Anda di halaman 1dari 13

Cerita Tentang Pantun 1

Minta daun diberi daun,


Dalam daun ada bidara;
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.
Pandangan Semesta Melayu

• Konsep terhadap dunia; khususnya alam nyata,


alam luas, ruang alam, hutan, laut, sungai,
tumbuhan, binatang, gunung-ganang, dan lain-
lain lagi.
• Konsep terhadap alam ghaib; alam selepas
mati, alam akhirat, makhluk-makhluk wujud di
alam ghaib dan juga tentang ketuhanan.
• Konsep terhadap sesama manusia; konsep ‘kita’
terhadap ‘mereka’(orang lain) termasuk juga
kehidupan manusia terhadap adat dan
kehidupan sosial.
Dalam pantun Melayu tradisional:

• Terungkap falsafah (pemikiran) Melayu dalam


bentuk pantun dari segi kosa kata, frasa dan
ayat yang digunakan, termasuk gaya
pengungkapannya, secara lisan dan tulisan.
• Perasaan dan pandangan serta buah fikiran
terlukis nilai, etika, dan keunggulan Melayu.
• Terbentuk daripada pengalaman praktikal untuk
mengharungi hidup dan untuk mati, yang
memakan masa yang panjang dan diteliti
dengan kesabaran orang-orang dahulu.
Dalam Pantun Melayu tradisional: Alam Sekitar

• Sebagai penghuni kampung, pekan, pelabuhan


dan istana – dikaitkan dengan haiwan, burung
dan unggas, tumbuhan – dikenali dengan cukup
akrab.
• Mengatur hidup agar seimbang dengan alam –
menjadi pemerhati yang tekun dan gigih.
• Ilmu yang diperolehi daripada pemerhatiannya
itu, diungkapkan secara harmonis dalam pantun,
bidalan dan seumpanya hingga menjadi bahan
sastera lisan yang sarat dengan pengajaran dan
perenungan.
Dalam Pantun Melayu tradisional: Analogi & Ibarat

• Daripada pengamatan dan perenungan itu,


diciptakan kias dan ibarat, perumpamaan,
perbandingan – analogi.
• Alam yang menjadi sumber analogi lalu dibina
dan dirakam dalam puisi-puisi tradisional.
• Tergambar keadaan musim, angin, ribut, taufan,
persepsi hidup bahagia dan derita.
• Mergastua dan flora yang berperasaan gembira,
sedih, kecewa, dan kasih.
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Nasib

Orang Kedah pergi ke Daik,


Berjalan malam terlanggar tunggul;
Kalau sudah benih yang baik,
Padi segenggam jadi sepikul.

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Resam Hidup

Ceduk air dengan baldi,


Ceduk nasi dengan senduk;
Baik bawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Resam Hidup

Rumah kecil tiang seribu,


Rumah besar tiang sebatang;
Sewaktu kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditatang gelombang.

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Resam Hidup

Rumah buruk serambi tak baik,


Serai seulas di dalam dulang;
Rupa buruk budi tak baik,
Apa guna kepada orang?

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Sindiran

Bunga pudak tepi telaga,


Sunting budak di atas panggung;
Sungguh berbedak berlian juga,
Umpama kodok bawah tempurung.

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Perantauan

Setinggi-tinggi terbang bangau,


Balik juga ke kubangan;
Senang benar hidup di rantau,
Terkenang juga kampung halaman.

Bincangkan
Contoh Pantun Melayu Tradisonal

Pantun Budi Bahasa

Buah rumbia buah silat,


Pokok tumbuh tepi perigi;
Hidup di dunia kita beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Bincangkan
Kesimpulan
• alam menjadi guru dan alat, dijadikan wahana
tapak perasaan dan pemikiran, metafora, dan
makna
• falsafah pemantun Melayu tradisional dan
strategi penciptaannya menggunakan
pemahaman daripada alam sekeliling.
• sebahagian besar pantun Melayu tradisional
yang tercipta memanfaatkan alam dan
fenomenanya.
***pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna
atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna
sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai
perbandingan atau kiasan). - Kamus Dewan.

Anda mungkin juga menyukai