Anda di halaman 1dari 44

1

Pengenalan

Kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa


agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari
dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Pelestarian
bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaanya penting untuk
menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat
martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.

A: PENULISAN ESEI (40 %)

I. Kenalpasti dan jelaskan konsep budi bahasa dan kepentingannya dalam masyarakat
Malaysia

1.1 Konsep Budi Bahasa dan Kepentingannya

Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa begitu
sinonim dengan budaya timur khususnya masyarakat Malaysia. Frasa pertama peribahasa
ini, iaitu orang berbudi kita berbahasa membawa maksud jika seseorang itu menunjukkan
sikap yang budi yang baik kepada kita, maka kita wajar membalasnya dengan kata-kata
yang baik. Dalam erti kata lain, jika seseorang itu berbuat baik kepada kita, maka kita juga
perlulah memberikan sesuatu yang baik kepada mereka sebagai balasan dengan
mengucapkan perkataan ‘terima kasih’ kepada orang itu dengan bahasa dan ton yang
lembut dan sopan. Frasa kedua pula berbunyi orang memberi kita merasa bermaksud jika
seseorang itu menghulurkan sesuatu kita wajar menerimanya. Sebagai olahan terhadap
idea tersebut, jika seseorang itu menghulurkan sesuatu dalam apa jua bentuk kepada kita
sama ada secara ucapan, material mahupun reaksi verbal, maka kita haruslah menerima
pemberian itu dengan seadanya, iaitu dengan hati yang terbuka dan minda yang positif agar
pembawaan konsep kesantunan ini tercapai.

Secara khususnya, peribahasa di atas menunjukkan kepentingan amalan berbudi


bahasa dalam kehidupan khususnya apabila berhadapan dengan masyarakat. Amalan
berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia yang dapat kita lihat adalah ketika berbicara
ataupun berkolaborasi dengan seseorang tidak wajar memalingkan muka ke tempat lain,
tidak mencelah percakapan seseorang atau perbualan orang lain sehingga percakapan atau
perbualan itu terhenti mahupun hilang ideanya dan tidak melakukan perkara lain ketika
seseorang sedang bercakap. Sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar dan bercakap di
depan para murid di dalam kelas, murid-murid tersebut perlulah fokus dan lebih penting lagi
tidak berbuat bising atau bercerita dengan sesama sendiri. Hal ini demikian kerana, tugas
2

murid adalah mendengar dan memberi respon kepada guru yang sedang mengajar di
hadapan kelas. Secara logiknya, apabila hal ini dibawa dalam aspek kesantunan murid-
murid itu dikatakan santun jika mereka memberikan perhatian dan respon dengan sopan
ketika guru mereka sedang mengajar di hadapan mereka.

Selain itu, contoh amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia adalah menyatakan sesuatu perkara dengan tertib dan baik dengan menggunakan
bahasa yang mudah difahami, memberikan pengajaran serta nasihat dengan cara yang baik
dan tidak menyinggung perasaan dan membantu orang yang sedang dibelengui kesusahan
tanpa sebarang balasan. Tamsilnya, apabila kita menghulurkan bantuan kepada orang lain
yang memerlukan bantuan kita dalam apa jua bentuk bantuan, maka kita perlulah
senantiasa berkata-kata dengan bahasa yang lembut dan sopan kepada orang tersebut dan
tidak sama sekali mengharapkan balasan. Akibatnya, secara tidak langsung kita akan
merasa lebih murah hati, manakala orang yang mendapat bantuan daripada kita itu akan
merasa bersyukur sekali gus mendoakan kita mahupun orang itu menjadi rakan yang amat
rapat dengan kita.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat konteks ini lebih mendalam lagi, budi bahasa
yang tulen adalah budi bahasa yang merujuk kepada konsep kesantunan. Hal ini demikian
kerana, kesantunan ini adalah amat berkait rapat dengan konsep budi bahasa. Oleh hal
yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa peribahasa orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa adalah satu peribahasa Melayu yang begitu penting dalam
mewujudkan doktrin masyarakat yang bertamadun.

Sehubungan dengan itu, dialog dalam Gambar 1.1 di bawah perlu dielakkan kerana
menunjukkan sikap yang bercanggah daripada amalan berbudi bahasa, iaitu menyatakan
sesuatu dengan tertib dan baik. Akan tetapi, amalan berbudi bahasa, iaitu membantun
orang yang sedang dibelengui kesusahan seperti mana yang diilustrasikan dalam Gambar
1.2 perlu diteruskan.
3

Gambar 1.1: Amalan berbudi bahasa

Apabila berkata tentang konsep budi bahasa, pedagogi yang menggunung mengenai
konsep seumpama ini perlulah dicaknakan bermula dari rebungnya agar ianya mampu
membawa anjakan paradigma yang diilhamkan. Hal ini adalah amat berkait rapat dengan
satu peribahasa Melayu yang acap kali meniti di bibir setiap rakyat Malaysia. Peribahasa
yang dimaksudkan adalah tak kenal, maka tak cinta. Oleh itu, Gambar 1.3 seperti yang
ditunjukkan untuk menggambarkan konsep budi bahasa.

Gambar 1.2: Amalan budi bahasa dalam institusi keluarga


4

1.1.1 Pengertian Budi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga 2002, perkataan
budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
Akan tetapi, setiap masyarakat di dunia ini mempunyai pandangan yang tersendiri untuk
menghuraikan konsep budi. Masyarakat Melayu misalnya, mendefinisikan budi sebagai
pemberian ataupun bantuan ikhlas yang dihulurkan terhadap orang lain yang amat
memerlukan. Ikhlas bermaksud, individu yang menghulurkan bantuan itu tidak
mengharapkan apa-apa balasan.

Sehubungan dengan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki
dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula, budi merupakan salah satu
perkataan dalam kata majmuk budi bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan,
sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan. Kedua-dua
perkataan ini tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur
kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi
bahasa amat tinggi dan begitu dituntut dalam masyarakat dan perkara ini telah
menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak langsung memperincikan konsep
budi seperti tamsilan yang tertera di bawah:

Pantun Budi
Buah cinta di atas batu, Padi dan nanas tanam di tanjung,
Jatuh daunnya ke dalam ruang; Tempat pipit berbuat sarang;
Adat manusia memang begitu, Budi dan emas sama dijunjung,
Sebab emas budi terbuang. Hidup aman dikenang orang.

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Baik bergalas baik tidak,


Buli-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.
5

Pantun Budi tersebut menceritakan budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Selain itu, budi yang ditunjukkan berdasarkan pelbagai
aspek terutamanya dari segi perbuatan mahupun kewangan. Konsep budi juga memberi
penekanan tentang sejauh mana ikhlasnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah
diberi seperti menolong seseorang yang amat sedang berada dalam kesusahan. Selain itu,
budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit kerana budi akan dibawa mati dan
dikenang untuk jangka masa yang lama. Sifat budi yang sentiasa dikenang hingga dibawa
mati ini ditunjukkan dalam dua rangkap pantun yang amat relevan dalam kalangan
masyarakat Malaysia seperti contoh di bawah:

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang;

Baik berbalas baik tidak,

Asal budi sama dikenang.

Secara amnya, perkataan budi dapat dinilai sebagai sesuatu yang positif. Budi
membawa maksud sesuatu jasa atau sumbangan yang diberikan kepada sesiapa sahaja.
Budi boleh dikatakan berbuat baik kepada orang lain tidak kira dari segi pemikiran,
pertuturan mahupun perlakuan. Konsep budi adalah sama dalam masyarakat kita walaupun
berbeza agama, bangsa dan budaya. Budi yang baik dilahirkan dari hati yang suci dan akan
dikenang untuk jangka masa yang lama. Selain itu, budi dikaitkan dengan tabiat, perlakuan,
perwatakan dan pertuturan. Budi ialah kata yang ada pada manusia berhubungan dengan
kesedaran yang didorong oleh pemikiran, tingkah laku, perangai dan akhlak. Di
dalam perkataan itu tercermin sifat dan watak seseorang dalam perbuatan sehari-hari. Oleh
itu, kita perlulah berbuat baik dengan perlakuan kita.
6

1.1.2 Pengertian Bahasa

Kita telah pun mengetahui konsep budi. Namun, ianya tidak lengkap jika kita tidak
mempelajari konsep yang dibawa oleh bahasa. Hal ini demikian kerana, sebatang pensel
tidak akan dapat menjalankan tugasnya tanpa adanya pemadam di sisinya. Oleh hal yang
demikian, amat perlulah kita mengorek apa sebenarnya pengertian bahasa ini supaya kata
majmuk budi bahasa dapat kita fahami sebaik-baiknya atau lebih mendalam lagi.
Menurut sebuah buku yang berjudul Kesantunan Masyarakat Malaysia hasil nukilan
tiga orang penulis buku yang amat arif dalam kerjaya mereka, iaitu Dr. Faridah binti Nazir,
Ratna Laila binti Shahidin dan Faiziah binti Shamsudin, bahasa adalah milik manusia yang
paling penting untuk membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan.
Manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan
ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan
dan peradaban dari satu generasi ke satu generasi.
Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998) bahasa ditakrifkan sebagai
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb), percakapan
yang baik dan sopan santun. Bahasa boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara mengikut sifat-
sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa
dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasa yang hampir jitu. Bahasa
boleh didefinisikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang
ada pada manusia. Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu
berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Terdapat pelbagai definisi
bahasa menurut para pengkaji tersohor dari seluruh dunia. Salah satu daripadanya adalah
melalui pandangan Bloch dan Trager (1942). Mereka mendefinisikan bahasa sebagai sistem
lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Tambah
mereka lagi, proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar.

Intihannya, perkataan bahasa ini membawa skop yang cukup luas. Tanpa bahasa
bagaimana mungkin makhluk Tuhan dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
Bahasa adalah bangsa, bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa. Bahasa
memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan masyarakat di seluruh
dunia terutamanya dalam meniti arus kehidupan yang semakin mencabar ini.
7

1.1.3 Pengertian Budi Bahasa

Nilai budi bahasa amat tinggi nilainya dalam utopia masyarakat Malaysia. Budi dan
bahasa sering dianggap sebagai amalan yang penting dan saling melengkapi. Oleh sebab
itulah, orang yang berbudi bahasa amat dihormati dalam masyarakat. Budi bahasa merujuk
kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan kercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tata hidup,
pemikiran, tutur kata dan perasaan baik terhadap orang lain. Sehubungan dengan itu,
amalan budi bahasa digambarkan dalam bait-bait pantun berikut:

Raja budiman sedang mencari,

Anak angsa melompat-lompat;

Rupa cantik dapat dicari,

Budi bahasa mana nak dapat.

Kain batik sama sujinya,

Dalam sumbu tali belati;

Orang baik budi bahasanya,

Diingat juga sampai mati.

Nanas dijual di pasar niaga,

Ramai orang datang membeli;

Emas perak hiasan dunia,

Budi bahasa perhiasan diri.

Ketiga-tiga rangkap pantun di atas menunjukkan bahawa budi bahasa sentiasa


menjadi sanjungan dan keutamaan dalam masyarakat. Budi bahasa adalah ibarat emas
dalam diri seseorang. Tiada perkara lain yang lebih berharga dalam diri seseorang jika
dibandingkan dengan budi bahasa. Hal ini adalah disebabkan oleh rupa paras seseorang
yang sempurna adalah tidak bernilai sama sekali jika seseorang itu tidak mengamalkan budi
8

bahasa. Hal ini demikian kerana, budi bahasa seseorang itu akan sentiasa tersemat dalam
ingatan walaupun setelah ketiadaanya di dunia atau bila masa seseorang itu dipanggil ke
hadrat illahi memandangkan budi bahasa itu merupaka perhiasam diri yang tidak ternilai.

Secara amnya, budi bahasa merupakan amalan setiap lapisan masyarakat di negara
kita. Hal ini terjadi kerana, semua kaum amat menitikberatkan amalan dalam kehidupan.
Dalam erti kata lain, amalan budi bahasa seumpama ini sentiasa diaplikasikan dalam semua
aspek kehidupan oleh setiap kaum di Malaysia dengan matlamat utama iaitu untuk
mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, kasih sayang, hormat-menghormati dan
kesejahteraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza
menyanyikan lirik lagu puitis daripada lagu Budaya Berbudi Bahasa untuk menggambarkan
kepentingan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti berikut:

Bangsa Malaysia berhemah tinggi,

ramah dan mesra elok pekerti...

yang tiada dibantu yang lemah dilindungi,

bertimbang rasa hormat-menghormati...

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Amalan budi bahasa amat penting kerana terdapat impak yang berbeza kepada
individu, masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan individu itu
sendiri, amlan berbudi bahasa jika diamalkan mampu menepis sikap serong orang lain
terhadap diri seseorang hingga memudahkannya mendapatkan pertolongan ketika
dibelengui oleh kesusahan. Tambahan pula, individu yang berbudi bahasa mudah
didampingi oleh orang lain di samping dapat bertindak mempengaruhi orang lain agar
sentiasa beretika dan bersopan santun. Gambar Rajah di bawah ini menunjukkan
bagaimana seorang nenek yang berbudi bahasa mempengaruhi cucunya agar berbudi
bahasa, terutamanya dalam institusi keluarga.
9

Gambar Rajah 1.3: Pengaruh budi bahasa dalam institusi keluarga.

Dalam konteks masyarakat pula, amalan berbudi bahasa jika diamalkan mampu
mewujudkan perpaduan khususnya dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Hal ini
secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni dan juga turut
memberi kesan kepada kestabilan negara. Dalam kontek ini, amalan berbudi bahasa
memainkan peranan yang penting untuk menarik lebih ramai pelancong asing untuk datang
ke Malaysia. Sikap ramah yang sentiasa dipamerkan dengan hati yang ikhlas dan
keharmonian yang tidak berbelah bahagi antara kaum dapat meningkatkan kelancaran
industri pelancongan yang sudah tentu menjanjikan peningkatan dalam pendapatan negara.
Oleh sebab itu, budi bahasa merupakan sikap terpuji yang perlu dicaknakan dalam diri
dengan menghayati nilai-nilai positif yang dimilikinya. Sehubungan dengan itu, terdapat
beberapa ciri-ciri budi bahasa seperti yang diilustrasikan dalam Rajah di bawah.

Rajah 1.4: Ciri-ciri budi bahasa

1.1.4 Kepentingan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan buat julung-julung kalinya pada 11 Januari
2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia
yang berbudi bahasa. Kempen ini dilancarkan oleh kerajaan memandangkan amalan budi
bahasa dalam masyarakat Malaysia semakin pudar. Dalam erti kata lain, amalan berbudi
bahasa ini dilihat begitu penting dan amat dituntut dalam menghidupkan semula sifat
bersopan santun yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Amalan budi
bahasa yang dimaksudkan adalah seperti dalam Rajah di bawah:
10

Orang ramai membuang sampah sesuka hati

Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan

Merokok di kawasan larangan merokok

Memotong barisan di jalan raya

Rajah1.5: Amalan budi bahasa yang semakin luntur

Ekoran daripada itu, kerajaan telah mengambil inisiatif baharu untuk


memperkukuhkan semula amalan baik seumpama ini dalam kalangan rakyat Malaysia
dengan memperkenalkan Program Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni melalui Kempen Budi
Bahasa Budaya Kita. Hal ini jika terlaksana sudah pastinya akan memberi manfaat kepada
negara kita yang tercinta lebih-lebih lagi jika rakyatnya mengamalkan budaya seumpama ini.
Hal ini demikian kerana, tiada gunanya jika manusia kaya dengan kebendaan dan bersikap
materialistik tetapi muflis dari segi keperibadian. Sudah terang lagi tersuluh bahawa,
pengamalan budaya berbudi bahasa antara sesama manusia amat penting agar
ketamadunan yang sebenarnya tercapai. Oleh hal yang demikian, bertitik tolak daripada
kenyataan di atas, terdapat beberapa kepentingan amalan berbudi bahasa ini kepada
negara kita dan sesama manusia.

Seperti yang kita sedia maklum, amalan berbudi bahasa ini amat penting untuk
menjaga dan memartabatkan maruah diri dan keluarga agar orang ramai tidak memandang
serong terhadap diri dan institusi keluarga kita. Tambahan pula, hal ini secara tidak
langsung mampu mewujudkan sikap kasih sayang terhadap keluarga sekali gus anak-anak
akan sentiasa mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini terjadi kerana, keluarga
merupakan kilang yang penting untuk melahirkan produk insan yang berbudi pekerti mulia.
Contohnya, anak-anak yang baik adalah berasal daripada keluarga yang baik.

Sehubungan dengan itu, semua ahli keluarga haruslah sama-sama berganding bahu
dan sentiasa berpegang tangan dalam melahirkan imej keluarga yang baik di mata
masyarakat. Amalan berbudi bahasa dalam keluarga adalah pengukur kepada kekuatan
sesebuah institusi keluarga untuk berdepan dengan kehidupan yang bakal ditempuh. Jika
terdapat ahli keluarga yang tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam sebagai rutin
11

harian, maka runtuhlah tembok keutuhan keluarga tersebut. Tamsilnya, jika seorang ayah
tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan sentiasa menyeksa isteri
dan anak-anaknya, maka individu tersebut adalah tidak berbudi bahasa seterusnya akan
memungkinkan keruntuhan tembok keluarganya. Hal ini secara tidak langsung akan
mewujudkan pelbagai tohmahan yang negatif daripada masyarakat di sekelilingnya.
Bayangkan jika lebih ramai keluarga yang mengalami masalah seumpama ini, maka
masyarakat akan menjadi huru-hara dan ini sudah pastinya mengganggu ketenteraman dan
keselamatan awam.

Selain itu, budi bahasa juga amat dituntut dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia
yang berhemah tinggi seterusnya bertoleransi dalam semua aspek kehidupan agar hasrat
untuk menjayakan slogan 1 Malaysia seperti mana yang telah dicetuskan oleh Perdana
Menteri, YAB Dato. Seri. Najib Tun Abdul Razak. Hal ini demikian kerana, bangsa yang
bertamadun dan mempunyai kelas pertama lahir daripada pembudayaan budi bahasa dalam
kehidupan seharian. Jika semua rakyat di negara ini mengamalkan amalan sopan santun
dan bertatasusila sebagaimana yang telah ditekankan dalam Rukun Negara yang kelima,
iaitu “kesopanan dan kesusilaan”, maka akan terbuktilah bahawa kesedaran masyarakat
tentang peri pentingnya amalan budi bahasa itu dapat ditonjolkan sekali gus mewujudkan
bangsa Malaysia yang berhemah tinggi. Sebagai lontaran tambahan, dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral ada menyebut malah menekankan nilai murni berhemah tinggi ini. Justeru,
para pelajar dari bangku sekolah lagi telah dididik dengan nilai seumpama ini agar mereka
menjadi individu yang sentiasa peka terhadap norma masyarakat di sekeliling mereka. Hal
ini menunjukkan bahawa betapa prihatinnya kerajaan menyisipkan mata pelajaran
Pendidikan Moral dalam modul pembelajaran pelajar seluruh Malaysia. Oleh hal yang
demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep budi bahasa itu merupakan inti pati
yang amat diperlukan dalam usaha mewujudkan bangsa Malaysia yang bertamadun.

Tidak cukup dengan itu, amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam
mencerminkan identiti bangsa Malaysia, malah amalan ini juga begitu berkait rapat dengan
sikap kepimpinan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin di negara kita. Tanpa budi
bahasa yang lahir daripada hati yang telus dan suci, sudah pastinya seseorang pemimpin itu
tidak layak menjadi pembimbing kepada masyarakat di sekitarnya. Bayangkan jikalau
semua pemimpin di negara ini tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam kerjaya
mereka sebagai pemacu kegemilangan negara dan dalam institusi pentadbiran negara,
sudah pastinya bumi yang semestinya aman ini akan menjadi kacau bilau. Tambahan pula,
rakyat Melayu amat setia dan taat kepada pemimpin mereka. Mereka akan melakukan apa
sahaja sebagaimana yang diarahkan oleh pemimpin mereka dan mereka akan menyangka
kerja tersebut baik untuk dilaksanakan, tetapi mereka tidak tahu bahawa pemimpin mereka
12

itu sedang menyeksa mereka melalui sikap tidak berbudi bahasa mereka. Maka, bukanya
pemimpin itu sendiri yang mendapat implikasi buruk yang berpunca daripada sikap mereka,
malah lebih kepada rakyatnya, Hal ini amat berkait rapat dengan peribahasa Melayu yang
berbunyi, “ gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah”. Akibatnya,
keamanan yang telah sekian lama dinikmati oleh rakyat di negara ini akan bertukar menjadi
keseksaan dan huru-hara. Oleh itu, jelaslah bahawa, konsep budi bahasa itu amat dituntut
dalam memperkukuhkan institusi kepimpinan dan pentadbiran di negara kita, yakni negara
Malaysia.

Seperti yang telah kita sedia maklum, salah satu kemaslahatan amalan berbudi
dalam kalangan masyarakat adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat
majmuk berbilang etnik di Negara kita. Peribahasa Melayu pernah mengatakan bahawa
sesebuah Negara dapat berkembang dengan maju dan pengaruh-pengaruh luar yang
negatif tidak dapat menggugat kestabilan Negara dengan mudah apabila masyarakat
bersatu.Masyarakat yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi akan saling menghormati
dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, taraf dan umur individu
tersebut. Dengan ini, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan ceria
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza daripada aspek budaya, adat dan
kepercayaan. Secara tidak langsung, pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum
atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun
kemerdekaan Negara yang ke-51, iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan “Perpaduan
Teras Kejayaan”, telah jelas menunjukkan kepentingan perpaduan kaum dalam Negara kita
yang terdiri daripada rencaman bangsa.

Seterusnya, seandainya kita tinjau dari sudut perspektif yang lain, pemimpin
generasi masa depan yang berdedikasi juga dapat dilahirkan sekiranya wujudnya amalan
berbudi dalam kalangan masyarakat. Bakal pemimpin yang berwibawa akan dapat
mentadbir Negara dengan lancar dan membawa negara terus berkembang kerana
mendapat sokongan padu daripada rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja
merupakan aset yang sangat bernilai dan unggul kepada Negara kerana mereka akan
beriltizam menjadi generasi pelapis yang bakal menerajui kepimpinan Negara. Senario ini
selaras dengan kata pepatah “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Oleh itu,
budi bahasa mestilah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat
menghindarkan diri mereka daripada kancah gejala sosial. Selain itu, pemimpin yang
berbudi juga dapat meningkatkan imej Negara kerana pemimpin dan rakyat dari negara lain
akan kagum dan menghormati Negara kita. Kesannya, hubungan diplomatik bagi menjamin
kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalankan dengan mudah. Dengan itu, Negara
kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan hal ini akan menjadi
13

kebanggaan masyarakat kita.

Jika kita telusuri dari skor yang lebih luas, amalan berbudi dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun
merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang
luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada era tersebut dapat berjaya
membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti apabila tamadun
Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun
pada masa itu teknologi masih belum berkembang seperti kontemporari. Walau
bagaimanapun, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar
sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati. Hal ini seolah-olah
masyarakat kita masih hidup dalam zaman jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup
masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah.

Dari kaca mata yang lain, industry pelancongan sesebuah negara juga dapat
berkembang maju. Masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan
nilai-nilai positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap
pelancong asing. Hal ini signifikan agar dapat meninggalkan imej yang positif dalam diri
pelancong terhadap negara kita. Bukan itu sahaja, pelancong juga akan mempunyai
percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka dialu-
alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Oleh itu, para pekerja dalam Jabatan
Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan iltizam yang lebih signifikan dan sentiasa melemparkan senyuman dan bertutur
dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Budaya murni seperti
ucapan selamat datang, amalan berterima kasih patutlah diserapkan dalam jiwa dan raga
setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka
dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di Negara kita.

Akhirulkalam, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi yang sepatutnya menjadi


kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dilestarikan, dipulihkan dan
dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi
pernah mengatakan bahawa negara kita akan mudah dikalahkan sekiranya kita mempunyai
infrastruktur kelas pertama tetapi mentalitinya berada di kelas ketiga. Oleh hal yang
demikian, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat
mustahak untuk negara mencapai cita-citanya sehingga mencapai taraf negara maju yang
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di seantero dunia.
Dalam menanam amalan berbudi dalam setiap individu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-
14

Nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan


kesedaran rakyat tentang pentingnya amalan berbudi bahasa. Bukan itu sahaja, semua
pihak haruslah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap
bagai enau dengan belukar melepaskan pucuk masing-masing. Seiring dengan itu, kita
berharap agar menjelang tahun 2020, tabiat negatif sudah lupus daripada memori setiap
rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepentingan
amalan berbudi dalam masyarakat terpapar dalam pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji diatas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

1.2 Kesantunan Bahasa Berdasarkan Pandangan Tokoh-Tokoh Yang Tersohor.

Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan menurut perspektif Melayu ialah
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung kepada pendengar.

Hal ini beliau tegaskan dengan tiga idea mahakarya beliau, iaitu:

1. Kesantunan masyarakat Melayu adalah berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
2. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
3. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang lain.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kesantunan ialah kaedah atau strategi
yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan
kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku atau tutur kata yang santun. Strategi
Kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah:

Rajah 1.6: Strategi Kesantunan

Asmah Haji Omar telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis, iaitu:

1. Kesantunan Asas, dan


2. Kesantunan Berkala.
15

Seperti dalam Rajah di bawah:

Jenis
Kesantunan

Kesantunan Asas Kesantunan Berkala

Merupakan kesantunan sedia ada yang Merupakan kesantunan yang


merupakan pedoman bagi masyarakat menggambarkan ucapan yang dilakukan
berhubung antara satu sama lain. oleh masyarakat dalam hubungan antara
satu sama lain mengikut keadaan, situasi
dan tempat tertentu.

Dengan cara adanya sikap berbaik-baik Antaranya, taraf dan peranan orang yang
antara satu sama lain yang bercakap, di mana dan dalam keadaan
menghendaki ahli masyarakat bersopan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan
santun antara satu sama lain. dan mengapa percakapan itu berlaku dan
cara percakapan disampaikan.

Ini kerana, dalam masyarakat yang Misalnya, di antara rakyat biasa dengan
bertamadun terdapat asas kesopanan raja, rakyat dengan pemimpin, di antara
yang dikaitkan dengan didikan sejak anak murid dengan guru dan lain-lain.
awal lagi seperti yang terdapat dalam Komunikasi tersebut mempunyai adab dan
slam atau agama-agama lain. etika tertentu.

Sumber: Prof. Asmah Haji Omar (2000)

Internet

Rajah1.7: Jenis Kesantunan

Prof. Asmah Haji Omar


16

Leech (1983) pula menginterpretasikan kesantunan bahawa kesantunan sebagai


perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

1. Bahasa mesti halus.


2. Beradab sopan.
3. Perlakuan lemah lembut.
4. Berbudi pekerti.

Leech juga ada menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang


mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. kesantunan
bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan
prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. J. Ferguson dan Das Gupta
telah menegaskan bahawa kesantunan berlaku apabila:

1. Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.


2. Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
3. Timbul perasaan ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
4. Untuk mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.

Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW melalui hadis-hadis:

“Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik
atau lebih baik diam.”
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari
Kiamat ialah orang tang paling banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.”
“Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia
berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia khianat.”
“Janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah
hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang akhlaknya baik.”
17

Menurut Hamka:

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang
keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

Hamka

Menurut Aristotle:

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya.
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Aristotle

Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Khalifah Abdul Malik Marwan


18

Menurut Confucian, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep


ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia. Sifat-sifat
tersebut adalah seperti dalam Rajah di bawah:

Ketaatan kepada ibu bapa


Ketaatan kepada ibu bapa
Kasih sayang

Menghormati orang lain

Sifat-sifat dalam Patuh


Kesantunan
Sopan santun

Melakukan kebajikan

Melayan orang lain dengan baik

Benar
Rajah1.8: Sifat-sifat dalam Kesantunan

Pengasas Confucian: Confucius

Brown dan Levinson (1987:62), pula ada


menginterpretasikan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman
Muka (TAM) kepada pendengar. Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang
terbahagi kepada dua yang merupakan kehendak masyarakat sejagat, iaitu:

1. Muka Positif
2. Muka Negatif
19

Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman
terhadap muka pendengar.

Watts et. al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang
digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.

Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang


diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan
yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.

Sebagai tambahan, Fraser dan Nolan (1981:96), pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Berdasarkan pentakrifan dan interpretasi beberapa tokoh di atas. dapatlah disimpulkan


bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan
sentiasa menjadi hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran
Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa
sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi
perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan
penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan diterima sebagai perlakuan
yang santun. Kesantunan dalam bahasa juga boleh diwujudkan dalam mementingkan
budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat
dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman
dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan
mengharmonikan masyarakat sebagai sejagat yang bertanggungjawab. Dalam pantun juga,
unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:

Sedap pulut santan binasa,

Sedap mulut badan binasa

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.

Yang baik itu budi yang bahasa.

Sumber: Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Karya
Noriati A. Rashid
20

Kesimpulannya, kesantunan bahasa dapat diinterpretasikan sebagai penggunaan


bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung
kepada pendengar, perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi, berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai
usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik, kata-
kata yang lemah dan beradab yang dapat melembutkan hati dan manusia yang keras, akal
dan adab yang meninggikan darjat seseorang, bukannya asal keturunannya, usaha untuk
mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar, merupakan tingkah
laku yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal
manusia, kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan
ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi
renggang dan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.

1.3 Aspek Kesantunan Berbahasa, Bentuk dan Jenis Kesantunan Warisan Budaya
Bangsa Masyarakat Malaysia

1.3.1 Kesantunan Berbahasa

Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat dituntut demi menjaga


integrasi nasional yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini
kerana adalah amat wajib untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan
berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta
penggunaan bahasa. Tidak semestinya bahasa yang gramatis mahupun puitis yang
digunakan tetapi cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi
sama ada secara lisan mahupun secara tulisan.

1.3.2 Konsep Kesantunan Berbahasa

Kesantunan merujuk kepada kesantunan berbahasa dan aspek nonverbal seperti


mimik muka, tingkah laku dan nada suara. Kesantunan diertikan sebagai kehalusan budi
bahasa atau budi pekerti dan kesopanan mahupun ketinggian maruah diri seseorang.
Menurut Hj. Mohd. Samsuddin Mahmod dari Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kampus
Bahasa Melayu Kuala Lumpur, kesantunan merujuk kepada perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam suatu interaksi (Lakoff,1975:64) dan merupakan penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah,
21

2000:88). Dalam konteks inspirasi mahakarya ini, konsep kesantunan adalah lebih condong
kepada kesantunan berbahasa. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa kesantunan berbahasa
diinterpretasikan sebagai penggunaan kata-kata (bahasa) dan perlakuan yang sesuai dalam
suatu komunikasi yang tidak menimbulkan konflik di mana si pelaku bahasa sentiasa
menjaga air muka dengan si pendengar dengan hati yang telus dan ikhlas berpaksikan
keharmonian dalam hubungan manusia.

Dalam mewujudkan masyarakat yang sentiasa bersatu padu konsep kesantunan


berbahasa dilihat amat penting sebagai wadah untuk menjayakan usaha ini. Konsep
kesantunan berbahasa yang wujud di negara kita, Malaysia merupakan budaya yang
sememangnya menjadi warisan budaya oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
agama, bangsa, budaya dan keturunan mahupun asal-usul. Amalan murni seumpama ini
sememangnya telah pun diamalkan oleh masyarakat di negara ini sejak terbinanya kerajaan
Malaysia. Bukan begitu sahaja, penerbitan buku-buku ilmiah dan sastera yang berunsurkan
nilai budi bahasa dan kesantunan kini semakin banyak memenuhi rak perpustakaan di
seluruh Malaysia. Dari perspektif yang lain, nama negara yang bertuah lagi permai ini kini
meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat dunia kerana nilai budayanya yang amat tinggi.

Kita boleh membuka kelopak mata kita untuk melihat sejauh mana aspek
kesantunan ini diamalkan di Malaysia sebagai warisan budaya yang unggul. Lihat sahaja
agama yang menjadi pegangan setiap masyarakat di negara ini yang menekankan amalan
bersopan santun dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam agama Kristian ada
tertera dalam Kitab Suci ( Bible) bahawa “ barang siapa yang berdosa kerana matanya,
cungkil lah mata itu lebih baik daripada seluruh tubuh mengalami keseksaan di api
neraka. Dan, barang siapa yang berdosa kerana mulutnya, lebih baik menutup mulut
atau bisu daripada seluruh tubuh mengalami keseksaan di api neraka yang penuh
dengan noda dan dosa dan gertakan gigi yang tidak terhenti-hentinya”. Maka, jelaslah
bahawa amalan seumpama ini tidak dapat kita nafikan sebagai warisan budaya bangsa
Malaysia.

Kesantunan (politeness) bahasa ( language), (‘politeness in language’) dapat


dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam perlakuan, pertuturan
dan penulisan. Aspek kesantunan yang terdapat dalam pertuturan, perlakuan dan penulisan
menyebabkan kesantunan mempunyai bentuk dan jenisnya yang tersendiri, iaitu kesantunan
verbal, kesantunan nonverbal kesantunan lisan dan kesantunan penulisan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah di bawah:
22

1.3.3 Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan Kesantunan Kesantunan Kesantunan


Verbal Nonverbal Lisan Penulisan

Komunikas Bahasa Komunikas Komunikas


i lisan tubuh i tidak i bertulis
Bahasa Gerakan formal
sapaan mata Komunikas
Protokol Gerakan i tidak
kata dan tangan khalayak
panggilan Mimik
muka

Rajah 1.9: Bentuk dan jenis kesantunan

1.3.3.1 Kesantunan Verbal

Kesantunan Verbal merupakan pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran,


perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu dan persoalan lantas memperlihatkan
identiti seseorang ( Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff,2009).
Sehubungan itu, berdasarkan Rajah 1.3, kesantunan verbal boleh dibahagikan kepada tiga,
iaitu komunikasi lisan, bahasa sapaan dan kata panggilan.

 Kesantunan Lisan

Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi lisan atau verbal. Pearson, J. C.
Dan Nelson, P. E. (2000) menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf
atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat
yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002),
komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orag berbual secara
bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan silaturahim antara manusia
dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini
23

biasanya boleh berlaku secara tidak formal misalnya seperti perbualan dengan kawan atau
keluarga (Gambar 1.1), manakala komunikasi formal pula adalah seperti mengajar,
mesyuarat, taklimat, temuduga, dan pengucapan awam seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar 2.0.

Gambar 2.1 Gambar 2.2

Komunikasi Tidak Formal Komunikasi Formal

Perbincangan Kumpulan Mesyuarat

 Bahasa Sapaan

Bahasa sapaan merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan yang betul dan
sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Secara umumnya, bahasa sapaan
mempunyai kaitan rapat dengan kata nama ganti diri yang perlu disesuaikan dengan
masyarakat penutur. Peranan bahasa sapaan amat penting kerana ada ketikanya
mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.
Oleh itu, tidak hairanlah jika penggunaan bahasa sapaan yang tidak tepat boleh
mengundang situasi konflik. Sehubungan itu, penggunaan bahasa sapaan mempunyai
kaitan yang erat dengan ciri kesantunan dalam masyarakat.

Bahasa sapaan adalah berbeza untuk situasi formal dan tidak formal maka penutur
tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa sapaan yang tepat dapat menyumbang
kepada keharmonian masyarakat.

 Protokol Kata Panggilan


24

Perkataan protokol berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pelekat


pertama sebagai taraf pada zaman Yunani. Selain itu, protokol turut didefinisikan sebagai
susunan keutamaan dalam pangkat dan status serta prosedur yang betul dalam pertukaran
diplomatik dan dalam upacara-upacara negara. Amalan Protokol meliputi penggunaan
bahasa sapaan, adab berbual, penggunaan bahasa istana, dan panggilan hormat.
Sehubungan itu, panggilan hormat yang perlu mengikut protokol dalam ucapan rasmi atau
pengacaraan bagi sesuatu majlis ditunjukkan dalam Rajah 2.0,:

Rajah 2.3: Panggilan hormat dengan protokol

1.3.3.2 Kesantunan Nonverbal

Konsep nonverbal ataupun tuna bahasa lisan (tanpa bahasa lisan) merujuk kepada
gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi
nonverbalmerupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan
mata, dan gerakan tangan.

 Bahasa Tubuh

Menurut Zainal Abidin Kasim (1990), bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan
yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting
kerana mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang
individu. Jika seseorang gagal membaca bahas tubuh orang yang dilawan bercakap,
seseorang penutur seperti penceramah misalnya akan gagal menyakinkan khayalaknya.

 Mimik Muka

Mimik muka merujuk kepada riak muka seseorang yang mempunyai pelbagai maksud
tersirat. Mimik muka dapat menyatakan emosi kehendak dan harapan seseorang. Mimik
muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.

 Gerakan Mata

Gerakan Mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi nonverbal. Semua gerakan
mata yang berlaku secara spontan dapat ditafsirkan seperti dalam Rajah 1.5 yang berikut.

Rajah 2.4: Gerakan Mata

 Gerakan Tangan
25

Emblems ialah tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu
maksud tetapi illustrators pula gerakan tangan yang digunakan bersama-sama ucapan
untuk membantu ataupun mengukuhkan pemahaman. Ciri kesantunan amat perlu diambil
perhatian agar gerakan tangan yang digunakan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Emblems dipengaruhi oleh budaya sesuatu bangsa, misalnya menunjukkan ke arah


seseorang dengan menudingkan ibu jari adalah lebih sopan jika dibandingkan dengan
penggunaan jari telunjuk dalam budaya Melayu. Emblems lain yang mempunyai mesej
tersendiri ditunjukkan dalam gambar 1.3.

Illustrators wujud apabila seseorang bertutur sama ada disengajakan ataupun tidak.
Illustrators yang digunakan tanpa disedari apabila bertutur berlaku seiring dengan setiap
patah perkataan yang diujarkan namum penutur perlu mengawalnya agar santun dan tidak
menyinggung orang lain. Selain itu, secara disedari illustrators dijelmakan oleh penutur agar
khayalaknya memahami sesuatu perkara yang diperkatakan seperti dalam Gambar 1.4. Di
samping itu, illustrators juga terdapat misalnya apabila berbicara tentang burung, penutur
menggerak-gerakkan kedua-dua belah tangan seakan sedang terbang.

Perbezaan diantara kesantunan verbal dan bukan verbal:

Kesantunan
Verbal Nonverbal
1 Kesantunan verbal merupakan 2 Kesantunan bukan verbal merupakan
kesantunan yang diperlihatkan bahasa komunikasi bukan lisan yang
secara lisan atau bukan bertulis melibatkan isyarat tangan, air muka
Bahasa Halus dan gerakan badan.
I. Bahasa halus digunakan dengan 3 Kesantunan bukan verbal mampu
meluas dalam ungkapan menggambarkan personaliti, tujuan
bertatasusila supaya tidak dan status sosial seseorang individu.
menyinggung perasaan orang lain 4 Komunikatif lisan yang disepadukan
semasa berkomunikasi. dengan bahasa tubuh akan lebih
II. Penggunaan bahasa halus berkesan dan maksud yang
melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu disampaikan lebih jelas.
ditandai nada pengucapan yang 5 Dalam interaksi keluarga dalam
rendah, lembut dan sesuai walaupun masyarakat Melayu, interaksi tidak
sewaktu menyindir, tidak akan selalu bergantung kepada pemilihan
menimbulkan perasaan orang lain. perkataan dan struktur ayat.
Contoh: 6 Penekanan utama dalam konteks

a) “Terima kasih” kesantunan berbahasa, dalam


26

b) “Selamat datang” penggunaan bahasa yang sesuai


c) “Sila masuk” dalam bahasa Melayu ialah cara
d) “Jemput duduk” perkataan atau frasa diucapkan dan
e) “Tolong hulurkan bantuan” sering kali disertai oleh gerak badan
f) “Minta kerjasama” yang melibatkan air muka, isyarat
tangan serta gaya dan kedudukan
badan pihak yang bercakap.
7 Gerakan anggota badan kita mampu
menyampaikan mesej yang akan
difahami oleh orang lain.
Kata Panggilan atau Kata Ganti Nama Diri A. Gerakan Mata
I. Kesantunan dalam berbahasa juga I. Gerakan mata ke sana dan ke mari
dapat dilihat daripada penggunaan menunjukkan seseorang itu tidak
kata panggilan atau rujukan kehormat berminat melihat dan mendengar
yang betul dan sesuai. sesuatu yang disampaikan
II. Kesilapan dalam dalam rujukan kepadanya.
kehormat boleh menyebabkan II. Mata dan dahi berkerut menunjukkan
seseorang berasa tersinggung dan seseorang itu berminat tetapi tidak
marah. percaya.
III. Dalam Bahasa Melayu, penggunaan III. Mata berkelip lebih laju daripada
kata ganti nama diri orang berkait biasa menunjukkan seseorang
rapat dengan bentuk sapaan yang tersebut sedang berdusta dan
mengambil alih kata ganti nama sekiranya seseorang itu tidak
untuk memberi penghormatan atau memandang mata seseorang yang
kemuliaan kepada seseorang. berbual dengannya, ini menunjukkan
Contoh: bahawa dia sedang malu.
Sekiranya seseorang pensyarah itu
berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi B. Air Muka/Mimik Muka
kesilapan besar sekiranya kita memanggil I. Air muka boleh menggambarkan
beliau dengan panggilan “encik”. emosi, perasaan, harapan,
menambat hati seseorang atau
perasaan kurang senang.
II. Jalinan komunikatif yang mesra
bermula dengan air muka yang
jernih.
III. Mimik muka mempunyai pelbagai
maksud yang tersirat yang dapat
27

diterjemahkan maknanya dalam


komunikasi bukan lisan.

C. Isyarat Tangan ,Gaya dan


Kedudukan Badan
I Tangan kanan digunakan untuk
memegang makanan dan apabila
memberi dan menerima sesuatu.
II Penggunaan tangan kiri
hendaklah dielakkan.
III Jika seseorang itu terpaksa
menuding kepada sesuatu
semasa bercakap atau
berinteraksi terutamanya dengan
pihak yang lebih tua atau yang
dihormati dengan tujuan untuk
menunjukkan seseorang atau
arah, jari telunjuk tidak boleh
digunakan. Lebih sopan jika ibu
jari kanan digunakan. Dalam
masyarakat Melayu, menuding
dengan jari telunjuk dalam situasi
tertentu boleh dianggap sebagai
perbuatan meninggikan diri, yakni
dalam pengertian mengarah atau
memerintah pihak yang
mendengar.
IV Apabila seseorang itu harus lalu
di hadapan pihak yang lebih tua,
yang lebih tinggi tarafnya atau
pihak yang lebih dihormati
seseorang itu hendaklah meminta
izin terlebih dahulu dengan
melafazkan ungkapan “minta lalu”
atau “tumpang lalu”.
V Ucapan meminta izin ini boleh
digantikan dengan perlakuan
28

bukan verbal, antaranya


menundukkan kepala dan
membongkokkan badan sedikit
ketika lalu sambil meluruskan
tangan kanan ke bawah.
VI Perbuatan ini dianggap sopan
dalam masyarakat Melayu.
Rajah 2.8: Perbandingan di antara kesantunan verbal dan bukan verbal

1.3.3.3 Kesantunan Lisan

Kesantunan lisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang beradab dan baik
apabila bertutur . Pertuturan ini meliputi semua bentuk komunikasi sama ada secara formal
ataupun tidak formal. Seseorang perlu menggunakan bahasa yang bersopan serta kata
sapaan yang betul apabila bertutur. Kesantunan lisan khususnya dalam komunikasi tidak
formal menitikberatkan bahasa sapaan yang betul untuk empat golongan, iaitu peringkat
umur, jantina, status perkhawinan, dan pangkat seperti dalam Rajah 1.6.

Rajah 2.5: Faktor Penentu Kesantunan Lisan Komunikasi Tidak Formal

Untuk mengekalkan kesantunan lisan dalam komunikasi khayalak, sikap memberi dan
menerima antara komunikator dan khayalaknya perlu sentiasa diamalkan. Dalam hal ini,
komunikator memainkan peranan penting untuk memastikan keempat-empat perkara berikut
dipatuhi, iaitu:

a) Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khayalak


b) Bertindak balas terhadap maklum balas khayalak
c) Bertukar-tukar fikiran dengan khayalak
d) Memenuhi kehendak khayalak

1.3.3.4 Kesantunan Penulisan

Kesantunan dalam penulisan wujud dalam komunikasi bertulis sama ada secara
formal ataupun tidak formal. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat
29

oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam
bahasa yang betul. Dalam keadaan yang tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi
bahan rekod untuk dijadikan landasan bagi sesuatu tindakan itu diambil. Sehubungan itu,
definisi, ciri-ciri dan jenis-jenis komunikasi bertulis ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Rajah 2.6: Komunikasi Bertulis

Rajah 2.7: Ciri-ciri Kesantunan Penulisan

iv. Terangkan Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal Yang Perlu
Dikuasai Untuk Menyuburkan Amalan Komunikasi Yang Baik dan Berkesan Dalam
Kalangan Masyarakat Kita.

1.4 Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal

1.4.1 Strategi kesantunan Verbal

Dalam aktiviti komunikasi, seseorang bukan sahaja perlu menjaga adabnya bahkan
menghormati pihak yang sedang borkomunikasi. Semua ini akan menghasilkan
persefahaman dan seterusnya dapat mengelakkan percanggahan dalam kelompok.
Seseorang perlu memahami elemen ungkapan yang boleh mengancam air mukanya dan air
muka orang yang dilawan bicara.

Brown dan Levinson (1987) menggolongkan strategi kesantunan verbal kepada empat
aspek, iaitu seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.4.
30

Rajah 2.9 : Strategi kesantunan Verbal Brown & Levinson

Strategi Kesantunan Verbal:

Strategi Kesantunan Contoh Keterangan


Verbal
Strategi toleransi Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan
sesuatu percakapan. Kalau dalam adat istiadat peminangan
masyarakat Dusun, biasanya orang yang lebih tua akan memulakan
perundingan. Perkara yang sama juga berlaku kepada masyarakat
Melayu, India dan Cina.
Strategi bertimbang Menyatakan pemahaman terhadap sesuatu situasi dan jaminan
rasa menyelesaikan sesuatu masalah dengan kadar segera. Hal ini
dapat mengelakkan ketidakpuasan hati atau kekecohan akibat
sesuatu kesulitan yang berlaku.
Strategi memberi Mengucapkan salam dan ucapan selamat apabila bertemu dengan
salam orang lain sebagai tanda hormat dan mengiktiraf kehadiran orang
tersebut.
Strategi bersopan Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan
santun keadaan. Sistem panggilan itu bukan sahaja melibatkan pihak
tertentu dalam majlis rasmi tetapi juga dalam kalangan keluarga
dan rakan-rakan.
Strategi ramah mesra Mengalu-alukan tetamu yang datang ke rumah dengan ucapan
yang baik. Sudah menjadi kelaziman, tetamu akan dimuliakan
dengan penyediaan hidangan mengikut kemampuan.
Strategi tidak Memberikan cadangan atau nasihat yang bersesuaian dan dengan
mementingkan diri penuh sopan serat lemah lembut.
sendiri
Strategi merendah Masyarakat kita biasanya akan menyebut “sudilah datang ke rumah
diri saya yang tidak sepertinya ini” atau “ sudi-sudikanlah menjamah
hidangan yang ala kadar ini”. Dalam bahasa Dusunnya pula, “akano
no ti taakanon i au songkuuro”.
Strategi berterima Contohnya dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang
kasih menghulurkan bantuan kepada kita tidak kira dalam bentuk
material, nasihat atau apabila orang tersebut memberi jawapan
kepada pertanyaan kita.
31

Jadual 3.0: Strategi dan contoh kesantunan verbal

Strategi Kesantunan Nonverbal:

Strategi Contoh Keterangan


Kesantunan
Verbal
Strategi toleransi Memberikan tempat duduk kepada orang tua, wanita hamil, wanita
yang mendukung bayi dan orang yang kelainan upaya sama dalam
komuter, bas atau di premis-premis awam.
Strategi Contohnya dengan menggunakan ibu jari kanan untuk menunjukkan
bertimbang rasa seseorang atau sesuatu. Hal ini bermaksud perbuatan yang sopan dan
menghormati orang lain.
Strategi memberi Menganggukkan kepala atau mempamerkan senyuman sekiranya
salam jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam. Masyarakat India pula
biasanya merapatkan tangan serta meletakkan rapat ke dada mereka.
Strategi bersopan Contohnya membongkokkan sedikit badan ketika melintas orang
santun terutama orang yang lebih tua. Duduk dengan sopan dengan
merapatkan kedua-dua kaki dan tidak duduk menjulurkan kaki jika ada
tetamu. Juga mencium tangan orang yang lebih tua jika memberi
salam.
Strategi ramah Contohnya dengan menunjukkan muka yang manis apabila
mesra berinteraksi dengan orang lain walau dalam apa jua keadaan.
Strategi tidak Contohnya dengan memberikan sumbangan kewangan dan tenaga
mementingkan diri mengikut kemampuan kepada mereka yang ditimpa kecelakaan atau
sendiri sebarang musibah.
Strategi merendah Tidak bertentangan mata atau raut wajah meninggi diri terutama
diri terhadap mereka yang lebih tua supaya tidak dianggap sombong.
Strategi berterima Contohnya dengan memeluk dan mencium ibu bapa atau nenek kita
kasih sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang atas segala
pengorbanan mereka.
Jadual 3.1: Strategi dan contoh kesantunan nonverbal
32

B. Kajian Kes (40%)

Pilih mana-mana satu blog berbahasa Melayu dan bincangkan isu-isu kesantunan
yang terdapat dalam laman web tersebut serta cara-cara untuk menanganinya.

Blog 1: Dipetik dari laman web ‘sinar harian’ yang berunsurkan nilai kesantunan.

http://www.sinarharian.com.my/kecewa-guru-denda-anak-macam-lembu-1.244345

Kecewa guru denda anak macam lembu


25 JANUARI 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing
Services11

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Osman (tengah, duduk) mahu
tindakan tegas, ke atas guru SJKC yang menghukum dua murid seperti lembu. – Foto
Sinar Harian oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Rajah 3.2: Kecewa guru denda anak macam lembu

SUNGKAI – Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan
sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja
sekolah pada Khamis lepas. Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan
loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.
Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya
bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian  menggunakan
telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil
mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook. Katanya beliau
amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu,
anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada
pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini. Siti Aisyah Hashim,
32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar
sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar
dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf
33

guru itu tidak ikhlas. Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak
disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi
amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu
dirotan sebanyak 10 kali. Ketua Polis Daerah Tapah Supt SomSak Din Keliaw
mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu."Siasatan
polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit. Perjumpaan dihadiri
Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang
Padang."Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi
menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
SomSak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana  kedua-dua murid
berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas. Dalam
laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma
mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng
di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama

Keterangan:

Berasaskan artikel berita yang dipetik dari laman web ‘sinar harian’ di atas, jelas
menunjukkan kepentingan amalan nilai kesantunan yang berpaksikan nilai rasional dalam
kehidupan. Saya telah memilih bahan ini kerana ia amat sesuai dan jelas bertemakan nilai
kesantunan.

Tajuk artikel berita tersebut ialah “Kecewa guru denda anak macam lembu” yang
bertarikh 25 Januari 2014. Seperti yang dinyatakan, kejadian ini berlaku di salah sebuah
sekolah rendah aliran Cina di daerah Sungkai.

Pertamanya, isu kesantunan yang dapat dikaitkan dengan bahan yang saya pilih ini
adalah isu pendidikan. Seperti mana yang kita tahu, tugas seorang guru adalah mendidik
generasi muda dengan cara yang betul dengan menerapkan unsur-unsur nilai kesantunan
yang tinggi. Selain meneruskan transmisi ilmu pengetahuan, guru menjadi suri teladan
kepada anak didiknya. Namun, dalam bahan saya ini, tugas seorang guru tidak diamalkan
dengan betul, di mana seorang guru lelaki yang mengajar Bahasa Inggeris telah mendenda
dua orang muridnya kerana tidak membuat kerja sekolah. Guru berusia 26 tahun itu
dikatakan telah mengalungkan loceng di leher kedua-dia murid lelakinya dan diberi makan
rumput serta dipanggil 'lembu'. Berfikir sepinta lalupun, kita menganggap perbuatan itu
sebagai perbuatan yang kurang baik dan tidak selari dengan tugas yang harus dipikul oleh
seorang guru. Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan
dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam
34

bagi menyelesaikan perkara itu. Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya
memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau
menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas. Maka, adalah tidak baik jika guru
tersebut berkelakuan seumpama demikian. Jadi, sebagai lontaran idea pengurai tali guru itu
perlu diberi amaran oleh majikannya, iaitu Guru Besar sekolah tersebut dan daripada pihak
polis agar beliau tidak mengulangi perkara itu di kemudian hari. Guru itu perlu sedar bahawa
beliau perlu manjaga keterampilan dan melaksanakan tugas-tugas manusiawi, iaitu memberi
penjelasan tentang transformasi diri, identifikasi diri dan pengertian tentang diri sendiri.

Isu kedua yang berkaitan denga bahan ini adalah isu gejala sosial. Masalah yang
ditekankan dalam artikel berita ini adalah berkaitan dengan masalah buli. Bukan buli yang
dilakukan oleh pelajar tetapi buli yang dilakukan oleh guru itu sendiri. Perbuatan mendenda
anak murid dengan mengalungkan loceng di leher anak murid sambil diarahkan untuk
tunduk ke arah bumi dan disuruh memakan rumput serta digambar dan ditunjukkan kepada
pelajar yang lain adalah satu perbuatan buli yang agak melampau kerana amat jarang sekali
guru berkelakuan seumpama ini. Perbuatan ini boleh kita kategorikan sebagai perbuatan
buli terhadap fizikal, emosi dan mental. Murid akan mengalami fobia dan takut apabila
hendak ke sekolah kerana perasaan malu tan takut itu menghantui mereka. Sebagai cara
mengatasinya, guru lelaki tersebut perlu didenda kerana menurut Confucious, tindakan yang
tegas mampu mengubah sikap manusia.

Isu seterusnya yang terdapat dalam laman web tersebut adalah isu sikap ibu bapa.
Ibu bapa berperanan penting dalam menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Hal ini
kerana, ibu bapa merupakan mereka yang amat rapat dengan kehidupan anak-anak muda.
Tambahan pula, institusi keluarga merupakan kilang terpenting yang akan menghasilkan
produk insan yang bersahsiah terpuji. Namun, dalam laman web ini, kita dapati bahawa ibu
kepada mangsa iaiitu Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32 tahun tidak menggunakan akal
fikirannya secara rasional, dimana beliau cepat percaya dengan kata-kata rakan anak
lelakinya. Beliau sepatutnya berfikir terlebih dahulu secara rasional untuk mengesahkan
berita yang disampaikan oleh rakan anaknya itu. Beliau perlu bertemu dengan guru tersebut
untuk membincangkan masalah sedemikian rupa. Jika ini diamalkan, sudah pastinya
anaknya itu akan mencontohi sikap rasional seperti itu.

Selain itu, isu kesantunan yang seterusnya adalah isu pengaruh pemimpin.
Pemimpin yang dimaksudkan adalah guru dan ibu bapa. Sebagai seorang guru, guru lelaki
Bahasa Inggeris itu perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak
didiknya dan bukannya memperlihatkan sikap yang tidak selari dengan profession keguruan.
Perbuatan buli dengan mengalungkan loceng di leher anak didik sambil mengarahkan
35

mereka memakan rumput adalah satu perbuatan yang amat kejam yang bercanggah
dengan norma masyarakat sekeliling. Perbuatan seumpama ini akan menyebabkan para
pelajar cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama dan ini akan mewujudkan
suasana persekitaran yang kurang selesa di sekolah. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab
dengan anak-anak mereka. Contohnya, seperti apa yang telah dilakukan oleh Siti Aisyah
Hashim, 32, ibu kepada mangsa yang telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan
guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai bagi menyelesaikan perkara itu.

Isu yang seterusnya adalah isu keberkesanan undang-undang. Undang-undang atau


peraturan yang dilaksanakan di sekolah perlulah tegas dan melibatkan semua kakitangan
sekolah termasuklah guru-guru. Sebagai pemimpin, Guru Besar sekolah terbabit perlulah
peka akan kejadian yang berlaku dan memberikan amaran kepada guru berkenaan agar
guru tersebut tidak melakukan perbuatan sedemikian di kemudian hari.

Akhir sekali, isu semasa teknologi maklumat pada masa hadapan. Penggunaan
bahan berteknologi tinggi seprti telefon bimbit perlulah mengikut aturan yang ditetapkan
ataupun mengikut cara yang baik. Guru tersebut tidak boleh menggunakan telefon bimbitnya
untuk tujuan menjatuhkan maruah anak didiknya dengan menggambar atau merakam
perbuatan muridnya seperti mana yang diarahkannya dan menunjukkannya kepada murid-
murid yang lain. Perbuatan ini akan mendatangkan perasaan malu kepada murid terbabit
dan mereka akan berasa fobia untuk ke sekolah di kemudian hari. Maka, penggunaan
teknologi moden seumpama ini perlulah berasaskan rasional dan mengikut cara ynag betul
agar persekitaran yang harmoni dapat dijana.

Blog 2: Dipetik dari sebuah video dari Youtube yang berunsurkan nilai kesantunan.

Saya telah memilih dan muat turun sebuah klip video yang bertemakan “Budi
Bahasa” dengan nama “Ada Yang Melihat”. Klip video ini mengisahkan tentang pergerakan-
pergerakan kecil yang mungkin tidak diambil berat tetapi mampu menunjukkan peribadi
seseorang. Dalam klip video ini, terdapat lima kejadian yang menunjukkan contoh
seseorang yang tidak berbudi bahasa. Klip video ini bertujuan untuk memberikan peringatan
kepada orang ramai supaya sentiasa berbudi bahasa sepanjang masa. Hal ini kerana
perlakuan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain. Bagi golongan remaja dan orang tua,
kita haruslah sentiasa menjadi contoh yang baik bagi generasi muda.

Bentuk penyampaian mesej dalam klip video ini ialah melalui pandangan orang lain
terhadap perlakuan yang tidak berbudi bahasa khususnya bagi anak-anak yang merupakan
36

harapan dan bakal pemimpin negara. Kejadian pertama dalam klip video ini ialah
penyampaian maklumat bahawa beramah mesra peribadi mulia tetapi segala perlakuan
dilihat juga. Dalam kejadian ini, seorang ibu membawa anaknya ke taman. Seorang
kawannya datang dan ibu tersebut sambut kawannya dengan mesra, manakala kawan
tersebut gembira menarik perhatian anaknya yang comel itu. Ibu yang kelihatan mesra dan
baik itu membuang sampah ke lantai dan perlakuan ini dilihat oleh anaknya. Walaupun anak
tersebut masih kecil, tetapi dia mungkin terpengaruh dengan sikap ibunya itu.

Kejadian yang kedua ingin menekankan nilai hormat menghormati sebagai budaya
kita. Kisahnya sebegini, seorang pemandu yang mungkin kesuntukan masa ingin pergi ke
sesuatu tempat sedang memandu dengan kelajuan yang tinggi di laluan kanan jalan raya.
Dia dihalang oleh sebuah kereta yang memandu dengan perlahan-lahan di hadapan
laluannya dan dia berasa geram. Dia memandu sambil membunyikan hon lalu memotong
kereta tersebut. Dia telah turunkan tingkap keretanya dan memarahi pemandu yang
memandu dengan perlahan itu. Seluruh kejadian ini disaksikan oleh anak lelaki pemandu
yang tidak berbudi bahasa itu. Dalam kes ini,pemandu haruslah beretika dan saling
menghormati antara pengguna jalan raya yang lain kerana jalan raya milik semua. Kita
boleh memilih memotong kereta tersebut apabila selamat tetapi kita haruslah menjaga
perasaan pemandu tersebut. Kita tidak haruslah membunyikan hon dan lebih-lebih lagi
marah pemandu tersebut.

Kejadian ketiga yang dirakamkan ingin menerapkan nilai bertimbang rasa terhadap
warga tua. Seorang ibu tergesa-gesa membawa anak perempuannya masuk melalui pintu
kaca. Pada masa yang sama, seorang warga emas yang sedang membawa benda yang
banyak juga ingin masuk melalui pintu kaca tersebut. Budak perempuan itu kelihatan ingin
membuka pintu untuk nenek tua tersebut tetapi dia telah dibawa atau dengan lebih tepat,
ditarik ke arah lain oleh ibu tersebut tanpa manghiraukan warga emas tersebut. Dalam kes
ini, kita seharusnya bertimbang rasa dan sedia membantu orang lain yang memerlukan
bantuan khasnya warga emas yang sudah uzur dan kurang cekap. Ketika bertembung
dengan masalah sebegini, kita seharusnya tolong orang tua tersebut mengangkat
barangnya agar dapat meringankan beban dia.

Video ini juga mempunyai mesej untuk menegur kita supaya manjadikan jujur dan
amanah sebagai amalan kita. Seorang remaja tidak menunjukkan peribadi yang berbudi
bahasa kerana dia sebagai seorang kakak telah mencuri wang ibunya di depan adik
perempuannya yang masih muda. Sebagai kakak, dia langsung tidak tahu malu kerana
lepas dia ambil duit tersebut,dia memberikan lagi isyarat badan kepada adiknya supaya
37

tidak memberitahu ibu mereka tentang perkara tersebut. Untuk menengani masalah ini, kita
semestinya mempunyai nilai amanah iaitu sikap tanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain. Kita boleh ambil langkah berbincang dengan ibu
bapa jika kita memerlukan duit untuk membeli sesuatu bukannya mengambil langkah mudah
dengan mencuri.

Kesantunan seterusnya yang ditunjukkan dalam klip video ialah mengenai


keikhlasan etika kerja. Seorang pemuda telah menyapu daun kering di halaman rumahnya
dan selepas dia siap menyapu, dia membuangkan daun-daun kering tersebut ke halaman
rumah jirannya. Balasannya, perbuatan yang memalukan ini dirakam oleh seseorang dan
dipamerkan di laman internet lalu perbuatan ini dinilai oleh rakan lain di internet.

Konklusi yang kita boleh simpulkan daripada klip video tersebut ialah manusia hari ini
biasa melakukan perlakuan yang tidak berbudi bahasa hasil daripada kesan media massa
seperti muzik, drama dan wayang yang menyampaikan mesej yang tidak bagus. Pemikiran
pemuda-pemudi akan tercemar lama-kelamaan dan mereka tidak akan berasa bersalah
terhadap perbuatan mereka yang tidak berbudi bahasa itu.

Oleh itu, kerjasama harus wujud antara masyarakat dengan kerajaan untuk
meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Antara langkah yang mesti diambil ialah melalui kempen kesedaran tentang
pentingnya kesantunan berbahasa terhadap pembangunan Malaysia. Kerajaan dan
persatuan-persatuan harus menggalakkan rakyat untuk menghadirkan diri ke kempen yang
berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui kepentingan dan kebaikan kesantunan terhadap
diri-sendiri dan negara.

Di samping itu, kerajaan juga perlu menyemaikan semangat “budi bahasa budaya
kita” melalui media massa. Kita bukan sahaja perlu menyebarkan slogan “budi bahasa
budaya kita”, tetapi juga perlu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan
boleh menyiarkan kepentingan dan cara kesantunan berbahasa di media massa seperti
televisyen, radio dan papan tanda.

Lain daripada itu, cara yang lain untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam
kalangan masyarakat ialah melalui pendidikan. Di sekolah, terdapat mata pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik yang merupakan mata pelajaran dapat memupuk
kesantunan berbahasa dan seterusnya mewujudkan perpaduan. Bagi Pendidikan Moral,
terdapat sukatan di mana setiap pelajar dikehendaki untuk menghafal definisi bagi setiap
nilai murni dan secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan kesantunan berbahasa dalam
38

kalangan masyarakat.

C. Refleksi
Saya Velter Jailih, telah menjalankan tugasan kerja kursus bagi GSB1012 iaitu
Kesantunan Masyarakat Malaysia. Sebelum menjalankan tugasan ini, persoalan yang
berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini kerana ini adalah kali pertama saya melakukan kerja kursus sendiri.
Walaupun saya pernah melakukan kerja kursus semasa di sekolah menengah, saya tidak
berkeyakinan untuk melakukan kerja kursus ini kerana kerja kursus yang dilakukan semasa
di sekolah menengah adalah bawah bimbingan guru sepenuhnya. Lagipun pada masa yang
sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh
yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahanan saya
untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagiamanapun, saya tetap tidak mengambil
mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang
telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini
mengikut arahan yang telah diberikan.
Saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan masalah sepanjang saya
menyiapkan kerja kursus ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah buku rujukan yang
terdapat di pusat sumber adalah terhad. Hal ini telah menyebabkan saya tidak dapat
mencari buku yang saya perlukan dan menyebabkan saya sukar mencari maklumat yang
saya perlukan untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah mencari
rujukan tambahan di internet namun begitu, ini juga menjadi satu masalah di mana
maklumat yang terdapat di internet kadang-kala mengelirukan saya. Saya tidak dapat
mengenalpasti sama ada sesuatu maklumat itu betul atau salah kerana internet mempunyai
pelbagai maklumat yang berbeza. Ini telah membebankan saya lagi untuk semak buku
rujukan untuk memastikan maklumat yang saya dapat adalah betul dan merupakan fakta.
Tambahan pula, kekangan yang saya hadapi semasa membuat tugasan ialah saya tidak
cukup masa untuk melakukan tugasan ini. Hal ini kerana saya tidak merancang masa
dengan baik semasa melakukan tugasan kerja kursus. Tarikh penyerahan tugasan ini juga
bertindih dengan tugasan yang lain tetapi saya tidak menekankan perkara ini dan
menyebabkan saya tidak melakukan persediaan awal.
Antara cara untuk mengatasi masalah yang dinyatakan ialah pihak sekolah boleh
membekalkan pelbagai jenis buku di pusat sumber agar memudahkan pelajar meminjam
buku yang mereka perlukan supaya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus dengan
lebih mudah. Selain itu, saya akan mempelajari teknik-teknik mencari maklumat di internet
melalui sumber yang dipercayai agar tidak mengelirukan saya semasa mencari maklumat.
Di samping itu, saya juga hendaklah menyediakan jadual waktu agar dapat menyelesaikan
39

tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Saya akan mengehadkan atau mengelakkan
aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain permainan komputer, menonton
siaran hiburan dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan pembaziran masa supaya
kehidupan juga akan turut menjadi lebih bermakna.
Di samping itu, bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di
atas, saya telah mengambil inisiatif untuk membincangkan masalah dengan rakan-rakan
dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolabrasi ini sesungguhnya sangat
membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk
bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan
selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kami telah belajar sesama sendiri
selain mengeratkan hubungan kerana kami dapat mencari penyelesaian tentang satu
masalah bersama-sama dan saling tolong-menolong dalam mencari maklumat.
Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mempelajari dan mengenali
kesantunan berbahasa. Saya dapat faham konsep kesantunan dengan lebih baik. Saya
dapat mengetahui takrifan konsep kesantunan oleh tokoh-tokoh yang tersohor di dunia.
Saya mengenali tentang konsep kesantunan berbahasa dari pandangan Barat, pandangan
orang melayu, dan pandangan dari segi agama. Saya juga dapat lihat tentang keadaan dan
taraf kesantunan di negara kita. Saya juga berusaha untuk mencari jalan meningkatkan
kesantuanan di dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.
Lain daripada itu, saya juga telah mempelajari banyak nilai-nilai murni sepanjang
saya melakukan tugasan ini. Antaranya, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang
ada dalam melaksanakan tugasan ini dan saya lebih memahami maksud kata masa itu
emas. Maksud di sini ialah apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,
saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan secepat
mungkin. Jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal, saya dapat mengelakkan
daripada melaksanakannya pada saat-saat terakhir. Saya juga dapat memastikan tugasan
yang saya hasilkan ini adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa
dengan baik dan berkesan serta mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya menerima pengajaran agar
menjadi lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat
menguruskan masa yang saya ada dengan sebaik mungkin. Dengan ini,saya dapat
menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk
tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
40

sempurnanya dan berharap tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak yang
diperlukan. Penting sekali, pengetahuan yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan
tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan yang saya sedia ada.

D.Kesimpulan

Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada tugasan projek ini. Antaranya,
saya telah mengetahui maksud sebenar yang dibawa oleh konsep budi bahasa, konsep
kesantunan, konsep kesantunan berbahasa, mempelajari dan membezakan pandangan
tokoh-tokoh tersohor mengenai kesantunan bahasa, bentuk dan jenis kesantunan, dan
strategi-strategi kesantunan yang perlu kita kuasai. Syukur dan terima kasih kepada semua
yang terlibat membantu saya menyiapkan tugasan projek ini sehingga selesai. Diharapkan
konsep kesantunan ini dapat saya amalkan pada masa ini dan pada masa akan datang.
41

Bibliografi

Hajah Noresh bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, R.T. (1977). “What you do with words: Politeness, pragmatics and perpormatives”
dalam Andy Roger, Bob Well dan John, P.M., Proceedings of the Texas Conference
On Performatives, Presuppositions and Implicatures. Arlington, TX: Center of Applied
Linguistics.

Fraser, Bruce dan Nolan dan William. (1981). The Association of Deference with Linguistic
Form. International Journal of the Sociology of Language 27, 93-109.

Leech, Geoffrey, n. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman.

Brown, P., dan Levinson, S. (1987). Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambridge: Cambridge University Press.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bayraktatoglu, A. dan Sifianou, Alessandro. (1997). Linguistic Anthropology. Cambridge


University Press.

Fishman, J.A.,Ferguson , C.A. dan Das Gupta, Jyutirindra. (1968). Language Problems of
Developing Nations. New York: John Wiley.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Watts et. al. (2000). Phonetic parallels between the close-mid vowels of Tyneside English:
Are they internally or externally motivated? Language Variation and Change 12:69-
101.

Rustono. (1999). Pokok-pokok Pragmatik. Semarang: CV. IKIP Semarang Press.

Thomas dan Jenny. (1995). Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics. New


York: Longman.

John Wiley Goffman, E. (1955). Problems of Developing Nations. On Face Work: An


Analysis of Ritual Elements in Social Ineraction. Psychiatry, 18, 213-231. New York.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar.

Hajah Noresh bt. Baharom. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hakma. (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur: Crescent News.

Noriati A. Rashid. (2004). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung
Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Radiah Yusoff dan Nor ‘Aini Ismail. (2005). Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall
Sdn. Bhd.
42

Indirawati Zahid. (2012). Aspek Verbal dan Nonverbal dalam Komunikasi Melayu. Jurnal
Bahasa Bil .25. (Januari –April 2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faridah bt. Nazir, Ratna Laila bt. Shahidin dan Faiziah bt Shamsudin. (2014). Kesantunan
Masyarakat Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sinar Harian. (2014). Kecewa guru denda anak macam lembu.

Diakses pada 26 Ogos 2015 di URL.

http://www.sinarharian.com.my/kecewa-guru-denda-anak-macam- lembu-1.244345
43

Lampiran

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3
44

Lampiran 4

Lampiran 5

Anda mungkin juga menyukai