Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI MALAYA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

“HIKAYAT LEBAI MALANG”

NAMA : ZAITON BINTI ZAKARYA

NO MATRIK : JEA 080158

SESI : 2008/09

NAMA PROFESER : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK FATMAWATI BINTI SIDIK


“HIKAYAT LEBAI MALANG”

“ Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu

yang berasaskan renungan ( reflective ) dan pentaakulan ( reasoning ) untuk merumuskan

sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan

sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta

yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta “ (B.A.G. Fuller A History

of Philosophy, 1995 : 1)1

Dalam tugasan ini, saya akan mengupas salah satu karya klasik atau tradisional

masyarakat melayu iaitu “Hikayat Lebai Malang”. Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada

bahasa Arab, hikaya. Makna asal yang didukung oleh perkataan Arab ini ialah “pelbagai

sejarah” tetapi menerusi peredaran zaman maksudnya berubah menjadi cerita rekaan

yang berunsur naratif dengan kecendungan menghibur yang ketara2. Kesusteraan hikayat

ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya kesusteraan hikayat banyak

membawakan cerita ajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya.

Hikayat Lebai Malang merupakan salah satu karya klasik masyarakat Melayu, oleh itu

saya akan menunjukkan dan mengupas bagaimana asas-asas falsafah dan logika melayu

diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Penelitian struktur cerita Hikayat Lebai

Malang bertujuan memaparkan sebaik mungkin fungsi dan perkaitan antara pelbagai

unsur karya satera yang sama-sama membentuk keseluruhan karya itu.


1
Falsafah, logik, teori nilai dan etika Melayu SUATU PENGENALAN, Hashim bin Haji Musa, Ph.D
( Akademi Pengajian Melayu 2001 ) hlm.1
2
Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Adnan Abdul Majid ( Dewan Bahasa dan Pustaka, KL ) 2003.

2
Ringkasan isi cerita Hikayat Lebai Malang ialah kegagalan seorang lebai untuk

mengikuti dua jamuan yang diadakan pada waktu yang sama. Akibat terlalu banyak

pertimbangan untung ruginya, dia mundar-mandir sambil berfikir tempat yang akan

dikunjunginya. Namun ketika dia memutuskan untuk menghadiri perjumpaan yang

berada dihilir dan sampai ditempat itu, terdengar para tetamu mengucapkan “amin” tanda

jamuan sudah selesai. Lalu dia segera mengayuh perahunya ke tempat yang lain, begitu

juga saat dia tiba di tempat itu sudah terdengar orang mengucapkan “amin”. Itulah

sebabnya lebai itu di sebut Lebai Malang. Setelah memaparkan ringkasan cerita “Hikayat

Lebai Malang” dapat diungkapkan bahawa upaya yang tidak disertai ketetapan hati akan

mengakibatkan kerja menjadi sia-sia. Dia tidak membulatkan hati untuk memilih tempat

yang akan dikunjunginya. Ini menunjukkan Lebai Malang merupakan seorang yang tidak

mempunyai pendirian dan seorang yang tamak kerana ingin mengunjungi kedua-dua

majlis tersebut. Akibatnya, dia tidak dapat menikmati masakan kedua-dua majlis tersebut.

Setelah memaparkan ringkasan cerita “Hikayat Lebai Malang” dapat diketahui

bahawa jalan cerita Si Lebai Malang ini lurus maju. Cerita ini berakhir terbuka, peristiwa

yang merugikan tokoh Lebai Malang memerlukan renungan pembacanya. Pada awal

cerita penulis memperkenal tokoh Lebai Malang kepada pembaca.

“Maka ini suatu bidal Melayu. Barang siapa rugi atau tiada sampai hajatnya

pada halnya bukan dengan sebab perbuatan orang lain, hanyalah semata-mata

3
kelengahannya sendiri, maka orang lain dapat, Si Lebai Malang juga yang putih

matanya tiada dapat. Maka dikatakan orang Melayu Lebai Malang”. (Jusuf, 1984 : 48)3

Petikan diatas merupakan pemaparan dalam cerita “Hikayat Lebai Malang” yang

menyebabkan dia disebut Lebai Malang. Kemudian cerita ini berlanjutan pada pemaparan

tentang kehidupan Lebai Malang. Pada suatu hari, dia mendapat undangan kenduri di dua

tempat berbeza tetapi pada waktu yang sama. Dia tidak dapat memutuskan tujuan

kunjungannya kerana terlalu memperhitung keuntungan yang akan diraihnya. Tokoh

Lebai Malang adalah manusia yang rugi kerana ketamakan dan kebodohannya. Hal yang

menarik dalam cerita Melayu ini adalah sebuah imej yang tidak menguntungkan; nasib

yang tidak beruntung, motif-motif keculasan, dan lain-lain. Jika dikaitkan antara

penyataan yang tersirat (makna) dengan penyataan yang tersurat (kata atau ayat) justeru

imej manusia seperti Lebai Malang menjadi oposisi daripada wujud aktual yang

dikehendaki, tetapi wujud ini boleh berpindah menjadi wujud potensial. Wujud potensial

ini boleh menjadi negatif misalnya nasib seseorang yang adakalanya tidak beruntung.

Tetapi boleh pula wujud potensial positif seperti nasib seseorang itu menjadi baik

(untung).4 Oleh itu, makna sebenar bukan kepada wujud aktual tetapi wujud potensial.

Wujud potensial berkait rapat dengan teks-teks sastera tradisional yang dimaklumi

sebagai cerita-cerita didaktik.

3
Struktur Karya dan nilai budaya dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang, Hikayat Abu
Nawas, dan Hikayat Mahsyud Hak, Nikmah Sunardjo, Sulistiati, Amir Mahmud ( Pusat Bahasa
Depertemen Pendidikan Nasional Jakarta ) 2000, hlm. 34.
4
Cerita Pak Belalang dan Lebai Malang, Haji Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau ( Drs.Elmustian
Rahman, M.A ) hlm. 22 dan 23.

4
Setelah memahami ringkasan, tokoh dan perwatakan cerita, tema dan amanat

cerita pula akan diuraikan. Inti cerita “Hikayat Lebai Malang” ialah keserakahan yang

mengakibatkan dia selalu bernasib malang.

“Maka jadi terlepas hajatnya semuanya. Jadi, dikata orang Lebai Malang hingga

masa ini dijadikan bahasa kepada barang siapa yang begitu hanya dikatakanlah jadi

Lebai Malang” (Jusuf, 1984 : 49).

Amanat yang terdapat dalam “Hikayat Lebai Malang” ini ialah janganlah serakah

kerana akan mendapat celaka. Selain struktur cerita, tujuan pokok penelitian atau tema

dan amanat juga mendeskripsikan nilai budaya yang terdapat dalam hikayat ini. Nilai

budaya ini akan mendukung tema dan amanat di dalam cerita ini. Nilai budaya

merupakan konsepsi yang hidup dalam alam fikiran warga masyarakat mengenai hal-hal

yang dianggap paling bernilai dalam kehidupan. Oleh itu, suatu sistem nilai budaya

selalunya berfungsi sebagai pedoman aturan dalam masyarakat.

Nilai budaya dalam cerita “Hikayat Lebai Malang” ini terbahagi kepada empat

hubungan iaitu hubungan manusia dengan Tuhan,manusia dengan masyarakat, manusia

dengan manusia dan juga hubungan manusia dengan dirinya. Sebagai contoh saya akan

menghuraikan nilai budaya dalam hubungan manusia dengan Tuhan. Dalam hubungan

manusia dengan Tuhan, nilai budaya yang terdapat dalam cerita ini hanya satu,iaitu suka

berdoa.

5
“Maka serta sampai sudah berdiri amin, tuan imam membaca doa. Jadi,

terlepaslah yang disebelah hulu, maka berkayuh pula dengan bersungguh-sungguh

kehilir. Maka serta sampai berdiri pula doa tuan imam di situ jadi terlepaslah pula”

(Jusuf, 1984 : 49).

Kesimpulannya tujuan dan hasil yang diharapkan dalam penelitian ini bertujuan

mendeskripsikan struktur “Hikayat Lebai Malang”. Struktur yang telah dikaji dan

dikupaskan adalah ringkasan cerita, penokohan, tema dan amanat serta nilai budaya.

Nilai-nilai budaya yang tinggi dapat dimanfaatkan bagi masyarakat umum dewasa ini.

Asas-asas falsafah dan logika akan diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu

untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang akan mampu

memartabatkan bangsa Melayu di mata dunia. Nilai budaya itu dapat dijadikan teladan

dan pengajaran kepada masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

6
Bibliografi :

1. Hashim bin Hj Musa, Ph.D,2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika

Melayu, SUATU PENGENALAN. Akademi Pengajian Melayu, UM, KL.

2. Adnan Abdul Majid; 2003. “Mutiara Sastera Melayu Tradisional” Kuala

Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Drs. Elmustian Rahman, M.A. Seni Karya dan Kajian Haji Ibrahim Datuk

Kaya Muda, Cerita Pak Belalang dan Lebai Malang.

4. Nikmah Sunardjo, Sulistiati, Amir Mahmud; 2000. Struktur Karya dan Nilai

Budaya dalam hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang, Hikayat Abunawas,

dan Hikayat Mahsyud Hak; Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional

Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai