Anda di halaman 1dari 17

GPML 1022

PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH: EN AHMAD SHAHLAN BIN SAUDI
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
IPG KAMPUS DARULAMAN
PENGENALAN
• Kehidupan bermasyarakat menuntut kita untuk bermoral, berakhlak dan beretika.
• Sejauh mana seseorang itu bertingkah laku moral akan menjadi penentu ia diterima atau
ditolak oleh masyarakat.
• Penghormatan dan penghargaan masyarakat kepada individu bergantung kepada sahsiah
dan personaliti yang dipamerkan.
• Terdapat ramai orang yang berilmu, berpangkat dan berstatus dalam masyarakat tetapi
dipandang rendah kerana tidak bermoral
• Kita perlu menghayati dan mengamalkan kehidupan bermoral, beretika dan berakhlak
kerana kita hidup dalam lingkungan masyarakat
Definisi konsep moral
(Etika, Moral dan Akhlak)
Konsep Etika
• Etika (ethic) berasal daripada perkataan Yunani/Greek “ethos” merujuk kepada perlakuan
seseorang.
• Kajian tentang tingkah laku manusia sama ada baik,buruk, benar atau salah.
• Etika adalah falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, sikap moral,
keadilan sosial dan tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik (Grassian,
1987).
• Etika lebih bersifat ilmu atau teori untuk mengkaji sistem nilai manakala moral pula
bersifat praktikal bagi mengukur untuk menilai sesuatu perbuatan yang dilakukan
(Muliana, 2018).
• Drs. O.P Simorangkir menyatakan etika adalah sebagai pandangan manusia dalam
perilaku menurut ukuran dan nilai yang baik.
• Drs Sidi Gazalba menyatakan etika ialah teori tentang tingkah laku dan perbuatan
manusia yang dipandang dari segi baik dan buruk.
• Drs. H. Burhanudin Salam pula menyatakan etika ialah cabang falsafah yang
membicarakan tentang nilai dan norma moral yang menentukan perilaku manusia.
• Etika juga disebut sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang mengawal individu atau
kumpulan individu.
• Etika akan membuatkan amalan tingkah laku bermoral. Etika adalah satu kajian sains
tentang kelakuan manusia dalam masyarakat iaitu suatu bidang pentakrifan tingkah laku
manusia sebagai benar atau salah.
• Konsep etika sangat berkait rapat dengan moral dan insan bermoral yang membawa
maksud seseorang yang mempunyai amalan etika barulah boleh dianggap sebagai insan
yang bermoral.
• Konsep etika boleh dilihat daripada tiga sudut iaitu kandungan, bentuk dan dimensi etika
(Abdul Rahman Md Aroff, 1999:44)
Konsep Moral
• Perkataan moral berasal daripada bahasa Latin iaitu “moralis” yang bermaksud tingkah
laku yang sesuai dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
• Moral sebagai ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan (Kamus
Dewan, 1994).
• Moral berkaitan dengan tingkah laku dan amalan yang baik atau pegangan berkenaan
dengan amalan nilai baik atau buruk sesuatu perbuatan.
• Moral juga dikatakan sebagai tatasusila, peraturan dan nilai murni masyarakat
seperti baik hati, ikhlas, berdikari, berhemah tinggi, hormat menghormati,
penyayang, adil, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bekerjasama, berfikiran
rasional dan menjaga keharmonian masyarakat.
• Orang yang bermoral akan sentiasa bertindak dalam keadaan berdisiplin serta
menghayati standard hidup masyarakat.
• Keputusan moral melibatkan penilaian tentang apa yang dikatakan sebagai benar,
patut, betul, baik, sesuai atau wajar.
• Secara umum, orang yang bermoral dianggap sebagai orang yang sihat dan
normal dari segi pemikiran, emosi dan kelakuan yang tidak bercanggah dengan
nilai-nilai kehidupan.
• Jadi, moral merupakan
• A)Sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap sebagai baik, benar
dan patut dilakukan selaras dengan kehendak masyarakat.
• B)Mengawal diri daripada melakukan kesalahan
• C)Tingkah laku yang berdasarkan peraturan atau prinsip yang diterima secara rasional
Konsep Akhlak
• Istilah akhlak berasal daripada kalimah bahasa Arab “khuluk” yang bermaksud tingkah
laku atau perangai, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.
• Akhlak adalah sifat-sifat dalam diri atau jiwa yang dapat mengeluarkan sesuatu
perbuatan tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
• Bahasa pula, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, tabiat (Kamus Dewan, 2012)
• Akhlak ialah satu konsep islam, iaitu berkenaan dengan perlakuan baik dan buruk
manusia.
• Konsep akhlak boleh di samakan dengan moral berkenaan dengan kelakuan baik dan
buruk.
• Namun, konsep akhlak lebih mendalam melibatkan soal zahir dan batin iaitu bukan
sekadar pemikiran, perasaan dan tingkah laku tetapi melibatkan soal hati dan niat
• Dimensi akhlak sama seperti moral iaitu melibatkan pemikiran, emosi dan tingkah laku.
Moral merujuk kepada masyarakat, budaya, norma dan undang-undang tetapi akhlak
merujuk kepada kitab suci Al-Quran dan nilai-nilai islam
• Akhlak merupakan satu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin secara individu,
berkumpulan dan dalam satu masyarakat
• Akhlak melibatkan interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan,
manusia dengan haiwan, alam sekitar dan makhluk yang tidak nampak seperti malaikat
dan jin.
• Seperti moral persoalan akhlak menentukan perbuatan manusia itu baik atau buruk (good
or bad), betul atau salah (true or false) serta benar atau palsu mengikut prinsip islam
• Nilai moral berbeza mengikut budaya, masa dan tempat manakala nilai akhlak sama dan
tidak berbeza walaupun dalam pelbagai budaya, masa dan tempat.
• Akhlak boleh dikategorikan kepada dua iaitu akhlak mulia dan akhlak yang keji.
Konsep Asas Nilai
• Nilai termasuklah “taksiran harga”, “harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda
yang lain’, “darjat, kualiti, mutu, taraf” dan ketinggian (pemikiran, agama,
kemasyarakatan dan lain-lain)
• Nilai didefinisikan sebagai kepentingan atau kegunaan yang sepenuhnya bagi sesuatu
benda atau perkara
• Nilai dilihat dari sudut prinsip ditafsirkan sebagai prinsip seseorang tentang apa yang
betul dan apa yang salah atau idea tentang apa yang penting dalam kehidupan.
• Nilai juga dilihat sebagai cara seseorang itu berfikir tentang sesuatu yang penting
baginya.
• Thomas (2000: 257-258) mendefinisikan nilai sebagai elemen utama pembentukan
konsep-konsep moral dan sikap dilihat sebagai elemen yang menyokong.
• Sebarang objek yang mulai dihargai maka ia bernilai (Robert Part)
• Koo & Tan (1970:70), nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan
harga sesuatu benda
• Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek,
idea, tingkah laku dan situasi) sangat baik, berfaedah, diingini atau sebaliknya iaitu
buruk, tidak berfaedah, dibenci.
Fungsi Nilai
• 1. Sebagai halangan atau peraturan yang ditetapkan supaya seseorang individu
serta masyarakat mematuhinya.
• 2. Sebagai kriteria atau piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah baik, betul dan boleh diterima.
• 3.Sebagai panduan, rujukan dan tunjuk arah untuk menyelesaikan konflik moral
• 4. Piawai untuk mengukur elemen pengekalan ketamadunan sesebuah
masyarakat.
Jenis-Jenis Nilai
• Nilai subjektif
• Nilai Objektif
• Nilai instrumental
• Nilai instrinsik
• Nilai relatif
• Nilai Mutlak
• Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai