektif yang lebih besar, budaya ini akan
merosakkan sistem sosial dan sistem keluarga. Budaya songsang ini bukan lahir daripada
kehendak yang normal tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang yang terpesong jauh dari
sistem kemanusiaan sejagat. Akibat daripada pembudayaan negatif ini akan membawa
kemusnahan sistem sosial dengan percanggahan nilai dan perkosaan adat budaya ketimuran.
LGBT adalah akronim yang bermaksud lesbian, gay, bisexual, and transgender. Digunakan sejak
tahun 1990-an, istilah ini adalah satu penyesuaian akronim yang LGB, yang itu sendiri mula
menggantikan gay jangka apabila merujuk kepada komuniti LGBT bermula pada pertengahan
hingga lewat 1980-an. Yang pertama istilah digunakan secara meluas, homoseksual, dianggap
membawa konotasi negatif dan cenderung untuk digantikan dengan homophile pada 1950-an dan
1960-an. Ramai di kalangan masyarakat yang menyaksikan institusi agama yang besar sebagai
tidak mesra ke arah mereka. Kira-kira tiga dalam sepuluh (29%) berkata mereka telah dibuat
untuk berasa tidak diundang di tempat ibadat atau organisasi agama pada satu ketika dalam hidup
mereka. Agama Islam (84%), Gereja Mormon (83%), Gereja Katolik (79%) dan gereja-gereja
evangelis (73%) telah dilihat sebagai lebih mesra daripada agama Yahudi atau bukan evangelis
gereja Protestan. Untuk abad yang lalu, hak-hak gay telah dibahaskan dan berjuang atas dengan
harapan untuk memberi hak sama rata kepada semua orang. Walaupun hubungan gay dan
perasaan telah diiktiraf sebagai jauh ke dalam sejarah sebagai ke-7 SM Abad, aktivisme sebenar
telah meningkat sejak awal abad ke-20. Sebagai masa telah berkembang, hak-hak gay telah
menjadi satu isu yang meluas di seluruh negara. Sehingga hari ini, masih terdapat beberapa
negeri di Amerika Syarikat yang membenarkan perkahwinan sama jantina. Walaupun tindakan
besar keberanian dan kekuatan telah berlaku mengenai hak-hak gay, peralihan ke dalam
perubahan telah dan akan terus menjadi satu proses yang amat perlahan. Ibu bapa adalah
kumpulan pertama yang akan mengalami tekanan daripada perubahan anak mereka kepada
budaya LGBT membuat mereka merasakan anak-anak mereka akan melalui diskriminasi,
penderaan lisan dan kemungkinan serangan fizikal. Sementara itu, mereka akan merasakan
mereka yang bertanggungjawab menyebabkan anak mereka menjadi gay. Ibu bapa kepada gay

dan lesbian, terpaksa menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut sama ada keagamaan,
kemasyarakatan dan undang-undang sosial dunia. Keluarga adalah benteng terakhir untuk
melahirkan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia, peningkatan
integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani serta pemantapan nilai-nilai murni
sebagai asas pembentukan identiti. LGBT adalah dilihat sebagai salah satu simptom penyakit
sosial yang jika tidak dibendung akan merosakkan nilai negara. Isu LGBT harus dilihat dari
sudut nilai kenegaraan untuk negara. Ini kerana kita tidak mahu melihat negara mencapai
kemajuan dengan mengorbankan nilai. Kita perlu memantau gejala ini dan pada masa yang
sama, memberi kesedaran kepada masyarakat terutama golongan muda tentang mudarat gejala
ini. Selain itu kita mestilah memberi rehabilitasi untuk membantu mereka yang telah terjebak
supaya dapat pulang ke arah yang betul. Semua pihak perlu bekerjasama menggalkkan usaha
dalam pemupukan nilai murni untuk mempromosikan kesedaran terhadap nilai-nilai
kemanusiaan yang murni dalam masyarakat kita. Isu LGBT bukanlah isu tentang hak asasi
manusia, tetapi isu tersebut merupkan suatu amalan yang bercanggah dengan nilai moral
masyarakat kita. Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hanya dikaitkan
dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak pihak kerana dikesan boleh
mengancam golongan pelajar sekolah. Di zaman kegemilangan Islam sekalipun, tidak pernah ada
pergerakan yang khusus dan sistematik untuk melawan gay dan homoseksual, walaupun dunia
Islam bukan terkecuali daripada masalah liwat dan gay. Malah, kalau dilihat di balik tabir,
memang ramai yang mengamalkan kehidupan homosexual di dunia Islam khasnya di dunia Arab.
Di sinilah Syariah memainkan peranan, dengan tidak menjadikan golongan ini sebagai
'mainstream', dan hanya mengambil tindakan sekiranya golongan ini melakukan perbuatan
mereka secara terbuka.
Dosa pasangan sejenis Begitu juga, tamadun Islam telah lama bertoleransi dengan golongan ini
dengan ertikata mereka tidak ditindas dan hak asasi mereka sebagai manusia tidak dipersoalkan,
seperti juga Islam tidak pernah mempersoalkan hak asasi golongan yang menyembah berhala,
biarpun itu adalah salah satu dosa besar dalam Islam yang dikategorikan sebagai syirik, lebih
serius dari dosa pasangan sejenis. Tetapi, di Barat terdapat kes yang lain. Terdapat kumpulankumpulan vigilante yang melakukan keganasan terhadap golongan yang dibenci mereka. Mereka
akan mendiskriminasikan mereka, dan ada masa memukul orang-orang yang homoseksual.
Tujuan pertubuhan LGBT ini yang sudah tentu semua orang tahu antara agenda meraka adalah

hendak menghalakan perkahwinan sejenis dan segala perbuatan dan aktivit songsang. Alamat
negara kita akan jadi macam negara Thailand. Semua agama menentang perkahwinan sejenis
yang merupakan salah satu antara tujuan LGBT, antaranya ialah seorang pemimpin kanan
Katolik di London Kardinal Keith OBrien menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britin David
Cameron untuk membenarkan perkhawinan sejenis adalah sebagai gila. Perkahwinan sejenis
akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibubabp untuk setiap anak. Begitu juga
penolakan budaya yang cuba diserap oleh pertubuhan LGBT oleh beberapa ketua agama dan
pemimpin NGO Buddha dan Hindu di Malaysia. Bagi agama Islam sudah tentunya menolaknya
100%. Kalaulah pertubuhan ini diikhtirafkan, pasti kegiatan songsang akan berkembang
sehingga keluar bandar. Kita janganlah terpengaruh dengan agenda orang yang cuba hendak
meruntuhkan akhlak masyarakat di negara kita. Sebagai seorang Muslim, saya rasa kita umat
Islam tidak perlu mengulangi sesuatu yang sudah obvious: contohnya, dengan mengatakan
bahawa Islam melarang amalan homoseksual. Itu sesuatu yang terlalu nyata malah telah pun
ditetapkan Al-Qur'an. Oleh itu, cara menangani debat yang diwujudkan ini adalah dengan
memperdepankan soalan ini: Di manakah sejarah kezaliman tamadun Islam terhadap golongan
Yahudi dan homosexual yang memerlukan sebuah pergerakan untuk menjunjung hak asasi
mereka? Bukankan golongan homosexual kini dalam keadaan lebih bahaya dengan adanya
pergerakan hak asasi untuk LGBT? Selama ini, mereka menjalankan kehidupan dengan senyap
tanpa menuntut apa-apa, sehinggalah wujud golongan bukan-homoseksual yang cuba
memobilasi mereka dan mengenengahkan mereka ke dalam masyarakat. Sebagai Muslim, perlu
ada ijtihad dan maqasid diguna pakai dalam menangangi gelombang LGBT, yang bukannya
besar, tetapi diperbesarkan oleh media. Isu homoseksual di tanah air bukan baru dalam
masyarakat kita kerana saban hari pasti kita mendengar tidak kira sama ada dalam media baru
mahupun media tradisional.

"Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan
oleh Allah kerana kedegilan mereka
Tanpa kita sedari, isu homoseksual kian menghakis dan menggugat keharmonian hidup
bermasyarakat pada hari ini. Komuniti gay, lesbian biseksual dan transeksual (LGBT) menarik

kebanyakan mahasiswa untuk menyertai komuniti mereka melalui rangkaian laman web sosial
baru seperti facebook. Namun, di Malaysia komuniti LGBT tidak diterima dalam kalangan
masyarakat kita kerana semestinya ia melanggar etika sosial. Tambahan pula kita masih lagi
mengguna pakai hukuman kepada mereka yang melakukan liwat. Undang-undang negara
memperuntukkan jika terdapat kes seperti ini dan didapati bersalah, pesalah akan menghadapi
hukuman seperti denda, penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Di samping itu, sekiranya mereka
yang beragama Islam melakukan perkara songsang itu, mereka boleh didakwa di mahkamah
Islam. Kewujudan media baru menyebabkan golongan LGBT mudah mengamalkan budaya
songsang kerana bilangan pengikut mereka kian bertambah. Pada 2001, bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Malaysia akan mengusir menteri Kabinet atau diplomat
asing yang mengamalkan homoseksual. Mahathir juga memberi amaran kepada menteri gay di
negara asing untuk tidak membawa pasangan mereka ketika melawat negara ini. Melihat kepada
usaha kerajaan, dapatlah dinyatakan bahawa LGBT tidak diterima di negara ini. Malangnya,
masih terdapat mereka khasnya Melayu, beragama Islam tetapi mempraktikkan amalan liberal
ini. Justeru, di manakah nilai seorang Muslim?
Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan, yang cantik serta kacak agar berkahwin dan
memenuhi naluri seks. Ini adalah cara paling sesuai untuk meneruskan generasi suci. Justeru,
kegiatan tidak sihat seperti LGBT adalah perkara tidak rasional dilakukan. Walaupun ada
pengamal LGBT mengakui mereka ditakdirkan hidup sedemikian, adalah alasan tidak boleh
diterima akal.
Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan
oleh Allah kerana kedegilan mereka.
Seperti firman Allah dalam Surah Hud, ayat 82, bermaksud: Maka tatkala datang azab Kami,
Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik, tertangkup sehingga) yang di atas ke bawah, dan
Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.
Ayat itu membuktikan betapa murkanya Allah kepada golongan yang mengamalkan budaya ini,
sedangkan di dunia, Allah tidak pernah meredainya, apatah lagi nasib golongan ini pada

kemudian hari.
Islam menerusi institusi kekeluargaan menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Kegiatan
homoseksual bukan saja merosakkan institusi kekeluargaan, membunuh keturunan malah
mencerminkan kemunduran pemikiran masyarakat yang skeptikal. Selain itu, ia dapat menghakis
jati diri seseorang Muslim kerana amalan sedemikian bukan saja dapat menyebarkan beberapa
penyakit kelamin berbahaya, malah memberi persepsi negatif dan tidak elok oleh masyarakat
luar.
Peranan media baru yang rancak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan seperti facebook, twitter,
dan blog memainkan peranan yang cukup aktif dalam merencanakan aktiviti golongan ini kerana
mereka sering menjadikan media baru sebagai medium utama menyebarkan dakyah mereka.
Ibu bapa seharusnya lebih peka mengikuti perkembangan anak dengan mengawal selia
pergerakan dan aktiviti mereka kerana sekiranya isu LGBT ini tidak dibendung dengan segera
bakal merancakkan lagi aktiviti yang tidak bermoral ini.
Tidak ada agama yang membenarkan LGBT, tidak dalam Islam, Kristian, Buddha, mahupun
Hindu. Sebenarnya golongan ini perlu didekati, dengan cara kita mendengar dan menyelami
masalah dan kisah mereka.
Persekitaran dan corak pendidikan dan pembesaran lelaki dan wanita kadang-kala mendorong
remaja Islam bersikap dan bertindak di luar fitrah jantina. Ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dalam proses pembesaran anak-anak. Ibu bapa perlu prihatin terhadap jenis pakaian,
barang permainan anak-anak dan cara mereka bertingkah laku.
Rasulullah SAW amat prihatin dalam soal ini. Baginda menyeru ibu bapa memilih pakaian dan
alat permainan berdasarkan kepada jantina . Anak-anak lelaki dilatih dengan kegiatan sukan dan
permainan lasak supaya pembentukan tubuh badan menjadi gagah, jiwa dan pemikiran mereka
bertepatan dengan jantina mereka.
Anak-anak perempuan diberi permainan yang boleh membentuk jiwa keperempuanan seperti

anak patung, peralatan rumah atau dapur supaya mereka menggemari kegiatan berkaitan dengan
kewanitaan dan keibuan. Perkara seperti ini kurang ditekankan oleh ibu bapa dalam pembesaran
anak-anak masa kini. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan akademik tanpa
menghiraukan aspek pendidikan personaliti atau kerohanian.
Guru-guru di sekolah perlu berperanan bagi mengubah jiwa dan pemikiran kanak-kanak yang
mempunyai kecenderungan bertentangan dengan fitrah jantina. Guru-guru kaunseling dan agama
sepatutnya membuat pelbagai kegiatan yang boleh mendorong kanak-kanak dan pelajar berminat
memakai
pakaian
dan
bersikap
berdasarkan
jantina
mereka.
Pengaruh rakan-rakan dan media juga merupakan faktor kepada penularan kegiatan LGBT.
Kumpulan gay dan lesbian di Barat begitu aktif menyiarkan aktiviti mereka dalam laman web
dengan pelbagai cara untuk menghasut manusia mengikuti kumpulan mereka. Umat Islam
terutamanya remaja yang menghadapi kekosongan jiwa atau kehausan hawa nafsu memilih corak
kehidupan
gay
atau
lesbian
bagi
menutup
kegiatan
mungkar
mereka.
Perkara berkaitan hawa nafsu dan bisikan syaitan perlu diatasi secara pengisian dan latihan
kerohanian. Manusia yang berada dalam tahap nafsu al-ammarah tidak akan mengubah sikap dan
tingkah laku mereka melainkan jiwa atau kerohanian mereka sudah berubah ke tahap nafsu allawwamah (jiwa yang boleh mendorong manusia merasai bersalah dan menyesal dengan
perbuatan
mungkar).
Proses untuk menukarkan nafsu al-ammarah kepada nafsu al-lawwamah memerlukan masa lama
dan kesabaran tinggi kerana mengubah jiwa dan pemikiran manusia bukan merupakan perkara
mudah kerana jiwa itu sudah sebati dalam diri mereka. Oleh itu, kebanyakan golongan LGBT
beranggapan mereka dilahirkan dengan jiwa yang bertentangan dengan jantina mereka.
Perkara ini diperakui oleh kebanyakan Gereja Protestant di barat terutamanya Gereja Luthren
dan Anglican. Gereja Anglican di England melantik gay dan lesbian menjadi bishop. Banyak
gereja
di
negara
Barat
mengiktiraf
perkahwinan
gay
dan
lesbian.
Agama Islam tidak memperakui gay dan lesbian sebagai fitrah kejadian manusia tetapi ia adalah
aktiviti syaitan untuk menyesat manusia secara membisikkan hasutan jahatnya ke dalam jiwa
manusia.
Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah 7 (al-A'raf): 27 yang bermaksud, " Hai anak Adam
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua
ibu bapa mu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan
kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia [syaitan] dan pengikut-pengikutnya melihat kamu
dari
suatu
tempat
yang
kamu
tidak
boleh
melihat
mereka".
Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran itu maka umat Islam perlu berwaspada dengan
penyebaran kegiatan LGBT di negara ini kerana ia merupakan salah satu agenda syaitan yang
terbesar
bagi
memusnahkan
fitrah
kejadian
manusia.

Umat Islam sepatutnya berusaha memulihkan saudara Islam yang dipesongkan oleh syaitan
supaya kembali ke pangkal jalan melalui proses tazkiyyah nafs (menyucikan jiwa) dan berusaha
secara bersepadu menentang segala agenda pelopor LGBT menghasut umat Islam dan manusia
menyahut
seruan
syaitan.
Perjuangan membanteras kegiatan ini dianggap sebagai jihad al-akbar (jihad besar) iaitu jihad
menentang syaitan yang merupakan musuh yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Di antara kegiatan jihad al-akbar untuk menghapuskan agenda syaitan ini adalah
memperbanyakan ceramah agama secara terbuka dan menjelaskan kepada masyarakat hukum
hakam berkaitan LGBT mengikut pandangan Islam, mempergiatkan latihan kerohanian di
sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya jiwa kanak-kanak dan remaja Islam diasuh dengan
ilmu kerohanian Islam dan mengadakan pelbagai kegiatan yang disertai oleh kanak-kanak dan
remaja.
Ini boleh mendorong mereka gemar menceburkan diri dalam kegiatan amar ma'ruf (seperti
melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan dan seumpamanya) dan nahy 'an
al-mungkar (mencegah kemungkaran). Oleh itu jadikanlah kegiatan tersebut sebagai salah satu
aktiviti harian bagi membentuk umat Islam yang berwibawa dan berjaya. telah wujud sekelompok
anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai
pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau
LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah,
mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. Namun bagi masyarakat
yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang
kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu
gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabii.
Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang amat
malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa segan serta
bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Manakala bagi masyarakat yang majoriti datang dari dunia
Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit,
malah menjadi kesalahan pula jika menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam
masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT merupakan satu pilihan peribadi. Pilihan ini perlu diiktiraf dan
disokong oleh semua ahli masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu
terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka yang mana
akhirnya dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat. Sesuatu yang janggal juga di mana
kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan dipulaukan secara besarbesaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan tertentu sehingga ke peringkat global.
Seterusnya, memandangkan Islam telah mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat amalan ini
sebagai satu gejala yang jauh menyimpang dari fitrah kejadian manusia yang beradab dan berakhlak
mulia, tindakan mantap perlu dilaksanakan tanpa lengah lagi. Atas dasar tersebut juga, institusi berkaitan
agama Islam, khususnya yang berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan memperluaskan lagi skop
dan bidang tugasan dengan turut memfokuskan gejala ini agar ia dapat dibendung dari terus merebak.
Manakala institusi agama Islam yang berkaitan dengan penyelidikan dan latihan pula wajar

mengukuhkan lagi maklumat dan fakta berkaitan isu ini dan seterusnya merangka pelbagai kaedah
intervensi dan latihan yang sesuai agar gejala ini dapat dibanteras di peringkat akar umbi lagi.
Di samping itu, institusi-institusi seperti ini juga wajar mengambil peluang yang ada dengan mengadakan
pelbagai kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO lain agar usaha membanteras
dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap. Usaha ini, serta kerjasama pelbagai
agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan telah ada beberapa contoh yang baik telah
dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan
satu manual rawatan dan latihan yang dikenali sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan
pelbagi isu berkaitan HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi
menangani gejala berkaitan LGBT.

2.1
Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT
a) Biologi
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang
itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan
oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini
masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam
bidang ini.
Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual
atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu
seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang
pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan
ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang
anak. [6]
Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan
bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih
besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin
dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan
dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi
apabila mereka semakin besar.
b) Dorongan individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat teringin
untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki. Bayi lelaki
ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi permainan kanakkanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-kanak perempuan.
Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia yang seorang lelaki
adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan mengalami
kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam tubuh seorang
lelaki.

c) Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak


Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong
mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah mangsa
pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes
rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010
berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575
kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.[7]
Penulis berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan sumbang
mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-kanak
perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau saudara
mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka dengan penuh
kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka. Rasa ketidakpercayaan ini
akan boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian.
Pendapat penulis ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua
Jabatan Pendidikan Perubatan HUKM[8] bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga
boleh menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.
Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana terlalu
sibuk bekerja, anak-anak lelaki ini akan bersama ibu dalam tempoh masa yang panjang
berbanding dengan bapa. Ini akan mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa kurang
percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap
homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu.
Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis
menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif. [9]
d) Peluang dan ruang
Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam
gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan
Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kelab malam
(termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan hingga ke
awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan remaja dan
belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini. [10]

e) Pendidikan Seks Yang Salah


Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi
sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri. Ibubapa perlu
memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah
seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah
sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara

perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam menuntut
hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syaratsyaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan
antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampaui batas inilah yang
menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah
ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses
pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah,
peranan masjid dan masyarakat.

f) Salah Faham Terhadap Takdir


Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual
yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke
atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman yang salah terhadap
takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah SWT pada
ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:
i.

Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita
dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang
lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

ii.

Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan
jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan
kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk
membencinya dan berusaha ke arah takdir yang selari dengan tuntutan agama.

g) Media Electronic dan ICT


Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer,
modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat.
Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang
menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produkproduk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit kebanyakannya
kini dilengkapi dengan capaian Internet.
Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai 16,902,600
pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna daripada populasi
masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya, peratusan peningkatan
pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya adalah 356.8%[11]. Berdasarkan
data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja
telahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh sumber
yang sama, pengguna Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki dan

48.1% wanita. Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun adalah
sebanyak 75.3% manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55% pengguna
adalah belum berkahwin manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna telah
bekerja (51.5%)[12].
Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia. Perkataan
seks adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari untuk dilayari di
Internet[13]. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman web dalam Internet
adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25% daripada jumlah tersebut
adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia[14]. Ternyata walaupun
dari segi peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari segi hakikatnya, ia adalah jumlah
yang agak membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas, daripada 31% golongan yang melayari
laman web berunsurkan lucah, 5.5% menunjukkan ciri-ciri ketagihan manakala 17% adalah
berisiko untuk menjadi ketagih.
Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia
(2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah 29.6%. Angka ini
perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet, khususnya seks siber,
dalam kalangan pengguna.

3.0

Isu LGBT Dari Perspektif Islam

3.1
Dalil Al-Quran Tentang Pengharaman Amalan LGBT
Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman
seks bebas (zina), gay dan lesbian:
Firman Allah di dalam Surah Al-Isra, ayat 32:

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).[15]
Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:

Yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar

kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.[16]
Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam
Surah As-Syuaraa, ayat 165 dan 166

Yang bermaksud: Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan
manusia[17]

Yang bermaksud: Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu
(melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang
bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan
haiwan)![18]

3.2

Dalil Hadith Rasulullah SAW Tentang Pengharaman Amalan LGBT

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:
( )

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman
sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.
Manakala hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas
RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka
bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
Dalil yang ketiga berkenaan dengan isu LGBT ini ialah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh
Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua
adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua
adalah penzina.
Daripada dalil-dalil yang tersebut diatas, menunjukkan bahawa perbuatan LGBT ini adalah
haram disisi Islam. Isu LGBT yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus
sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di
negara kita. Malahan perlakuan LGBT ini adalah perlakuan yang songsang yang ditolak oleh
semua agama sawawi.

3.3
Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut:
a. Penyakit HIV AIDS
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan
lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi
bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay
paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah
dijangkiti.[19]
Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun
kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui
tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi
tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual. [20]

b. Penyakit Siflis
Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit jangkitan
seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks
yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar.
Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD Venereal
Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea
mempunyai bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Walau
bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes
yang dilaporkan.[21]

c. Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga


Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan
sesama sejenis[22], terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi
wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada
sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama
kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak,
mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah
ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan
nasab keturunan.
Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur.
Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikuti
sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal,
mengembangkan zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan
perkahwinan sesama sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan bertengangan
dengan fitrah manusia itu sendiri.

4.0
Kaedah Penyelesaian Secara Islam
Berikut adalah beberapa cadangan oleh penulis untuk mengatasi masalah LGBT menurut
perspektif Islam:
i.

Kesedaran dari dalam hati untuk berubah


Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang
terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal jalan.
Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi penulis sangat percaya
jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak normal dan
bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan LGBT yang mahu berubah, setiap
perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah.
Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan niat, lafaz dan perbuatan.
Insya Allah, penulis yakin golongan LGBT ini boleh dipulihkan pemikiran mereka untuk kembali
menjadi normal. Kemudian, barulah diubah penampilan mereka seperti cara berpakaian, cara
percakapan dan perlakuan mereka kepada normal.

ii.

Mendirikan Solat
Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada
berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu
yang mendorong untuk berbuat maksiat. Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman
Allah SWT:

Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.[23]
Jika diperhatikan sungguh-sungguh kita akan dapati bahawa manusia cukup suka melakukan
perkara-perkara yang negatif yang menyeronokkan, meskipun perkara yang dilakukan itu
memudharatkan dirinya. Untuk mengaitkan kelebihan ini dengan tajuk kertas kerja ini, maka
difahami bahawa mereka yang mendirikan solat, maka Allah SWT akan membuka mata hati
mereka sehingga mampu menilai sesuatu perbuatan itu apa kategorinya. Apakah ianya baik di
sisi agama, di mata orang atau ianya keji pada hukum agama dan mata masyarakat? Jadi,
manusia yang dianugerahi Allah akan kelebihan ini akan terpandu perjalanan hidupnya agar
tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti LGBT ini.
Allah SWT telah memerintah supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan solat
kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang
haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, keduaduanya menghasilkan dosa.

iii.

Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat


Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu
golongan LGBT supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal dan
kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana pejabat
agama di seluruh negara. Penulis juga menyokong penuh usaha pihak kerajaan yang telah
menubuhkan pusat perlindungan Ilaj Home untuk golongan LGBT untuk mendapatkan
rawatan dan kaunseling kaedah Islam. [24]

iv.

Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat


Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan
masalah LGBT ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak tidak
mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh budaya
keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang menunggu akan
mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan yang kukuh (foundation)
kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana
yang baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan
paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan
manusia kepada pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, penulis menyeru
ibubapa agar membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau
bimbingan hati.

v.

Peranan Masjid
Penulis juga menggesa agar pihak kerajaan untuk terus memperkasakan institusi masjid di
seluruh negara. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan
sebagai pusat pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid adalah
digesa untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina, anti
Valentines days dan program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)
melalui kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid sepanjang
tahun.

5.0
Kesimpulan
Isu berkaitan LGBT ini yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus
sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di
negara kita. Mereka yang memilih serta terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya
telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama
dan aspek moral. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya ini merosakkan sistem
sosial dan keluarga. Budaya songsang ini bukan lahir daripada kehendak normal, tetapi
dibudayakan melalui cara hidup songsang yang jauh terpesong daripada sistem kemanusiaan
sejagat.
Akibat daripada pembudayaan negatif ini akan membawa kemusnahan sistem sosial dengan
pencangahan nilai dan perkosaan adat budaya kita sebagai orang Timur. Ibu bapa kepada Gay
dan Lesbian, terpaksa menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut sama ada
keagamaan, kemasyarakatan dan undang-undang sosial dunia yang berlandaskan nilai-nilai
murni. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang baik, anak yang
terjerumus ke dalam budaya LGBT perlu melihat tanggungan orang yang menyanyangi mereka
untuk sedar bahawa pembabitan mereka dalam budaya LGBT itu sebenarnya adalah salah.
Institusi keluarga adalah benteng terakhir untuk melahirkan keluarga dan insan berintegriti
melalui pembinaan keluarga bahagia, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan
jasmani dan rohani serta pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas dalam pembentukan
identiti.
Oleh itu, janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara
langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak
sekarang mungkin pada masa akan datang.
Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:
Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan
masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan
menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda
lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?
Semoga penjelasan di atas dapat membantu segelintir yang menghadapi cabaran
kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Yakinilah bahawa setiap
cabaran ada penyelesaiannya, bergantung sama ada kita ingin mencarinya dan berusaha untuk
menyelesaikannya. Tidak ketinggalan, jangan berputus asa dari pertolongan Allah kerana Allah
bersedia membantu sesiapa yang sentiasa mengharapkan rahmat-Nya.

Anda mungkin juga menyukai