Anda di halaman 1dari 11

PROSA MODEN (1) CERPEN IBU DAN CEPER (SUNGAI)

Sinopsis

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebatang sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah
sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang
sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak.
Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.
Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah
menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi
musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati,
air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan
ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula
berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu
meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa
pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.
Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-
sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk
di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak
seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

1
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Ibu:
1. Cekap bekerja.
Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah
ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
2. Rajin .
Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang
menjadi kaki burung.
3. Kuat semangat.
Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk
mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan
Aku:
1. Anak tunggal dalam keluarga.
2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
3. Sudah berumah tangga .
4. Penyayang.
Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun
telah 40 tahun berlalu.
5. Bertanggungjawab.
Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua
Tema

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan.


Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air
kepada tanaman.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Nilai Kita hendaklah bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab
bertanggungjawab. menyara kehidupan keluarga agar mereka sebagai seorang ibu dan
tidak hidup dalam kesusahan. isteri yang ditunjukkan oleh
ibu yang mengusahakan
sawah padi bagi menampung
kehidupan keluargan.

Nilai kesabaran. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah Ibu terpaksa bersabar
tangga agar tidak berlaku perselisihan melayani kerenah suaminya
faham antara suami dengan isteri yang kurang memberikan
perhatian terhadap kebajikan
keluarga.

2
PROSA MODEN (2) CERPEN ISRAK
Sinopsis
Mikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama
Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah yang baru tiba di rumah yang uzur itu, terus menyapa anak dan
cucunya yang sedang menunggu. Jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk. Wah menjemput mereka makan
buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian. Israk enggan
menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati
bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj. Selepas itu Israk cuba
memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak
suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah.
Rumah Wah sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu
dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai
Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi
dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank. Hubungan Israk dan
Wah tidak begitu mesra berpunca daripada tindakan atuk “Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah
sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu, Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan
neneknya. Malangnya Israk suka mengada-ngada, memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana
menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi.
Mikraj adik Israk, sangat menyanyangi Wah. Dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke
kebun. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu
kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah. Bagi Mikraj, Wah
merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi
cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung.
Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia
dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya
ada sebuah televisyen yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tidak
sanggup berada di kampung yang serba-serbi kekurangan. Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai
kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dan
abangnya menerima cabaran itu. Israk telah lemas ketika mandi di sungai tersebut, namun berjaya
diselamatkan Wah.
Mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak
memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan
Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan
perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

3
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Watak Perwatakan
Israk 1) Seorang yang sombong dan ego kerana tidak suka tinggal
di kampung.
2) Seorang yang tidak beradab dan tidak menghormati orang
tua.
3) Seorang yang mudah insaf setelah diselamatkan oleh
neneknya daripada mati lemas.

Mikraj 1) Seorang yang penyayang kerana menyayangi neneknya,


iaitu Wah.
2) Seorang yang menghormati oarang tua dan sentiasa
menghormati Wah.

Wah 1) Seorang yang penyabar kerana melayan segala perangai


Mikraj.
2) Seorang yang penyayang kerana menyayangi Israk
walaupun Israk sering menyakiti hati Wah.

Tema: Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Nilai Kita hendaklah Mikraj bertanggungjawab
bertanggungjawab. bertanggungjawab terhadap ahli menasihati abangnya supaya
keluarga kita. tidak menyakiti hati
neneknya.

Nilai kesabaran. Kita hendaklah bersabar dengan Wah sabar dengan kerenah
ujian yang ditempuhi, Israk walaupun hatinya sakit

4
PROSA MODEN (3) CERPEN MEMORI SEORANG TUA

Sinopsis
Pak Itam digambarkan sebagai seorang pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk
penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari
jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para
penduduk Langat ke majlis berkenaan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah
Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di
penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk
majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yang
ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat
berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai.
Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan
segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kiah yang cemas cuba
memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di
sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah.
Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang
ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap
hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

5
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Watak Perwatakan

Watak utama 1. Berasal dari kuala Semantan, Pahang.


Pak Itam 2. Berumur 85 tahun.

3. Mempunyai isteri iaitu, siti nurhidayah dan dua orang


anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak
isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.

4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah

Watak Sampingan 1. Seorang bekas anggota polis.


2. Jiran pak itam.
Tuk Mat 3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal
dan kemas.
4. Beliau rajin membantu pak itam dalam usaha
mengadakan sambutan hari lahirnya.

Tema: Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Nilai pengorbanan Kita hendaklah berkorban demi Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai
negara. majestrit kerana cinta akan negara.

Nilai cinta akan Kita hendaklah mempunyai sikap Pak Itam berjuang demi anak bangsanya
negara patriotisme yang tinggi terhadap agar dapat membebaskan anak bangsanya
negara. dari dibelenggu kemiskinan dan tidak
mendapat pendidikan.

6
PROSA MODEN (4) CERPEN MELLISA
Plot
Permulaan Mellisa(Mei) terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih
zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat
khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu
menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima
pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh
cinta pandang pertama kepada Syahid.

Perkembangan Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan
menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya
akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam
rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia
sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa
tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan
ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan Mei
dengan Syahid semakin akrab.

Klimaks Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan


pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan
Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam
diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh
Mei.

Peleraian Akhirnya, gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-
angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin
melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni
sebagai satu bangsa yang merdeka.

7
Tema: Cerpen ini mengutarakan tema tentang cinta suci dan semangat kental seorang gadis
yang terpisah daripada kekasihnya yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Nilai kasih sayang. Kita hendaklah memberi kasih Mellisa amat menyayangi
sayang kepada orang yang sahabatnya, Hisyam walaupun
berada di sekeliling kita. Hisyam sudah lama meninggal
dunia.
Nilai kegigihan. Kita hendaklah gigih berusaha Mellisa amat tekun dan gigih
untuk mencapai sesuatu mencari maklumat tentang
maklumat. peristiwa yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969.

Nilai cinta akan negara. Kita hendaklah mencintai Contohnya, Mellisa sanggup
tanah air kita agar keamanan menyertai Angkatan Tentera
dan keharmonian negara dapat Malaysia untuk mengekalkan
terpelihara. keamanan dan ketenteraman
negara.

8
PROSA MODEN (5) CERPEN IDOLA

Plot

Permulaan Si penjaga panggung menyusun kerusi-kerusi di dalam panggung setelah


habis persembahan. Si penjaga panggung meluahkan perasaan kagumnya
terhadap watak si hero.
Perkembangan Isteri si penjaga panggung menyuruh si penjaga panggung supaya
menjadi dirinya sendiri dan tidak berangan-angan sahaja untuk menjadi
watak bangsawan. Pada suatu petang, si penjaga panggung berpeluang
untuk bersemuka dengan si hero. Setelah mendengar pujian daripada si
penjaga panggung, si hero menasihatinya agar berpijak pada dunia realiti
dan jangan terlampau berangan-angan untuk menjadi hero bangsawan
kerana watak itu hanyalah rekaan semata-mata. Angan-angannya itu
hanya akan mensia-siakan masanya.
Klimaks Si penjaga panggung melepaskan perasaan marahnya dengan
melemparkan kerusi-kerusi ke arah dinding di dalam panggung tersebut.
Peleraian Si penjaga panggung bertekad untuk keluar daripada imaginasinya
dengan berpegang teguh pada perwatakan dirinya yang sebenar, bukan
berdasarkan angan-angan kosongnya.

Tema: Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dunia
lakonan dengan kehidupan sebenar.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Nilai kejujuran Kita hendaklah jujur dalam Si hero menyampaikan realiti
melaksanakan pekerjaan yang kehidupan yang dilalui adalah
telah diamanahkan. berbeza dengan lakonannya
kepada si penjaga panggung.
Nilai rasional Kita mestilah berfikiran Si hero rasional dalam
rasional ketika membuat menghadapi kehidupannya
sesuatu keputusan. antara dunia realiti dengan
dunia maya lakonannya.

Nilai keinsafan Kita hendaklah sedar akan Si penjaga panggung sedar


kesilapan diri dan sedia untuk akan kesilapan diri dan
memperbetulkannya. bertekad untuk menjalani
kehidupan sebenar.

9
PROSA MODEN (6) CERPEN PUNGUT

Sinopsis
Mak Timah membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas
kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara,
nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat
awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa
tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.
Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan
segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Plot
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan
dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii) Perkembangan
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak
Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila
mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii) Konflik
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan Pungut
dihantar ke rumah kebajikan.
(iv) Peleraian
Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.

Tema
Kesabaran seorang ibu angkat menjaga anak yang cacat anggota.

Persoalan
1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat.
Contoh: Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat.
Contoh: Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan.
Contoh: Mak Timah hairan memikirkan orang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak
membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

Watak dan Perwatakan


1. Mak Timah
• Perempuan tua
• Selalu sakit-sakit
• Ibu angkat Pungut
• Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
• Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minum dan kencing berak
Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.

10
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
• Berusia 24 tahun.
• Cacat fizikal dan mental dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
• Anak angkat Mak Timah.
• Bertubuh sangat kecil, pekak dan bisu.
• Tidak boleh menguruskan diri sendiri

3. Bibik
• Nenek Pungut.
• Berbangsa Cina peranakan.
• Tuan rumah Mak Timah
• Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya akan kata-kata
loktang bahawa Pungut membawa sial.

Nilai
1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya
Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan, contohnya Mak
Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan
nasib Pungut.

11

Anda mungkin juga menyukai