Anda di halaman 1dari 2

Cerpen Ibu dan Ceper

maksud watak dan perwatakan: Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. Watak dan perwatakan : Ibu ( Watak utama ) Ibu ialah lambing kekuatan dan kegigihan keluarga yang berusaha mencari rezeki. Kegigihan ibu bersawah banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Hubungan langsung ibu dan sungai akhirnya semakin renggang apabila ibu sakit dan Sungai Ceper pun sakit kerana pencemaran.
y

Serba boleh, cergas dan cekap bekerja. Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. Ibu juga pandai membuat tikar. Tidak suka berleter dan akur dengan sikap suaminya Ibu tidak pernah bising walaupun suaminya tidak langsung membantunya bersawah dan tidak mengendahkan hal ehwal keluarga. Hal ini demikian kerana suaminya kaki burung. Rajin dan bertanggungjawab Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. Bermasyarakat. Ibu bergaul dengan masyarakat.Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. (halaman 100) Kuat semangat. Tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya jarang membantunya. Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula agar keluarganya tidak terus-terusan makan ubi gadung.

Beliau lumpuh setelah terlanggar tunggul kayu. Kecelakaan yang dialaminya kekal sehingga beliau meninggal dunia. Watak Sampingan : Aku ( iaitu penulis)

1. Anak tunggal dalam keluarga. 2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah. 3. Sudah berumah tangga beroleh dua orang anak serta sudah bercucu
y

Penyayang. Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. Bertanggungjawab. Aku anak yang ada rasa tanggungjawab. Aku dan isterinya meneruskan kerja-kerja bersawah setelah ibunya lumpuh dan bapanya tidak kuat lagi. Aku juga bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan bapanya yang telah tua. Mengenang dan menghargai jasa ibu Aku mengenang dan menghargai susah payah ibu bekerja untuk membesarkan anak-anak. Rasa penghargaan jelas kerana aku sentiasa mengingati setiap liku dan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh ibunya.

Bapa Beliau berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak mendatangkan hasil iaitu dengan membawa balik gadung setiap kali mendenak ketitir. Suka membuang masa dengan hobi memikat burung ketitir.
y

Suami yang kurang bertanggungjawab kerana tidak turun ke sawah untuk menyara kehidupan keluarga. Ayah hanya menjalankan tanggungjawab membantu keluarga setelah didesak oleh isteri. Ayah seorang yang penyayang. Misalnya ayah membantu menjaga cucu dan memicit isterinya yang sakit.

Ayah meninggal dunia akibat jatuh tersungkur di kepala tangga.

Anda mungkin juga menyukai