Anda di halaman 1dari 4

Cerpen : Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad)

Tema

 Tema novel ini adalah tentang keprihatinan penulis terhadap


pencemaran alam sekitar dan kasih sayangnya terhadap ibunya.

Persoalan

 Kegigihan seorang perempuan


 Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar
 Ketabahan anak
 Kesusahan masyarakat petani

Watak dan Perwatakan

Ibu

 Bertanggungjawab
 Melakukan pelbagai pekerjaan
 Tabah menempuhi dugaan
 Aktif melakukan aktivit kemasyarakatan

Ayah

 Kurang bertanggungjawab
 Suka membuang masa
 Penyayang

Aku

 Anak tunggal
 Menyayangi kedua ibu-bapanya
 Mewarisi pekerjaan keluarga
 Bertanggungjawab
 Sudah berumah tangga ; mempunyai dua orang anak ; sudah bercucu

Latar

Latar Tempat

 Di sebuah desa
 Kawasan sawah padi dan terdapat sebatang sungai mengairinya
 Kawasan rimba belantara
 Telaga ; merupakan tempat mengambil air ketika musim kemarau
Latar Masa

 Siang dan malam

Latar Masyarakat

 Masyarakat pesawah yang mengusahakan tanaman padi


 Masyarakat petani yang menjalankan kerja pertanian secara tradisional
 Masyarakat petani yang mengalami kesempitan hidup
 Masyarakat yang mempunyai hobi memikat burung
 Masyarakat desa yang hidup saling membantu
 Masyarakat yang tidak peka kepada penjagaan alam sekitar
 Masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua

Plot

Binaan Plot

 Disusun secara tidak kronologi


 Plot permulaan
 Tahap perkembangan
 Tahap perumitan
 Klimaks
 Peleraian

Teknik Plot

 Teknik pemerian
 Teknik dialog
 Teknik imbas kembali

Gaya Bahasa

1. Diksi ; dialek utara, contoh :


 Selut, baruh, gemal, acilut, reba, maragau ikan, dan terbongkeh
2. Ayat ; terdapat ayat panjang, ayat pendek dan ayat sederhana panjang
3. Simile
 seperti air terjun
 bagaikan anak panah yang baru dilepaskan dari busur
 ibu tidur bergolek bagaikan batang pisang
 airnya keruh macam susu
 mungkin suara ibu macam suara air
4. Peribahasa ;
 Tulang empat kerat
 Naik angin
5. Personifikasi
 Ceper terus menggila dan mengamuk
 Ceper sudah benar-benar lemas
6. Pengulangan Kata
 Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik
dengan telaga

Nilai

 Bertanggungjawab
 Kegigihan
 Kerajinan
 Sabar
 Berdikari

Pengajaran

 Haruslah bertanggungjawab menyara keluarga apabila susah


 Hendaklah gigih menjalani kehidupan walaupun kesusahan
 Perlulah mempunyai daya sabar yang tinggi
 Hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga
 Haruslah menyayangi ibu bapa
 Haruslah bersikap berdikari
 Janganlah mencemarkan alam sekitar
LATIHAN

1. Nyatakan tiga keadaan Sungai Ceper selepas ibu lumpuh dan


meninggal dunia?

Tiga keadaan Sungai Ceper selepas ibu lumpuh dan meninggal dunia
ialah tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi, ianya sudah tidak
berbusa dan Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan
serbaneka serdak yang bersisa.

2. Jika anda ialah penulis, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk
memulihkan Sungai Ceper?

Cadangkan tiga usaha yang bakal anda laksanakan.

Tiga usaha yang bakal saya laksanakan adalah mencadangkan


Jabatan Parit dan Saliran mendalamkan Sungai Ceper, mengajak
orang kampung untuk membersihkan Sungai Ceper dan
mencadangkan kepada ketua kampung untuk menjayakan Kempen
Cintai Sungai Ceper.

3. Kemukakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua


persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.

Persoalan dalam petikan :

....sikap tidak bertanggungjawab ahli masyarakat yang sesuka hati


membuang pelbagai kotoran ke dalam sungai

Persoalan dalam keseluruhan cerpen :

....kegigihan seorang wanita yang tinggal di kawasan desa menyara


keluarga dengan mengusahakan sawah padi

...ketabahan anak menjaga kebajikan ibunya yang telah tua

Anda mungkin juga menyukai