Anda di halaman 1dari 8

2.

1 Pengenalan
Dalam era globalisasi hari ini, diskriminasi merupakan isu yang semakin serius
dan membimbangkan orang ramai. Diskriminasi merupakan pelayanan yang berat
sebelah atau tidak adil dan tidak saksama terhadap individu tertentu. Layanan tersebut
dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi
merupakan suatu amalan yang sudah biasa diamal oleh segelintir masyarakat di
Malaysia.
Diskriminasi boleh berlaku adalah disebabkan kecenderungan manusia yang
membeza-bezakan manusia. Ruang untuk berlaku diskriminasi merangkumi pelbagai
aspek iaitu politik, ekonomi, sosial, agama, kerjaya, perundangan dan pendidikan. Hal
ini boleh dilakukan oleh orang perseorangan, firma, institusi atau kerajaan. Diskriminasi
boleh dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip setiap manusia
harus diberi hak dan peluang yang sama (Equal Opportunity). Secara umumnya,
terdapat enam jenis diskriminasi iaitu diskriminasi umur, diskriminasi kesihatan,
diskriminasi ras, diskriminasi agama, diskriminasi kaum dan diskriminasi gender.
Gender adalah perbezaan di antara wanita dan lelaki dalam isi rumah
yang sama dan perbezaan antara budaya secara sosialnya dan budayanya
yang dibentuk melalui perubahan masa. Perbezaan tersebut akan memberi
kesan

yang

serius

kepada

peranan,

tanggungjawab,

jangkauan

dan

kesampaian terhadap sumber, keperluan, kekayaan, peluang, persepsi dan


lain-lain yang dipegang oleh wanita dan lelaki. Jadi, gender sememangnya
bukan sesuatu yang seerti dengan wanita tetapi merupakan pertimbangan
dalam kalangan kedua-dua jantina perempuan dan lelaki serta hubungan
yang saling berkaitan di antara kebergantungannya.

Diskriminasi
gender

ialah

layanan

yang

berbeza

atau

tidak adil dan


tidak saksama

terhadap individu atau kumpulan berpandukan jantina mereka. Secara umumnya,


diskriminasi terhadap wanita timbul kerana hal demikian sudah biasa diamalkan atau
sudah mendarah daging dalam masyarakat sejak dulu lagi. Amalan tersebut bukan
sahaja diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu, malah berlaku juga dalam
kalangan masyarakat Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Keadaan ini sudah pastinya
seperti garam yang sudah larut di dalam air kerana hal demikian sudah menjadi sebati
dalam kehidupan bermasyarakat dan akan dianggap janggal sekiranya menyalahinya.
2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Diskriminasi Gender
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi diskriminasi gender.
Diskriminasi gender berlaku adalah disebabkan oleh faktor fizikal. Perbezaan kekuatan
fizikal lelaki dan perempuan telah menunjukkan diskriminasi gender terhadap kaum
wanita. Lelaki dilihat secara fizikalnya sebagai seorang yang kuat, tegap dan boleh
melakukan kerja berat. Sebaliknya, perempuan dilihat secara fizikal yang lemah, tidak
tegap dan sesuai dengan kerja mudah dan ringan. Tanggapan tersebut sudah tentu
telah menyebabkan berlakunya diskriminasi gender terhadap wanita.
Selain itu, faktor pekerjaan juga menyebabkan berlakunya diskriminasi gender.
Perempuan bertanggungjawab melahir dan menjaga anak. Oleh sebab perbezaan
wujud antara lelaki dengan perempuan, kedua-dua kaum jantina tersebut diberikan kerja
dan tugas yang berbeza. Apabila terdapat perbezaan dalam pengagihan kerja dan tugas
mengikut jantina, maka diikuti pula dengan pemberian gaji yang berbeza. Secara tidak
langsung, terdapat pihak mengatakan bahawa amalan tersebut adalah suatu
diskriminasi gender terhadap wanita. Oleh itu, biasanya pihak yang didiskriminasi dalam
konteks ini ialah kaum perempuan kerana layanan yang berbeza diberikan kepada
mereka.
Di samping itu, terdapat juga faktor sejarah yang menyumbang kepada
diskriminasi gender. Di Malaysia, wanita dianggap lemah dari aspek pemikiran dan
pendirian. Oleh sebab itu, wanita pada zaman dahulu tidak dibenarkan bersekolah tinggi
kerana asasnya tetap sama iaitu akan masuk ke ceruk dapur juga. Kesannya, masalah
buta huruf dalam kalangan wanita telah berlaku sehingga menyebabkan mereka
ketinggalan dalam perkembangan dunia hari ini.

Sementelahan
itu, faktor kebudayaan
atau kepercayaan juga
mendorong berlakunya
diskriminasi
Dalam

gender.
sesetengah

kebudayaan, ibu bapa


melakukan keganasan terhadap alat kelamin anak gadis mereka kerana dianggap
sebagai suatu amalan wajib berlandaskan kepercayaan atau pegangan tertentu. Dalam
satu kajian yang dijalankan oleh UNICEF, terdapat lebih daripada 130 juta wanita dan
anak-anak gadis telah menghadapi salah satu bentuk kecederaan atau kerosakan pada
alat kelamin (FGM/C) mereka. Keadaan tersebut boleh membawa impak buruk kepada
kesihatan iaitu kegagalan untuk sembuh sepenuhnya, meningkatkan peluang untuk
dijangkiti virus HIV, masalah-masalah ketika melahirkan anak, penyakit-penyakit
jangkitan kelamin dan juga gangguan pada saluran air kencing. Kesannya, kaum wanita
dan anak gadis kini terpaksa menjalani kehidupan yang derita.
Pada masa yang sama, terdapat faktor keluarga yang turut menyebabkan
berlakunya diskriminasi gender. Sebenarnya, terdapat keluarga di mana wanita menjadi
ketua di keluarga atau menjadi ibu tunggal. Mereka terpaksa bekerja bertungkus-lumus
dari awal pagi hingga lewat malam demi menyara kehidupan anak-anak mereka. Oleh
itu, keadaan ini mesti diawasi dan bantuan khas mesti dihulurkan kepada keluargakeluarga ini terutamanya bagi kategori pendapatan rendah dan pengetahuan cetek.
Secara tidak langsung, ahli keluarga bagi kategori tersebut dapat menjalani kehidupan
yang tidak serba kekurangan. Lebih teruk lagi, kaum wanita India Malaysia mengalami
masalah yang lebih serius. Golongan ini menghadapi kemiskinan, penindasan dan amat
memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun, tuntutan terhadap wanita India telah diberi
peluang yang sama dan bantuan khusus institusi yang akan meningkatkan taraf sosial
dan ekonomi mereka. Hal ini demikian akan memberi kebebasan kepada kaum wanita
supaya dapat mengambil bahagian di khalayak orang yang membuat keputusankeputusan yang penting.

10

Sebenarnya, isu berkaitan diskriminasi telah wujud sejak dulu lagi. Sebagai
contoh, pada zaman jahiliyah, masyarakat Arab tidak suka akan anak perempuan.
Kesannya, mereka sanggup membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan secara
hidup-hidup kerana dianggap boleh memalukan maruah dan status keluarga mereka.
Bagi masyarakat Hindu pula, wanita dianggap sebagai unggun api yang bersemarak
dan pisau cukur yang tajam serta menganggap wanita sebagai makhluk yang paling
banyak berdosa berbanding dengan makhluk lain. Kaum Yahudi pula menganggap
wanita sebagai orang yang dilaknat dan dikutuk oleh Tuhan. Bagi kaum Nasrani, wanita
ialah orang yang paling teruk dan buruk yang meliputi segala kerugian, membahayakan
keselamatan keluarga dan mendatangkan musibah yang berpanjangan. Oleh itu,
jelaslah kepada kita bahawa kaum wanita sememangnya tidak mendapat layanan baik
seperti kaum lelaki bagi kebanyakan bangsa di dunia pada masa dahulu.

11

2.3 Keseriusan Diskriminasi Gender Di Malaysia


Pada umumnya, diskriminasi gender yang berlaku di Malaysia sememangnya
membimbangkan orang ramai. Acap kali kita sering mendengar isu moral iaitu
diskriminasi gender yang sering diuar-uarkan di dada-dada akhbar dan di kaca
televisyen. Kalau kita lihat, di mana-mana tempat pun, sudah pasti akan berlakunya
diskriminasi gender. Persoalannya, apakah keseriusan diskriminasi gender di Malaysia?
Sebenarnya, terdapat banyak impak diskriminasi gender di Malaysia. Terdapat
banyak kaum wanita dan anak-anak gadis yang melalui kehidupan mereka
kini telah melalui salah satu bentuk kecederaan atau kerosakan pada alat

12

kelamin (FGM/C) mereka yang boleh membawa akibat buruk kepada


kesihatan

mereka

meningkatkan

khususnya

peluang

untuk

kegagalan
dijangkiti

untuk
HIV,

sembuh

sepenuhnya,

masalah-masalah

ketika

melahirkan anak, penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan juga gangguan


pada saluran air kencing. Kesannya, mereka terpaksa menjalani kehidupan
yang sengsara kelak.
Selain itu, terdapat banyak anak gadis di bawah umur 18 tahun pernah
mengalami hubungan seksual yang dipaksa atau sebarang bentuk keganasan
fizikal dan seksual. Semakin muda anak gadis melakukan perhubungan seks
buat pertama kali, semakin besar kemungkinan perhubungan seksual itu
telah dipaksa terhadap mereka. Secara tidak langsung, mereka mengalami
masalah emosi dan mental yang serius.
Di samping itu, terdapat banyak kaum wanita yang berumur di antara
20-24 tahun telah berkahwin sebelum mereka mencecah umur 28 tahun.
Kehamilan dan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan selalunya amat bahaya
lebih-lebih lagi untuk anak gadis. Menurut kajian, setiap minit, seorang
wanita akan meninggal dunia disebabkan oleh masalah kehamilan.
Sementelahan itu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
dijangkiti virus HIV berbanding dengan lelaki kemungkinan besar disebabkan
oleh faktor fisiologi. Diskriminasi gender juga menyumbang kepada masalah
tersebut kerana hal demikian menafikan hak wanita untuk berunding agar
mereka dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti. Lebih-lebih lagi, kadar
buta huruf yang tinggi dalam kalangan wanita telah mencegah mereka
daripada mengetahui tentang risiko-risiko jangkitan HIV dan cara-cara untuk
melindungi diri mereka sendiri.
Seterusnya, wanita-wanita yang sudah berumur pula mungkin terpaksa
menghadapi diskriminasi berganda iaitu gender dan juga umur mereka.
Wanita sememangnya mempunyai kecenderungan untuk hidup lebih lama
berbanding dengan lelaki. Walau bagaimanpun, mereka mungkin tidak
mempunyai kawalan terhadap sumber-sumber keluarga dan mungkin akan

13

menghadapi diskriminasi di dalam warisan harta and juga undang-undang


yang berkaitan dengan harta benda.
Konvensyen

berkaitan

Penghapusan

segala

Bentuk

Diskriminasi

terhadap Wanita (CEDAW) merupakan undang-undang yang wajar bagi


melindungi hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas wanita. Oleh itu,
pihak

berkuasa

hendaklah

menguatkuasakan

Konvensyen

berkaitan

Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di


Malaysia.

Pada masa yang sama, cabaran yang mungkin dihadapi pada

masa depan yang perlu diambil tindakan yang wajar dan segera adalah
menentang keganasan terhadap wanita, mengetengahkan isu-isu seperti
kemiskinan yang berterusan bagi rumah tangga di mana wanita merupakan
ketua

keluarga,

meningkatkan

keberkesanan

strategi-strategi

yang

mengutamakan gender, menghapuskan halangan-halangan yang disebabkan


oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada pembinaan kapasiti dan
meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh, perniagaan
serta di dalam politik termasuklah kerajaan.
2.4 Kesimpulan
Konklusinya, diskriminasi gender merupakan sikap yang tidak patut
diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada zaman sekarang. Hal
ini

demikian

perbalahan

kerana

dan

diskriminasi

perselisihan

akan

faham

menyebabkan

antara

jantina,

pertengkaran,
keamanan

dan

keharmonian negara akan terjejas, hubungan baik antara negara dengan


negara lain juga akan tergugat dan banyak lagi. Oleh sebab itu, masyarakat
Malaysia perlulah menanam nilai murni yang baik agar menjalinkan
hubungan

silaturahim

dan

menghargai

antara

satu

sama

lain

serta

mendekatkan diri dengan Tuhan untuk membentuk masyarakat yang


penyayang, bertanggungjawab dan baik hati agar dapat mengawal semua
tingkah laku yang boleh menggugat hubungan sesama manusia. Pada masa
yang sama, kita juga perlu mengamalkan nilai hidup bersama secara aman
iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira jantina. Secara tidak
langsung, tanpa diskriminasi, semua orang akan hidup dalam keadaan yang

14

harmoni dan damai di mana keadaan ini boleh memberi sumbangan untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 dan gagasan 1 Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai