Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.

Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang

rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Punca Keruntuhan Akhlak Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut; 1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. 2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. 3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan

pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajarpelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI Kesimpulan Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

TAJUK : Huraikan Masalah Sosial Yang Di Kesan Di Kalangan Pelajar

1.0 Pengenalan Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempohtempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian. 2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian. Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

3.0 Masalah-Masalah Sosial Pelajar 3.0.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran

fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif. 3.0.2 Samseng Dan Gengsterisme Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan . Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka. 3.0.3 Ponteng Sekolah Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.

Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.. 3.0.4 Black Metal Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam. Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita. Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak. 3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk

tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya. 4.0 Penutup Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

Rujukan

Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books. Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas. Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar. Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius

1. PENDAHULUAN Vandalisme atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Selain itu,vandalisme juga satu bentu ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi masyarakat. Saban hari,kita sering mendengar isu remaja yang semakin meruncing. Berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari.Remaja sebenarnya boleh dianologikan sebagai batu permata yang bakal mencorak masa depan negara. Namun,mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan vandalisme.

2. FAKTOR-FAKTOR Remaja yang melakukan vandalism ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan perbuatan salah laku ini.Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai kumpulan tersendiri.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul,maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya. Selain itu juga,ibu bapa dan keluarga juga menjadi factor terdorongnya vandalism dalam kalangan remaja.Sebagai contoh,ketika memandu,ibu bapa membuang sampah disamping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara factor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Pengaruh media massa mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.Remaja juga gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang berlaku disekeliling mereka termasuk media massa,apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya. Salah satu faktor lain yang mendorong berlakunya vandalisme adalah disebabkan oleh sikap apati atau tidak peduli,juga boleh dikatakan sebagai individualistik dan materialistik masyarakat.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil peduli terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah

tersebut berlaku. Kajian yang dibuat menyatakan bahawa golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan vandalisme adalah oleh golongan yang terpelajar tetapi sikap mereka sukar dikawal.Di kawasan Bandar,sesetengah penduduknya tidak mengambil peduli tentang perkara yang berlaku disekeliling mereka.Tindakan sebegini menjadikan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif tanpa mengambil peduli tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam.

3. LANGKAH-LANGKAH Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah vandalisme iaitu peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak.Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka.Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini,tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa,bak kata pepatah,Sayang anak,tangan-tangankan. Selain daripada peranan ibu bapa,langkah lain yang boleh diambil adalah melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini.Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan mereka.Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian.Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut.Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini.Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut.Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang salah ini. Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras kegiatan vandalisme ini.Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan.Di bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undangundang kecil vandalisme),sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat lain. Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini,media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran,memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media

massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat memahami dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama,kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.

4. KESIMPULAN Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini.Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa,namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan datang.Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga.Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini.Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal di kemudian hari,bak kata pepatahJangan sudah terhantuk barulah nak terngadah. Sumber: sosialdillema. Blogspot

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme i. Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Vandalisme

Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang! Di manakah kita dapat melihat perkataan dan simbol-simbol seperti ini? Kita dapat melihat perkataan dan simbol seperti ini di mana-mana tempat di Malaysia seperti perhentian bas. Jangan Meludah, Dilarang Menconteng dan sebagainya. Akan tetapi, untuk apakah semua ini? Hal ini demikian disebabkan kita sentiasa diingatkan dengan perkataan dan simbol larangan dan jangan yang berada di sekeliling kita agar tidak melanggar undang-undang dan terlibat dengan gejala vandalisme. Manusia kini bersikap individualistik dan mengabaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, gejala negatif ini masih tidak dapat dibendung kerana tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, vandalisme dapat diinterpretasikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.

Pada era globalisasi ini, kes vandalisme semakin berleluasa dan bermaharajalela di negara kita. Melalui media masa, kita dapat mengetahui kes-kes vandalisme seperti yang dipapar melalui surat khabar dan majalah, didengar melalui gelombang radio, ataupun dilihat melalui televisyen. Tepuklah dada, tanyalah selera. Tidakkah semua pihak risau tentang gejala vandalisme ini? Masyarakat kini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca yang membawa kepada gejala vandalisme. Kini, remaja selalu memperuntukkan banyak masa untuk bergaul dengan rakan sebaya mereka, sama ada di sekolah ataupun di luar. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi dan mengikuti tingkah laku dan sikap rakan sebaya, terutamanya golongan remaja yang mengalami keruntuhan institusi keluarga. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui pepatah berikut, "jika seseorang itu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dirasainya. Jika dia berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga". Justeru itu, rakan sebaya membawa pengaruh yang penting dalam gejala sosial ini. Tambahan lagi, golongan remaja yang berdarah panas suka melakukan sesuatu

yang mencabar. Hal ini demikian disebabkan mereka lebih berani untuk melakukan gejala negatif ini apabila bersama rakan sebaya berbanding seorang diri. Selain itu, ibu bapa juga merupakan punca kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Kelakuan dan sikap ibu bapa merupakan teladan yang dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa melarang anak mereka untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi mereka sendiri melakukannya. Contohnya, bapa samseng yang suka merosakkan harta benda awam. Secara tidak langsung akan membawa suatu contoh yang tidak baik bagi anak mereka. Anak-anak akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, kurang kawalan dan bimbingan oleh ibu bapa juga mengakibatkan golongan remaja terjebak dalam gejala vandalisme, terutamanya berasal daripada keluarga yang tidak sempurna yang ingin menarik perhatian daripada ibu bapa dan masyarakat.

Seterusnya, sikap apati, individualistik dan materialistik masyarakat turut mendorong berlakunya vandalisme. Masyarakat kini ibarat kera sumbang. Mereka hanya mementingkan soal kebendaan dan kualiti kehidupan. Oleh itu, mereka telah mengabaikan isu-isu sosial yang berlaku di sekeliling mereka. Menurut kajian, didapati golongan remaja yang melakukan gejala vandalisme seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam adalah disebabkan oleh tekanan, sama ada dari segi keluarga, pelajaran atau persahabatan. Mereka ingin melepaskan emosi dan membebaskan diri daripada keadaan tersebut.

Langkah drastik yang dapat digunakan untuk mengawal vandalisme ialah penguatkuasaan undang-undang. Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan melalui dendaan dan hukuman berat kepada sesiapa yang melakukan gejala vandalisme. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh melaksanakan undangundang baru iaitu mengenakan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti menyapu taman awam dan mencuci tandas awam terhadap pesalah. Perbuatan sedemikian dapat dijadikan sebagai satu teladan kepada masyarakat. Kempen-kempen juga boleh diadakan oleh pihak kerajaan. Kempen kesedaran seperti Anti Vandalismedan Jauhi Diri daripada Gejala Vandalisme harus dilaksanakan di seluruh negara bagi mengurangkan gejala ini.

Diikuti adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian dan sahsiah remaja. Mereka merupakan orang yang paling dekat dan intim dengan anakanak. Jadi, bimbingan daripada ibu bapa banyak mempengaruhi kelakuan dan sikap remaja. Mereka juga berperanan dalam memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menghayati harta benda awam sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa harus

meluangkan lebih banyak masa untuk menemani dan mendidik anak-anak mereka. Dengan itu, hubungan antara mereka menjadi rapat dan kekosongan serta kebosanan tidak berlaku di dalam hati remaja. Ini akan mengurangkan gejala vandalisme. Akhirnya, peranan masyarakat dan pihak sekolah turut merupakan salah satu langkah untuk mengatasi gejala vandalisme. Semua lapisan masyarakat harus bersikap prihatin dan menggembleng tangan untuk menangani masalah tersebut. Masyarakat juga perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di sekitar mereka. Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja. Pengenalan subjek pendidikan moral dan agama serta sivik terhadap remaja adalah bertujuan untuk mengurangkan gejala vandalisme. Ini memudahkan penerapan nilai-nilai positif kepada golongan belia . Tambahan lagi nilai-nilai ini perlu disuntik dalam sanubari remaja sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan ini, remaja akan menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan tidak cuba untuk merosakkan harta benda tersebut. Kesimpulannya, semua pihak wajarlah berganding bahu untuk membendung gejala ini daripada terus menular demi kesejahteraan negara.

Vandalisme = Egoisme Diri . . . apa itu vandalisme ?? Pasti yg terngiang tentang vandalisme adalah coretan tidak jelas yang dapat menganggu kenyamanan dan lingkungan. kita simak yang berkaitan dengan vandalisme.

Sejarah Vandalisme

Vandalisme berawal dari kata Vandal yaitu dari Bangsa Vandal. Bangsa Vandal adalah suku Jerman timur yang datang ke Kekaisaran Romawi pada abad ke 5 an menciptakan sebuah negara di afrika utara, berpusat di kota Kartago. Bangsa ini mungkin telah memberikan namanya kepada daerah Andalusia, yang aslinya bernama Vandalusia, kemudian bahasa arab Al-Andalus, di selatan Spanyol, di mana mereka menetap sementara sebelum menyebar ke Afrika.

"Bangsa Vandal menyerbu Roma, oleh Heinrich Leutemman (1824-1904)"

Pengertian Vandalisme

menurut wikipedia, "vandalisme adalah suatu sikap kebiasaan yang dialamatkan kepada bangsa vandal, pada zaman Romawi Kuno, yang budayanya antara lain: perusakan yang kejam dan penistaan segalanya yang indah atau terpuji.Tindakan yang termasuk di dalam vandalisme lainnya adalah perusakan kriminal, pencacatan, graviti, dan hal-hal lainnya yang mengganggu mata..

menurut KBBI atau Kamus Besar Bahasa Indonesia, Vandal adalah perbuatan merusak dan menghancurkan hasil karya seni dan barang berharga lainnya (keindahan alam dsb) atau perusakan dan penghancuran secara kasar dan ganas.

Jenis Vandalisme

pada umumnnya vandalisme yang sering terjadi adalah kegiata mencorat-coret tembok, papan, atau fasilitas umum lainnya. penempelan brosur, pamflet dan stiker di muka umum atau bukan pada tempatnya juga termasuk kegiatan vandalisme. Bahkan merusak fasilitas umum termasuk kegiatan vandalisme yang sebagaimana telah di ungkapkan diatas segala bentuk yang dapat mengganggu mata ataupun bentuk keganasan, kekasaran maupun penghancuran.

Dampak Vandalisme Merusak Lingkungan/mencemari Lingkungan Mengganggu ketertiban Mengganggu kenyamanan orang lain. Dapat menimbulkan penyakit.

1. 2. 3. 4.

Dalam Blog ini, vandalisme adalah salah satu bentuk pencemaran lingkungan. kenapa ? karena seperti yang dikemukakan diatas bahwa segala bentuk yang dapat mengganggu mata atau keindahan bahkan penghancuran lingkungan merupakan tindakan yang dapat merusak lingkungan. contohnya saja coretan di tembok yang seharusnya dijaga agar tetap bersih, atau bahkan dipohon yang batangnya di ukir-ukir dengan batu sehingga batang pohon menjadi ada tulisan/coretan, jelas ini merupakan vandalisme ..

contoh gambar vandalisme :

"capruk ???? "

"coretan yg menganggu keindahan .... !"

"cinta itu apa ... !! bila .. tanpamu .... ( puisi apa batu nisan ? hee )

Mencegah Vandalisme

Sebenarnya vandalisme dapat dicegah, ini kembali kepada kesadaran diri seseorang untuk peduli terhadap dilingkungan sekitar. karena apa ? menurut saya sikap atau tindakan dari vandalisme adalah bentuk ke egoisan orang untuk membuat orang tersebut merasa di akui. coretan di tembok misalnya, orang tersebut menulis agar orang-orang tau bahwa apa yang dituliskannya itu merupakan eksistensi atau menunjukan kekuasaan pada orang tersebut. seharusnya kita sadar akan hak orang lain juga yang ingin menikmati lingkungan sekitar. dengan karena vandalisme sama saja telah melukai hak orang lain. walaupun kita tau bahwa tidak semua vandalisme dapat merusak mata, seperti grafiti, tetapi akan lebih baik apabila ditempatkan yang sesuia dengan kondisi lingkungan. Jangan yang seperti dipinggir jalan atau ditaman kota. Mural salah satunya bentuk media grafis yang sangat indah bila dikembangkan dan ditempatkan di tempat yan tepat.

bagaiman menurut anda semuanya ?? apakah yg seperti itudisebut kreatifitas dan seni ? lindungi dan jaga lingkungan di sekitar kita , karena kebersihan sebagian dari iman , dan bersih juga terhindar dari penyakit ..

budayakan menjaga lingkugan :)

Anda mungkin juga menyukai