Anda di halaman 1dari 3

HUBUNG KAITKAN PERNYATAAN NORMATIF DAN DESKRIPTIF DENGAN

FUNGSI NILAI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN

2.1 PERNYATAAN NORMATIF

Menurut Abdullah Zhidi Omar et.al (2016), pernyataan normatif ialah suatu
pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, dan diterima atau ditolak. Sesuatu
tindakan itu ‘baik’ sekiranya ia sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika
ia bertentangan dengan konsep baik dan benar. Sebagai contoh, perbuatan
membuang sampah di kawasan sekolah adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Pernyataan normatif ini adalah dalam bentuk pertimbangan nilai. Pernyataan normatif
terbahagi kepada dua elemen, iaitu pernyataan normatif moral dan pernyataan normatif
bukan moral. Pernyataan normatif moral merupakan penegasan atau pernyataan yang
menyatakan pertimbangan nilai seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima
atau ditolak. Contohnya, seorang murid menghormati arahan gurunya yang
menyuruhnya menghantar buku ke bilik guru. Norma-norma masyarakat melihat guru
merupakan individu yang boleh dijadikan contoh teladan. Nilai menghormati ialah ……
Oleh itu, seorang murid haruslah menghormati arahan gurunya. Apabila kita memahami
dan menghayati nilai ‘hormat-menghormati’, kita akan melakukan perbuatan mengikut
kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan juga orang lain. Dalam hal ini,
nilai berfungsi sebagai peraturan yang ditetapkan supaya seseorang individu serta
masyarakat mematuhinya.
Selain itu, nilai menghargai masa juga merupakan nilai bagi pernyataan normatif
moral. Nilai menghargai masa membantu membina insan moral dalam kalangan remaja
atau pelajar. Pada zaman yang serba canggih ini, remaja mudah hilang arah tujuan
kerana mereka tiada motivasi diri. Misalnya, mereka tidak membuat jadual belajar dan
mereka malas untuk berusaha melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti membuat
latih tubi. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan yang sangat penting
dalam hal ini. Guru juga haruslah mendidik pelajar untuk menjalankan tugasan mereka
pada masa yang ditetapkan. Dengan teknik pembelajaran yang sistematik,remaja dapat
mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan mencari cara untuk
memajukan diri mereka. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hashim (2003),
pengajaran dan pembelajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh pengajar dan pelajarnya. Dengan itu, remaja akan menghargai masa dan
mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah

Manakala, pernyataan normatif bukan moral merupakan ayat yang mempunyai


nilai selain daripada nilai moral seperti nilai estetika, ekonomi, politik dan sebagainya.
Dalam hal ini, istilah baik atau buruk tidak diguna pakai untuk menentukan nilai moral
perbuatan atau watak seseorang. Contohnya, manusia memerlukan tiga keperluan
asas. Pernyataan ini merupakan pernyataan deskriptif yang melibatkan fakta atau
empirikal.

2.2 PERNYATAAN DESKRIPTIF

Menurut Abdullah Zhidi Omar et.al (2016), pernyataan deskriptif dilihat tiada unsur
untuk dikaitkan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Manakala, Abdul Rahman Aroff
(1999), menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada
kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Deskriptif juga dinamakan sebagai
Pernyataan Bukan Normatif. Pernyataan deskriptif terdiri daripada laporan atau
deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal. Sebagai
contoh, pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama
Islam. Para pelajar terutamanya pelajar bukan Islam perlulah mempelajari Pendidikan
Moral demi melahirkan individu yang mempunyai nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
hormat-menghormati dan sebagainya. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk
melahirkan insan yang berakhlak mulia. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di peringkat sekolah,
guru perlulah menerapkan nilai murni kepada pelajar supaya pelajar dapat
mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang
tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr.
Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja
sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang
berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi,
berfikiran luas serta positif.

Anda mungkin juga menyukai