Anda di halaman 1dari 57

BAB 1

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Masalah pelanggaran disiplin atau perlakuan devian di sekolah tidak pernah

selesai semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak

puas hati di kalangan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada

para pendidik, ibubapa serta pihak Kementerian Pelajaran. Laporan-laporan tentang

salahlaku para pelajar sentiasa mendapat tempat didalam akhbar dinegara kita saban

hari. Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk

proses pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan perbuatan ini dapat dilihat kadar jenayah dan masalah sosial yang

semakin hari semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah

bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang

bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen

1
kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah

laku generasi muda. Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepada remaja

yang bertingkah laku sedemikian. Bagi remaja yang melanggar norma masyarakat

setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila

golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja bawah

umur, mereka dikenali sebagai delinkuen. Secara umumnya, devian atau delinkuen

adalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau bertingkah laku yang

bertentangan dengan norma masyarakat dan semestinya tidak dapat diterima oleh

masyarakat.

Baru-baru ini negara dan dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian

yang berkaitan dengan salahlaku devian di kalangan pelajar sekolah sedikit masa

dulu. Antaranya adalah 493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia

25 Julai 2000). Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK

Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua

(Utusan Malaysia, 1 Julai 2003). Kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah

Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat

dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005 (The Star, 10

Ogos 2005). Yusrizad Yaacob dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong,

2
Alor Star, Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan

sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian

Metro, 3 Mac 2006). Kejadian-kejadian ini menggambarkan begitu seriusnya masalah

yang dihadapi oleh generasi muda di negara kita ini jika tidak diambil tindakan segera

bagi membendungnya.

1.1 Latar Belakang Kajian.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan

pesatnya. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh rakyat di negara ini sama ada di dalam

atau di luar negara. Rakyat di negara ini juga semakin berlumba-lumba untuk

mengejar kemajuan seiring dengan pencapaian yang telah kita peroleh. Walau

bagaimanapun tanpa kita sedari baik ketara ataupun tidak, dapat dilihat atau dirasakan

bahawa perubahan sosial yang diakibatkan oleh proses pembangunan ini telah

mendatangkan cabaran hebat kepada kehidupan sosial amnya serta menimbulkan

tekanan yang semakin kompleks ke atas individu dan keluarga. Bahang ini juga dapat

dirasai oleh golongan pelajar yang sering menjadi fokos perbincangan semasa dan

selalunya dikaitkan dengan golongan yang bermasalah. Mereka sering dikaitkan

3
dengan pelbagai masalah seperti kenakalan hinggalah kepada melakukan sesuatu

tindakan yang bertentangan dengan norma masyarakat, peraturan dan undang-

undang negara yang dikatakan berpunca daripada perlakuan salah laku atau perlakuan

devian di sekolah.

Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat

ataupun melanggar disiplin dalam institusi sekolah di kategorikan sebagai devian dan

delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam

bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai

samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan

sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai

kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada

mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen. Apa

yang jelas, delinkuen atau gengsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar

peraturan dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh

masyarakat.

Perlakuan devian yang dilakukan oleh pelajar sekolah ini dapat dilihat melalui

jadual salah laku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun

2007 di bawah ini:

4
TAHUN
Bil JENIS KESALAHAN DISIPLIN
2007 2006

1 Ponteng Sekolah 21,060 24,840


(0.39%) (0.46%)

2 Kurang sopan, merokok, tidak hormat guru dan 23,220 19,980


pengawas dan berbahasa kesat (0.43%) (0.37%)

3 Mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul. 18,900 18,360


(0.35%) (0.34%)

4 Lewat dan tidak mementingkan masa 18,360 15,120


(0.34%) (0.28%)

5 Membawa telefon bimbit 8,640 15,120

6 Laku musnah, merosakkan kemudahan dan 3,240 3,780


menconteng bangunan

7 Kelucahan(membuat isyarat, melukis , perkataan 2,700 2,700


tidak senonoh
Sumber Berita Harian 28 Julai 2008

Menurut stastik laporan disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun

2007 terdapat pelbagai salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar sekolah. Data yang

diperoleh menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala

24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku yang

dilakukan pelajar adalah kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas

serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan

5
23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan

berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara

kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34

peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara

dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28

peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon

bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada

2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan

kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes

pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan

termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh

mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian

mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar

purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar

purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah

berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu

ditangani secara serius.

Sebenarnya Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang ‘merbahaya’.

Setiap hari ada sahaja masalah displin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun

6
majalah. Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di

sekolah. Namun, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut permasalahan

pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan

sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan

tertekan. Malah pelajar masa kini semakin berani melakuakan perbuatan devian di luar

kawasan sekolah seperti samseng jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum

arak, ponteng sekolah, juvana, seks bebas dan lain-lain.

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan

fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari norma-

norma masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan di sebalik perbuatan mereka.

Sekolah adalah satu tempat menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika

pelajar-pelajar yang dihasilkan merupakan individu-individu yang runtuh akhlaknya.

Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan

remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai

anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah

sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan

tingkah laku generasi muda (Azizi, et.al, 2005). Penyataan ini ada kebimbangannya ia

dapat dilihat dari laporan yang yang telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

7
tentang kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak yang masih bersekolah di bawah

ini dari tahun 2005 hingga 2007:

KES KANAK-KANAK YANG TERLIBAT DENGAN JENAYAH MENGIKUT NEGERI


2005 HINGGA 2007

2005 2006 2007


NEGERI
JUMLAH JUMLAH JUMLAH

Johor 1019 851 972

Kedah 930 899 411

Kelantan 280 247 189

Melaka 153 284 293

Negeri Sembilan 225 308 197

Pahang 232 25 262

Perak 644 396 494

Perlis 134 140 159

Pulau Pinang 291 439 434

Sabah 500 0 326

Sarawak 346 228 335

Selangor 807 911 114

Terengganu 736 509 327

W.P Kuala Lumpur 904 718 1099

W.P Labuan 0 0 21

JUMLAH 7201 5955 6763


Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009)

8
Jadual 1.2 menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah mengikut

negeri dari tahun 2005-2007. Kes yang dilaporkan dilihat menaik secara mendadak setiap

tahun. Masalah Ini harus diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak jika kita tidak

mahu generasi pelapis di masa akan datang menghancurkan negera yang selama ini kita

bangunkan. Sayangilah mereka ini kerana kesejahteraan dan keselamatan negara ada di

tangan mereka.

Menurut Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku devian di kalangan

remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Remaja-remaja yang

terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini juga mengalami konflik

dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran

yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka.

Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan,

kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa

pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar

membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif.

Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika

tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak

produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala

9
sosial. Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang

terdekatdan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Cara didikan dan asuhan di

rumah mempunyai perkaitan yang rapat dengan masalah salah laku yang timbul. Sikap

ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada

segi sahsiah atau personaliti dan aspirasinya (Stodgil, 1970).Mengikut Hoffman (1996),

keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan

pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam

alam dewasa.

Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar

terjerumus ke dalam perlakuan devian. Hasil kajian (Azizah Lebai Nordin 2002)

menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar.

Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong pendapatnya

dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan

ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai

pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran

murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid-

murid. Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang

mengaitkan faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya

dan media massa (Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy),

10
sikap guru yang negatif dan saiz sekolah yangbesar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran

sekolah atau guru, kegagalan dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994).

Selain daripada faktor di atas kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau

perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar melakukan salah laku (Galloway, 1985).

Itulah antara faktor masalah sosial pelajar menurut Azizah.

1.3 Penyataan Masalah

Senario yang melibatkan salah laku pelajar sekarang amat serius. Bermula dengan

salah laku ringan di sekolah seperti ponteng dan merokok, kini menular pula kepada kes-

kes yang bersifat jenayah seperti gengsterisma, merogol dan membunuh. Usia yang

masih muda, sepatutnya digunakan untuk belajar telah mereka kotori dengan pelbagai

masalah sosial. Ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan pelajar seharusnya

bertanggungjawab untuk membentuk, mendidik, membimbing dan mengawal anak-anak

sejak kecil. Pengaruh rakan sebaya juga dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan

tingkahlaku delinkuen pelajar. Pelajar bimbang jika mereka dianggap sebagai tidak

mengikut trend sekiranya tidak bertingkah laku seperti rakan-rakan yang lain. Ada pihak

yang meletakkan kesilapan kepada pelajar itu sendiri yang menyebabkan mereka terjebak

dengan tingkah laku delinkuen. Pelajar yang menganggap dirinya tidak sempurna, lemah,

11
tidak dihargai dan timbulnya rasa rendah diri membawa mereka bertingkah laku devian

ini.

Gejala ini semakin menjadi parah dan berleluasa sehingga terdapat di kalangan

pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana membalas dendam terhadap guru. Marah

kerana di hukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah

sekolah di Petaling Jaya Selatan di ibarat `setan kecil` apabila sanggup merosakan

sembilan buah kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, mereka juga

bertindak memecahkan cermin belakang sebuah kereta Myvi milik seorang guru (Harian

Metro, 14 April 2010) Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Menurut stastik laporan disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2007

terdapat pelbagai salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar sekolah. Data yang

diperoleh menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala

24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku yang

dilakukan pelajar adalah kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas

serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan

23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan

berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara

kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34

peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara

12
dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28

peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon

bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada

2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan

kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes

pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan

termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh

mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian

mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar

purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar

purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah

berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu

ditangani secara serius.

Keadaan yang berlaku ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada pelajar

sahaja ini keraan mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka

melakukan perlakuan devian ini. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan

bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses

pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke

dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses

13
perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Kajian oleh Sham Sani

Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti sosial turut dikaitkan

dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Mengikut Hoffman (1994),

keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan

pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam

alam dewasa.

Jika di rujuk Jadual 1.2 di atas menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat

dengan jenayah mengikut negeri dari tahun 2005-2007. Kes yang dilaporkan dilihat

menaik secara mendadak setiap tahun. Jumlah kes yang dicatatkan di negeri-negeri

dengan kadar urbanisasi tinggi yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Selangor, PulauPinang dan Johor adalah 46.5% dari keseluruhan kes yang dilaporkan

pada tahun 2007. Kepadatan penduduk, kos hidup tinggi dan tekanan sosial yang lebih di

kawasan urbanisasi tinggi menyebabkan masalah sosial juvana lebih tertumpu dikawasan

tersebut dari negeri-negeri lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa lokasi tempat juga

memainkan peranan dan banyak mempengaruhi perlakuan devian dan .

Penceraian ibu bapa juga boleh menyebabkan anak-anak menjadi nakal. Rankin

(1983) yang membuat kajian ke atas remaja yang berumur 11 hingga 18 tahun. Beliau

mendapati remaja daripada keluarga yang bercerai 2.7 kali ganda melakukan kesalahan

14
berbanding dengan keluarga yang hidup bersama. Kelakuan itu seperti lari dari rumah,

nakal dan bergaduh. Perceraian dan ketiadaan ibu kandung memberi kesan kepada

tingkah laku anak-anak. Kulka dan Welgortine (1979) dalam kajiannya di Amerika

Syarikat selama 20 tahun (1957 – 1976) ke atas 2 460 remaja yang ibu bapa mereka

bercerai. Kulka dan Welgortine mendapati anak-anak yang berkelakuan nakal untuk

menghilangkan kerunsingan yang dihadapi kerana kehilangan ibu dan bapa. Anak-anak

itu terpaksa berhadapan dengan situasi yang baru yang mengganggu emosi. Anak-anak

perlu menyesuaikan diri dengan bapa tiri atau ibu tiri dan adik-beradik tiri.

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam

kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu

memberikankesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama

yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti

televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi

para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang

jauh dari nilainilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang

mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat

dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari

itu bahan media ini mudah diperolehi (Hasyim, et.al, 2008).

15
Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk mengenalpasti

jenis-jenis salah laku devian yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah. Pengkaji

juga ingin melihat hubungan pesekitaran keluarga, lokasi sekolah, konflik keluarga dan

pendedahan kepada keganasan melalui media dengan perlakuan devian yang dilakukan

oleh pelajar sekolah menengah. Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah

elemen-elemen dalam institusi kekeluargaan, sekolah dan pengaruh media dalam

mempengaruhi tingkah laku remaja, dan seterusnya membawa kepada tingkah laku

devian di kalangan mereka. Di samping itu, setiap keluarga juga mengamalkan corak

gaya asuhan dan pemantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini

akan memberi impak terhadap sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan.

Kajian ini juga turut meninjau sejauh manakah corak gaya asuhan tertentu mempengaruhi

pelajar remaja bertingkah laku devian. Pegkaji juga berharap dengan kajian ini dapat

membantu memberi cadangan dan pandangan terhadap masalah ini dan seterusnya

mencadangkan tindakan yang sewajarnya kepada pihak tertentu atau berwajib bagi

mengatasi permasalahan ini.

16
ingin melihat sejauh mana faktor-faktor ini mempengaruhi perilaku devian iniihak

berwajib agar mengambil kira tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan

untuk gologan ini.

17
Hasil dari perlakuan devian dan delinkuen yang berleluasa oleh remaja masa kini

telah melahirkan ciri-ciri yang merupakan petunjuk kepada keruntuhan akhlak yang perlu

ditangani dengan segera supaya ia tidak menjadi lebih buruk dan menular sebagai

penyakit yang boleh menggugat keharmonian hidup masyarakat dan kestabilan negara.

Masalah kenakalan remaja yang berpunca daripada perlakuan devian dan delinkuen boleh

meningkat kepada suatu keadaan yang boleh menghakis nilai moral serta keharmonian

diri individu. Jika keadaan ini dibiarkan ia boleh menghancurkan potensi manusia yang

bakal menjadi pencorak dan penggerak pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebagai generasi baru, pelajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting

dalam pembangunan negara. Tampa sumbangan mereka, pembangunan negara mungkin

sukar untuk dicapai. Wawasan 2020 mempunyai matlamat membena negara Malaysia

18
yang maju sepenuhnya mengikut acuan kita sendiri. Matlamat ini perlu difahami oleh

remaja dan mereka juga perlu membina keyakinan diri untuk merealisasikan cita-cita

tersebut. Ini memerlukan semangat dan keprihatinan yang mendalam serta berterusan.

Daya saing, daya pimpin, daya tahan dan daya juang remaja kini perlu digilap dan

dipertingkatkan untuk tujuan itu (Adnan Abu Bakar (1999). Di dekat akan datang gaya

kehidupan manusia akan banyak berubah. Hanya manusia yang berilmu tinggi dan ingin

mencuba sahaja akan berjaya. Untuk itu, remaja harus menyediakan diri mereka dengan

ilmu pengetahuan yang releven dan menguasai sekurang-kurangnya sesuatu bidang

kemahiran atau menjadi pakar dalam bidang-bidang penting dan kritikal. Remaja yang

bermasalah dan tidak mempunyai kesedaran terhadap peranan diri masing-masing, tidak

akan memberi apa-apa makna kepada pembangunan negara, malah mereka mungkin akan

menjadi penghalang kepada proses pembangunan tersebut. Mereka ini kelak akan

menjadi beban dan masalah kepada negara (Adnan Abu Bakar (1999).

Sesungguhnya pelajar dan remaja pada hari ini adalah kumpulan masyarakat

yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah eset kekayaan semulajadi

yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di

negara ini. Namun demikian , masalah ,akhlak dikalangan remaja adalah satu daripada

ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa

panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja haruslah dibendung

19
dan di atasi supaya ia tidak terus mengwujudkan ancaman besar kepada negara yang

dicintai ini.

Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk melihat apakah

punca-puncanya yang menyebabkan pelajar kita pada hari ini semakin menjauhi sekolah

dan begitu benci untuk hadir ke sekolah. Pegkaji juga ingin melihat sejauh mana faktor-

faktor pskologi mereka yang tidak dipenuhi menjadi halangan kepada kehadiran mereka

ke sekolah dan seterusnya mencadangkan kepada pihak berwajib agar mengambil kira

tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan untuk gologan ini.

yang menyifatkan salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan

sekian ramai pelajar menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya,

siapakah yang harus dipersalahkan?

Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah, merupakan satu

lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak terutamanya ibu bapa masa

kini. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan pembabitan semua pihak untuk

20
menanganinya bersama. Gejala tersebut kian parah berleluasa sehingga terdapat di

kalangan pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana marahkan guru atau membalas

dendam. Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan yang menyifatkan

salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar

menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya, siapakah yang harus

dipersalahkan? Adakah sistem pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari

formula bagi menangani gejala ini? Atau adakah KBSM masih belum berkesan untuk

membentuk keperibadian dan moral pelajar-pelajar? Atau adakah sekolah tidak

berperanan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar?

Atau adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajarnya dalam

mendidik anak-anak.

Terdapat juga pandangan masyarakat yang menganggap sekolah dan guru kurang

profesional di dalam mendidik para pelajar. Sejauh manakah kenyataan ini tepat?

Berdasarkan kajian sosiologi pendidikan, perubahan persepsi masyarakat masa kini

terhadap sekolah disebabkan kerana hakisan pewarisan 'budaya autokratik' sekolah.

Budaya autokratik yang menjadi asas utama institusi sekolah mulai hilang. Kerana itulah

peranan sekolah sebagai sebuah institusi, penitipan budaya, nilai dan ilmu mula

dipersoalkan oleh masyarakat terutamanya oleh ibu bapa. Rata-rata hari ini para pendidik

lebih suka menangani masalah disiplin pelajar melalui pendekatan kekerasan.

21
Persoalannya, sejauh manakah kaedah ini dapat membendung salah laku pelajar? Pada

pandangan penulis, cara ini bukan tidak baik tetapi sepatutnya pendekatan psikologi

harus digunakan bagi menangani masalah ini bersesuaian dengan peredaran zaman sains

dan teklogi ini yang lebih mementingkan perkembangan manusia berdasarkan sifat

semula jadi manusia itu sendiri dan bukannya secara kekerasan.

Sebenarnya Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang ‘merbahaya’.

Setiap hari ada sahaja masalah displin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun

majalah. Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di

sekolah. Namun, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut permasalahan

pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan

sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan

tertekan. Itu belum lagi masalah yang berlaku di luar kawasan sekolah seperti samseng

jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak, ponteng sekolah, juvana, seks

bebas dan lain-lain.

Mengimbas kembali sirah di zaman Rasullullah, di mana para pemuda yang

berumur sekitar belasan tahun sanggup menyusup masuk ke dalam angkatan tentera

Baginda kerana takut Rasullulah tidak membenarkan mereka(pemuda) untuk berjihad dan

seterusnya mengidamkan syahid. Umair bin Abi Waqas, Ibnu ‘Afra’, Samurah bin

Jundub dan Raf’ bin Khudaij antara pemuda di zaman Rasulullah yang belum cukup

22
umur untuk berperang dan disuruh pulang ke rumah masing-masing.Namun, setelah

mereka merayu akhirnya Rasulullah membenarkan mereka menyertai peperangan dan

akhirnya cita-cita mereka untuk syahid dimakbulkan Allah. Betapa kontranya keadaan

pemuda khususnya pelajar pada hari ini yang mahu menjadi ‘juara’ dalam masalah sosial

berbanding pada zaman Rasulullah yang dahagakan syahid.

Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara

lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Pada 2001 Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidika

n, Datuk Mahadzir Mohd. Khir mengumumkan majoriti kes ponteng sekolah melibatkan

pelajar tingkatan dua dan tiga. Beliau turut mengumumkan jumlah kes ponteng sekolah

yang dicatatkan sepanjang tahun 2000 iaitu sebanyak 34,628 kes berbanding 38,053 kes

pada tahun sebelumnya. Penurunan jumlah kes ponteng sekolah bukanlah petanda yang

menunjukkan gejala itu semakin berkurangan masih banyak lagi kes. Kita tidak boleh

abaikan 30,000 pelajar yang bermasalah ini.

Masalah ponteng sekolah sebenarnya menimbulkan banyak kesan . Selain dari

menyusahkan pihak sekolah , ibubapa serta masyarakat, ia menimbulkan kesan ke atas

23
pelajar itu sendiri. Ketika melakukan ponteng, pelajar-pelajar itu terdedah kepada

kegiatan delinkuen yang lain serta boleh membahayakan diri mereka sendiri. Bukan itu

sahaja implikasi kegiatan ponteng ini juga menjejaskan matlamat falsafah pendidikan

negara yang mahu mengwujudkan insan yang seimbang dari segenap bidang. Masalah ini

seperti duri dalam daging yang menghancurkan anak bangsa kita yang dalam usia muda

sudah terbabit dalam kegiatan negatif sehingga ada kes pelajar yang ponteng sekolah

terbabit dalam jenayah dan dadah yang menjadi musuh negara.

Masalah ponteng juga semakin menular dikalangan pelajar kerana mereka lebih

mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan

pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat

membeli-belah pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga

pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di

sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar

seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin

masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang

tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak

munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang

berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana

tidak sempat menyiapkan kerja sekolah  mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga

24
pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda

kerana kesalahan mereka itu.

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar

yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang

ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang

diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat

hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung

menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak

mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan

rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya

terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa

yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah

masalah ini.

Kajian oleh Azizah (1998) ke atas 46 buah sekolah di Wilayah Perserkutuan

Kuala Lumpur mendapati sembilan buah sekolah (22.0%) pelajar-pelajarnya terlibat

dengan salahlaku jenayah, sembilan buah sekolah (22.0%) terlibat dalam salahlaku

lucah, 31 buah sekolah (75.6%) salahlaku tidak mementingkan masa, 29 buah sekolah

(70.7%) masalah kurang sopan, 10 buah sekolah (24.2%) salahlaku musnah, 18 buah

25
sekolah (43.9%) salahlaku tidak jujur dan 35 buah sekolah (85.4%) terlibat dengan

salahlaku ponteng. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa banyak sekolah di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadapi masalah ponteng

Misalnya di Kuala Lumpur, pelajar-pelajar yang ponteng di dapati

menghabiskan masa mereka di Kafe Siber, pusat-pusat membeli-belah atau di tempat-

tempat awam. Berdasarkan Laporan Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah Malaysia dari

tahun 1982-1993 (Laporan Salah Laku Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia,

1994), salah laku ponteng sekolah mengatasi jenis salah laku lain di kalangan pelajar.

Sekiranya salah laku ponteng ini tidak dibendung dan dikawal akan menyebabkan

berlakunya salah laku lain seperti merokok, berjudi dan membuang masa di kalangan

pelajar.

1.1. Penyataan Masalah.

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru

dikalangan pelajar sekolah di negara ini. Pelajar sekolah menengah, terutama diperingkat

usia antara 14 hingga 15 tahun di kenal pasti sebagai kumpulan majority yang terbabit

dengan gejala ponteng. Sejak kebelakangan ini. Peningkatan kadar masalah disiplin di

sekolah-sekolah di Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan

26
membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena

ini. Kes ponteng sekolah mencatat bilangan tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin

yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan

kadar serius bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ walaupun pelbagai langkah telah

dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Hasil dari perlakuan ponteng sekolah yang berleluasa oleh remaja masa kini

telah melahirkan ciri-ciri yang merupakan petunjuk kepada keruntuhan akhlak yang perlu

ditangani dengan segera supaya ia tidak menjadi lebih buruk dan menular sebagai

penyakit yang boleh menggugat keharmonian hidup masyarakat dan kestabilan negara.

Masalah kenakalan remaja yang berpunca daripada perlakuan ponteng boleh meningkat

kepada suatu keadaan yang boleh menghakis nilai moral serta keharmonian diri individu.

Jika keadaan ini dibiarkan ia boleh menghancurkan potensi manusia yang bakal menjadi

pencorak dan penggerak pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebagai generasi baru, pelajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting

dalam pembangunan negara. Tampa sumbangan mereka, pembangunan negara mungkin

sukar untuk dicapai. Wawasan 2020 mempunyai matlamat membena negara Malaysia

yang maju sepenuhnya mengikut acuan kita sendiri. Matlamat ini perlu difahami oleh

remaja dan mereka juga perlu membina keyakinan diri untuk merealisasikan cita-cita

27
tersebut. Ini memerlukan semangat dan keprihatinan yang mendalam serta berterusan.

Daya saing, daya pimpin, daya tahan dan daya juang remaja kini perlu digilap dan

dipertingkatkan untuk tujuan itu (Adnan Abu Bakar (1999). Di dekat akan datang gaya

kehidupan manusia akan banyak berubah. Hanya manusia yang berilmu tinggi dan ingin

mencuba sahaja akan berjaya. Untuk itu, remaja harus menyediakan diri mereka dengan

ilmu pengetahuan yang releven dan menguasai sekurang-kurangnya sesuatu bidang

kemahiran atau menjadi pakar dalam bidang-bidang penting dan kritikal. Remaja yang

bermasalah dan tidak mempunyai kesedaran terhadap peranan diri masing-masing, tidak

akan memberi apa-apa makna kepada pembangunan negara, malah mereka mungkin akan

menjadi penghalang kepada proses pembangunan tersebut. Mereka ini kelak akan

menjadi beban dan masalah kepada negara (Adnan Abu Bakar (1999).

Sesungguhnya pelajar dan remaja pada hari ini adalah kumpulan masyarakat

yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah eset kekayaan semulajadi

yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di

negara ini. Namun demikian , masalah ,akhlak dikalangan remaja adalah satu daripada

ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa

panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja haruslah dibendung

dan di atasi supaya ia tidak terus mengwujudkan ancaman besar kepada negara yang

dicintai ini.

28
Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk melihat apakah

punca-puncanya yang menyebabkan pelajar kita pada hari ini semakin menjauhi sekolah

dan begitu benci untuk hadir ke sekolah. Pegkaji juga ingin melihat sejauh mana faktor-

faktor pskologi mereka yang tidak dipenuhi menjadi halangan kepada kehadiran mereka

ke sekolah dan seterusnya mencadangkan kepada pihak berwajib agar mengambil kira

tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan untuk gologan ini.

1.2 Kepentingan Kajian

Perlakuan ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan

rendah sama ada di bandar-bandar besar mahupun di luar bandar telah mula menjadi

ancaman baru kepada perkembangan pendidikan negara. Malah masalah ini bukan sahaja

menghantui negara kita tetapi pelangaran disiplin ini dihadapi oleh kebanyakan negara di

dunia. Di negara kita ini fenomena ponteng ini dipandang atau diberiperhatian serius

kerana kewujudannya berkait rapat dengan pelbagai masalah sosial, diantaranya ialah

penagihan dadah, mencuri, melepak dan sebagainya. Ponteng dianggap sebagai

penyakit barah yang mengancam kemajuan pendidikan moden di negara yang sedang

membangun seperti Malaysia. Perlakuan ponteng sekolah ini memerlukan rawatan yang

29
awal dan segera supaya ianya dapat dikawal sebelum menjadi satu budaya atau ‘Trend’

remaja di negara ini.

Sekiranya kajian yang dibuat ini berjaya mencapai matlamatnya, pengkaji

berharap ianya dapat dijadikan sumber pengetahuan dan rujukan, khususnya oleh pihak

sekolah supaya lebih memahami punca perlakuan ponteng sekolah yang berkaitan dengan

faktor sekolah. Selain daripada itu diharapkan juga pihak sekolah dapat mengambil

langkah-langkah yang positif untuk mengurangkan kejadian ponteng sekolah dikalangan

pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah dengan mengambilkira faktor-faktor

keperluan psikolgi mereka. Pengkaji juga berharap dengan kajian ini ianya dapat

memberi garis panduan kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru untuk

mengwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih berkesan seterusnya dapat

membendung perlakuan ponteng sekolah ini

Daripada kajian ini juga pengkaji berharap agar ia dapat membantu pihak

pentadbiran sekolah memperbaiki serta menyusun semula aktiviti-aktiviti dan kurikulum

sekolah supaya lebih mementingkan keperluan psikolgi pelajar daripada mementingkan

peperiksaan. Akhir sekali diharapkan kajian ini dapat menambah hasil kajian yang telah

dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang berkaitan dengan permasalah ponteng

sekolah ini.

30
Dengan kajian ini pengkaji berharap dapat memberikan sumbangan kepada

kajian –kajian yang lepas dan menambahkan lagi jumlah pengkaji yang mengkaji isu

ponteng sekolah ini khususnya dari sudut psikologi. Kita dapat mengetahui adakah betul

dan benar bahawa terdapatnya perbezaan punca ponteng sekolah ini mengikut jantina,

umur dan juga status sosio ekonomi disamping dapat mencari jalan bagi mengatasi

permasalahan ponteng sekolah ini.

Diharap juga kajian ini dapat dijadikan panduan dan juga mangkin kepada

pengkaji yang akan datang untuk menyelidik dengan lebih mendalam lagi tentang isu

ponteng sekolah ini terutama sekali kesan ke atas pelajar yang ponteng ini.

1.3 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini pengkaji ingin mengenalpasti :-

a. Perbezaan yang signifikan terhadap punca perlakuan ponteng sekolah diantara

jantina.

31
b. Perbezaan yang signifikan perlakuan terhadap punca ponteng sekolah diantara

pelajar sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah.

c. Perbezaan signifikan punca perlakuan ponteng sekolah diantara pelajar dari

keluaraga yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi dengan pelajar dari

keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah.

d. Sejauhmana pihak sekolah mengambilkira keperluan pisikolgi dalam merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

e. Sejauhmana pihak sekolah menyakinkan pelajar tentang keselamatan mereka

terjamin sewaktu berada di sekolah.

f. Sejauhmana program yang memberi penghargaan dan kasih-sayang kepada

pelajar dilaksanakan disekolah.

1.4. Soalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji telah mengutarakan 6 soalan kajian :-

32
1. Adakah terdapatnya perbezaan punca ponteng sekolah antara jantina di Sekolah

menengah dan rendah di negeri Pahang?

2. Adakah terdapatnya perbezaan punca perlakuan ponteng sekolah di antara pelajar

sekolah rendah dengan pelajar menengah di negeri Pahang.?

3. Adakah terdapatnya perbezaan punca perlakuan ponteng sekolah mengikut status

sosio ekonomi pelajar di negeri Pahang?

4. Adakah pihak sekolah mengambil kira keperluan psikologi pelajar apabila

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

5. Adakah pihak sekolah mengambil langkah-langkah tertentu bagi meyakinkan

pelajar tentang keselamatan mereka di sekolah?

6. Adakah program-program penghargaan kepada pelajar dilaksanakan dan

keberkesanannya kepada pelajar?

33
1.5 Limitasi atau Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah

di negeri Pahang sahaja. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat punca perlakuan

masalah ponteng sekolah di negeri in dan bagaimana penyelesaiannya menurut perspektif

psikologi dan data-data yang diperolehi hanyalah sesuai untuk negeri ini sahaja. Selain

itu kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar untuk mendapatkan pandangan mereka

tentang punca mereka ponteng. Maka faktor-faktor lain dihadkan dan dianggap sebagai

faktor sampingan dalam kajian ini.

34
BAB 2

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.0. Pendahuluan

Di dalam bab 2 ini akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan

permasalahan ponteng sekolah ini. Perkara-perkara yang akan dibincangkan atau disetuh

dalam bab ini termasuklah konsep ponteng sekolah, punca berlakunya ponteng sekolah,

jenis masalah ponteng sekolah dan beberapa strategi yang dicadangkan untuk mengatasi

permasalahan ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar sekolah pada masa kini.

35
2.1. Konsep ponteng

Ponteng dapat ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah atau belajar tanpa

keizinan guru atau ibubapa. Ponteng juga bermaksud meninggalkan kelas tanpa izin

guru, meninggalkan pelajaran di dalam bilik darjah masing-masing (Yaakub,1977)

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menunjukkan masalah ponteng

sekolah diantaranya ialah ‘truancy’atau ponteng, dan ‘absenteelsm’ atau tidak hadir ke

sekolah. Menurut T. Iskandar dalam Kamus Dewan (1970), ponteng bermaksud lari dari

tugas atau tanggungjawab.

Sementara itu Ibrahim (1982) membuat takrifan ponteng berdasarkan tiga situasi

berikut :

i) Kanak-kanak yang berusia 7 hingg 12 tahun yang tidak didaftarkan

untuk bersekolah oleh penjaga mereka.

ii) Kanak-kanak yang didaftarkan untuk bersekolah dan mahu datang ke

sekolah tetapi tidak dapat datang kerana ketiadaan atau kekurangan

perbelanjaan.Kanak-kanak tersebut terpaksa tidak hadir ke sekolah

kerana terpaksa membantu ibu bapa berkerja, keuzuran dalam keluarga

dan terpaksa menjaga rumah, adik-adik atau sebagainya.

36
iii) Pelajar keluar dari rumah dengan membawa bersama kelengkapan

sekolah seolah-olah untuk datang ke sekolah tetapi melancong ke

tempat lain seperti taman bunga, memancing ikan atau mandi di

lombong, menonton di panggung wayang atau ke kompleks-kompleks

membeli belah.

Jenkins (1995) mengkelaskan ketidakhadiran ke sekolah kepada ponteng kelas,

meninggalkan sekolah tanpa kebenaran atau lari dari sekolah. Beliau menegaskan

bahawa pelajar yang ponteng, selalu tidak hadir atau lari dari sekolah tidak dapat

dipupuk inteleknya dan pembentukkan kemahiran-kemahiran lain untuk masa

hadapannya. Seterusnya memungkinkam mereka mengalami keciciran.

Jaafar (1977) ponteng sekolah menurut beliau ialah tidak datang ke sekolah

tanpa pengetahuan dan izin guru, ibubapa atau penjaga. Ponteng juga meliputi

ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab-sebab musabab dan sah seperti sakit dan

seumpamanya.

Daripada difinisi-difinisi di atas dapatlah di simpulkan bahawa ponteng sekolah

adalah perbuatan atau perlakuan yang tidak menghadirkan diri ke sekolah, lari dan

meninggalakan sekolah pada waktu persekolahan berjalan tanpa pengetahuan guru-guru,

37
ibu bapa atau penjaga. Mereka yang ponteng ini biasanya tidak pulang ke rumah dan

menghabiskan masa ditempat-tempat hiburan.

2.2. Punca masalah ponteng.

Kajian tentang ponteng sekolah ini telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

tempatan dan juga pengkaji dari luar negara. Di barat, kajian yang agak terawal telah

dibuat oleh Reavis, (1920) yang mengkaji beberapa faktor berhubung dengan perlakuan

ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah menengah. Dalam kajiannya beliau

mendapati bahawa kemunduran pelajar-pelajar dalam pencapaian pelajaranya adalah

salah satu daripada punca berlakunya ponteng sekolah ini.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Hashami dan rakan-rakannya (Hashami et

al, 1994) mendapati bahawa pelajar yang datang dari keluarga yang berpecah belah lebih

cenderung untuk melakukan perbuatan ponteng sekolah ini.

38
Para penyelidik yang terdahulu dalam kajian mereka mengenai ponteng sekolah

ini mengemukakan pendapat yang berbeza mengapakah pelajar cenderung untuk

melakukan perbuatan ini. Hasil dari dapatan banyak pengkaji menunjukkan terdapatnya

empat punca yang utama mengapa pelajar melakukan perbuatan ini. Empat faktor

tersebut ialah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan diri pelajar itu sendiri.

2.2.1 Punca daripada Keluarga

Keluarga merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-

anak seharian. Perlakuan dan cara hidup pelajar banyak bergantung atau tepengaruh

dengan ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak samada untuk

menjadikan meraka manusia yang berjaya atau sebaliknya. Di antara pelajar yang

mempunyai masalah ponteng ini kebanyakanya berlatarbelakangkan keluarga yang agak

pincang dan kehilangan kasih-sayang. Mereka ini kurang mendapat dorongan untuk

mencapai cita-cita dan seterusnya kejayaan dalam kehidupan.

Keluarga juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mendisiplinkan

anak-anak. Hubungan yang rapat serta kemesraan di antara ahli keluarga terutamanya di

antara ibubapa dan anak-anak dapat menjamin dan mengawal disiplin mereka. Menurut

39
Daniel (1997) hubungan baik di antara ibubapa dan anak akan membolehkan

perkembangan yang baik dalam tingkahlaku anak-anak Danial telah mengkaji hubungan

kekeluargaan bangsa Cina. Beliau telah mengambil sempel sebanyak 365 orang pelajar

sekolah menengah yang berbangsa Cina. Beliau mendapati bahawa mengikut

kepercayaan budaya Cina, konflik di antara ibubapa dengan anak adalah tidak

dibenarkan. Anak perlu menurut segala perintah ibubapa. Masyarakat Cina juga percaya

bahawa jika keluarga dalam keadaan aman dan harmoni akan membawa kebahagiaan.

Tetapi jika keluarga berada dalam keadaa huru hara akan membawa kepada

pertelingkahan.

Kajian oleh Jenkins (1995), ibubapa yang berpelajaran rendah kurang selesa

berhubung dengan guru-guru dan kakitangan yang lain di sekolah. Ini akan

menyebabkan anak-anak mereka lebih bebas melibatkan diri dalam tingkahlaku yang

tidak baik. Dalam kajiannya beliau mendapati remaja banyak melibatkan diri dalam

masalah disiplin , masalah ponteng dan masalah salahlaku yang lain adalah terdiri

daripada anak dikalangan ibubapa yang kurang berpelajaran.

Masa yang diluangkan oleh ibubapa bersama anak-anak adalah juga penting

dalam mengurangkan masalah ponteng sekolah ini. Sabitha Marican dan Mahmood

Nazar Mohamed (1994) berpendapat bahawa ibubapa yang sibuk dengan perkerjaan

40
mereka biasanya tidak mempunyai masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dan

tidak dapat memberi nasihat kepada mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka

juga tidak berkesempatan untuk melihat prestasi anak-anak, meneliti siapakah teman-

teman anak mereka . Ini akan menyebabkan anak-anak mereka mempunyai ruang untuk

bergerak dan melibatkan diri dalam perkara yang tidak sihat dan akhirnya membawa

kepada masalah disiplin.

Omardin (1996) menyifatkan bahawa ibubapa yang ramah tamah, lemah-lembut

tetapi tegas akan memberikan kesan pendidikan yang baik terhadap anak-anak. Jika

ibubapa berpenderian kasar, kejam dan bengis terhadap anak-anak, mereka akan

mempunyai sikap agresif dan menceroboh. Beliau juga berpendapat bahawa pelajar dari

keluarga bermasalah seperti perceraian, pergaduhan dan tekanan emosi biasanya

mengalami tekanan perasaan. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung melakukan

kesalahan disiplin termasuklah ponteng sekolah.

2.2.2 Punca daripada Rakan sebaya

Dunia pelajar pada peringkat sekolah menengah adalah dunia remaja yang

mendesak mereka berubah menerima sesuatu nilai atau gaya hidup yang diiktiraf. Mereka

lebih cenderung kepada pengitrafan rakan sebaya daripada pengiktirafan guru atau

41
ibubapa. Mereka akan menetukan gaya hidup mereka mengikut tingkahlaku mereka

sendiri. Mereka akan berasa malu jika tidak berani melakukan kesalahan disiplin,

ponteng sekolah dan sebagainya seperti rakan-rakan mereka yang lain. Rakan sebaya juga

mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan seseorang pelajar.

Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (1994) mengatakan rakan

sebaya di dalam persekolahan adalah kumpulan rujukan kepada remaja, yang memberi

sokongan moral kepada muda mudi dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej

mereka. Rakan sebaya memberi peluang untuk mengikut standard kumpulan dalam

aspek-aspek pakaian, pergaulan, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian dan lain-lain.

Masalah timbul apabila pendedahan semacam ini hanya merangkumi nilai-nilai yang

buruk bukan yang baik seterusnya membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral

mereka yang membawa kepada salahlaku dan ponteng sekolah.

Banyak kajian menujukkan terdapatnya hubungan pengaruh rakan sebaya

dengan gejala ponteng. Biasanya pelajar lebih berani melakukan tingkah laku buruk

seperti ponteng di sekolah atau di luar sekolah dalam bentuk kumpulan daripada seorang

diri. Sekiranya mereka tertangkap semasa ponteng, ia tidak keseorangan tetapi ada rakan-

rakan lain yang terlibat sama. Bagi pelajar-pelajar rakan sebaya adalah orang yang paling

rapat dengan mereka. Rakan akan menjadi model dalam pergaulan hidup mereka sehari-

42
hari. Malangnya, pelajar-pelajar ini terperangkap dengan rakan-rakan yang telibat dengan

gejala ponteng. Mereka melakukan perbuatan ini untuk memenuhi keinginan

berkumpulan dan diterima. Begitu juga dengan gejala ponteng yang berlaku di sekolah

ini, perbuatan ini didorong oleh rakan sekelas dan tidak mahu dikatakan pengecut. Sama

ada positif atau negatif pengaruh rakan sebaya ini tetap wujud dengan begitu kuat.

Sebenarnya pengaruh ini telah bermula sejak dari peringkat prasekolah dan tidak akan

berakhir sehingga penghujung peringkat remaja (Faridah 1988, Dumont 1996).

2.2.3 Punca daripada Sekolah

Laporan keciciran Kementerian Pendidikan Malaysia (1973 ) menjelaskan

bahawa guru mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah. Oleh

itu cara dan gaya pengajaran guru yang menarik akan meningkatkan minat pelajar untuk

lebih lama di sekolah. Cara dan gaya pengajaran guru yang membosankan serta

hubungan yang renggang di antara guru dan pelajar akan menyebabkan masalah ponteng

sekolah.

Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994) sekiranya bahan pengajaran yang

digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian dengan

mereka. Mereka akan berasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak mencabar atau terlalu

43
mudah. Ini menyebabkan mereka menjadi gelisah seterusnya akan melangar disiplin

sekolah seperti ponteng kelas dan juga ponteng sekolah.

Penemuan kajian juga menunjukakan bahawa pelajar menganggap pelajaran

adalah penting bagi mereka. Walaubagaimanapun terdapat pelajar yang mengatakan

bahawa pelajaran adalah satu beban kepada mereka. Pelajar merasa bosan disekolah

disebabkan oleh faktor tidak sukakan sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru atau

tidak sukakan guru serta gaya pembelajaranya. Kebosanan pelajar tersebut menyebabkan

pelajar ponteng sekolah. Ini adalah kerana pelajar ini tidak dapat melihat perkaitan yang

diajar oleh guru di sekolah dengan kehidupan seharian mereka (Altenbaugh. et, 1995)

Suasana dan iklim bilik darjah juga mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah

ini. Keadaan bilik darjah yang sempit dan panas menyebabkan pelajar merasa resah dan

akhirnya berkeliaran dan membawa kepada ponteng sekolah. Menurut Sabitha Marican

dan Mahmood Nazar Mohamed (1994) masalah disiplin berpunca dari pengaruh sekolah

atau guru. Keadaan pelajar yang duduk sesak dalam sesutau bilik darjah yang kecil

ukuranya boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin dikalangan mereka. Begitu

juga sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut

perasaaan dalam pengajaran harian. Hukuman yang tidak sepadan juga menyebabkan

pelajar berasa tidak puas hati dan seterusnya lari dari sekolah.

44
Tigkahlaku guru juga memainkan peranan yang amat penting di dalam perlakuan

ponteng sekolah ini. Guru yang sering ponteng mengajar atau lambat serta mengajar

dengan tidak bersungguh-sungguh dapat mempengaruhi tigkahlaku negetif dikalangan

pelajar. Rohaty dan T. Subahan (1993) menyatakan bahawa tingkah laku guru yang

negetif mempengaruhi tingkah laku pelajar ke arah yang negetif juga. Pelajar belajar

melalui pemerhatian sosial iaitu mereka menilai tigkah laku guru semasa di dalam bilik

darjah dan juga di luar bilik darjah.

Dalam satu kajian yang telah dibuat, pelajar menyatakan perasaan bosan dan

hilang minat terhadap pembelajaran, pilihan-pilihan kursus di sekolah serta suasan

pesekitaran sekolah. Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya situasi ini

adalah kerana wujudnya perhubungan yang tidak baik dengan guru-guru. Langkah-

langkah utama yang diambil oleh pelajar untuk menjauhkan diri daripada sekolah ialah

‘ponteng sekolah’. Disamping itu juga, pihak sekolah percaya bahawa salahlaku-

salahlaku yang dilakukian oleh pelajar-pelajar ada hubungkaitnya dengan masalah pelajar

dengan keluarga dan masalah pelajar dengan rakan sebaya. ( ERIC / CEM and Lim-

Benton Education Service District 1992).

2.2.4 Punca daripada pelajar

45
Perlakuan ponteng sekolah ini bukan sahaja berpunca daripada perkara-perkara

yang telah dibincangkan di atas. Satu lagi punca perlakuan ini datangnya dari diri pelajar

itu sendiri. Kelakuan buruk pelajar seperti ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah

adalah disebabkan oleh mereka sendiri mengalami gangguan emosi yang ada kaitanya

dengan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa, ketiadaan wang

yang cukup untuk membeli keperluan persekolahan dan mungkin juga ibu bapa mereka

sentiasa bergaduh. Tigkah laku mereka dipengaruhi oleh masalah yang mereka hadapi

dan jika ianya berlanjutan, akan mendorong mereka mencuri, menganggu ketenteraman,

ponteng sekolah dan sebgainya. (Ghazali 1993).

Duke (1980) menyatakan setiap individu bertanggungjawab di atas perlakuannya

sendiri. Pelajar berkemungkinan melanggari peraturan sekolah seterusnya ponteng

sekolah kerana mengikut kehendak diri sendiri tanpa sebarang pengaruh luar. Mereka ini

tidak menyedari tindakan mereka tidak menghadirkan diri ke sekolah adalah satu

perbuatan yang melanggar peraturan sekolah dan seterusnya merugikan diri mereka

sendiri

Faktor diri sendiri ini mendapat persetujuan daripada Za’ba (1982) yang

mengemukakan bahawa perangai itu bergantung kepada diri sendiri. Seseorang yang

sukakan kebaikan atau kejayaan akan berusaha ke arah apa yang dihajati dan

46
disukaianya. Setiap individu mempunyai hati yang terdapat dalam diri masing-masing.

Hati ini memainkan peranan yang penting ke atas individu bagi mempertimbangkan

sesuatu perkara sama ada baik atau buruk bagi diri mereka sendiri. Hati ini perlu dididik

ke arah sesuatu yang positif agar ianya jinak dan sukakan kebenaran dan kebaikan

seterusnya mengarahkan corak pemikiran yang positif dan menghasilkan tingkahlaku

yang suci lagi murni.

BAB 3

METODOLOGI

3.0. Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan metod yang akan diguanakan dalam kajian. Ini

termasuklah rekabentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, kajian awal, dan cara

menganalisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

47
Rekabentuk kajian adalah satu rancangan atau pelan yang menyatakan

bagaimana data akan dipungut dan dianalisis. Ia juga merupakan satu strategi dan

struktur penyelidikan yang dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada permasalahan

kajian.

Dalam kajian ini, subjek dipilih daripada pelajar yang tinggal di negeri Pahang

dengan cara persepelan secara tidak rawak sistemetik. Dalam kajian ini subjek dibagikan

kepada subjek lelaki seramai 300 orang dan subjek perempuan seramai 300 orang.

Maklumat diri subjek seperti jantina, umur dan status sosioekonomi menjadi

pembolehubah bebas manakala punca ponteng sekolah menjadi pembolehubah terikat.

Kajian ini berbentuk tinjau selidik dan soalselidik digunakan untuk memungut

data. Seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistcal

Package for the Social Sciences Version X (SPSSX) untuk menguji kesignifikan hipotesis

yang telah dibina dan untuk menentukan kebolehpercayaan dan keesahan alat ukuran.

3.2 Tempat Kajian

48
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang.

Pengkaji akan membuat tinjauan awal untuk memilih sekolah-sekolah yang mempunyai

masalah ponteng sekolah ini dengan mendapatkan data dari Jabatan Pelajaran Pahang.

Pemilihan akan di buat ke atas sekolah yang mengalamai masalah ponteng sekolah yang

serius di negeri ini samaada di bandar atau luar bandar termasuk sekolah-sekolah di tanah

rancangan felda.

3.3 Subjek Kajian

Subjek yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah seramai 600 orang.

Subjek dipilih secara persepelan tidak rawak dimana tidak semua pelajar mempunyai

peluang untuk menjadi sempel. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan persempelan

tidak rawak sistematik dimana setiap sempel yang dipilih mestilah tidak hadir ke sekolah

pada 3 bulan terakhir pada tahun kajian sekurang-kurangnya 8 hari.

Seramai 300 orang subjek terdiri daripada pelajar lelaki dan 300 orang pelajar

perempuan. Pemilihan sempel berdasarkan kepada faktor umur iaitu bagi membezakan

sekolah rendah dengan sekolah menengah dan juga status ekonomi pelajar. Pemilihan

49
subjek mengikut jantina adalah untuk melihat adakah terdapatnya perbezaan punca

ponteng sekolah diantara jantina

Selain daripada itu pemilihan sempel mengikut umur adalah untuk membezakan

status mereka sama ada berada di kumpulan sekolah rendah atau sekolah menengah.

Manakala pemilihan sempel mengikut status ekonomi ialah untuk melihat adakah benar

terdapat perbezaan punca ponteng sekolah ini mengikut ststus ekonomi ibubapa sempel

tersebut.

3.4 Kajian Awal

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu telah membuat

kajian awal. Kajian awal telah dijalankan kepada 100 orang subjek yang terdiri daripada

50 orang lelaki dan 50 orang perempuan yang masing-masing terdiri daripada 50 orang

pelajar sekolah rendah dan 50 orang pelajar sekolah menengah serta 50 orang dari

pelajar berstatus ekonomi tinggi dan 50 orang pelajar berstatus ekonomi rendah.

Kajian awal ini dibuat untuk melihat sama ada item-item yang digunakan dalam

soal-selidik ini sesuai atau tidak. Selain daripada itu pengkaji ingin melihat sama ada ia

mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan. Disamping itu ia juga bertujuan untuk

50
melihat adakah subjek faham atau tidak dengan soalan- soalan yang dikemukakan kepada

mereka.

Oleh kerana soal selidik ini bukan soalselidik piawai maka satu ujian perlu

dilakukan untuk menentukan kebolehpecayaan dan keesahannya. Kajian ini ialah untuk

menilai kesesuaian alat ukuran yang digunakan. Kesesuaian alat ukuran bergantung

kepada nilai kebolehpercayaan yang diperolehi.

Menurut Anastasi (1982), Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan skor

yang diperolehi oleh individu yang sama apabila ditadbirkan dengan alat yang sama pada

masa yang berlainan. Menurut Cronbach dan Meehl (1955) dengan mengkaji

kebolehpercayaan, ia akan memberikan maklumat mengenai ketekalan market individu

dalam setiap ukuran. Semakin tinggi market kebolehpercayaan, semakin rendah ralat

pada ukuran.

Kebolehpercayaan membolehkan kita mengetahui ralat pada alat ukuran dan

maklumat kebolehpercayaan ini membolehkan pengkaji menggunakan alat ukuran itu

dengan penuh yakin. Menurut Anastasi (1982), pekali kebolehpercayaan yang dianggap

baik ialah antara 0.80 hingga 0.90. Nilai kebolehpercayaan antara julat 0.7 hingga 0.8

51
dianggap sebagai nilai yang cukup tinggi bagi menggambarkan kebolehpercayaan alat

ukuran

Kebolehpercayaan ketekalan dalaman alat ujian bagi kajian awal yang

digunakan dalam kajian ini diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach. Hasil

kajian mendapati. Nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman alat ukuran punca

perlakuan ponteng sekolah adalah tinggi iaitu 0.91

3.5 Analisa Data

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSSX. Dalam

kajian ini pengkaji menggunakan analisis statistik infrensi. Ia digunakan untuk

mendapatkan perbezaan punca-punca ponteng sekolah dari subjek.

Analisa infrensi yang digunakan adalah bertujuan untuk menguji hipotesis yang

melibatkan perbezaan hipotesis yang telah dibina.

52
BIBLIOGRAFI

_ _ _ _ Adnan Abu Bakar. 1999. Konsep kean, Universiti Putra Malaysia, Sedang.

_ _ _ _ Anastasi, A. (1982). A Psychological testing (Ed. 5) New Jersey : Prentice Hall.


Inc.

_ _ _ _ Azizah Lebai Nordin. (1998). Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaiannya


Dari Perspektif Pengetua Sekolah. Seminar Pendidikan Kebangsaan : Kecemerlangan
Menjelang Abad ke 21. Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

_ _ _ _ Cronbach, L. J. & Meehl, P.E. (1995). Construct validity in psychology test.


Psychology Bulletin. 55 (4) : 281 – 302.

_ _ _ _Danial, T.L. (1997). Family Enviranment Adolescent Psychology Well Being,


school Adjustment, and Problem Behavior : A Pioneer Study in a Chinese Context. The
Journal Of Genetic Psychology, 158 (1), 113 – 128.

53
_ _ _ _ Ghazali bin Othman. (1993). Beberapa Strategi Kawalan Disipilin Dalam Dua
Buah Sekolah Menengah Di Negeri Selangor. Universiti Malaya : Falkuti Pendidikan.

_ _ _ _ Ibrahim Saad(1982). Faktor-faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar


diperingkat Menengah melakukan ponteng sekolah. Satu kajian kes. Tesis Sarjana
Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (Tidak diterbitkan).

_ _ _ _ Iskandar, T, (1970) Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka /
Kementerian Pendidikan Malaysia.

_ _ _ _ Jaafar Abdul Rahim. (1977). “Seriuskah Masalah Ponteng Sekolah. Isu


Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_ _ _ _ Jenkins, P.H. (1995). School of Deliquency and School Commitment. Journal of


Sociology of Education, 68, 221- 239.

_ _ _ _ Kamaruddin Hj. Hussin. (1994). Dinamik Sekolah dan Bilik Darjah. Utusan
Publication & Distributor.

_ _ _ _ Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamad. (1994).Fenomena Keruntuhan

Akhlak Remaja : Tren, Punca Dan Penyelesaian. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 16,

12,32- 42.

_ _ _ _ Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala


Lumpur : Utusan Publication & Distributor.

_ _ _ _ Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Unit Disiplin, Bahagian


Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.

_ _ _ _ Rohaty Mohd. Majzub dan T. Subahan Mohd. Meerah.(1993). “ Satu Tinjauan


sahsiah Dan Tingkah laku Pendidik Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran”. Jurnal
Pendidikan. Jilid 15. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

_ _ _ _ Yaakub Hj. Yusof (1977). Perbandingan mengenai nilai-nilai diantara ibubapa

54
murid- murid yang ponteng dan ibubapa murid yang tidak ponteng sekolah. Tesis
M.Ed. Universiti Malaya.(tidak diterbitkan).

KANDUNGAN HALAMAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 . Latar Belakang Kajian 1- 5


1.1. Penyataan Masalah 5- 7
1.2. Kepentingan Kajian 7 - 10
1.3. Objektif Kajian 10 - 11
1.4 Soalan Kajian 11 - 12
1.4. Limitasi atau Batasan Kajian 13

BAB 2 : TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.0. Pendahuluan 14
2.1. Konsep Ponteng 14 - 16
2.2. Punca Masalah Ponteng 17
2.2.1. Punca daripada keluarga 18 - 20
2.2.2. Punca daripada rakan sebaya 20 - 21

55
2.2.3. Punca daripada sekolah 22 - 24

2.2.4. Punca daripada pelajar 24 - 25

BAB 3 : METODOLOGI

3.0. Pengenalan 26
3.1. Rekabentuk Kajian 26 - 27
3.2. Tempat Kajian 27
3.3. Subjek Kajian 28
3.4. Kajian Awal 29 - 30
3.5. Analisis Data 31

BIBILIOGRAFI 32 - 33

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

BIDANG KURSUS
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK KAJIAN

56
PUNCA PERLAKUAN PONTENG SEKOLAH DI
NEGERI PAHANG DARIPADA PERSPEKTIF
PSIKOLOGI

DISEDIAKAN OLEH
KAMARRUL ARIFIN BIN ABDUL RAHMAN
(KP: 700719-06-5065)

UNTUK PERMOHONAN BIASISWA HADIAH


LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA(KPM) PRINGKAT PHD 2009

57

Anda mungkin juga menyukai