Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Keganasan rumah tangga bukannya satu fenomena yang baru dalam kalangan

masyarakat. Masalah ini berlaku di seluruh dunia yang membawa kesan negatif dari segi

fizikal dan mental. Selain itu, keganasan rumahtangga juga memberi impak dari segi

sosial dan ekonomi bagi sesebuah negara, dan mengambarkan keruntuhan sesuatu

tamadun. Keganasan rumah tangga berlaku apabila wanita didera oleh pasangan mereka

sendiri dari segi fizikal, mental, seksual, emosi atau kewangan.

2.0 Definisi Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga didefinisikan sebagai serangan yang dilakukan oleh

seseorang ke atas orang lain yang telah berkahwin mahupun tinggal bersama. Menurut

Robert (1973), keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal

terhadap isteri dan anak-anaknya. Kelakuan keganasan rumah tangga merangkumi

tamparan, memukul dengan objek seperti tali pinggang, menuang air panas, mencucuh

badan dengan objek panas seperti rokok dan sebagainya. Perkara - perkara ini berlaku

secara berterusan dan menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

Terdapat beberapa jenis keganasan rumah tangga yang sering berlaku. Antaranya

adalah penderaan fizikal. Penderaan fizikal berlaku apabila kelakuan seseorang itu

mencederakan tubuh badan orang lain. Antara aktiviti yang menyakiti seseorang adalah

dengan menampar, menyepak, mencekik, memaksa melakukan aktiviti seks, membakar


dan sebagainya. Adakalanya, keganasan fizikal ini menyebabkan kecederaan yang

kritikal yang mebawa maut juga dierti dengan membunuh.

Selain itu, seseorang mangsa juga didera dari segi emosi dan mental. Apabila

seseorang itu dikutuk dan diejek secara berterusan, menyebabkan seseorang itu berasa

dirinya tidak berguna. Penghinaan ini berlaku secaara persendirian dan juga di tempat

khalayak ramai. Ini akan menyebabakan mangsa berasa dirinya terhina dan membawa

kepada tekanan mental.

Penderaan seksual juga berlaku dalam keganasan rumah tangga. Seseorang itu

tidak boleh memaksa pasangannya melakukan perbuatan seks yang tidak dipersetujuinya

dan bertentangan dengan kehendak mangsa.

Penderaan ekonomi pula berlaku apabila pendera melarang mangsanya daripada

berkerja. Ini adalah kerana dia mahu mangsa merayu kepadanya untuk wang bagi

menampungi keperluan harian.

3.0 Keganasan Rumah Tangga secara Global

Keganasan rumah tangga lazimnya dilakukan oleh kaum lelaki terhadap kaum

wanita. Keganasan rumah tangga ini sedang berlaku di setiap pelusuk dunia tanpa

mengenali batas agama, sosial, ekonomi mahupun budaya.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang sering dikaitkan dengan

keganasan rumah tangga. Sebanyak 800 000 kes keganasan rumah tangga telah

direkodkan dalam linkungan tahun 2010 hingga 2011. Ini menunjukka berlakunya
peningkatan sebanyak 65% dalan kes keganasan rumah tangga dari tahun 2006 hingga

2011.

Dalam sebuah kajian oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di 48 buah negara,

terdapat antara 10% hingga 69% wanita melaporkan bahawa mereka pernah menjadi

mangsa keganasan fizikal pada suatu masa oleh pasangan suami mereka dan juga

mengalami tekanan mental. Terdapat satu perdua hingga satu pertiga pula terdiri daripada

keganasan rumah tangga yang berunsur seksual.

4.0 Keganasan Rumah Tangga di Malaysia

Malaysia juga tidak ketinggalan daripada fenomena keganasan rumah tangga.

Saban hari, kes-kes keganassan rumah tangga dilaporkan oleh para mangsa. Walaupun,

Malaysia sedang menuju ke Wawasan 2020. Namun kaum wanita masih ditindas dengan

aktiviti keganasan rumah tangga. Kes kegansan rumah tangga telah meningkat dari tahun

ke tahun. Pada tahun 2000, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebannyak 3498 dan

menunjukkan penurunan sehingga tahun 2003 iaitu sebanhyak 2555. Tetapi angka ini

terus meningkat pada tahun-tahun seterusnya sehingga mencecah 3488 kes pada tahun

2012.

Kes Keganasan Rumah Tangga dari tahun 2000 hingga 2012

Tahun Jumlah Kes

2000 3498
2001 3107

2002 2755

2003 2555

2004 3101

2005 3093

2006 3244

2007 3756

2008 3729

2009 3463

2010 3133

2011 3275

2012 3488

Di Malaysia, keganasan rumah tangga berlaku tanpa mengira kaum, agama,

pendapatan dan kedudukan. Keganasan terhadap kaum wanita bermula dari fahaman

budaya masing-masing yang telah menyebabkan mereka menganggapnya sebagai lumrah

hidup. Di Malaysia wanita daripada kaum India lebih terdedah kepada keganasan rumah

tangga daripada kaumkaum lain. Sebagai contohnya, wanita dari masyarakat India

berpendapatan bahawa lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa. Wanita sering dianggap

sebagai harta milik suaminya. Ada sesetengah yang berpendapatan kesengsaraan yang

dialaminya itu adalah "karma", balasan terhadap perbuatan lampaunya. Jika terdapat

wanita yang meninggalkan suaminya, masyarakat akan menghinanya dan dilihat sebagai

penjatuh maruah keluarga. Oleh itu, mereka terus menerima penderitaan daripada
keganasan suaminya.

5.0 Wanita sebagai Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga ini sememangnya memberi kesengsaraan dan tekanan

kepada mangsanya. Namun, masih terdapat sejumlah besar mangsa menerima keganasan

yang dilakukan ke atasnya dan tidak berani tampil ke hadapan membri laporan dan

maklumat. Faktor-faktor yang menyebabkan para mangsa ini untuk berdiam diri

dibincangkan.

i. Masyarakat

Kebanyakkan wanita pilih untuk berdiam diri kerana mereka takut akan persepsi

masyarakat terhadap diri mereka. Meraka akan dianggap sebagai seorang yang telah

gagal dalam perkahwinan. Jika mereka meniggalkan suami, mereka akan dianggap

sebagai isteri dan ibu yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakkan wanita masih tidak arif

tentang pusat khidmat masyarakat menyebabkan mereka terus merana dalam penderitaan.

ii. Emosi

Semakin lama seorang itu terlibat dalam keganasan rumah tangga semakin sukar

baginya untuk keluar daripada masalh itu. Penderaan yang dihadipinya akan

menyebabakan maruah dan harga dirinya hilang, dan menyebabkannya berasa rendah
diri. Walaupun wanita itu diserang, dia masih menyayangi suaminya dan takut untuk

bertindak. Wanita juga mempercayai bahawa mereka bertanggungjawab untuk

menyatukan keluarga. Dia berasa anak-anaknya perlukan bapa walaupun dia bersikap

ganas.

iii.Ekonomi

Selalunya, suami yang terlibat dalam keganasan rumah tangga akan mengelak

isterinya untuk bekerja walaupun dia tidak mampu menyara keluarga seorang diri. Ini

adalah kerana dia hendak menjadi berkuasa dan mengawal isterinya. Dia mahu isterinya

untuk merayu bagi mendapatkan duit daripadanya, Ini juga adalah kerana apabila

isterinya tidak ada wang, dia tidak boleh keluar dari rumah tersebut. Anak-anaknya juga

masih kecil. Jika dia keluar dari rumah, dia tidak dapat menampung perbelanjaan

persekolahan. jadi dia berasa lebih baik menerima penderaan dan tinggal bersama

suaminya.

6.0 Teori Keganasan Rumah Tangga

.Keganasan rumah tangga merupakan suatu fenomena yang berlaku secara

berulangan. Ini melibatkan beberapa peringkat dari tercetusnya keganasan sehingga

berbaik semula. Walker dan Francis Wood telah mencadangkan beberapa fasa yang

terlibat dalam kitaran keganasan rumah tangga.


a) Kitaran Keganasan oleh Walker

Walker mencadangkan bahawa keganasan rumah tangga ini sebenarnya berlaku

dalam suatu kitaran yang dikenali sebagai "The Cycle of Violence". Ini adalah kerana

perubahan yang berlaku ke atas tingkahlaku pasangan dan mangsanya. Walker

menjelaskan bahawa terdapat tiga fasa dalam kitaran ini iaitu fasa peningkatan tekanan,

fasa insiden keganasan dan fasa berbulan madu.

i. Fasa Peningkatan Tekanan

Dalam fasa ini, suami selalu menekik kepada pasangannya dengan kata-kata kesat

dan juga menyerangnya dengan pelbagai tuduhan. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh

isteri dibesar-besarkannya dan bermulanya pergaduhan. Pada waktu sebegini, wanita itu

mula bersikap pasif kerana dirinya berada dalam ketakutan. Wanita ini akan mendiamkan

dirinya kerana tidak ingin mencetuskan kemarahan pasangannya. Dalam fasa ini juga,

mangsa menyalahkan dirinya atas masalah yang berlaku dan tidak dapat mengawal

keadaan. Tetatpi kemarahan suami akan semakin meningkat dan dia akan mula bersikap

agresif.

ii. Fasa Insiden Keganasan

Dalam fasa ini, tekanan telah meningkat pada peringkat kemuncak dan aktviti

keganasan mula berlaku. Punca tekanan yang dihadapi oleh si suami itu bukanlah

semestinya berkaitan dengan isteri atau anak-anaknya. Kebanyakkan masanya punca


tekanan adalah bersifat luaran seperti di tempat kerja, masalah kewangan dan sebagainya.

Apabila tekanan memuncak, dia akan menunjukkan kemarahannya dengan melakukan

penderaan fizikal mahupun seksual. Pembunuhan juga boleh berlaku dalam fasa ini.

iii. Fasa Berbulan Madu

Setelah berlakunya pergaduhan, pasangan siami isteri tersebut akan kembali ke

fasa ini. Pada peringkat ini, si suami akan mendakwa bahawa dirinya berasa kesal akan

kejadian yang telah berlaku dan meminta maaf. Dia juga akan menyerlah sebagai seorang

penyayang dengan memberikan hadiah istimewa kepada isterinya. Apabila isteri menrima

layanan yang baik dan kasih sayang daripada suaminya, dia akan memaafkan keganasan

yang telah dialaminya. Dia akan menyalahi dirinya dan berasa perlu melakukan

tanggungjawabnya sebagai isteri dengan menjaga suami dan anak-anaknya.

Selalunya kitaran keganasan ini akan berulang tetapi tempoh masa yang berubah-

ubah bagi fasa-fasa tersebut. Lama-kelamaan fasa berbulan madu akan menjadi singkat

dan fasa keganasan meningkat.

b) Fasa Keganasan oleh Francis Woods

Francis Woods juga telah mencadangkan lima fasa dalam suatu kitaran keganasan.

Antara fasanya adalah fasa penafian, fasa menyalahkan diri, fasa memohon bantuan, fasa

hubungan tinggal dan kembali, dan akhirnya fasa kehidupan tanpa keganasan.

i. Fasa Penafian
Fasa penafian merupakan peringkat permulaan. Semasa fasa ini, wanita yang

menjadi mangsa menafikan keganasan yang berlaku ke atas mereka dan menganggapnya

sebagai perkara biasa dalam hal ehwal rumahtangga. Kecederaan yang dialaminya

disebabkan keganasan suaminya itu akan digantikan dengan cerita-cerita lain seperti

terjatuh dari tangga, terkena air panas semasa memasak dan sebagainya kepada orang lain

untuk mengelak dari berasa malu. Stigma sebagai mangsa keganasan rumahtangga masih

berleluasa dalam sesetengah masyarakat dan budaya.

ii. Fasa Menyalahkan Diri

Pada fasa ini, mangsa sudah mula memahami bahawa diri mereka adalah mangsa

keganasan. Namun begitu, wanita ini merasa rendah diri dan bersalah kerana sentiasa

dikutuk suaminya. Dia mula menganggap dirinya adalah pencetus perbalahan.

Contohnya, dia tidak harus meminta duit daripada suaminya, dia harus lebih

berpendidikan, dia harus masak dengan lebih sedap, dia harus lebih menjaga suaminya

dan lain-lain lagi.

iii. Fasa Memohon Bantuan

Fasa ini berlaku apabila wanita tersebut tidak lagi dapat menampung penderaan

yang berlaku ke atas dirnya dan mula mencari bantuan. Tetapi malangnya, kebanyakkan

ahli keluarga lain tidak memahami dan menyalahkan mangsa atas keganasan yang

berlaku. Alasan yang diberi adalah dia patut menjaga suaminya dengan lebih baik dan
orang luar tidak boleh bercampurt tangan dalam hal ehwal keluarganya. Mangsa ini juga

ada kalanya tidak mendapat bantuan daripada pihak berkuasa. Wanita yang kurang

berpendidikan juga takut kerana mereka tidak arif tentang perundangan. Ramai wanita

terutamanya yang tinggal di luar bandar masih tidak ketahui akan rangkaian sosial yang

dapat membantu mangsa-mangsa penderaan.

iv. Fasa Hubungan Tinggal dan Kembali

Pada peringkat ini, mangsa mula menguatkan semangat untuk membebaskan diri

mereka daripada kesengsaraan ini. Mereka melarikan diri daripada penderaan tersebut.

Tetapi, terdapat banyak wanita yang kembali untuk meneruskan hubungan. Ini adalah

mungkin kerana perasaan yang berbelah-bahagi. Mereka masih menyayangi suami dan

berasa tanggungjawab terhadap kewajipannya sebagai seorang isteri. Sesetengah mangsa

pula kembali kerana tidak mahu anak-anaknya sengsara dan didera oleh suaminya.

Akhirnya, ramai mangsa yang kembali menjadi mangsa penderaan kerana kurang

mendapat perhatian sokongan daripada keluarga dan pandangan negatif oleh masyarakat.

v. Fasa Kehidupan tanpa Keganasan

Fasa ini merupakan fasa terakhir dimana mereka mebuat keputusan untuk

meningglakan penderaan yang dialami selama-lamanya. Kebanyakkan wanita

mempunyai sokongan yang kuat daripada keluarga dan masyarakat. Namun ketakutan

dan perasaan rendah diri masih berleluasa dalam diri mereka dan mengambil masa yang
panjan untuk diubati.

7.0

Anda mungkin juga menyukai