Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA 1104

KARYA MELAYU KLASIK


( PANTUN )

NAMA
ROHANI BINTI ZAKARIA
NO. MATRIK
JEA 080116
NAMA PENSYARAH
DR. AMRAN MUHAMMAD
SESI
2008 / 2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
PANTUN PERIBAHASA

Kalau ada duit sekupang


Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang
Ulat tidak kenangkan daun

Ayam disabung jantan dipaut


Jika ditambat kalah laganya
Asam didarat ikan dilaut
Dalam belanga bertemu jua

Sungguh dalam ditengah lautan


Tempat betapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada gunanya

Ayam hutan terbang ke hutan


Turun ke tanah mencari makan
Kerana digila burung di hutan
Denak di rumah mati tak makan

Burung jelatik burung jeladan


Terbang mari ke hujung benua
Sama cantik sama padan
Bagai pinang dibelah dua

Ombak badai menggulung- gulung


Kelasi terdampar ditepi pantai
Hajat dihati nak peluk gunung
Apakah daya tangan tak sampai
Pantun adalah cabang puisi melayu klasik yang mengandungi ucapan kemelayuan yang

indah . Dalam pantun terkandung seluruh jiwa , seni , kebijaksanaan , budi bahasa dan

pandangan dunia melayu . Dalam pantun juga terkandung umpama atau seperti yang

merupakan makna pantun . Selain itu , pantun juga sarat dengan kias dan makna yang

berkait rapat dengan kasih sayang , nasihat , sindiran dan tunjuk ajar. Pantun memiliki

dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud tetapi kedua – dua bahagian tersebut

tertaut secara interaktif sehingga menjadi pengucapan yang indah .

Pantun peribahasa ini mempunyai 6 rangkap yang terdiri dari dua baris

pembayang dan dua baris maksud . Bahagian maksud atau isi merupakan roh atau jiwa

sesebuah pantun . Korpus data pantun bersumberkan pengalaman inderawi dan kebatinan

manusia. Pantun juga mengandungi persoalan rasional dan logikal , kesan interaksi

manusia dengan alamnya dan interaksi manusia sesama manusia .

Pantun peribahasa sebenarnya merupakan produk warisan melayu di alam

melayu . Hal ini kerana pantun peribahasa memberi banyak pengajaran dan nasihat

kepada kita . Setelah dikaji dan diteliti , pantun peribahasa ini mempunyai pelbagai

maksud yang tersirat yang disampaikan bukan secara terus atau disampaikan secara

berlapis- lapis kepada pembaca mahupun pendengar .


Kalau ada duit sekupang
Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang
Ulat tidak kenangkan daun

Pantun peribahasa ini bermaksud orang memberi budi tetapi budinya dilupakan . Dalam

pantun ini digunakan unsur alam seperti padi , burung , ulat dan daun .Unsur ini

mengambarkan sikap seseorang yang berbudi tetapi budinya tidak dihargai . Falsafah

yang terdapat dalam pantun ini ialah falsafah lupa diri .Ulat tidak kenangkan daun dalam

pantun ini diibaratkan manusia yang tidak tahu menghargai budi . Apabila diberi budi dan

setelah itu mendapat kejayaan , seseorang itu akan lupa diri dan tidak sedar bahawa

kejayaan yang di kecapinya bermula dari budi seseorang keatas dirinya. Seseorang itu

boleh juga diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit .

Ayam disabung jantan berpaut


Jika ditambat kalah laganya
Asam didarat ikan dilaut
Dalam belanga bertemu jua

Falsafah yang cuba ditekankan dalam pantun ini ialah falsafah kehidupan yang berkait

rapat dengan jodoh . Asam didarat ikan dilaut , dalam belanga bertemu jua membawa

maksud kalau sudah jodoh , kemana pergi akhirnya bertemu juga . Sesuatu yang telah

ditakdirkan kepada kita tidak dapat diubah lagi seperti jodoh pertemuan semuanya telah

diatur. Kita tidak dapat menolak kuasa tuhan kerana setiap apa yang berlaku sudah

tertulis dalam kehidupan setiap insan .


Sungguh dalam di tengah lautan
Tempat betapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada gunanya

Pantun peribahasa ini membawa maksud lebih baik menyedari kesilapan dari awal

supaya tidak menyesal dikemudian hari . Konsep falsafah yang cuba ditekankan dalam

pantun ini ialah kesedaran iaitu kesedaran dalam diri manusia . Apabila kita menyedari

kesilapan dari awal , kita tidak akan menyesal kelak kerana kita tahu penyesalan tidak

dapat menjernihkan keadaan malah kesilapan itu dapat diperbetul dan diperbaiki dari

semasa dan semasa .

Ayam hutan terbang ke hutan


Turun ke tanah mencari makan
Kerana digila burung di hutan
Denak di rumah mati tak makan

Maksud pantun peribahasa kerana digila burung dihutan , denak dirumah mati tak makan

ialah kesanggupan meninggalkan seseorang yang dekat kerana mendapat orang baru .

Konsep yang cuba ditekankan ialah konsep ketamakkan iaitu mahu lebih dari satu

walaupun tidak mampu . Seseorang itu sanggup meninggalkan anak dan isterinya

mahupun keluarga semata-mata mahukan seseorang yang lebih berharga berbanding apa

yang dimiliki sebelum ini tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu asalkan apa

yang diingininya tercapai .


Burung jelatik burung jeladan
Terbang mari ke hujung benua
Sama cantik sama padan
Bagai pinang dibelah dua

Pantun ini membawa maksud pasangan pengantin yang nampak serasi dan sepadan atau

disebut juga secocok . Falsafah yang dipegang dalam pantun ini ialah keserasian dalam

perkahwinan . Dalam sesebuah perkahwinan , kedua- dua belah pasangan tersebut

mestilah mempunyai keserasian dalam mencorak keharmonian rumah tangga .Walaupun

begitu , rupa paras juga turut diketengahkan dalan pantun ini . Dengan kata lain boleh

disebut juga seperti cincin dengan permata .

Ombak badai menggulung- gulung


Kelasi terdampar ditepi pantai
Hajat di hati nak peluk gunung
Apakah daya tangan tak sampai

Pantun peribahasa ini membawa maksud keinginan untuk bercita-cita besar namun tidak

kesampaian . Falsafah yang ingin dikeluarkan dalam pantun ini ialah falsafah cita- cita .

Pantun ini menggunakan unsur alam seperti gunung untuk menunjukkan betapa

tingginya cita- cita seseorang dalam mencapai matlamat hidup namun apakan daya

keinginannya tidak tercapai mungkin disebabkan kegagalan dirinya sendiri atau masalah

lain .
Kesimpulannya , pantun peribahasa ini banyak memberi pengajaran dan teladan kepada

pembaca mahupun pendengar . Hal ini kerana dalam pantun peribahasa ini terdapat

banyak unsur- unsur yang sering dikaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari contohnya

unsur alam seperti gunung , daun , burung dan sebagainya . Selain itu , kata-kata yang

terdapat dalam pantun ini juga mempunyai maksud tersirat dan tersendiri malah ianya

telah di tapis secara terperinci .

Tambahan pula pantun peribahasa merupakan salah satu produk warisan di alam

melayu .Sifat pantun yang ringkas dan mudah diingati menjadikan pantun semakin

popular dalam masyarakat melayu . Bahagian maksud merupakan roh atau jiwa sesuatu

pantun tersebut . Hal ini kerana korpus datanya bersumberkan pengalaman inderawi dan

kebatinan manusia .

Anda mungkin juga menyukai